Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318
Showing posts with label MOTIVASI DIRI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI DIRI. Show all posts

Saturday, September 26, 2009

Cara mudah untuk atasi dan mengawal rasa takut.

Takut menurut istilah kamus dewan ialah:-

1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri:

2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah;

3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah:

4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut:

Takut adalah berpunca dari respon semulajadi di dalam sistem biologi kita sebagai persediaan tubuh badan untuk mempertahankan diri secara untuk berlawan (fight) atau cabut lari (flight). Ianya adalah petanda (signal)amaran untuk kita bertindakbalas bagi melakukan tindakan yang sewajarnya.

Apa yang ingin dibincangkan dalam artikel kali ini adalah berkenaan rasa takut yang menjadi batu penghalang kepada perubahan dan kejayaan diri dan cara-cara berkesan untuk mengawal rasa takut.





Perasaan takut telah menyebabkan ramai orang terpaksa menangguhkan dan memendamkan keiginan dan impian mereka. Walau pun mempunyai keinginan cita-cita yang tinggi mereka lenih rela tidak brtindak kerana dibelenggu oleh persepsi lingkungan rasa takut tidak berjaya. Dari awal lagi mereka telah menetapkan pada diri bahawa mereka memang benar-benar tidak mampu melakukan. Mereka hanya berupaya untuk mengeluh nasib mereka yang tidak sebaik orang lain . Padahal mereka belum menguji keupayaan sebenar yang ada dalam diri mereka. Rasa takut telah menyekat potensi diri.

Teknik mudah atasi rasa takut.

1) Bersedia dan lakukkan apa yang kita takuti. Lama kelamaan dengan belajar dari kesilapan dan kegagalan juga dari mereka yang telah berjaya akan menjadikan anda seorang yang berani untuk melakukan perkara yang anda takuti. I jump, you jump. Prinsip ini ialah kalau orang lain boleh buat ,saya juga pasti boleh lakukan.

2) Peniruan. Apa sahaja yang anda ingin lakukan tetapi anda takut untuk lakukan maka anda perlu cari role model untuk anda tiru tindakan mereka. Dengan mengunakan kaedah duplikasi maka rasa takut anda akan berkurangan apabila anda ada panduan yang betul untuk melakukan perkara yang anda takuti.

3) Menyedari setiap sesuatu perkerjaan dan perkara berlaku secara proses atau berperingkat-peringkat. Jadi jangan terlalu memikirkan tentang kesempurnaan. Anda perlu bersedia untuk menerima kekurangan diri dan kegagalan sebagai jalan menuju kecekapan seperti orang lain kerana mereka yang anda anggap bagus sebenarnya bermula dari kekurangan. Dengan rasa penerimaan ini akan dapat menghilangkan rasa takut. Bila berlaku kekurangan katakan pada diri anda :saya maafkan anda , saya terima anda dan saya sayang anda.

4) Rendamkan diri anda dengan tenaga positif iaitu dari alam kanak-kanak, alam semulajadi dan alam binatang. Ingat . Semasa anda masih kanak-kanak lagi anda telah berjaya menakluk rasa takut dengan hanya menumpukan matlamat anda iaitu untuk berjalan seperti orang lain. Adakah anda rasa takut? Tidak sama sekali. Anda begitu berani cuba dan terus mencuba sehinggga berjaya. Lakukan tindakan anda seperti sifat kanak-kanak yang hanya mencintai keseronokan dan kepuasan sehingga menenggelamkan rasa takut dalam diri. Dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak ,anda akan lebih dapat memahami tenaga tersebut. Mereka bebas bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa rasa prejudis. Lihat pergerakkan alam bulan, bintang ,pokok air terjun dan sebagainya akan memberikan anda ilham untuk jadi lebih berani. Begitu juga dengan perhatikan tingkah laku haiwan

Sesungguhnya rasa cinta itu dapat menakluki rasa takut.

Tip ini hanyalah beberapa panduan yang dapat dikongsikan. Ada banyak lagi tip yang berkesan akan dikongsikan untuk dipraktikkan.

Read More......

Thursday, July 9, 2009

Rangka tindakan (blue print) setiap manusia adalah sama.


Setiap tindakan manusia adalah mengikut formula rangka tindakan yang sama.
formulanya adalah TBA2= R . Anda semua mesti tahu formula ini supaya anda dapat memprogramkan diri anda kepada kejayaan. Apakah formula blue print itu?

den nga
TBA2= R . T adalah thought iaitu pemikiran. B pula ialah believe system iaitu sistem kepercayaan . A ialah attitude iaitu sikap dan A yang kedua ialah Action iaitu tindakan hasil dari perubahan TBA dan R pula ialah result atau hasil kepada TBA2.

Bagi rangka tindakan berlaku perubahan maka ditambah PTBA2=R. P ialah programming iaitu memprogramkan semula minda anda kaedah yang betul . Salah satu teknik yang popular ialah teknik NLP (neuro language programming) program bahasa minda.
Bahasa minda adalah pendengaran (suara dalaman), penglihatan( Gambaran mental) dan kinestik (melibatkan perasaan)

Sebenarnya diri kita terbahagi kepada 4 komponen Iaitu PESM. P ialah Physical, E ialah emotion , S ialah spirit dan M ialah mental. Physical dan tindakannya adalah hasil daripada manifestasi yang diterjemahkan oleh MES. Tindakan P adalah diterjemahkan dari kekuatan MES. Keunggulan peribadi seseorang kerana mereka berjaya memperkasakan MES. P adalah dibaratkan sebagai buah dan MES adalah akarnya. Maka untuk memperolehi buah yang lebat, mekar, subur dan sedap perlulah diperkuatkan akarnya iaitu MES. P adalah dibaratkan hanya satu komponen titik kecil. Diri anda yang besar adalah kerana anda berjaya memperkasakan MES.

Bila anda berjaya memprogramkan minda anda maka berlaku perubahan dalam pemikiran .Apabila berlaku perubahan dalam pemikiran maka berlaku perubahan dalam sistem kepercayaan pada kemampuan anda . Apabila anda berjaya merubah sistem kepercayaan maka anda akan berubah dari segi sikap anda . Dan apabila anda berjaya mengubah sikap maka akan berlaku perubahan dalam tindak -tanduk anda dan seterusnya anda akan memperolehi hasil yang sungguh mengagumkan.

Selamat berjaya!


Read More......

Sunday, July 5, 2009

Apa maknanya matlamat?


Apa sahaja pekerjaan yang ingin anda lakukan maka anda perlu ada matlamat.Apa maknaya matlamat bagi anda? Matlamat dalam erti kata adalah sesuatu perkara yang disasarkan untuk dicapai oleh sebab-sebab tertentu.Dengan mengetahui makna matlamat yang sebenarnya akan menjadikan diri kita dapat membina matlamat yang mantap seterusnya yang lebih penting ANDA DAPAT MENCAPAINYA!!.

Matlamat adalah :-

1. Ia adalah menjadikan anda sentiasa fokus dan memberikan penumpuan terhadap sesuatu kerja buat anda.


2. Ia merupakan cara memandu arah kerja dengan betul dan berkesan.
3. Ia menjadi satu kompas pada anda pada hala tuju kerja yang terarah
4. Ia jadikan anda ada sasaran yang perlu anda bidik.
5. Ia sebagi pemangkin pegaliran idea anda bagi tujuan penyelesaian masalah
6. Ia sebagai wadah kekuatan untuk anda sentiasa tabah dalam mengharungi pelbagai halangan.
7. Ia sebagai motivasi berterusan faedah-faedah yang bakal anda perolehi dan nikmati.
8. Ia jadikan anda ghairah dan penuh rasa bersemangat untuk terus bekerja mencapai apa yang anda idamkan
9. Ia jadikan buat keputusana anda jelas dan mantap
10. Ia jadikan minda anda dapat mengurus, mengatur dan mentadbir kerja anda dengan lebih baik.
11. Ia akan memastikan anda akan capai apa yang dinginkan
12. Ia jadikan diri anda benar-benar produktif

Read More......

Tuesday, June 23, 2009

Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan

Terlalu banyak nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya yang dikurniakan tetapi kita sering mentakwil dan sentiasa mengeluh kerana tidak berpuashati dengan kehendak kita. Kita sering merasakan tidak cukup apabila melihat orang lain memperolehi lebih dari kita
Berusahalah sepertimana mereka berusaha dan jangan sesekali mengeluh dan berputus asa. Pejuangkan matlamatmu dengan apa yang kamu ada.'

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim:7)


Read More......

Saturday, May 9, 2009

Menjana IQ Kreatif

Minda sedar dan minda bawah sedar yang kita miliki boleh dimaksimakan penggunaannya.Pada kali ini saya akan berkongsi teknik menggunakan kedua-dua pasang minda tersebut dengan cara yang kreatif.


Ada 5 langkah praktikal:-

1. Sediakan sebuah buku impian anda. Senaraikan impian,matlamat dan cita-cita anda.Baiklah ,sekarang anda telahpun memilih impian anda.Pastikan matlamat yang ditulis adalah jelas iaitu jika pendapatan bulanan nyatakan jumlahnya misalnya RM10 000 sebulan, jika berat badan ideal nyatkan misalnya 56kg atau jika kereta nyatakan jenisnya dan harganya. Senaraikan apa sahaja impian anda dan paling penting nyatakan apakah faedah dan sebab kepentingan nilaian bahawa anda mesti memiliki impian anda. Tanpa sebab yang kukuh minda anda tidak dapat beroperasi secara sepenuhnya.
Untuk memantapkan impian anda maka carilah gambar impian anda yang bersesuaian, cerita contoh kejayaan model yang anda minati atau kata-kata yang ada kaitan dengan impian anda. Tampalkan dalam buku impian anda seperti buku skrap.Tujuannya adalah setiap hari terutamanya sebelum tidur atau bangun dari tidur anda dapat tatapi buku impian anda. Seelok-eloknya tataplah ia 5 kali sehari.

2.Fokus dan berikan penumpuan pada setiap satu impian anda.
a) Apabila fokus anda jelas, kemukakan selalu soalan BAGAIMANA CARA anda ingin jadikan impian anda satu kenyataan.
b) Tuliskan dan senaraikan apa sahaja idea langkah-langkah yang akan anda lakukan. Jangan buat apa-apa penilaian dahulu. Cuma tulis sahaja sama ada logik atau tidak apa sahaja yang terlintas di fikiran.
c) Dapatkan ilmu pengetahuan atau bertanya dengan orang yang telah berjaya mencapai impian yang sama seperti yang anda impikan.Sertai seminar, baca majalah ,buku, dengar audio tentang bagaimana orang-orang yang telah berjaya capai impian mereka. anda boleh tiru cara mereka. Duplikasikan.
d) Senaraikan apa yang anda miliki dari segi sumber,ilmu, modal dan apa yang anda perlu ada dan senaraikan halangan-halangan yang dijangka dan cuba cari penyelesaiannya.

3. Anda perlu berada di dalam minda alpha. Lakukan meditasi, kosongkan minda dan biarkan minda anda terapung untuk penerokaan potensi diri. Biarkan minda anda mencari penyelesaian terhadap permasalahan dan halangan . Dalam keadaan sedar ,sentiasa tanya Bagaimana...bagaimana... bagaimana? guna 5 pancaindera dan pancaindera yang ke 6 (Sixth sense) -rasa gerak hati pada persekitaran anda bagi menghidu peluang yang ada di sekeliling anda dan bagi menemui jawapan-jawapan permasalahan dan halangan capai impian anda.Anda pasti akan menemui jawapannya yang telah disediakan oleh Allah

4.Raptai minda. Gambarkan dengan sejelas-jelasnya dalam minda anda bahawa anda 'telah' dan sedang menikmati kejayaan-kejayaan anda. 'Lihatlah diri anda, dengarkan suara-suara kejayaan dan rasakan getaran emosi positif akan kegembiraan yang anda nikmati dengan rasa syukur dan berterima kasih dan jangan lupa dalam kegembiraan anda bayangkan juga sifat anda yang pemurah berkongsi kejayaan dengan orang lain di mana jika anda memiliki kejayaan anda amat gemar untuk menolong orang lain dengan pemberian dari anda kepada mereka.Amalkan sentiasa pada raptai minda anda supaya anda boleh menarik persekitaran tersebut dalam kehidupan seharian anda.

5. langkah yang paling penting ialah lakukan apa sahaja yang telah anda rancang dan pelajari . Aplikasikan dalam kehidupan sebenar. JIka anda masih belum berjaya cari maklum balas dari penilaian sendiri atau dari orang lain yang ahli atau pakar dalam bidang yang anda ceburi dan lakukan berulang kali berdasarkan maklum balas tersebut sehingga anda mencapai impian anda. Apapun tindakan anda yang pastinya anda mesti berdoa dan terus berdoa sambil berusaha dan bertawakallah pada Allah.



Read More......

Sunday, May 3, 2009

10 cara teknik untuk gagal!

Gagal lagi? Semua orang hendak berjaya tetapi malangnya mereka semua masih gagal kerana mereka sendiri yang mengamalkan langkah-langkah yang memastikan kegagalan.Apakah amalan-amalan itu yang biasa dilakukan oleh kumpulan gagal?
Pada artikel kali ini saya akan berkongsi amalan-amalan yang sentiasa dilakukan oleh Si tewas.


1. Berada di dalam lingkungan orang gagal. 95% daripada orang yang kita bergaul adalah terdiri dari orang-orang yang gagal.Tandanya ialah orang sekeliling yang kita dampingi adalah mereka yang gagal. Dengarlah ucapan yang dituturkan oleh mereka. Apa yang anda dengar adalah hanya kritikan dan ucapan-ucapan seperti tak boleh, mana mungkin, payahlah ,aku dah buat, nampak tak boleh jalan, banyak orang dah gagal. Inilah ucapan yang sering anda dengar.Dari segi pencapaian mereka pula hanya biasa sahaja dan mereka ini sentiasa akan menasihatkan pada anda JANGAN BUAT, NANTI ANDA MENYESAL. Mereka seolah-olah ada kuasa untuk menentukan nasib anda. Anda sebenarnya berada di dalam lingkungan getaran tenaga emosi negatif yang terlalu kuat apabila anda berada dalam lingkungan mereka.Awas! Jauhkan diri anda dari mereka.

2.Anda berasa yang anda sudah pandai dan tahu segala-galanya.
Apabila perkara ini berlaku maka anda mula berhenti untuk belajar. Inu bermakna anda cuba menghentikan peningkatan diri anda. Orang yang berlagak pandai ,hanya memiliki teori yang banyak di dalam minda dan fikirannya. Mereka tidak mampu melaksanakan dan mereka ini amat pantang kalau ada orang lain yang cuba memberikan cadangan pembaikan. Mereka rasa mereka serba tahu. Awas! anda perlu belajar dan belajar untuk meningkatkan potensi diri , bersikap terbuka, amalkan apa yang anda tahu dan kesempurnaannya adalah berkongsi atau sebarkan ilmu yang anda tahu kepada orang lain supaya mereka juga boleh mengamalkan ilmu yang bermanfaat itu.

3.Anda bertanya sesuatu pada orang yang salah?
Kalau anda tanya pada itik yang sedang berenang di sungai, maka itik akan jawab dalam sungai itu hanya pada paras dadanya. Anda pasti akan gagal jika bertanya pada orang yang bukan ahli dalam bidangnya. Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Awas! jika anda hendak berjaya, pastikan mereka ada pengalamn, autoriti, kebolehan dan kepakaran. Dengan bertanya pada mereka yang ahli dalam bidang masing-masing ,maka anda dapat membuat keputusan yang lebih tepat.

4.Anda membuat keputusan berdasarkan pengalaman,emosi dan tanggapan anda sendiri. Apabila ada sahaja ada peluang yang muncul, anda sering hanya berfikir sendiri lalu membuat tanggapan berdasarkan pengalaman anda sahaja. Jika selama ini anda sering gagal maka ukuran keputusan sesuatu tindakan adalah berdasarkan apa yang anda percaya tentang kebolehan yang ada pada diri anda . Selalunya keputusan yang anda buat adalah aku memang tidak mampu buat, aku memang tidak boleh, dah banyak kali aku gagal, aku tidak berani. Secara automatisnya adalah telah membina satu benteng penjara yang besar dalam diri anda. Semakin hari halangan ini semakin menebal dan anda benar-benar merasakan memang anda TIDAK MAMPU. Awas!. Bergaullah dengan mereka yang telah berjaya melakukan sepertaaimana peluang yang muncul itu. Kalau mereka boleh buat yang pastinya anda PASTI BOLEH BUAT JUGA!

5.Anda fikir kejayaan begitu mudah dan dicapai dalam jangka masa pendek
Sudah berapa kali anda dengar pelbagai kejayaan yang telah dicipta oleh orang lain. Pada anda mereka mencapainya dengan begitu mudah dan selesa. Jadi anda pun cuba meniru seperti mereka. Dan apabila anda tidak mencapai seperti mereka maka anda pun membuat keputusan memang anda tidak mampu. Awas! kejayaan yang mereka cipta bukan dalam masa yang singkat. Kota Rom tidak dicipta dalam masa satu hari. Kejayaan adalah berkonsepkan TANGGA. Anda perlu mendaki dari satu anak tangga kepada satu anak tangga bagi capai kejayaan. Cepat atau lambat mendaki anak tangga berdasarkan pada siapa guru yang anda ikuti.Semua orang yang berjaya telah menempuh pelbagai kesusahan sebelum satu anak tangga ke satu anak tangga dapat didaki.

6.Anda hanya fikirkan kepentingan sendiri. Kebanyakan dari kita hanya fikirkan apa yang aku akan dapat, berapa banyak yang aku dapat ,apa yang mesti aku dapat, apa yang perlu aku rebut tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Awas! tahukah anda orang yang berjaya kehidupan mereka hanya memikirkan memenuhi keperluan orang lain?.Awas! Untuk menjadikan orang berjaya anda mesti belajar untuk berterima kasih dan belajar memberi pada orang lain. Apa yang anda beri itu yang anda akan perolehi.
Mulalah dengan memberi yang kecil-kecil dan apabila anda ada kemampuan beri yang lebih besar. Lihatlah golongan usahawan. Mereka sering memenuhi keperluan orang ramai mendapatkan barang keperluan yang orang ramai perlukan. Masalah pada orang adalah pendapatan pada mereka.

7.Anda mahu semuanya.
Anda hanya tahu hendak sahaja tetapi sebenarnya anda tidak tahu dengan jelas dan praktikal apa sebenarnya anda hendak. AWas! pastikan apa yang anda hendak dengan jelas seperti saya hendak pendapatan RM10 000 sebulan , saya hendak berat badan saya 56kg. Anda juga perlu tahu AMBAK. AMBAK adalah singkatan dari Apa Manfaat Bagiku. Anda perlu tahu apa manfaat dan pentingnya sesuatu kehendak yang anda perlukan . Mengapa anda mesti dapat capai kehendak anda itu. Motivasi yang paling kuat adalah berdasarkan SEBAB. Sebab apa aku mesti dapat matlamat itu.Dengan mengetahui kepentingan tersebut ,ianya akan mendorong anda lebih kuat untuk berjaya.

8.Tabiat anda suka bertangguh. inilah virus yang paling hebat yang menjadikan anda seorang yang tewas. Awas! Anda perlu bersegera dalam melakukan tindakan. Pastikan Perkara yang utama(important) didahulukan tindakannya megikut ranking keperluan.

9.Terlalu banyak perkara yang anda ingin buat sehingga hilang fokus.Kita terlalu ghairah untuk mencipta kejayaan sehingga kita hilang fokus pada sesuatu perkerjaan. Awas! Pastikan anda fokus pada sesuatu pekerjaan ,Buat sehingga berjaya .

10. Anda hilang hubungan dengan Allah, Pencipta kejayaan hakiki. Sering kali anda lakukan sesuatu misi dengan menumpukan pada usaha anda. Anda lupa bahawa yang menganugerah kejayaan adalah Allah. Dek kerana ghairah mengejar kejayaan, anda lupa dosa pahala, halal haram .lupa dan lalai sembahyang, lupa dan lalai berdoa. Anda hanya fikir kejayaan itu adalah dari diri anda semata-mata

Kesimpulannya, jika anda masih mengamalkan teknik tersebut maka bersedialah untuk mencapai kegagalan.



Read More......

Friday, April 17, 2009

Rahsia atasi penyakit malu





"Malu adalah sebahagian dari iman" malu yang dimaksudkan pada kata-kata ini adalah malu kepada Allah untuk melakukan perbuatan yang melangar perintah Allah. Isu yang hendak diperkatakan pada artikel kali ini ialah malu yang terbit dari perasaan rendah diri dan kurang berkemampuan dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Sebagai contoh malu untuk berhadapan dengan orang ramai, malu untuk bercakap dan pelbagai perasaan malu yang menyebabkan banyak peluang disia-siakan akibat perasaan malu. Penyakit malu ini dapat di atasi dengan pelbagai cara.
Anda mesti TRANSFORMASI DIRI ANDA

1.Tingkatkan rasa penghargaan kendiri. Iaitu dengan cara menerima diri tanpa syarat. Kita dapat menerima diri kita terutamanya keadaan fizikal yang sedia ada dengan reda dan kita patut bersyukur atas kejadian fizikal kita yang nengandungi hikmah yang nikmatnya tidak terhitung banyaknya. Dengan cara ini kita akan mula menyayangi, menerima dan menghormati diri kita.

2.Harga diri juga dapat ditingkatkan melalui cara penampilan diri kita iaitu cara kita berpakaian. Imej pakaian anda menjadikan anda begitu teruja dan akan mengikiskan rasa malu kerana penampilan berpakaian yang akibatkan kita rasa rendah diri. Belajarlah cara berpakaian mengikut situasi tertentu supaya anda kelihatan menarik dan anggun. Dengan cara ini anda tidak akan malu dengan penampilan diri yang baru.

3.Jika anda malu untuk berkomunikasi maka anda hanya perlu belajar cara yang betul untuk meninkatkan kelancaran pertuturan dan mesej penyampaian anda secara verbal dan non verbal iaitu lisan dan bukan lisan. Bukan lisan adalah seperti nada suara, mimik muka, gerakan tangan, kaki , bahu dan badan anda serta jarak yang sesuai. Penyampaian mesej yang berkesan akan meningkatkan penampilan diri anda . Mereka akan kagumi anda dan seterusnya keyakinan baru ini meningkatkan rasa percaya diri yang dapat menghilangkan rasa malu.

4. Hentikan mengkritik diri anda secara negatif. Kritikan perlu dibuat sebagai panduan untuk membina kredibiliti anda. Sebagai contoh anda mengkritik diri anda sukar untuk mudah mesra , maka anda pewrlu bertanya pada suara hati anda bagaimanakah caranya saya dapat meningkatkannya. Apa sahaja bicara diri yang menidakkan kebolehan anda maka anda perlu bertanya dan terus bertanya supaya anda dapat meningkatkannya.

5. Jaga setiap kata-kata bicara negatif sama ada dari diri anda atau pun bicara luaran yang menidakkan kebolehan anda. Setiap kali berlaku penafian kebolehan anda maka apa yang perlu dilakukan adalah berikan cabaran pada diri anda ialah ucapkan terima kasih dan mulai perbaiki dan tingkatkan diri anda pada mana-mana kelemahan yang ada. Cari cara-cara bagaimana anda dapat meningkatkan diri anda dan seterusnya laksanakan program tersebut.

6 Iktirafkan segala pencapaian anda walau sekecil manapun. Ulangi ucapan kata-kata pujian dan syukur pada Allah atas pencapaian kejayaan anda. Sebutkan selalu sehingga melekat di sanubari anda.

7. Bicara diri positif dapat meningkatkan rasa percaya diri bagi mengikis rasa malu
Katakan pada diri anda secara berulang-ulang apabila ada sesuatu pwerkara yang ingin anda lakukan bahawa anda pasti dan mesti melakukan.

8. Bergaul selalu dengan orang-orang berjaya bukan untuk dibuat perbandingan yang boleh menjadikan anda semakin malu tetapi belajar dan perhatikan personaliti orang berjaya sebagai panduan kepada anda membina rasa hebat diri.

9. Raptai mental perlu dilakukan supaya anda sentisa dapat 'melihat' diri anda yang hebat da dikagumi oleh orang sekeliling. Buat latihan berulang kali pada setiap perkara yang anda ingin lakukan . 'Lihat' dulu peristiwaa tersebut sebagaimana yang anda inginkan supaya anda dapat melakukan yang terbaik apabila situasi itu anda lakukan nanti.

10. Berikan cabaran pada diri anda untuk melakukan perkara yang anda takut kerana inilan cara terbaik untuk anda atasi rasa malu. Pengalaman-pengalaman hebat yang anda lalui akan dapat membina rasa percaya diri bagi atasi rasa malu.

11. Ingat! Setiap orang adalah hebat dan unik. Sentiasa rasakan anda orang yang penting dan sesiapa sahaja orang yang anda temui adalah penting. Jadi dengan cara ini anda tidak akan rasa malu kerana harga diri anda telah anda tingkatkan dari masa ke semasa.

12. Akhir sekali berdoalah pada Allah untuk hindari rasa malu dalam diri anda.





Read More......

Friday, April 3, 2009

Petua meningkatkan Keyakinan diri



Macamana saya nak yakinkan diri? Saya selalu berasa kurang yakin dalam melakukan sesuatu. Saya selalu teragak-agak. Bolehkah saya melakukannya?. Inilah pertanyaan yang selalu kita kemukakan bila memperkatakan keyakinan diri.Apa itu keyakinan? Menurut Ranjit Singh Malhi, keyakinan diri adalah kepercayaan yang kukuh terhadap keupayaan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri untuk mencapai cita-cita tertentu.

Sebenarnya konsep keyakinan ini telah kita miliki dan menggunakan sepenuhnya semasa kita mula-mula hendak belajar berdiri dan berjalan.Keyakinan diri adalah merupakan sesuatu yang tumbuh dalam diri secara beransur-ansur. Dalam proses belajar berjalan kita bermula dengan terbalikan badan . Apabila kita mula meniarap, seterusnya mula mengesot, merangkak dan seterusnya kita mula berdiri dan berjalan setapak demi setapak dan pada waktu itu kita sering kali tersungkur dan terjatuh. Namun kita tidak pernah berputus asa. Kita terus bangkit, mencuba dan terus mencuba dan akhirnya kita dengan megahya boleh berjalan malah boleh berlari dan melompat.HEBAT!!!


Apakah kita tidak pernah mengambil pelajaran dan iktibar dari sentuhan kejayaan yang telah kita perolehi sejak dari kecil lagi?
Kita selalu mengeluh bahawa :AKU TIDAK YAKIN.

Petua yang ingin dikongsi bagi membina keyakinan diri ialah:.

1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol

Mana-mana idea yang boleh anda terima, bolehlah jadikan panduan , Maaf kalau pendapat ini tidak menepati syarat maksud yang anda inginkan bagi membina keyakinan diri. Saya hanya sekadar berkongsi pengalaman diri saya dalam membina keyakinan diri sendiri.




Read More......

Tuesday, February 17, 2009

Duplikasi pola kecemerlangan -menjadikan anda komunikator yang hebat!



Anda begitu kagum melihat gelagat penceramah atau perucap yang anda minati. Dalam hati anda alangkah baiknya kalau aku jadi sepertinya. Anda juga berkata mengapakah aku tidak boleh jadi sehebatnya. Dia sungguh bernasib baik kerana mempunyai karisma dan kewibawaan mencapaikan ceramah dan ucapan yang begitu hebat sekali. Bolehkah aku jadi sepertinya.?Sedangkan aku begitu malu dan teragak-agak untuk memberikan ucapan sehebat itu. Jawapannya anda BOLEH malah anda boleh buat lebih baik daripada yang anda sangkakan.

Sebenarnya orang yang anda kagumi itu memiliki 1000 billion neuron yang mana anda juga mempunyai sumber neuron yang lebih kurang sama banyak. Cuma neuron penceramah yang anda kagumi itu mempunyai pola sambungan neuron yang diaktifkan berulangkali untuk menjadikan mereka seperti itu. Mereka tidak dilahirkan menjadi komunikator yang hebat tetapi mereka menggunakan sumber yang ada untuk membentuk perilaku tersebut.

Bagaimana cara anda hendak jadi seperti mereka? Peringkat permulaanya anda perlu tahu teknik-teknik berucap secara berkesan dan kemudian anda cuma perlu melakukan duplikasi.

Peniruan yang dilakukan pada fisiologi orang yang cemerlang menjadikan emosi anda seperti mereka.Tirulah gaya fisiologi cemerlang mereka.

Caranya ialah anda perlu mencari role model atau orang yang ingin anda contohi.Perhatikan gerak geri mereka, wajah mimik muka mereka. Cara mereka bergerak .Lihat postur mereka. Bagaimana gerakan tangan dan jarinya, bagaimana lengang-lenggok lehernya,Cara mereka berdiri, nada suaranya, pergerakan kedua kakinya, cara mereka bernafas. Perhatikan dengan teliti samada secara langsung atau melalui tontonan di televisyen atau video. Serapkan ingatan tersebut dalam minda anda sehinggakan rasa selesa dan sebati denga diri anda. Setelah anda ingat betul-betul pejamkan mata anda dan bayangkan model tersebut dan perlahan-lahan masukkan diri anda dalam badan model tersebut.

Sekarang anda yang mengawal tubuh tersebut dan dengan latihan mental jadikan model tersebut adalah diri anda. Latihkan berulang kali dalam minda anda seolah-olah anda sedang berucap atau berceramah dengan menggunakan model tersebut sebagai pengantara. Anda akan merasakan satu kelaianan emosi yang hebat dengan penampilan baru anda. Anda juga boleh mengambil beberapa model untuk diserapkan dalam personaliti anda.

Ambil peluang untuk mencuba secara realiti. Apabila anda kerap melakukan ,anda akan dapati peningkatan anda akan begitu ketara sekali kerana kepercayaan baru anda pada diri anda menjadikan anda begitu yakin dan dapat membuat persembahan yang hebat. Inilah pengaruh persepsi dan kepercayaan baru telah dapat mengubah personaliti baru anda.

Inilah kelebihan manusia dapat melakukan duplikasi pada personaliti yang diinginkan. Cubalah. anda akan rasa kagum dengan perubahan yang mendadak dalam diri anda.


Read More......

Tuesday, February 3, 2009

Cara bagaimana Sentiasa kekalkan diri anda dalam AURA positif

Keeping Yourself Positive
By: Brian Tracy

The most important thing you do for your success is to take control of the suggestive elements in your environment. Be sure that what you are seeing and listening to is consistent with the goals you want to achieve.

Listen Your Way to Success
Listen to educational audio programs in your car. The average person drives 12,000 to 25,000 miles per year which works out to between 500 and 1,000 hours per year that the average person spends in his or her car. You can become an expert in your field by simply listening to educational audio programs as you drive from place to place.




Take Courses in Your Field
Attend seminars given by experts in your field. Take additional courses and learn everything you possibly can. Learn from the experts. Ask them questions, write them letters, read their books, read their articles and listen to people with proven track records in the area in which you want to be successful.

Get Around the Right People
Associate only with positive, success-oriented people. Get around winners. As we say, fly with the eagles. You can't fly with the eagles if you keep scratching with the turkeys. Get away from the go-nowhere types and above all, get away from negative people. Get away from negative coworkers. If you've got a negative boss, seriously consider changing jobs. Associating on a regular basis with negative people is enough in itself to condemn you to a life of underachievement, frustration and failure. Associate only with positive people. Get around winners.


69-minute
CD or MP3


"Do Anything You Want Just by Setting a Goal"
Do you constantly make resolutions and goals in your mind, but never follow though with them? Do you ever wonder why you aren't getting everything you want out of life?

Goals are your solution.
It's as simple as learning the powerful goal setting and goal achieving techniques that I will teach you in my 69-minute CD.

You have the power to do anything. When you learn my goal achieving process you will become unstoppable. You will live the life that YOU want.

Buy Goals! today and reach your goals tomorrow.


Visualize Your Goals
The last thing before you sleep and the first thing in the morning, think about and visualize your goals as realities. See your goal as though it already existed. Your subconscious mind is only activated by affirmations and pictures that are received in the present tense. See your goal vividly just before you go to sleep. See yourself performing at your best. See the situations that you're facing working out exactly the way you want them to.

Feed Yourself Mental Pictures
See yourself living the kind of life that you want to live. See yourself with the kind of relationships, the kind of health, the kind of car, the kind of home you really want. Visualize just before you fall asleep at night. The first thing you do when you get up in the morning is to feed yourself mental pictures. Those are the two times of the day when your subconscious mind is most receptive to new programming, when you fall asleep and when you wake up.

Action Exercises
Here are two things you can do, all day long, to keep your mind and emotions focused on your goals and financial success:

First, listen to audio programs in your car and when you travel around. Continue feeding your mind with a stream of high-quality, educational, motivational material that moves you toward your goal.

Second, resolve to associate with positive, optimistic people most of the time. Get around winners and get away from negative people who criticize, condemn and complain. This can change your life as much as any other factor.

"Unlock your potential and become everything you are capable of becoming, right now!"
Sit down with me for 1-hour and I'll show you how to change your life!



Fast Paced
60-Minute
Compact Disc
or MP3 Unlock Your Potential
When you learn how to Unlock Your Potential you'll know how to...
Visualize your ideal future -- and turn it into a reality
Simplify your life so you can enjoy it to the fullest
Surround yourself with supportive, caring and loving people
Feel fantastic about yourself and every area of your life
Unlock Your Potential Today!




Read More......

Monday, January 26, 2009

Teknik berfikir simulasi main peranan dan tindakan-pemangkin personaliti hebat



Sebarang keputusan dan tindakan yang kita lakukan ada kaitan hubungan dengan konsep dan persepsi yang ujud dalam minda kita . Persepsi yang membentuk keperibadian kita mengambil masa yang panjang dalam membentuk tingkahlaku bertindak kita. Ada masanya kebolehan kita bertindak sekarang adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang kita lalui dan menjadi semakin kukuh dalam masa puluhan tahun.Sebagai contoh kemahiran kita dalam menyampaikan ceramah memerlukan pengalaman dalam masa beberapa tahun untuk kita menguasainya.

Satu berita yang amat mengembirakan di mana kehebatan tersebut boleh dilakukan dalam masa yang singkat apabila kita menggunakan teknik simulasi projeksi minda



Melalui pengalaman, pembacaan dan kajian yang saya buat ,jelas menunjukkan seseorang itu berpersonaliti, berfikir dan bertindak berdasarkan persepsi main peranan yang terpaksa ditukar apabila watak atau karakter mereka berubah.

Sebagai contoh, saya mempunyai seorang kawan yang pada mulanya berjawatan guru.Peranan yang dimainkan dan timgkahlaku serta skop pemikiran dan personalitinya adalah dalam ruanglingkup bidang pendidikan. Rujuk lapangannya adalah berpersonaliti sebagaimana lazimnya seorang guru berkelakuan.

Setelah dilantik sebagai wakil rakyat, ruang lapang rujuknya telah bertukar dengan persepsi yang baru. Iaitu pola=pola pemikiran telah berlaku anjakan persepsi.
Berdasarkan keakuan ,:Aku seorang wakil rakyat, maka tindakan perlu diselaraskan dengan pola pemikiran wakil rakyat . Main peranan kini telah berubah . Dengan imej minda seorang wakil rakyat maka perwatakan dan personaliti telah diselaraskan supaya menepati konsep wakil rakyat.

Inilah kelebihan minda dan akal di mana dengan bayangan imej baru telah dapat merubah ruang linkup berfikir dan boleh merubah personalit seseorang.

Apa yang ingin saya sarankan ialah dengan teknik ini anda boleh cuba untuk menjadikan persoanliti yang anda idamkan. Sebagai contoh cuba anda lakukan simulasi projelksi minda di mana anda sekarang adalah "BARACK OBAMA" Presiden Amerika yang ke 44.

Masukkan imej anda ke dalam tubuh bayangan tersebut.

Apa yang anda rasakan? Apa yang boleh anda dengarkan? Apa yang boleh anda lihat?
Bagaimana cara anda berfikir sekarang? Apa wawasan yang terbentuk dalam minda anda?
Skop ruangrujuk anda telah berubah. Gaya personaliti anda juga berubah.Begitu juga dengan cara pemikiran anda untuk diselarasskan dengan main peranan watak baru.

Anda boleh cuba dengan pelbagai watak dan main peranan. Pastikan anda dapat maklumat seberapa banyak watak main peranan yang anda inginkan dan serapkan tingkahlaku mereka,gaya bercakap,memek muka, persoanliti dan sebagainya supaya gaya kehebatan mereka dapat anda tiru dan aplikasikan pada diri anda.

Anda perlu ulang dan ulangkan personaliti tersebut sehingga ianya sebati dalam diri anda.

Cara ini dapat membantu diri anda membentuk semangat,motivasi,cara bertindak,keberanian dan apa sahaja dalam megejar kejayaan anda dalam masa yang lebih singkat.

Read More......

Sunday, December 28, 2008

10 petua menjayakan Penetapan matlamat (goal setting) anda.

Tahun baru 2009 akan menjelang beberapa hari lagi. Bagaimana dengan azam yang dibuat pada tahun lalu? Adakah anda puas hati dengan pencapaian anda pada tahun ini. Tahniah kerana berjaya memenuhi impian anda. Namun jika anda masih gagal tidak bermakna anda masih tidak dapat memperolehinya. Di sini saya ingin berkongsi petua bagi menjayakan impiam kita.

PETUA
1. Imbas kembali apa yang kita lakukan dari awal tahun hingga ke hujung tahun.Bina soalan-soalan dari aspek perancangan,tindakan, kekuatan dan kelemahan anda sepanjang tahun supaya kesilapan lalu tidak diulangi dan menambahbaikkan kekuatan anda.

2. Pastikan matlamat anda adalah khusus dan bukannya umum. Saya nak sihat (umum). Sepatutnya saya nak berhenti merokok dan minum air manis sekali sehari.

3.Matlamat anda boleh diukur.Misalnya saya nak bersenam 3 kali seminggu atau saya nak menulis 2 buku setahun atau saya ingin mencapai pendapatan RM10k sebulan

4.Matlamat anda dituliskan senarainya dan mudah untuk dibaca setiap hari. Menulis adalah satu cara yang berkuasa mempengaruhi minda bawah sedar anda kerana ianya seperti perjanjian yang kukuh untuk dilaksanakan dan pastikan anda kerap mengulang baca impian anda.

5.Mestilah munasabah. Jika anda sekarang berumur 55 tahun adalah kurang munasabah jika anda ingin bercita untuk menjadi pelari pecut 1oo meter .

6. Mesti ada tarikh dead line iaitu tuliskan tarikh jangkaan untuk capai matlamat. Contoh 3 bulan lagi iaitu pada 2hb Mac 2009 saya akan siapkan sebuah buku motivasi.

7. Perlu dibuat perancangan pilihan langkah-langkah capai matlamat.Tanpa perancangan seolah-olah tindakan anda seperti berada di hutan tebal tidak ada kompas.

8. Perlu ada motivasi yang kuat.Anda mesti ada sebab yang kuat mengapa anda amat memerlukan capai matlamat.

9. Pastikan apa yang anda impikan benar-benar anda menyukai bukan orang lain yang suruh
10. Terus bertindak,dan bertindak dan bertindak sambil muhasabah diri bagi mengatasi halangan yang mendatang,Jangan putus asa sehingga anda capai matlamat.

Tambah pendapatan dengan mudah bisnes online ,terbukti berkesan!
Ingin duit terus masuk akaun bank anda ,sila KLIK DI SINI



Read More......

Tuesday, February 5, 2008

Ketahui Pusat Kehebatan diri anda satu rahsia yang dibongkarkan

Ketahui di mana pusat kehebatan anda. Satu rahsia yang dibongkarkan. Mesti baca!

Sumber utama JANAKUASA KEHEBATAN ANDA!!!!

Salam kasih sayang pada semua pembaca setia blog cahaya akal. Lama kita tidak bersua. Rindu juga ingin bertemu dengan pembaca sekalian. Kebelakangan ini saya sibuk sedikit mengendalikan kursus-kursus motivasi.
Artikel kali ini adalah panduan unbtuk menjana kehebatan diri kita.

Setiap dari kita sentiasa mencari-cari di mana terletak kekuatan diri. Sebagai bandingan sesuatu peralatan elektrik atau mesin ada yang meghidupkannya. Iaitu suis atau starter . Dengan memetik suis ,lampu akan bernyala dan enjin akan dihidupkan. Di mana terletaknya suis bagi kuasa kehebatan manusia. Ia adalah di HATI SANUBARI setiap orang. Sumber kuasa utama adalah di hati.

Keyakinan, kepercayaan dan keimanan seseorang adalah terletak di hati.Maka hatilah suis yang akan menjana kehebatan manusia. Petik sahaja suis di hati anda, tentang apa sahaja keinginan anda . Maka segala tenaga dari setiap getaran sel yang berputar lawan jam iaitu 100 000 km per saat dari diri kita akan pantas menuju kepada kehendak yang membara di hati seseorang.

Setelah suis dah dipetik ia akan menghasilkan tenaga yang maha hebat. Suis ini bermula dengan niat yang dibentuk dalam diri seseorang. Niat adalah seperti tangan yang memetik suis tersebut. Bagaimana untuk memastikan tenaga ini berkekalan supaya apa yang diniatkan (MATLAMAT) dapat dicapai? Ianya adalah melalui ikrar yang diulang-ulang pada setiap hari.

Kaedah ini telah diamalkan sewaktu kita menunaikan sembahyang 5 waktu. Iaitu semasa doa iftitah kita sering menyebut (Innasolati, wanusuki, wamahyaya, wamamati lillahirabbil’alaminn) Sesungguhnya solatku, ibadahku. Hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan seluruh semesta alam.

Janji ikrar ini sentiasa kita perbaharui setiap solat 5 waktu sehari semalam. Begitu indah sekali ajaran Islam yang mengajar kita untuk mencapai setiap kejayaan perlu ada JANJI DIRI untuk memastikan kekuatan rohani bagi mencapai sesuatu matlamat. Jadi apa sahaja keinginan anda selagi tidak melanggar syarak, maka pastikan anda sentiasa melafazkan ikrar untuk mencetuskan tenaga maha hebat yang dibekalkan dalam diri anda. Janji diri akan melahirkan kekuatan dan kemantapan hati yang menjadikan anda lebih TABAH (persistence) dalam menempuh apa jua rintangan.

Misalnya anda ingin menjadi seorang penceramah yang hebat maka sentiasa ulangkan perkataan ” Saya janji akan pastikan diri saya akan menjadi penceramah nombor satu di Malaysia” katakan dengan tegas dan sepenuh jiwa raga dan sentiasa diulang-ulangkan paling kurang 5 kali sehari. InsyaAllah , saya amat yakin anda akan berjaya. Read More......

Sunday, January 6, 2008

Mengapa kita suka bertangguh?

Sebab-sebab mengapa kita suka bertangguh
Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap TANGGUH.( Procrastination) Salam kepada pembaca blog cahaya akal. Pada kali ini saya ingin berkongsi tabiat negatif yang menjadi penghalang nombor satu dalam mencipta sesuatu kejayaan iaitu sikap bertangguh.
Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang.

Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka . Pada kali ini saya ingin mengajak para pembaca mengetahui sebab mengapa sikap tangguh wujud dalam diri kita.

Kenapa kita bertangguh?

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius
18) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa . masa yang dibazirkan sama dengan umur yang dibazirkan .MASA ADALAH NYAWA ANDA!

Sekian jumpa lagi. Terima kasih Read More......

Monday, December 24, 2007

Bagaimana mengatasi rasa takut?


Cara terhebat bagaimana untuk menghilangkan rasa takut

Ketahui apakah penghadang minda ( Mental Blocked)
Bagaimana memecahkan penghadang minda ?

Pernahkah anda ingin melakukan sesuatu perkara ? Bila difikir-fikirkan anda kemudian membatalkan hasrat anda. Mengapa terjadi demikian.?

Perkara seperti ini sering berlaku di dalam kehidupan kita. Banyak idea ,cita-cita,hasrat dan gagasan tercetus bermain di minda kita berlalu begitu sahaja akibat dari penghadang minda.. Banyak kali penghadang minda menjadikan kita seorang yang PENAKUT!


Penghadang minda adalah sistem keselamatan yang tersedia ada di dalam minda kita . Ia bertujuan sebagai penghalang dari ancaman yang membawa kepada kebinasaan pada diri kita apabila kita terdedah kepada perkara yang boleh membahayakan diri. Dari sudut emosi dan fizikal.

Oleh sebab itu perkara-perkara yang baharu yang ingin kita lakukan , beberapa amaran telah dikeluarkan.

Sebagai contoh jika kita tak pernah berceramah tiba-tiba diminta untuk melakukannya.

Apakah amaran sistem anda? Antara alasan –alasannya ialah yang keluar dari diri anda ialah

-Tak biasa. Takut.
-Nanti orang ketawakan aku
-Nanti aku akan malu
-Nanti orang akan kritik aku
-Tentu aku terketar-ketar kerana gemuruh
-Mampukah aku lakukan.
-Kalau orang banyak tanya nanti, macamana aku nak jawab dan banya lagi saranan-saranan yang akan keluar dari sistem minda anda.

Saranan-saranan negatif tersebut sebenarnya adalah proses bagaimana penghadang minda berlaku. . Ianya adalah lapisan yang mengelilingi diri anda lama-kelamaan menjadi semakin tebal dan semakin kukuh seperti penjara.
Anda sendiri telah membina satu penghadang yang begitu amat kukuh sehinggakan anda tidak mampu dan berani untuk keluar darinya. Walaupun perkara baru belum anda lakukan , bayangan minda yang terbina di dalam diri anda sudah cukup membuatkan anda gerun untuk melakukannya.

Sebenarnya penghadang minda ada had penggunaannya . Jika kita tahu sesuatu perkara yang baru itu boleh membina kejayaan kita maka kita perlu persoalkan semula penghadang minda yang terbina secara automatis.

Cadangan mengatasinya

1)Pakar motivasi menyarankan jika anda takut pada sesuatu cara menghilangkanya ialah bersedia LAKUKAN PERKARA YANG ANDA TAKUT.

2)Senaraikan mengapa anda takut melakukan perkara tersebut dan kemudian buat bayangan minda (mental image) disertakan dengar suara-suara dalaman dan juga terbit rasaan emosi seolah-olah peristiwa tersebut telah benar-benar berlaku pada diri anda. Peristiwa tersebut dapat anda atasi dengan jayanya. Bayangan minda yang berulang-ulang akan membantu anda secara automatis akan terkeluar apabila anda melakukannya secara realiti nanti. Teknik ini telah banyak dipakai oleh motivator, ahli sukan dan mereka yang jadi penghibur terkenal.

3) Gunakan Power of affirmation. Saya sekarang ini adalah ahli sukan yang terbaik. Saya sekarang ini adalah juara yang sentiasa mendapat nombor satu dan sebagainya yang mengesahkan itulah diri anda walaupun ia belum berlaku.Anda perlu benar-benar mempercayainya seperti yang anda ucapkan.

4)Cari sumber,ilmu dan maklumat dan lakukan proses peniruan daripada orang yang berjaya dan lakukan latihan-latihan sebagai persediaan

5) Akhir sekali memohon doa supaya Allah memberikan petunjuk jadi berani.
Read More......

Saturday, December 22, 2007

Bagaimana cara memastikan resolusi anda dicapai?


Tindakan dan langkah berkesan untuk memastikan resolusi anda dicapai,insyaAllah

Diam tak diam kita sekarang ni telah berada hampir penghujung tahun 2007 yang akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi muncul dan bakal muncul tahun baru 2008.

Seringkali kita berrlumba-lumba untuk menulis beberapa resolusi dan azam baru untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Saban tahun juga kita dapati resolusi yang kita buat tidak mencapai sasarannya. Mengapa?

Apakah kita mengharapkan mendapat hasil yang berlainan jika kita masih melakukan sistem yang sama dalam aktiviti kehidupan ? Apa yang kita semai, itulah hasil yang kita tuai.

Seorang pengkaji kajian hayat dari Perancis telah membuat kajian ke atas sekumpulan ulat bulu. Kesemua ulat bulu diletakkan secara lingkaran di dalam sebiji pasu dan diletakkan makanan di tengah-tengah bulatan. Tabiat ulat bulu tersebut ialah akan mengikuti pergerakkan ulat bulu di hadapannya untuk mendapatkan makanan. Apa yang berlaku? Ia . Pergerakkan ulat-ulat bulu itu sentiasa di dalam bentuk lingkaran. Akhirnya kesemua ulat bulu tersebut mati kerana kelaparan. Alagkah baiknya jika salah seekor ulat bulu tersebut mengubah sistem menuju ke arah makanan tersebut?

Langkah paling berkesan

1)Ambil buku kosong. Dalam keadaan yang tenang senaraikan amalan utama harian anda pada :-
a) 1 minggu yang lepas b) sebulan yang lepas c) 3 bulan yang lepas d) 6 bulan yang lepas e) 1 tahun yang lepas. Hasilnya anda akan dapat mengesan sistem anda berfikir, tabiat-tabiat anda, aktiviti-aktiviti anda , peristiwa dan permaslahan yang menjadikan siapa diri anda sekarang.

2) Sekarang senaraikan pula tabiat-tabiat negatif .Dan membuat aku janji bertulis bahawa anda ingin membuang segala tabiat tersebut. Anda perlu juga menuliskan kesan-kesan pada diri anda akibat tabiat tersebut.
3)Selepas itu senaraikan tabiat-tabiat positif yang anda inginkan dan tuliskan juga kebaikan-kebaikan yang anda perolehi hasil daripada tabiat tersebut dan jangan lupa senarikan sumber, halangan dan bayangan imaginasi bagaimana anda selesaikan masalah-masalah tersebut.
4)Baiklah langkah seterusnya senaraikan semua resolusi yang perlu anda jayakan. Resolusi adalah benih-benih yang akan anda semai. Maka seperti mana tanaman, ia perlu sentiasa disiram, dibaja, dihindarkan dari serangga penyakit dan pelbagai lagi bagi memastikan kita dapat petik buahnya pada masa akan datang.

SELAMAT MENCUBA!
Read More......

Sunday, December 16, 2007

rahsia 7 pemacu pasti berjaya oleh Anthony Robbins (INSYAALLAH)



Rahsia 7 mekanisma pemacu pasti berjaya oleh Anthony Robbins


1. Ghairah (Passion) mengerakkan tenaga kehendak dan keinginan yang membara berterusan . Ada cetusan perasaan ghairah yang tinggi bagi mengapai matlamat yang ditetapkan. Tenaga ini perlu supaya seseorang mempunyai cukup bekalan tenaga untuk berada pada state potensi sebenar ( True potential in our self)

2. Percaya (belief) – Mereka yang percaya bahawa mereka memang boleh melakukan. Kepercayaan adalah pada proses meniru iaitu apa yang orang lain boleh buat ,andapun boleh melakukan kerana sistem minda adalah sama Cuma kapasiti yang berbeza.. Manusia selalu menghadkan kebolehannya bermula pada halangan minda ( mental border). .Manusia adalah apa yang dia percaya. If they think they can, they can do it.InsyaAllah.

3.Strategi (strategy)- . Apa sahaja yang hendak dicapai perlu ada strategi dan plan rangka kerja . a) Apa yang hendak dilakukan? b) Bagaimana nak melakukan? c) Apa sumber yang ada? d) sumber apa yang dikehendaki? e) dengan siapa kita nak berhubung atau bergabung? f) Apakah jangkaan halangan? g) Wujudkan apa sahaja bayangan minda bagaimana bagaimana segala halangan dapat diatasi ( Setiap perkara berlaku 2 kali. Pertama dalam minda dan kedua dalam hidup realiti)

4. Jelas nilai-nilai pada apa yang dikehendaki ( Clarity of value) –Apa sahaja yang kita inginkan kita ada alasan yang kukuh mengapa ianya amat penting bagi kita. Algi kuat sebab dan alasan lagi mudah untuk anda mengapainya.

5. Tenaga (power)- Kesihatan yang baik diperlukan dalam memcapai apa sahaja keinginan anda. Pastikan anda tahu cara-cara menjaga kesihatan dan amalkannya. (akan dijelaskan nanti)

6. Bina hubungan baik ( Build rapport) – for branding personal. Ujudkan hubungan yang baik secara jujur. Bersikap peramah dan cakna ambl berat sehingga ujud kepercayaan orang lain kepada anda.

7. Menguasai kemahiran komunikasi( Mastery of communication) secara intra personal( bicara kendiri) dan interpersonal ( bicara antara orang lain).


InsyaAllah dengan panduan ringkas ini dapat menjadi panduan asas pada kita untuk berjaya.





Read More......

Wednesday, December 12, 2007

Rahsia kehebatan mandian minda untuk kehebatan diri

Bagaimana cara mandian minda untuk menjana kehebatan diri?

Minda dan hati kita perlu dimandikan setiap hari bagi menuju kehidupan yang harmoni, tenteram dan mudah bagi kita mencapai matlamat yang kita inginkan.

Mandian untuk minda dan hati mesti dilakukan. Menurut pakar NLP seperti Antony Robbins, setiap hari anda melalui intra personal berkomuniksi pada diri sendiri melebihi 50 000 perkataan. Apa yang memeranjatkan lebih 98% daripada mesej yang disampaikan adalah dikategorikan sebagai bicara kendiri (negative self talk). Kajian menunjukkan hanya 3% hingga 5 % sahaja penduduk dunia yang mencapai kejayaan yang cemerlangn kerana mereka mengamalkan bicara kendiri positif pada diri mereka.

Minda bawah sedar akan menerima dan memproses mesej tersebut dan kesannya amat buruk iaitu pada mental dan fizikal badan. Cecair kimia dalam badan akan mengeluarkan enzim-enzim yang menyebabkan diri seseorang menjadi lemah. Cecair itu sebenarnya adalah untuk tujuan melawan penyakit tetapi ia dikeluarkan dalam keadaan yang banyak dan berterusan. Kesan kesihatan jangka pendek ialah pening kepala, sakit sengal otot terutamanya di bahagian bahu dan tengkok kepala.

Simpton ini akan menwujudkan stress yang tidak baik pada diri. Sistem aliran darah yang tidak teratur tekanannya, tempo jantung mengepam darah tidak stabil, gangguan pada sitem penghadaman. Kesan kesihatan jangka panjang adalah seperti stroke, darah tinggi ,lemah jantung, ulcer , kencing manis dan sebagainya.

Jadi mandian minda dan hati perlu dilakukan setiap masa supaya anda tidak menghidapi penyakit yang disebutkan tadi.

Apakah mandian minda dan hati?

Langkah awal yang perlu dilakukan ialah membuang dan menghapuskan persepsi-persepsi negatif dan fikiran-fikiran negatif yang telah anda tanamkan dan sebenarnya ianya telah menjadi kepercayaan anda sejak sekian lama bahawa itulah diri anda . Konsep kendiri yang negatif perlu dibersihkan ! Unsur negatif ini tersimpan di dalam imej negatif, suara-suara dalam negatif dan emosi negatif.

Langkah:-

Senaraikan unsur-unsur negatif di atas kertas dan dengan teguh hati anda berjanji untuk menghapuskan. Sebagai simbolik anda bolehlah bakarkan kertas tersebut atau buang di dalam tong sampah.
Melalui gambaran minda, mendengar suara-suara dalaman dan perasaan pada unsur tersebut. Buat satu gambaran yang besar dan sejelas-jelasnya, dengarkan suara negatif dan perasaan negatif. Masukkan kesemuanya di dalam pembidas (lastik gergasi). Tarik sehabis kuat-kuat dan lepaskan paling jauh yang mampu anda lakukan. Atau buat dua gambaran iaitu gambaran buruk yang besar dan jelas dan satu lagi gambaran baru yang anda inginkan . Kumpulkan semangat dan gambaran yang kecil untuk menerjah memecahkan imej yang buruk. Terjahan itu perlu dilakukan kuarng dari satu saat dan semasa memecahkan sebutkan Allahu Akhbar. Lakukan berulang-ulang kali sehingga anda benar-benar berasa puas , gambaran yang buruk telah hilang dan anda akan merasakan semangat baru.

Untuk mandian dilakukan sebelum tidur dan waktu bangun tidur. Sebutkan dan gambarkan yang baik-baik tentang diri anda dan rasakanya. Proses ini ialah dimana hati anda akan menyampaikan mesej kepada minda sedar dan seterusnya dihantar kepada minda bawah sedar.Lihat matalamat-matlamat yang anda ingin capai . Bagaimana nak menentukan ianya berkesan?

Mudah sahaja . apabila anda bangun dari tidur, badan anda terasa ringan, segar, amat bertenaga dan anda rasakan benar-benar bersemangat! Ini adalah kerana cecair endhorphin telah dikeluarkan untuk menjadikan anda rasa seronok dan bersemangat.Lakukan mandian lagi dengan memasukkan mesej positf dan berikan laungan kata-kata semangat sambil mengenggam tangan anda berazam untuk melakukan terbaik pada hari tersebut dan hari-hari seterusnya selagi anda masih bernyawa..( lauangan perlu dibuat dalam diri). Untuk mandian hati akan dijelaskan kemudian. Sekian Selamat mencuba! JANGAN LUPA BERDOA>

Read More......

Thursday, December 6, 2007

7 formula cemerlang

7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG OLEH DR DANIAL ZAINAL ABIDIN

1) Mengenali kehebatan dan potensi diri – Allah menciptakatan manusia dengan kelengkapan yang hebat bagi membolehkan manusia memakmurkan dunia untuk dirinya dan kemaslahatan umum bagi menuju jalan kebaikan akhirat. Di antara kelengkapan yang terhebat ialah anugerah akal fikiran yang membolehkan manusia mengenali siapa Penciptanya.


2) Meledakkan taqwa. - “ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya.”
Surah al-Talaq :2-3. Menurut sahabat nabi ,Abdullah bin Masud, ayat ini adalah ”formula penyelesaian masalah yang teragung di dalam Al-quraan.”


3)Melonjakkan ilmu – Al-Quraan mukjizat ilmu yang diwahyukan kepada nabi, Allah maha mengetahui dengan ilmu sahaja .manusia akan jadi mulia. Ilmu Al-quraan adalah Nur Allah yang memberikan panduan untuk dunia dan akhirat.


4)Hidup bermatlamat dan berwawasan

5) Memelihara amanah

6) Berfikiran positf - bersangka baik pada manusia dan Allah

7) Menyantuni manusia.- berakhlak mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasullulah Read More......

Thursday, November 22, 2007

MENGAPA MATLAMAT TIDAK TERCAPAI?


MENGAPA MATLAMAT TIDAK PERNAH DICAPAI

Amir bertungkus lumus untuk memperbaiki kehidupannya. Saban hari dia merasakan kehidupan makin sempit dan banyak cita-cita dan harapan tidak dapat dipenuhi.
”Bagaimana hidup aku ni, makin hari makin susah. Aku tak boleh terus hidup begini. Hutang keliling pinggang dan duit sentiasa tidak mencukupi.Harap makan gaji sahaja .Susah. Susah. Tak akan aku nak hidup begini sampai hari tua”, rungut Amir .

Senario ini sering berlaku pada zaman sekarang. Harga barang makin, hari makin naik. Jadia apa usaha anda? Sanggup terus hidup begini. Mulakan langkah sekarang! Untuk membaiki dan menambah ekonomi.

Agaknya mengapa berlaku matlamat tidak tercapai?

!. Matlamat hanya angan-angan sahaja. Pakar motivasi menyatakan jika kita ada matlamat mesti dinyatakan secara bertulis. Ya .MESTI TULIS. Ada hitam putih. Jika tidak ,apa yang kita inginkan akan berlalu begitu sahaja. Tulis bermakna kita ada kontrak yang perlu dilaksanakan. Ianya juga akan menjadi peringatan dan pendorong yang amat kuat. Hasrat akan tinggal angan-angan dan kita akan cepat melupakanya dalam kesibukan waktu.. Kita perlu aktifkan minda kita dengan membaca hasrat dan matlamat kita setiap hari. Jadi yang penting kita perlu tulis pada tempat yang mudah untuk kita baca kerana dengan cara ini cas tenaga kita akan dikerahkan untuk capai hasrat d cita-cita.

2.Berfikiran negatif juga menyebabkan kita sukar untuk mencapai matlamat. Kita sering memberitahu diri kita melalui bicara kendiri bahwa apa yang kita idamkan payah untuk dicapai. Jadi dengan mudah kita melupakan hasrat yang berkobar-kobar. Bila kita menyatakan payah ,maklumat otak kita akan mencari seribu macam alasan supaya membenarkan apa yang kita nyatakan yang buruk. Begitulah sistem otak kita berkerja.. Jika kita yakin boleh lakukan otak kita akan bekerja keras untuk mencari jawapan yang positif untuk berjaya. . Malangnya ramai yang memilih untuk berfirjikiran negatif tanpa disedari. Kekuatan diri kita sebenarnya terletak pada HATI. ”HATI KECIL (BERJIWA KECIL ) Lahirkan insan bertaraf rendah .


Rencana akan bersambung................................. Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas