Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318
Showing posts with label PEMBANGUNAN DIRI. Show all posts
Showing posts with label PEMBANGUNAN DIRI. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Kuasa 'Tidak' (The Power of NO)

Tenaga di dalam tubuh badan kita boleh berkurangan jika selalu melakukan perbuatan yang tidak baik atau perbuatan yang berdosa . Daya tahan badan kita dari aspek fizikal, mental dan rohani akan terjejas dan mudah untuk jatuh sakit jika amalan-amalan yang keji sentiasa dilakukan. Oleh itu kita perlu memiliki tenaga menyatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak baik.

1) Katakan tidak atau jauhkan diri pada pertuturan dan persekitaran suara-suara yang sentiasa bersifat komplen atau rungutan-rungutan yang tidak puas hati terhadap cuaca, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Rungutan hanyalah menghasilkan getaran emosi negatif yang mana getaran ini boleh menjejaskan emosi dan tenaga atau mood seseorang. Jika sesuatu yang tidak kena , apa yang patut dibuat ialah kenalpasti masalah tersebut dan cari jalan penyelesaian atau berhubung dengan mereka yang boleh bantu selesaikan masalah tersebut.

2) Katakan tidak pada gosip dan umpatan kerana perkara ini boleh membawa bencana dan keburukan bagi diri anda dan hubungan yang rengang keran boleh membawa kepada perasaan benci dan boleh menyebabkan berlakunya pernusuhan dan pergaduhan.

3) Katakan tidak kepada percakapan yang lara dan yang sia-sia. Barang siapa yang beriman pada hari akhirat hendaklah dia keluarkan perkataan yang baik-baik jika tidak berdiam diri. Perkataan yang sia-sia tidak boleh membawa manfaat malah menyedut tenaga kita dengan lebih banyak, Orang yang suka cakap yang sia-sia akan sentiasa di dalam keadaan yang letih dan jiwanya tidak akan rasa tenteram

4)Katakan tidak pada fikiran yang negatif.Fikiran negatif akan melemahkan mental dan daya juang kita dan seterusnya akan meletihkan jiwa raga kita.

5) Katakan tidak kepada kerisauan dan kebimbangan, Perasaan ini adalah sangkaan tanpa pengetahuan yang betul. Ramai oang yang menderita rasa tertekan akibat dari rasa bimbang yang tidak menentu. Akibatnya tenaga akan terlalu banyak digunakan dan menyebabkan orang itu rasa tidak bermaya keran sukar untuk tidur dan fikirannya akan menjadi letih dan dia akan mudah mengalami kelupaan. Orang yang sentiasa rasa bimbang akan juga mudah menjadi seorang yang pemarah

6) Katakan tidak kepada suara-suara dalaman yang memperlekeh dan merendah-rendahkan kita. Anda boleh mengawal suara ini dengan mengemukakan pertanyaan pada emosi tersebut.

7) Katakan tidak kepada diri anda yang ingin berbohong atau berdusta.

8) Katakan tidak pada diri anda yang ingin mengeji, mencaci atau memperlekehkan orang lain . Tenaga anda akan digunakan terlalu banyak untuk mencetuskan situasi yang tidak baik itu . Ianya akan menjejaskan mental dan memberikan kesan buruk kepada fizikal dan rohani anda.Orang yang mengeluarkan kata-kata yang tidak baik akan menderita penyakit tekan jjiwa yang melampau dan dia akan sentiasa rasa resah dan gelisah.

Oleh itu gunakanlah kuasa TIDAK bagi melestarikan dan menjadikan kehidupan anda sentiasa bertenaga, sihat ceria dan harmoni di mana sahaja anda berada.




Read More......

Wednesday, December 31, 2008

Generator Tingkah laku baru-pemangkin personaliti hebat anda


Kelebihan manusia ialah dia boleh melakukan peniruan dan adaptasikan pada diri mereka sendiri. Pernahkah anda melihat personaliti dan karisma seseorang yang anda kagumi.Mereka sangat popular dan dikenali ramai. Kadang-kadang terasa dalam diri anda alangkah baiknya kalau aku jadi seperti mereka. Berita baiknya anda boleh menjadi seperti mereka kerana sistem operasi kemampuan minda anda membolehkan anda menjadi seperti sesiapa sahaja yang anda inginkan.Tekink ini dinamakan generator tingkah laku baru ( New Behavior Generator)
Caranya ialah:-



1) KEnalpasti seseorang atau role model yang anda ingin generatekan dalam diri anda

2)Santaikan diri anda dalam keadaan relaks pejamkan mata anda dan binakan kekeuatan minda pancarkan seperti cahaya yang memancarkan hologram model yang anda amat minati.Perhatikan:-
a) Susuk tubuhnya
b)Penampilannya dan cara berpakaian
c)Cara dia bercakap dari aspek nada suaranya
d)Cara dia menggunakan mimik muka,matanya,tanganya,kaki dan badan
e)Cara dia berdiri,duduk,berjalan dan stylenya
f) Adakah anda amat berpuashati dengan model anda,jika tidak tukar model lain.

3)Tutup mata anda sekali lagi dan sekarang mainkan movie tersebut dan gantikan susuk tubuh model tersebut adalah diri anda.Rasakan kehebatan apabila anda berada dalam susuk tubuh tersebut.Gayakan diri anda semahunya.

4)Patikan mana sahaja kelemahan anda ditinggalkan kerana anda sekarang memiliki diri yang hebat .Dengar,lihat dan rasakan satu perasaan yang hebat.
5)Kemudian keluarkan diri anda dan lihat bagaimana anda beraksi dengan mata anda sendiri personaliti tersebut adalah diri anda.

6)Setelah anda rasa satu kesebatian ,bayangkan pada satu masa depan bagaimana anda beraksi dan bertingkahlaku dengan personaliti yang baru menurut tingkahlaku keperibadian yang baru.Dengar,lihat dan rasakan penuh perasaan tingkahlaku baru itu adalah diri anda yang baru.Cipta apa sahaja peristiwa atau yang anda inginkan dengan karisma baru.

7)Buka mata anda dengan memiliki personaliti baru tersebut telahpun anda miliki.Yakinilah

8) Buat sauh (anchoring) iaitu satu pentanda seperti genggam tangan kanan dan tumbukkan di tangan kiri. Katakan yes ini diri ku yang baru atau hebat atau apa sahaja yang anda selesa dengan penuh emosi memiliki tingkah laku baru.
9)Sekarang gunakanlah kemampuan tingkahlaku baru dalam aktiviti seharian anda.

10 Buat ulang tayang aktiviti tersebut dan tambahkan atau generatekan model yang lain pula seberapa banyak yang anda suka.
11) Setelah anda memiliki koleksi tingkah laku yang baru ,jadilah diri anda yang unik kerana apa yang anda isikan tingkahlaku tersebut sebagai membantu pembinaan persoanliti yang mana sebahagian besar adasikap tingkah laku unik dalam diri anda yang perlu anda upgradekan

Ingin pendapatan online halal, mudah dan terbukti berkesan.SILA KLIK

Kedai Online




Read More......

Saturday, August 2, 2008

Jangan Buntu: Tingkatkan Pembangunan diri anda!

Andaikan anda mengambil 2 botol yang sama saiz , bentuk dan kualiti. Iskan botol yang pertama dengan budu dan yang satu lagi minyak wangi. Apakah nilainya sama jika diletakkan di pasaran?

Sudah tentunya tidak. Harga minyak wangi boleh mencecah Rm 2000 manakala sebotol budu budu mungkin berharga RM 2.00.Apa yang menyebabkan harganya berbeza? Tidak lain dan tidak bukan ialah nilaian yang ada di dalam botol tersebut walaupun botol itu adalah sama.

Begitu juga ada individu yang dibayar 1 jam RM2 manakala yang lain ada yang dibayar
RM 2000 1jam. Mengapa kedua-duanya berbeza? Ia sememangnya nilaian yang dimiliki seseorang yang dibayar pada pasaran kerja.

Jadi bagi meningkatkan pembangunan diri anda maka tingkatkan nilaian anda di pasaran kerja untuk dibayar selayaknya.

Bagaimana untuk meningkatkan nilai diri?

Lihat:-

1) Pengalaman diri - Analisa semula diri anda beomula dengan 5 tahun sebelumnya. Jika anda masih meneruskan cara berfikir ,bersikap dan bertabiat sama seperti 5 tahun lalu maka sudah tentu hasilnya sama pada 5 tahun akan datang. Jangan mengharapkan kejayaan jika sistem yang sama masih anda teruskan. Dalam keadaan tenang cuba senaraikan apakaha kelemahan-kelemahan dan kekuatan yang anda miliki bermula dengan peristiwa 5 tahun sebelumnya dan berundur lagi 5 tahun. Senaraikan ikut kategori cara berfikir , tabiat, sikap dan amalan yang anda lakukan. Kemudian senaraikan kategori yang patut anda miliki bersesuaian dengan matlamat dan cita-cita anda. Pastikan anda telah menyenaraikan matlamat jangka panjang dan jangka pendek.

2) Pengalaman orang lain- Lihat sekeliling anda. Apa sahaja yang orang lain mampu lakukan , anda juga mampu melakukannya. Anda cuma perlu meniru. Minda anda yang menetapkan sama ada anda mungkin boleh melakukan atau tidak boleh melakukan. Semuanya anda mampu perolehi jika Anda menetapkan MUNGKIN boleh terjadi.Insya Allah.Anda cuma perlu mempunyai sikap PMA (Positive Mental Attitude) . merancang, bertindak dalam 'gelanggang' dan sentiasa melakukan pembaikan dan tambah nilai dalam kerja anda seterusnya Istiqamah ,berdoa sehingga berjaya.

3) Buku- melalui buku anda dapat pelajari pelbagai cara meningkatkan keboleh an dan pelbagai kemahiran bagi meningkatkan nilai diri anda pada bidang yang anda ingin ceburi.

4) Hadiri kelas-kelas yang menyediakan kemahiran yang anda minat dan cita-citakan


Semuanya ini anda boleh lakukan dengan cara melakukan PEMERHATIAN, PENDENGARAN dan HATI (PEMIKIRAN).

Buat Pemerhatian di sekeling anda untuk mengintai peluang dan belajar apa sahaja meningkatkan nilai diri anda. Begitu juga dengarkanlah apa sahaja maklumat dari orang lain di persekitaran mahupun di luar pesekitaran anda. Dengan meluaskan pandangan dan pendengaran dari pelbagai maklumat .anda mampu untuk menggunakan pemikiran anda melalui hati bagi meningkatkan NILAI DIRI ANDA!>SELAMAT BERJAYA Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas