Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Wednesday, December 12, 2007

Rahsia kehebatan mandian minda untuk kehebatan diri

Bagaimana cara mandian minda untuk menjana kehebatan diri?

Minda dan hati kita perlu dimandikan setiap hari bagi menuju kehidupan yang harmoni, tenteram dan mudah bagi kita mencapai matlamat yang kita inginkan.

Mandian untuk minda dan hati mesti dilakukan. Menurut pakar NLP seperti Antony Robbins, setiap hari anda melalui intra personal berkomuniksi pada diri sendiri melebihi 50 000 perkataan. Apa yang memeranjatkan lebih 98% daripada mesej yang disampaikan adalah dikategorikan sebagai bicara kendiri (negative self talk). Kajian menunjukkan hanya 3% hingga 5 % sahaja penduduk dunia yang mencapai kejayaan yang cemerlangn kerana mereka mengamalkan bicara kendiri positif pada diri mereka.

Minda bawah sedar akan menerima dan memproses mesej tersebut dan kesannya amat buruk iaitu pada mental dan fizikal badan. Cecair kimia dalam badan akan mengeluarkan enzim-enzim yang menyebabkan diri seseorang menjadi lemah. Cecair itu sebenarnya adalah untuk tujuan melawan penyakit tetapi ia dikeluarkan dalam keadaan yang banyak dan berterusan. Kesan kesihatan jangka pendek ialah pening kepala, sakit sengal otot terutamanya di bahagian bahu dan tengkok kepala.

Simpton ini akan menwujudkan stress yang tidak baik pada diri. Sistem aliran darah yang tidak teratur tekanannya, tempo jantung mengepam darah tidak stabil, gangguan pada sitem penghadaman. Kesan kesihatan jangka panjang adalah seperti stroke, darah tinggi ,lemah jantung, ulcer , kencing manis dan sebagainya.

Jadi mandian minda dan hati perlu dilakukan setiap masa supaya anda tidak menghidapi penyakit yang disebutkan tadi.

Apakah mandian minda dan hati?

Langkah awal yang perlu dilakukan ialah membuang dan menghapuskan persepsi-persepsi negatif dan fikiran-fikiran negatif yang telah anda tanamkan dan sebenarnya ianya telah menjadi kepercayaan anda sejak sekian lama bahawa itulah diri anda . Konsep kendiri yang negatif perlu dibersihkan ! Unsur negatif ini tersimpan di dalam imej negatif, suara-suara dalam negatif dan emosi negatif.

Langkah:-

Senaraikan unsur-unsur negatif di atas kertas dan dengan teguh hati anda berjanji untuk menghapuskan. Sebagai simbolik anda bolehlah bakarkan kertas tersebut atau buang di dalam tong sampah.
Melalui gambaran minda, mendengar suara-suara dalaman dan perasaan pada unsur tersebut. Buat satu gambaran yang besar dan sejelas-jelasnya, dengarkan suara negatif dan perasaan negatif. Masukkan kesemuanya di dalam pembidas (lastik gergasi). Tarik sehabis kuat-kuat dan lepaskan paling jauh yang mampu anda lakukan. Atau buat dua gambaran iaitu gambaran buruk yang besar dan jelas dan satu lagi gambaran baru yang anda inginkan . Kumpulkan semangat dan gambaran yang kecil untuk menerjah memecahkan imej yang buruk. Terjahan itu perlu dilakukan kuarng dari satu saat dan semasa memecahkan sebutkan Allahu Akhbar. Lakukan berulang-ulang kali sehingga anda benar-benar berasa puas , gambaran yang buruk telah hilang dan anda akan merasakan semangat baru.

Untuk mandian dilakukan sebelum tidur dan waktu bangun tidur. Sebutkan dan gambarkan yang baik-baik tentang diri anda dan rasakanya. Proses ini ialah dimana hati anda akan menyampaikan mesej kepada minda sedar dan seterusnya dihantar kepada minda bawah sedar.Lihat matalamat-matlamat yang anda ingin capai . Bagaimana nak menentukan ianya berkesan?

Mudah sahaja . apabila anda bangun dari tidur, badan anda terasa ringan, segar, amat bertenaga dan anda rasakan benar-benar bersemangat! Ini adalah kerana cecair endhorphin telah dikeluarkan untuk menjadikan anda rasa seronok dan bersemangat.Lakukan mandian lagi dengan memasukkan mesej positf dan berikan laungan kata-kata semangat sambil mengenggam tangan anda berazam untuk melakukan terbaik pada hari tersebut dan hari-hari seterusnya selagi anda masih bernyawa..( lauangan perlu dibuat dalam diri). Untuk mandian hati akan dijelaskan kemudian. Sekian Selamat mencuba! JANGAN LUPA BERDOA>

Read More......

Tuesday, December 11, 2007

Kepintaran peribadi

Kepintaran peribadi

Anda memiliki kepintaran peribadi. Menurut Jim Canterucci dalam bukunya Personal Brilliance menyatakan ada 4 asas kepintaran tersebut iaitu:-

1) Kesedaran 2) Rasa ingin tahu 3) Daya Fokus 4) Inisiatif


1)Daya kesedaran digunakan supaya anda menjadi lebih peka terhadap persekitaran, sensasi, persepsi,perasaan dan daya fikir yang tajam.Kepintaran ini ialah membolehkan anda sentiasa sedar untuk mendapatkan yang terbaik bagi diri anda , orang sekeliling dan mencari persekitaran yang memberikan keselesaan. Daya kesedaran ini adalah penting sebagai satu teknologi minda untuk mencapai matlamat.

Kepekaan anda membuatkan anda sentiasa akan mencari peluang-peluang dan juga mencipta sendiri peluang bagi memperolehi apa yang anda idamkan. Alat kesedaran diri adalah kebertanggungjawaban. Anda berhak memiliki apa yang anda inginkan apabila ada sifat TANGGUNGJAWAB.

2)Rasa ingin tahu adalah program yang amat canggih di dalam sistem pemikiran anda. Jadilah cara kanak-kanak yang sentiasa ingin mengetahui apa yang ada di sekelilingnya. Malangnya apabila semakin dewasa seseorang itu semakin menurun sifat ingin tahu. Berlainan pula dengan para saintis. Kepintaran mereka dijana oleh sifat ingin tahu.Itulah sebab mereka selalu menemukan penciptaan yang luarbiasa. Anda juga boleh begitu. Maksimunkan sifat ingin tahu anda!

Apabila anda ingin mengetahui sesuatu , sistem pemikiran anda akan bertukar kepada mode penyiasatan.Soalan-soalan yang dikemukakan akan diaktifkan untuk mencari seberapa banyak maklumat yang mungkin. Ianya menjana kepintaran anda kepada suatu perspektif yang hebat!

Itulah sebab jika anda menghadapi sesuatu peristiwa, soalan-soalan yang dikemukakan membolehkan anda bertindak dengan bijak bukan menurut perasaan. Terutama yang melibatkan emosi. Sebagai contoh , ”Patutkah aku marah? Apakah aku menurut rasa kecewa menguntungkan aku? Apakah betul tindakan aku? Sampai bila aku nak jadi begini? Jika tiada soalan-soalan yang dikemukan anda hanya bertindak mengikut perasaan dan hawa nafsu yang semestinya menjahanamkan diri anda!


3)Daya fokus- Hidup tidak dapat dikembangkan atau dimajukan sehinggalah difokuskan,dedikasi dan berdisiplin.Jangan sempitkan minda anda, hasilnya minda akan turut berfungsi secara terbatas. Kembangkan pemikiran anda kepada pandangan 360-darjah . Fokuskan apan yang diinginkan secara jelas. Sebagai contoh sebuah kanta pembesar yang difokuskan pada satu titik cahaya pada sekeping kertas barulah akan menyebabkan kertas terbakar. Gunakan daya fokus anda dalam melaksanakan sesuatu tugas yang dimatlamatkan

4)Inisiatif. - Sebelum mengambil inisiatif pastikan anda menentukan tindakan anda itu memberi makna atau penyebab yang besar dari aspek motivasi dalaman dan motivasi luaran.. Seterusnya laraskan matlamat peribadi dengan matlamat profesional. Kurangkan rasa takut dengan menumpukan perkara-perkara yang anda akan perolehi apabila berjaya
Akhir sekali ambil langkah pertama diikut oleh beberapa langkah yang telah dirancangkan untuk mencapai matlamat.Inisiatif anda akan melengkapi bagi mengerakkan sistem untuk menuju KEJAYAAN>
Read More......

Monday, December 10, 2007

TEKNIK TABIAT POSITF | POSITIF HABIT | AMAT BERKESAN






BAGAIMANA CARA MEMASTIKAN TEKNIK TABIAT POSITF BERKESAN?

Tabiat positif ( positif habit) merupakan kaedah yang amat berkesan dan ini telah dibuktikan oleh pakar-pakar psikologi terutama dalam bidang motivasi kejayaan

Apakah langkah yang perlu anda lakukan?

Baiklah untuk memberikan pemahaman pada anda, saya beri satu contoh di mana seoarang perokok yang telah sebati ketagihan merokok bercadang untuk berhenti merokok.

Setiap orang telah dibekalkan oleh Allah dengan kelengkapan yang hebat di mana apa sahaja masalah atau musibah yang dihadapi , Allah s.w.t pasti telah membekalkan jalan peneyelesaian dan jawapan yang sedia ada dalam diri seseorang. Sebagai contoh Allah s.w.t yang mencipta penyakit dan Dia juga yang menyembuh penyakit.

” Berubatlah kamu , kerana sesungguhnya Dzat yang mencipta penyakit, Dia yang mencipta ubatnya” ( Hadis Rasullulah s.a.w)

Seperti yang telah dinyatakan di dalam artikel terdahulu berkenaan tabiat positif iaitu terjadinya tabiat positif adalah berkaitan dengan TINDAKAN BERPENGETAHUAN

Langkah-langkah:-

!) Sabda Rasullulah’ Hanya segala amal adalah dengan niat” Niat adalah sebab utama untuk mewujudkan amal (action) iaitu qasad yang timbul dari kesedaran hati.

Secara bandingan, niat boleh disamakan dengan ” Spark Plug” iaitu apabila sesebuah kereta dihidupkan , percikan api dari spark plug yang diperlukan untuk menghidupkan enjin bagi mengerakkan kereta.

Bagi kita orang Islam segala amal yang dilakukan hendaklah semata-mata kerana Allah seperti yang kita ikrarkan di dalam sembahyang iaitu Doa Iftitah . : Sesungguhnya solatku, ibadahku , dan hidupku dan matiku kerana Allah Rabbal’alamin.

Niat adalah satu tenaga yang hebat iaitu POWER OF WILL . TEnaga ini digerakkan oleh Allah sepertimana dalam firmanNYa “ Tidak akan bergerak sesuatu zarah melainkan dengan izinNYA”

Alangkah indahnya kehidupan kita orang Islam jika sesuatu tindakan (amal) yang kita lakukan iaitu dengan niat sahaja Allah telah memberikan pahala . Manakala jika perbuatan baik yang diniatkan itu dilakukan maka diberikan pahala lain yang berlipat ganda.

Oleh itu perokok perlu berniat dia berhenti merokok kerana Allah


2) Segala jawapan telah terse dia ada pada diri perokok mengapa atau faedah apa yang dia dapat jika dia berhenti merokok. Dia perlu senaraikan dan TULIS supaya boleh sentiasa senang dibaca seterusnya untuk di visualize di mindanya untuk dihantar kepada minda bawah sedar tentang TINDAKAN PENGETAHUAN itu. Dia perlu membuat saranan AUTO ( AUTO SUGGESTION)

Contoh Senarai
a) Saya sekarang berhenti merokok kerana Allah larang.
b) Saya sekarang sentiasa menghirup udara bersih
c) Saya sekarang memiliki nafas yang segar
d) Saya sekarang tidak membazir
e) Saya sekarang berbau segar
f) Saya sekarang sihat dan bertenaga
g) Setiap makanan yang saya maka lebih lazat kerana lidah saya tidak ada tar nikotin.
h) Saya sekarang lebih bersih dan disukai oleh orang sekeliling
i) Saya sekarang dapat berjimat dan menyimpan lebih banyak wang
j) Nafas saya berbau segar sewaktu menunaikan solat.

Setiap kali melihat rokok, perokok perlu membayangkan dirinya yang sedang sakit kanser atau stroke.
Sebatang rokok hanya kecil jika dibandingkan tubuh perokok. Mengapa perokok boleh tewas dengan sebatang rokok?

Jika boleh perokok selalu sebut kata-kata tersebut dan membuat janji secara bersungguh bahawa dia pasti tidak merokok. Begitu juga perokok hendaklah sentiasa membuat visualisai bahawa dia adalah seorang yang bebas merokok dan bayangkan imej dirinya berdasarkan senarai yang telah dibuat . InsyAAllah dengan doa dan jiwa yang keras( tabah ) tabiat positf yanG baru akan terjadi. Ucapkan Alhamdullilah setiap kali perokok melihat bayangan imej minda yang dicipta. CUBALAH > IA MEMANG POWERFUL!









Read More......

Sunday, December 9, 2007

STRESS ATAU TIDAK ADALAH PILIHAN ANDA!


Anda mempunyai kuasa pilihan samada untuk stress atau berada di dalam ketenangan.

”Din , aku lihat kau macam sakit aje. Muka monyok dan nampak macam susah hati . Kenapa? Kau ada masalah”, sapaku pada seorang rakan.
Dengan suara yang tidak bersemangat, Din membalas pertanyaanku.
”Ia memang aku suasah hati dan sakit”

” Apa sebenarnya masalah kau?, tanyaku lagi.
”Sebenarnya memang aku sakit. Makan tidak selera. Tiap-tiap malam payah nak tidur dan fikiran selalu rungsing dan tertekan Doktor kata aku ada penyakit kencing manis”, jawab Din dengan wajah yang menjebek.
Din mencurahkan lagi masalahnya. ” Perniagaanku sekarang semakin merosot dan hubunganku dengan keluarga terutama isteri semakin renggang”

Din seorang peniaga. Mempunyai bebarapa orang pekerja. Ada kereta ,rumah dan kedai perusahaannya. Apa yang dirisaukannya hanyalah hasil perniagaan yang merosot dan penyakit yang dihidapi. Semakin hari semakin teruk keadaannya. Dia menyangka ada orang yang cuba sabotaj perniagaanya. Hubungan dengan pekerja-pekerjanya juga tidak baik. Dia datang ke kedainya dengan wajah yang masam dan tertekan.

Aku menunjukkan Din gelas yang berisi separuh air. ” Din apa yang kau nampak?”
” Air separuh kosong sahaja dalam gelas” ,jawab Din ringkas.

” Din apa yang kau nampak tu memang betul. Minda kau sekarang hanya menumpukan pada kekurangan yang ada. Tenaga fikiran yang negatif akan menarik semua perkara negatif atau buruk samada idea, alasa atau gambaran dan suara-suara yang negatif menjelma di dalam otak kau” , aku mejelaskan pada Din.

”Selagi kekurangan yang kau lihat, selagi itulah fikiranmu akan jadi kusut dan tidak stabil. Bagaimana fikiranmu hendak berfungsi dengan baik untuk cari idea-idea yang positif bagi mengembalikan dan memulihkan penyakit dan perniagaanmu serta hubungan kau dengan orang lain?Kau mesti fikirkan yang baik-baik dan kau akan menarik kebaikan-kebaikan. Ianya satu doa, Din”

Aku menerangkan lagi. ” Din apa yang berlaku pada kau adalah suatu ujian Allah. Dia nak menguji keimanan kau padaNYa. Keredhaan dan kesabaranmu akan meningkatkan imanmu dan kau beroleh pahala yang besar di sisi Allah. Ini yang kita nak cari sewaktu hidup di dunia ini.

Aku membaca firman Allah yang bermaksud, ” ..Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”
(Surah Ibrahim : 7)

” Bersyukurlah Din dengan nikmat yang Allah beri. Kau masih ada air separuh penuh. Orang lain lebih teruk . Ketika simiskin meratap dan mengeluh tidak memiliki kasut lalu melihat seorang lelaki yang kudung kakinya baru menyedari betapa beruntungnya apa yang dia miliki”

Mendung yang terpalit di wajah Din telah menampakkan sinarnya. Ada harapan baru terbit di kedua bibirnya.

Sebulan kemudian aku menemui Din dengan wajah yang penuh ceria . Dia mengkhabarkan berita gembira. Penyakit kencing manisnya telah berkurangan. Hubungan dengan isterinya semakin mesra begitu juga dengan pekerjanya. Perniagaan din semakin bertambah maju. Itulah nikmat syukur dan redha . Ada hikmah di sebalik musibah.

”Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5)


Read More......

Saturday, December 8, 2007

RAHSIA MENJADIKAN MINDA CERDAS DAN FIZIKAL CERGAS


DR MASARU EMOTO
RAHSIA DARI AL-QURAAN MENJADIKAN MINDA CERDAS DAN FIZIKAL CERGAS

2/3 atau 70% daripada anda adalah AIR. Air adalah benda (molekul) yang hidup.
Apa sahaja mesej yang terdedah kepada anda akan mengubahkan rupa bentuk molekul air dalam tubuh badan anda.

” Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
(Surah al_Anbiya : 30)

Mengapa perasaan anda berubah-ubah kadang-kadang dalam masa yang cepat.? Adakalanya anda berasa tenang, seronok, ceria ,lapang dada , gembira dan rasa puas.
Adakala juga anda rasa tertekan, bosan, marah,sedih ,gelisah dan tidak tenteram.

Mengapa hal ini boleh berlaku? Ianya adalah disebabkan molekul air dalam badan anda telah berubah-ubah.

Kajian oleh Dr Masaru Emoto terhadap kesan mesej yang di dedahkan kepada air telah mengubahkan molekul air.

Lihat beberapa perubahan molekul air sebelum dan selepas mesej disampaikan.




UCAPAN I LOVE U







UCAPAN MAKE ME SICK













HITLER







LAGU HEAVY MENTAL








LOVE AND GRATTITUDE



Ingat! Badan anda 70% adalah air. Mesej yang anda sampaikan samada bicara kendiri atau bahasa lisan yang bersuara atau perkataan-perkataan yang diucapkan oleh orang lain akan memberikan kesan pada perasaan anda.Samada bentuk molekul yang cantik atau hodoh!

Zikir kepada Allah, selawat dan bacaan Al_Quraan akan memantapkan molekul air yang terbentuk begitu indah sekali dan anda akan merasakan ketenagan yang hakiki dan amat baik untuk kesihatan fizikal dan mental anda.

Firman Allah bermaksud ” (Iaitu) orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram

Firman Allah bermaksud ” Dan sebutlah nama Tuhanmu di waktu pagi dan senja. Dan di waktu malam, hendaklah bersujud kepadanya dan bertasbih untukNya sepanjang-panjang malam”
Surah al_Insan: 25-26)

Inilah rahsianya membina kekuatan mental dan fizikal dan untuk merasakan sakinah juga kebahagiaan sampaikan mesej kepada diri kita seperti yang dinyatakan.

Hendaklah selalu menyebut perkataan yang baik-baik pada diri sendiri dan orang lain kerana tindakan anda bukan sahaja memberikan kebaikan pada diri sendiri malah orang di sekeliling anda!
Read More......

RAHSIA KEBAIKAN MANDI SONGSANG


RAHSIA MANDI SONNGSANG DAN KELEBIHANNYA

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amay hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan

Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani
Menguatkan gusi dan gigi
Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan

KEPADA YANG AKAN MENGAMALKAN MANDI SONGSANG ANDA DIALU-ALUKAN MEMBERI RESPON DIRI ANDA PADA BLOG INI.


SABDA RASULLULAH : MINTALAH KEYAKINAN DAN KESIHATAN YANG BAIK.
Read More......

BAGAIMANA MENJANA MINDA BAWAH SEDAR ANDA MEMUPUK TABIAT YANG ANDA KEHENDAKI?

Tabiat positif ( Positif habit) adalah satu kaedah yang amat menakjubkan untuk mencapai kehidupan yang anda ingini, insyAllah. Apa yang terjadi pada diri kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh tabiat buruk kita tanpa kita sedari. Misalnya badan yang gemuk adalah kerana tabiat buruk makan dan malas bersenam. Kehidupan yang miskin dan tidak cukup kerana tabiat suka mencari alasan. Malah anda tidak rasa bahagia kerana ,anda lebih banyak mengamalkan tabiat yang buruk daripada yang baik.


Apa sahaja yang anda tidak suka telah berlaku kepada kehidupan anda sebenarnya dibentuk oleh tabiat-tabiat yang negatif.

Tabiat bermaksud apa sahaja amalan yang diingini dan dilakukan secara berterusan lama-kelamaan ia akan berlaku secara automatik.

Masihkah anda ingat sewaktu pertama kali belajar memandu kereta? Banyak yang anda perlu masukkan dalam minda anda. Mana nak pegang stereng, gear, clutch dan pedal minyak. Anda berasa kekok pada mulanya. Bukankah begitu? Bila anda telah biasakan diri memandu , pemanduan anda akan terjadi secara automatik. Anda tidak perlu lagi memikirkan bahagian –bahagian kereta tersebut. Sambil memikirkan perkara lain, anda mampu memandu dengan baik.

Peranan ini sebenarnya telah diambil alih oleh kebijaksanaan dan kehebatan minda bawah sedar anda!

Kapal terbang penumpang pada masa sekarang amatlah canggih dengan kelengkapan sistem pengkomputeran. Juruterbang hanya memasukkan kod-kod waktu, destinasi nak dituju dan sebagainya. Kapal terbang yang telah disetting akan terbang secara automatik dengan hanya dipantau oleh juruterbang.

Diri anda lebih canggih. Anda adalah juruterbangnya! Bawalah pesawat anda ke mana sahaja pada kehidupan yang anda kehendaki!

Tabiat sebenarnya adalah TINDAKAN BERPENGETAHUAN! Mengapa ada orang yang terus merokok? Kerana mereka tahu dengan merokok mereka dapat kenikmatan. Apabila amalan ini dilakukan beterusan ,ia akan menjadi tabiat yang memenuhi kehidupan harian.

Ingat tidak MEK yang berlakun di dalam SALAM PANTAI TIMUR?. Badannya juga gedempol tetapi sekarang hULAMAK! HEBAT! RAMPING!

MEK sedar tabiat makan yang buruk menjadikan dia GEMUK. Oleh itu pengetahuannya itu dijadikan tindakan iaitu makan dikaitkan dengan GEMUK. Oleh itu nafsu makannya dapat ditewaskan kerana makan jadikan dia gemuk. Dia telah berbulan –bulan tidak makan nasi digantikan makanan yang hanya cukup untyuk keperluan badannya. Setelah 21 hari amalan ini akan terbentuk tabiat positif.

APA TUGAS ANDA? Baiklah senaraikan tabiat yang anda inginkan dan anda mesti ada alasan dan pengetahuan yang palig kukuh mengapa anda inginkan perkara tersebut terjadi di dalam kehidupan ANDA! Lakukan selam 21 hari berturut-turut dan jangan lupa doa dan terus berdoa seterusnya bertawakal kepada Allah.








Read More......

Friday, December 7, 2007

BAGAIMANA CARA SUPAYA SEMUA ORANG SUKA PADA ANDA


BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUATKAN ORANG SUKA KEPADA ANDA?


7 PERKARA UNTUK MEMBUATKAN SEMUA ORANG SUKA KEPADA ANDA

1. Berikan perhatian yang ikhlas kepada orang lain. HUKUM ECHO iaitu seperti apabila kita laungkan di dalam sebuah gua ” AKU SUKA PADAMU” Kemudian anda akan dengar gema yang berulangkali yang menyatakan AKU SUKA PADAMU>>>AKU SUKA PADAMU......Begitulah prinsip yang sama anda akan perolehi bila dengan ikhlas anda memuji orang lain.

2. Tersenyumlah - Orang lain sebenarnya adalah CERMIN bagi anda. HUKUM CERMIN adalah apa yang anda suka orang lain lakukan pada anda, lakukanlah perkara tersebut kepada mereka. Senyumlah , nescaya mereka juga akan tersenyum pada anda. Bila ada perasaan benci dalam diri anda, orang yang akan anda temui di sekeliling anda pasti orang yang tidak akan menyukai diri anda. Ini suatu keadaan telepatik di mana anda telah melahirkan satu tenaga gelombang yang dijanakan oleh hati anda kepada minda sedar dan kemudian menuju kepada minda bawah sedar. Jika tenaga ini positif, anda akan menarik pesekitaran yang positif dan begitulah sebaliknya. Pilihan di tangan anda!

3. Sebut nama seseorang. Alunan irama yang paling indah dan merdu ialah apababila seseorang itu disebut namanya. Oleh itu , apabila berbual dengan seseorang selalu-selalulah menyebut namanya... nescaya anda akan disukai.

4. Jadilah pendengar yang baik - seseorang memang suka menceritakan tentang dirinya, pendapat dan pandangannya, rintihan dan keluh kesahnya dan pelbagai lagi. Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah pinjamkan telinga anda mendengar dengan penuherhatian dan minat yang mendalam. Kesannya ialah mereka akan mengikuti apa yang anda akan perkatakan nanti.

5. Berceritalah pada apa yang disukai dan diminat oleh seseorang. Apabila seseorang merasakan mempunyai minat yang sama mereka secara tak langsung akan berminat dengan anda. Walaupun orang yang baru anda kenali, mereka akan mudah berasa mesra dengan anda seolah-olah anda kawan rapat mereka. Jangan terkejut jika mereka dengan mudah mencurahkan hal peribadinya!kerana mereka menaruh kepercayaan pada anda. Tapi jangan sesekali anda mengambil kesempatan.

6. Buatlah seseorang berasa penting dan dihargai- sememangnya tiap-tiap orang adalah unik dan istimewa. Mereka ada kelebihan masing-masing. Jadi jangan sesekali memperlekehkan orang lain . Jadikanlah mereka orang PENTING!

7. Jangan sesekali anda bercakap besar. Seseorang nanti akan berpura-pura suka pada anda dan lama kelamaan anda akan dipinggirkan.
Read More......

Thursday, December 6, 2007

7 formula cemerlang

7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG OLEH DR DANIAL ZAINAL ABIDIN

1) Mengenali kehebatan dan potensi diri – Allah menciptakatan manusia dengan kelengkapan yang hebat bagi membolehkan manusia memakmurkan dunia untuk dirinya dan kemaslahatan umum bagi menuju jalan kebaikan akhirat. Di antara kelengkapan yang terhebat ialah anugerah akal fikiran yang membolehkan manusia mengenali siapa Penciptanya.


2) Meledakkan taqwa. - “ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya.”
Surah al-Talaq :2-3. Menurut sahabat nabi ,Abdullah bin Masud, ayat ini adalah ”formula penyelesaian masalah yang teragung di dalam Al-quraan.”


3)Melonjakkan ilmu – Al-Quraan mukjizat ilmu yang diwahyukan kepada nabi, Allah maha mengetahui dengan ilmu sahaja .manusia akan jadi mulia. Ilmu Al-quraan adalah Nur Allah yang memberikan panduan untuk dunia dan akhirat.


4)Hidup bermatlamat dan berwawasan

5) Memelihara amanah

6) Berfikiran positf - bersangka baik pada manusia dan Allah

7) Menyantuni manusia.- berakhlak mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasullulah Read More......

Wednesday, December 5, 2007

Shalat yang khusyuk meningkatkan keupayaan minda bawah sedar

Perihal makna-makna kebatinan yang menyebabkan kesempurnaan shalat ( Khusyuk dalam shalat). Khusyuk shalat akan meningkatkan kemampuan maksima minda bawah sedar.


Sesungguhnya telah berbahagialah orang-orang yang beriman, yang telah berlaku khusyuk di dalam shalatnya”
(Al-Mukminun: 1-2)

Orang yang berjaya adalah orang yang dapat khusyuk dalam sembahyang. Jiwa raganya tertumpu hanya semata-mata pada Allah. Mereka ini memiliki daya fokus dan penumpuan yang hebat dalam menghantarkan mesej dari hati paida minda sedar dan terus pada minda bawah sedar dan seterusnya pada seluruh anggota badan, organ-organ dan kepada sel-sel mereka semuanya tunduk menyerah kepada kebesaran Allah. Inilah orang yang dinyatakan Allah sebagai oranrg berbahagia ( berjaya).


” Janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai”
(Al-A’raf :205)


Orang yang lalai adalah orang yang tidak dapat fokus apakah tujuan kehidupannya yang sebenar sehingga mereka sentiasa hidup di dalam keadaan yang sia-sia . Akhirnya mereka meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang penuh kerugian .

Menurut Said Hawwa dalam bukunya Induk Persucian Diri menyatakan terdapat 6 peringkat kebatinan untuk menuju solat yang khusyuk.

1) Hadirnya hati- bemakna mengosongkan hati daripada yang lain melainkan perhatiannya hanya ke Hadhirat Illahi sahaja.
2) Tafahhum – iaitu dapat mengerti lafaz-lafaz bacaan di dalam sembahyang akan membawa hatinya memahami dan dapat merasakan kehebatan dan kebesaran Allah.
3) Ta’zhim – Mengagungkan Allah yang disembah. Hati benar-benar merasakan berhadapan dengan kehebatan Allah.
4) Haibhah – rasa segan keagungan Allah berhadapan dengan pencipta perasaan takut tetapi rasa semakin dekat padaNya.
5) Raja’ - rasaan amat penuh mengharapkan keridhaan Allah dan menerima amal yang dilakukan.
6) Haya’- Rasa malu dengan sifat kehambaan dan malu di atas dosa-dosa yang dilakukan

Mudahan dengan menghayati sifat kebatinan itu menjadikan shalat kita bertambah khusyuk dan Allah jadikan kita termasuk dalam golongan muflihun (berjaya) Amin ya Rabbal ’Alamin.
Read More......

Tuesday, December 4, 2007

MAKNA IKHLAS DAN DOA

Membincangkan topik doa dan ikhlas adalah satu perkara yang berbeda.
Ikhlas adalah rahsia Allah. Doa pula ialah suatu ibadah yang ampuh untuk melawan musuh-musuh Allah samada Iblis, Syaitan, Jin atau manusia yang menjadi pengikut syaitan.dan merupakan senjata mukmin

Kita perlu berdoa sebanyak mungkin yang kita mampu . Doa merupakan ibadah. Allah amat menyukai orang yang sentiasa berdoa padanya.

” Berdoalah atau mohonlah kepada_Ku; pasti aku akan makbulkan”
(Surah Ghafir : 60).


Apabila doa dimakbulkan hajat akan tercapai dan musuh Allah dapat ditewaskan. Inilah kelebihan dan kekuatan yang Allah berikan kepada manusia.
Dari doa maka Allah tunjukkan ilham atau jalan untuk kita bertindak (ikhtiar) dan selepas itu kita disarankan pula bertawakal
Membincangkan doa dan ikhlas adalah satu topik yang berbeza.. Doa adalah amalan yang dilakukan oleh para rasul-n ,nabi-nabi dan para solihin. Nabi Adam ketika diturunkan ke dunia terus menerus berdoa supaya Allahmengampunkan kesilapannya..Contoh-contoh doa banyak terdapat di dalam kandunganAl-Quraan dan hadis Rasullulah.
Doa menunjukkan sikap kehambaan kita pada Allah..Bahawa Allah bersikap istiqna ( Terkaya Allah dari tiap2 sesuatu)
Apa itu Ikhlas pula? Ikhlas itu adalah lawanya Isyrak (menyekutukan). Bererti hamba yang ikhlas itu imannya sesuatu yang murni tidak bercampur baur walau setitikpun!
Untuk memudahkan pemahaman makna ikhlas Allah telah membuat satu perbandingan yang amat cantik yang bermaksud:-

” Sesungguhnya bahawa dalam hal kehidupan binatang ternak itu bagi kamu semua menjadi suatu ibarat atau pelajaran. Kami (Allah) memberikan minuman kepada kamu semua dengan apa yang ada dari dalam perutnya di antara tahi dan darah didapatkan susu yang murni bersih ditelan oleh orang-orang yang meminumnya”
(Surah An-Nahl : 66)


Susu adalah hasil. Ikhlas juga adalah hasil dari proses sifat ketaqwaan dan kepatuhan hamba Allah. ( KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH)
Jika direnung secara mendalam kita akan lebih memahami makna ikhlas. Sepertimana yang telah dinyatakan Allah : Ikhlas adalah rahsiaKU. Kita akan dapat jawapannya nanti samaada kita ikhlas atau tidak bila kita dipertemukan dengan Allah.
Namun begitu Allah amat penyayang dan pengasih. Melalui para Anbia dan rasul-rasul , dan akhir sekali daripada Nabi junjugan melalui wahyu iaitu Al-quraan dan juga hadis Rasullulah maka jalan. Untuk ikhlas ditunjukkan. Kuncinya ialah jangan sesekali kita menyekutukan ibadah kita kepada yang lain melainkan ALLAH. Kunci ikhlas ialah pada kalimah LAILLAHAILLAH.
Sepanjang kehidupan kita pelbagai ujian yang kita terima susah dan senang. Ujian Allah adalah suatu proses penapisan supaya segala amal kita akan jadi seperti ”susu”. Read More......

Monday, December 3, 2007

AWAS KELEMAHAN minda bawah sedar anda!

Walaupun telah diketahui bahawa minda bawah sedar ( sub conscius mind) adalah suatu alat diri manusia yang amat canggih yang dibekalkan oleh Allah pada manusia tetapi minda bawah sedar ( sub conscius mind) mempunyai satu kelemahan yang mana kelemahan ini digunakan oleh musuh utama anda untuk setiap saat membuat serangan bertubi-tubi . Apakah kelemahan minda bawah sedar ( sub conscius mind)? Kelemahannya ialah minda bawah sedar ( sub conscius mind) adalah merupakan hamba yang tidak pernah ingkar. Dia adalah bersikap ’YES MAN’ atau Pak Sanggup.
Apa sahaja perisian atau maklumat yang dihantar dan diterima oleh minda bawah sedar ( sub conscius mind) semuanya adalah betul samada sesuatu maklumat itu bersifat positif atau negatif. Apa sahaja arahan yang diterima akan dilaksanakan sehingga mengerakkan diri anda hingga pada tahap sel-sel dan setiap organ pada tubuh pada anda akan menerima kesannya.
Oleh sebab itulah pada setiap saat yang berlalu dimanfaatkan oleh SYAITAN untuk memasukkan bisikan-bisikan kerana SYAITAN telahpun maklum akan kehebatan yang ada pada minda bawah sedar ( sub conscius mind)..dan ia menjana pula tenaga nafsu yang ada dalam tubuh manusia.
Apakah kekutan anda untuk melawan musuh yang amat berkuasa ini (dengan izin Allah)? Inilah sebab mengapa ramai yang mudah ditakluk atau dikalahkan oleh Syaitan sehingga ramai yang ingkar pada Allah. Ingat . Allah telah berfirman ” Diciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian”( Surah Tin : 1-3)
Ia sehebat-hebat kuasa Syaitan , anda lagi hebat seperti yang dimaklumkan.
Allah telah membekalkan senjata yang amat ampuh untuk anda. Iaitu ” Senjata orang mukmin ialah doa”
Doa yang utama adalah terletak di dalam SOLAT. Kekuatan SOLAT pila ialah pada KHUSYUK iaitu perlu fokus (concentrate) Khusyuk adalah dijana melalui janakuasa yang hebat iaitu HATI! Maka hati yang penuh dengan sifat mahmudah
(terpuji ) adalah jiwa yang hebat.
Inilah baru menepati seperti firman Allah yang bermaksud ” Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari kemungkaran”
Dalam kehidupan seharian juga anda dibekalkan doa harian seperti doa makan , doa hendak keluar rumah, doa masuk tandas dan sebagainya. Syaitan berada di mana-mana hatta di dalam salur darah anda untuk sentiasa mencari peluang untuk menyerang anda dari pelbagai sudut. Maka dengan bacaan-bacaan doa sahaja yang akan menewaskan serangan SYAITAN.
Read More......

Sunday, December 2, 2007

Teknik Menguji Keberkesanan pelarasan minda bawah sedar anda


Menguji tahap keberkesanan pelarasan minda bawah sedar anda!

!. Mulakan dengan Basmallah.Cari tempat yang tenang. Duduk di dalam keadaan bersila. Kaki kanan sila letak di atas betis kaki kiri anda.

2.Longgarkan segala otot-otot anda.. Tarik nafas nisbah 1: 4 :2 .. Ingat tarik nafas melalui hidung ( Sebab salur hidung ada penapis) dan tahan kemudian lepaskan melalui mulut.Lakukan sehingga anda berasa benar-benar selesa. Persediaan ini perlu supaya minda bawah sedar ( sub conscius mind) akan mengikut perintah minda sedar anda.

3. Gambarkan di dalam layar minda anda satu peristiwa iaitu peranan minda sedar berkomunikasi dengan minda bawah sedar ( sub conscius mind) pada masa yang paling gembira pernah anda alami. . Jika boleh dibuat dalam imej 3D. Sekarang cuba contrastkan imej tersebut cuba dengar bunyi suara-suara pada peristiwa tersebut .
Cuba kawal untuk membesarkan suara-suara tersebut dengan sejelas-jelasnya. Kekuatan konsetrasi amat diperlukan dalam sesi ini. Kemudian rasakan suasana suhu sejuk ,panas dan selesa dan rasaan sentuhan-sentuhan seterusnya masukkan unsur emosi yang anda rasakan pada ketika itu. Lagi realiti anda rasa peristiwa itu, maka lagi tinggi keberkesanannya
. .Ingat anda yang pegang remte control seperti kawalan Televisyen.Keberkesanan sesi ini juga dapat dirasakn oleh setiap inci kulit anda !DI sini bio kimia di dalam badan anda seperti adrenalin, serotonin dan endhorphin akan mengalir pada setiap sel-sel anda dan anda akan berasa begitu asyik sekali..
Bila anda telah benar-benar mahir maka boleh diaplikasikan di dalam peristiwa simulasi iaitu keadaan yang benar-benar anda inginkan terjadi di dalam hidup anda walaupun ianya belum berlaku! Dan InsyaAllah apa yang ada di dalam minda anda akan terjadi pada alam nyata. Sesuatu kejadian itu sebenarnya berlaku 2 kali iatu pertama di dalam minda anda dan kemudian pada alam nyata.Kekuatan daya imaginasi anda adalah merupakan getaran tenaga. Ini kerana mengikut hukum tabie , tenaga akan mengikut ke mana minda bergerak.

Tuhan yang amat pemurah serta melimpah-limpah rahmat_NYA; Dialah yang mengajarkan Al-Quraan; Dialah yang telah mengajar manusia memberi dan menerima pernyataan”
Surah ar-Rahman :1-4)
Rencana ini akan bersambung ............................................
Read More......

KEHEBATAN KISMIS





BOOSTER YOUR MIND WITH SUPER FOOD

Makanan yang meningkatkan kapasiti minda anda! Makanan yang dapat meningkatkan motivasi diri anda Ketahui rahsia kebaikan kismis makanan minda

KISMIS
” Sesiapa yang makan kismis, kacang pistacio dan gula-gula getah akan mendapat otak yang kuat” – Al-Sayuti. Nabi Muhammad selalu merendamkan kismis dalam air untuk diminum.. Kismis juga dikatakan dapat menyerap kahak yang mana kahak membuatkan kita malas, lemah ingatan dan tempat pembiakan pelbagai virus dan bakteria.. Amalan yang dianjurkan ialah makan 21 biji sehari sewaktu perut kosong sambil berselawat. 7 biji pagi, 7 biji tengahari dan 7 biji lagi waktu petang. Ibni Qayyim berkata ” Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis ( Petikan kitab Tibb an-Nabawi.) Makan kismis dapat meningkatkan motivasi diri kerana akal yang cerdas menjadikan motivasi diri kita bertambah

Kebaikan KISMIS- Menyerap kahak
- Menyejukkan perut
- Cerdaskan minda
- Meneutralkan kandungan air kencing
- Servis kerongkong
- Hilangkan penyakit Hempedu
- Menguatkan sistem penghadaman
- Menguatkan saraf
- Menambahkan tenaga fizikal
- Menguatkan jantung

Ingat ! KISMIS (dari Anggur adalah makanan para ahli Syurga

Bersambung........................
Read More......

Friday, November 30, 2007

TEKNIK MUDAH UNTUK PELARASAN KAWALAN MINDA BAWAH SEDAR



TEKNIK MENGGUJI KEBERKESANAN MINDA BAWAH SEDAR ( SUB CONSCIUS MIND) DAN CARA MUDAH PELARASAN.



Memantapkan pelarasan kawalan minda bawah sedar ( sub conscius mind) sebenarnya telah anda lakukan setiap hari paling kurang 5 kali sehari telah anda aplikasikan. Dalam mendirikan solat, anda sebenarnya telah menuju gelombang otak pada tahap Alpha (7-12 hz) . Puas anda mencari kunci yang hilang, tetapi bila anda mengangkat takbir , jelas gambaran kunci yang anda cari.
Lagi khusyuk ( concentrate ) , lagi tinggi daya pelarasan minda bawah sedar( sub conscius mind) anda. Kekuatannya terletak kepada hati anda. Hati akan menghantar maklumat pada minda sedar ( conscius mind ) dan minda sedar pula akan menghantar pada minda bawah sedar. Peranan minda bawah sedar akan menghantar mesej kepada seluruh anggota badan. Organ-organ dan setiap sel di dalam tubuh badan anda berada penyerahan kepada Allah.
Apakah modaliti yang utama di dalam pelarasan minda bawah sedar (sub conscius mind)? Iaitu 3 serangkai iaitu kekuatan pendengaran, penglihatan dan hati.


Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati ( untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”

Surah al-Mukminun; 78


Matlamat pakar-pakar motivasi dari barat menggunakan minda bawah sedar ( sub conscius mind) hanyalah pada sekitar untuk mendapatkan kekayaan dan kesenangan duniawi tetapi di dalam Islam penggunaan minda bawah sedar ( sub conscius mind) adalah kekuatan minda bawah sedar ( sub conscius mind) ini untuk dunia dan akhirat. Iaitu untuk mendapat keredhaan Allah. Kehidupan dunia hanya sementara, tetapi akhirat berkekalan selama-lamanya.
Amat penting kita menadalami ilmu minda bawah sedar ( sub conscius mind) ini supaya kehebatan yang kita cari untuk mendapat keredhaan Allah keranna betapa hebat pun kita menggunakan minda bawah sedar ( sub conscius mind) sebenarnya bergantung kepada kampung mana yang kita akan huni nanti iaitu Syurga ataupun Neraka (nauzibbillah).

Setiap yang Allah jadikan berpasang-pasangan. Begitu juga dengan pendengaran lahir dan dalaman( batin), penglihatan lahir dan batin dan hati lahiriah dan hati batin. Kekuatan ke 3 seratngkai yang berpasang-pasangan itu melahirkan kehebatan manusia..
Ilmu dari barat yang kita agung-agungkan selama ini sebenarnya bersumber dari kekuatan sarjana-sarjana Islam menggunakan minda bawah sedar ( sub conscius mind) untuk memperolehi pelbagai disiplin ilmu seperti bidang perubatan , fizik, astronomi dan banyak lagi. Sarjana-sarjana ini biasanya menggunakan masa sepertiga malam ( TAHAP TERTINGGI GELOMBANG ALPHA) untuk menjana ilmu.
Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas