Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Sunday, March 16, 2008

Anjakan minda ( THINK OUT OF THE BOX) -TRANSFORMASI KEHIDUPAN

Salam penuh kemesraan pada pembaca dan pengunjung setia blog cahaya akal. Berbillion2 terima kasih atas kunjungan anda. Topik yang ingin dibawa pada kali ini adalah teknik berfikir di luar kotak (pemikiran) . Untuk berbuat demikian , anda perlu melihat di 'luar' kotak tersebut.

Bagaimana caranya? Sistem amygdala minda kita yang menyimpan EEM ( emotional experiental memory) bertujuan merakamkan apa sahaja yang kita alami dan juga mengetahui perasaan dari orang lain melalui satu sistem stereotype iaitu sebagai contoh :-

Makan ais krim rasa lazat, jadi ada motivasi diri untuk mengulangi pengalaman tersebut.
Manakala terkena api adalah panas dan anda akan cuba mengelakkanya di lain kali. Begitu juga dengan kehidupan seharian anda. Pahit dan manis telah anda tempuhi.

Lingkungan pemikiran ini adalah berfikir di dalam "kotak" Untuk keluar dari lingkungan pemikiran tersebut, kaedah simulasi minda boleh dilakukan kerana minda kita mampu melakukan simulasi yang membolehkan sistem pemikiran kita berada pada tahap merasai pengalaman emosi buatan yang akan dirakamkan sebagai benar oleh minda bawah sedar.

Pengalaman ini telah digunakan oleh WALT DISNEY. iaitu semasa beliau bekerja di sebuah restoren yang terdapat tikus-tikus berkeliaran lalu beliau melakukan simulasi minda dengan menghidupkan khayalan iaitu betapa gembiranya tikus-tikus tersebut bermain dan berbual mesra dan hidup dengan penuh keseronokan . Salah satu watak tersebut ialah MICKEY MOUSE! Keseronokan rakaman emosi buatan ini telah mencetuskan idea yang luar biasa ! Maka lahirlah DISNEY LAND.

Apa kaitan dengan anda? Tanpa anda sedar , anda telah mencetuskan simulasi minda yang anda
ada-adakan atau perbesarkan. Misalnya keluhan diri, rasa tertekan, rasa tidak beruntung, rasa nasib lebih malang dari orang lain. Hasilnya anda menikmati "KESENGSARAAN TERSEBUT" yang semuanya dirakamkan oleh minda bawah sedar anda dan anda terus bergelumang dengan nasib malang tersebut tanpa menggunakan SUPER POWER MEMORY dalam diri anda kerana itulah sebenarnya kehidupan yang anda dengan tidak sengaja anda cipta sendiri dan minda bawah sedar anda telah ' berjaya' bekerja keras merealisasikan PENDERITAAN TERSEBUT.

Pertamanya anda perlu memanjatkan rasa kesyukuran kepada ALLAH, di atas apa yang anda miliki. Ingat lagi? Jangan lihat bahagian air yang kosong di dalam gelas yang separuh penuh tetapi lihat air yang separuh penuh di dalam gelas.

Mari lakukan simulasi minda. Tetapkan apa matlamat dan keinginan anda. Tuliskan matlamat tersebut dan putarkan filem kehidupan bagaimana yang anda inginkan. Lihat diri anda, dengarkan suara-suara tersebut, nikmati keseronokan penuh emosi di dalam watak yang anda idamkan. Anda telah merakamkan pengalaman emosi minda yang indah di dalam memori minda bawah sedar. Lakukan berulang kali.

JIka anda benar-benar percaya itulah kehidupan anda Insyaallah , minda bawah sedar anda akan memberikan input-input supaya anda benar-benar layak menikmati kehidupan tersebut! Sesungguhnya anda berhak mempunyai pilihan untuk hidup lebih bahagia. Jumpa lagi di lain artikel. Selamat berjaya. Salam penuh kasih sayang Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas