Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Sunday, January 6, 2008

Mengapa kita suka bertangguh?

Sebab-sebab mengapa kita suka bertangguh
Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap TANGGUH.( Procrastination) Salam kepada pembaca blog cahaya akal. Pada kali ini saya ingin berkongsi tabiat negatif yang menjadi penghalang nombor satu dalam mencipta sesuatu kejayaan iaitu sikap bertangguh.
Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang.

Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka . Pada kali ini saya ingin mengajak para pembaca mengetahui sebab mengapa sikap tangguh wujud dalam diri kita.

Kenapa kita bertangguh?

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius
18) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa . masa yang dibazirkan sama dengan umur yang dibazirkan .MASA ADALAH NYAWA ANDA!

Sekian jumpa lagi. Terima kasih Read More......

Tuesday, January 1, 2008

KETAWA ADALAH PENAWAR PENYAKIT

Teknik mengeluarkan penawar bagi mengelakkan dan mengubati pelbagai penyakit.
Ketawa adalah penawar dan boleh menyembuhkan penyakit. Kepada pembaca blog yang saya hargai pada kali ini saya ingin berkongsi satu teknik di mana bagaimana kita boleh mengaktifkan system penawar yang telah sedia ada di dalam tubuh badan.

Anda semua telah mengalami iaitu apabila perasaan anda suka anda rasa seronok dan tubuh badan anda rasa segar dan sihat. Berbanding pula jika anda susah hati anda akan berasa macam sakit dan tidak selesa. Sebenarnya biokimia di dalam badan kita bertindak balas terhadap tenaga getaran emosi. Penawar akan dikeluarkan apabila rasa suka dan racun (toxsin) akan dirembeskan apabila rasa duka.

Teknik yang esklusif ini saya khaskan untuk pembaca cahaya akal dan ianya amat berkesan untuk menghasilkan penawar di dalam badan dan mengeluarkan racun.

Anda dah bersedia? Baiklah caranya di dalam keadaan berdiri , sedutlah nafas sedalam mungkin dalam kiraan 4 hingga terasa masuk dari HIDUNG , paru-paru dan perut. Sambil menarik nafas jengkitkan kaki(angkat tumit ) dan kedua tangan di depa , tahan sehingga kiraan 8.

Selepas itu keluarkan nafas sambil meletakkan tumit perlahan-lahan dari perut melalui paru paru dan keluar melalui MULUT.
Keluarkan nafas dalam kiraan 7 dengan bunyi suara Ha..Ha...ha.. seperti orang ketawa ( kalau boleh ketawa lagi bagus) sambil mengepam keluar nafas yang kotor bermula dari perut. Aktiviti ini seronok dilakukan lebih dari seorang. Lakukan sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari pada waktu pagi atau petang.

RASAKANLAH PENGALAMAN YANG MENAKJUBKAN. KESANNYA BOLEH DIRASAKAN SELEPAS AKTIVITI TERSEBUT. ( AMARAN: BAGI PESAKIT JANTUNG ELAKKAN DARI MELAKUKAN AKTIVITI INI! jika hendak lakukan hanya senyum sahaja)

Bagi penyakit lain digalakkan . Ianya adalah satu terapi yang sungguh menakjubkan.!
Read More......

EBOOK MOTIVASI PERCUMA


HOW TO SET AND ACHIEVE A GOAL
GET FREE EBOOK
JUST CLICK AT THE BOOK
IT'S FREE. TAKE IT.IT YOURS
Read More......

Monday, December 31, 2007

FREE EBOOK SELF HELP MOTIVASI PENINGKATAN DIRI


DAPATKAN PANDUAN EBOOK PERCUMA
ANDA INGIN DAPATKAN TIP YANG PRAKTIKAL DAN MUDAH DIFAHAMI
ANDA INGIN TAHU CARA MENINGKATKAN POTENSI DIRI
SILA KLIK PADA BUKU UNTUK DOWNLOAD
SILA KLIK PADA BUKU UNTUK DOWNLOAD
Read More......

Hentikan segera bicara kendiri negatif

Teknik segera menghentikan bicara kendiri negataif

Bicara kendiri negatif memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian malah seumur hidup. Sel neuron menyimpan segala maklumat bicara kendiri negatif . Bayangkan apa akan jadi pada anda jika stor ini telah menyimpan sehingga anda berumur 30 tahun. Neuro-neuron ini bersambung oleh sinap. Sambungan yang membentuk neuron ini berkaitan antara satu dengan lain.Akhirnya membentuk personaliti anda yang lemah.

Apabila terdetik sahaja bicara kendiri negatif, segala maklumat yang terdahulu dalam simpanan minda akan diasosiasi (dikaitkan) lalu menyerbu masuk ke dalam fokus pemikiran anda. Pada ketika ini anda akan rasa ’DOWN” kerana bertalu-talu maklumat negatif akan dikeluarkan dari simpanan minda.. Anda akan berasa kecewa, rendah diri, rasa tidak berguna, tertekan dan murung. Perasaan bimbang juga menghantui diri anda.

Tahap keyakinan anda akan menurun. Anda mula berasa ragu-ragu dan akhirnya mengutuk diri sendiri yang anda rasa andalah orang yang paling malang dalam dunia ini tidak seperti nasib orang lain yang lebih beruntung. Kesannya anda sentiasa mendapat kegagalan dalam hidup.

Kesannya ,bukan sahaja pada tekanan minda malah pada tahap kesihatan anda akan turut terjejas. Bicara kendiri negatif adalah seperti bebola salji yang menuruni gunung. Semakin lama saiznya semakin membesar. Kesan bola salji yang semakin berat ini akan membebankan sistem minda anda dan berlakulah ganguan mental secara berulang-ulang.

Pelbagai teknik untuk menghentikan serbuan bicara kendiri negatif memenuhi ruang pemikiran anda.

Apabila ianya berlaku , anda cuma perlu cabar minda anda. Melalui fizikal ialah sambil menepuk atau mencubit atau genggam kedua-dua tangan anda dan hayunkan ke bawah kuat-kuat sambil sebut CUKUP atau HENTI atau TIDAK dengan suara tegas seperti marah .Pada ketika jiwa anda menjadi lemah maka ketegasan anda akan memulihkan keadaan tersebut.Jika tidak anda akan tenggelam dan hanyut dalam jiwa yang lemah seperti orang putus cinta .

Katakan aku sanggup terima apa sahaja terjadi dan bertanggung jawap terhadap perbuatanku. Allah berkuasa pada tiap-tiap sesuatu. Segala yang berlaku adalah qada dan qadar Allah , Aku redha.. Setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.

Dengan kekuatan hati katakan aku pasti perbaikinya atau aku pasti menjadikan ianya lebih baik. Dengan apa sahaja penegasan kata-kata anda maka kesan bola salji yang terbentuk akan pecah berderai. Amalan ini akan dapat menghindarkan perasaan negatif dan menjadikan anda seorang insan yang sentiasa tabah dalam mengharungi kehidupan .
SELAMAT MAJU JAYA> HAPPY NEW YEAR> WELCOME 2008
SETIAP KEHIDUPAN ITU AMAT BERHARGA >JANGAN DIPERSIAKAN MELAINKAN PADA APA YANG TERBAIK >SENTIASA GERAK KE ARAH SASARAN ANDA> LIFE IS TO SHORT> TIADA RUANG UNTUK PERKARA REMEH TEMEH >FIKIRKAN APA YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA DAN ORANG SEKELILING DAN LAKUKANNYA!



Read More......

Bagaimana menjana kuasa hebat anda?

Bagaimana cara menjana kuasa di dalam diri anda? Pusat kuasa dalam diri kita ialah pada hati nurani. . Daripada hati akan dipancarkan kepada minda sedar dan segala kehendak atau arahan terus kepada minda bawah sedar kita dan hasilnya getaran emosi . Getaran emosi akan menarik sesuatu yang sama sifatnya, jika positif anda menarik kebaikan dan jika negatif anda menarik keburukan dalam sepanjang kehidupan anda..

Sarjana Barat selalu menyatakkan ” ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN”

Bagi kita orang Islam ’ ANDA ADALAH APA YANG ADA PADA HATI ANDA” Fikiran adalah alat yang digerakkan dari sumber hati.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud

” Dalam setiap jasad itu ada seketul daging, Jika baik daging itu maka baik seluruh jasadnya dan apabila rosak daging itu, maka rosaklah seluruh jasadnya, ketahuilah daging itu ialah hati”

Pada hati terletak sumber kekuatan iaitu terbitnya KEPERCAYAAN. Untuk membina kepercayaan yang hakiki sumber utamanya ialah Al-Quraan dan hadis nabi.
Al-Quraan adalah NUR CAHAYA ALLAH ( KALAMULLAH) yang akan menerangi hati dan sebagai yang suci dan bersih yang tidak mempersekutukan Allah.

Firman Allah ”Dan Kami turunkan di antara al-Quraan ada sesuatu yang (boleh) menyembuhkan (penyakit) dan rahmah untuk orang-orang yang beriman”

Iman ertinya percaya dan percaya itu letaknya di hati. Sebab itu niat di dalam Ibadah syaratnya mesti qasad (lintasan) di hati.

BAgi menjana kuasa kehebatan manusia yang dizinkan Allah , maka kita perla berusaha juga memasukan sifat mahmudah (baik ) dan mengeluarkan sifat mazmumah (jahat) dari hati kita..

Asas prinsip kejayaan ialah-
1) DESIRE
2) BELIEVE
3) DO IT until you get them

Apa gunanya kita mejana kuasa hebat tersebut? Supaya kita boleh memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat dan yang paling utama potensi kehebatan kita jana dapat kita gunakan untuk bertaqwa lepada ALLAH kerana di akhirat kediaman syurga dan neraka sebenarnya adalah pilihan anda sendiri. Read More......

Friday, December 28, 2007

Bagaimana cara terbaik mengatasi kebimbangan anda?


Bagaimana cara terbaik mengatasi kebimbangan?

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang
Perasaan bimbang perkara yang bukan-bukan akan berlaku boleh menyebabkan penyakit depresi atau kemurungan. Pesakit akan mengalami gangguan penghadaman, cirit birit, hilang selera makan,sakit- sakit seluruh badan, mudah marah, kecewa, hilang tumpuan berfikir dan mungkin berputus asa dan berasa keletihan yang amat sangat.

Paling lama penyakit ini akan hilang dengan sendiri selepas 3 bulan.

Beberapa kaedah yang telah digunakan oleh mereka yang biasanya mengalami simpton ini ialah:-

Insya Allah dengan hidayah Allah, mudah-mudahan akan berhasil.

Dari aspek kerohanian, ayat-ayat AlQuraan yang diamalkan ialah dimulai membaca Fatihah dan diikuti dengan membaca Al-Insyirah (Alam nasrah...) atau surah Kahfi atau surah Taubah atau Surah Maryam. ( dibaca pada air mineral) selepas itu minum dan sapukan di dada..

Nikmatilah Hidup hanya pada masa SEKARANG. Maka hendaklah kita berada dalam waktu yang terbatas. Masa silam perlu dibuang dan gambaran minda yang negatif pada masa akan datang bukan kita yang menentukan terjadi.

Kita tidak perlu memikirkan perkara yang kita sangka buruk akan berlaku pada diri. JANGAN campur URUSAN ALLAH. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana menjadikan diri kita dan orang sekeliling mendapat kehidupan yang terbaik dan laksanakan idea tersebut. Itu Ikhtiar kita. JANGAN AMBIL KERJA TUHAN!

Hukum Law of Attraction ialah tenaga getaran emosi yang positf akan menarik sesuatu yang positif. Begitulah sebaliknya. Tenaga getaran emosi negatif akan menarik fenomena negatif pada diri kita. Berbaloikah kita memikirkan perkara buruk yang belum tentu terjadi tetapi apabila memikirkanya sahaja sudah tentu kita mengundang pelbagai penyakit. Itulah sebab kita mesti sentiasa berprasangka baik pada manusia dan Allah.(THINK POSITIF)

Kejadian masa lepas adalah seperti mengergaji serbuk kayu. Bolehkah kita mengergaji serbuk kayu? Atau sama seperti susu yang telah tumpah. Apakah patut kita menangisi susu yang telah tumpah dari botol? Bolehkah susu yang tumpah masuk semula ke dalam botol semula.Jadilah seperti kapal selam. Semua pintu ditutup rapat supaya air tidak masuk ke dalam kapal. Nakhoda kapal hanya perlu setkan arah mana yang hendak dituju dan bukan dia fikirkan air masuk atau tidak. Bermakna tutuplah rapat-rapat jangan ada ruang bagi peristiwa buruk pada masa lampau dan bayangan minda perkara buruk akan datang yang belum tentu berlaku menyerbu masuk di minda anda.

Sentiasa sibukkan diri anda dengan pekerjaan yang menyeronokkan bagi anda dan lama kelamaan tiada ruang kesedihan lagi. Begitu juga cara terbaik ialah fikirkan, rancangkan dan lakukan perkara-perkara yang boleh mengembirakan orang lain terutama orang yang anda sayangi.

Teknik yang lain ialah Kemukakan 4 pertanyaan
1) Apakah masalahnya? Tulis secara jelas masalah tersebut
2) Apakah yang menyebabkan masalah ini? Cari sebab utama isi masalah
3) Apa dan bagaimana cara selesaikan masalah tersebut. Senaraikan apa sahaja alternatif
4) Pilih saranan terbaik dan lakukan satu persatu


Teknik NLP ( Neuro Linguastic Programming) ialah dalam keadaan alpha buat bayangan minda negatif, Besarkan imejnya dan kualiti kejelasan, warna, dengarkan suara dalaman yang menyakitkan dan rasakan emosi negatif tersebut Di satu sudut di bahagian bawah kanan, bayangkan imej positif yang anda kehendaki . Bsarkan imej , dengarkan suara dalaman yang positif dan nikmati emosi yang positf.

Baiklah dengan kuasa terjahan yang teramat laju dalam bayangan minda anda, buat satu rempuhan imej positf memecahkan imej negatif. Imej negatif hancur-sehancur-hancurnya menjadi debu-debu halus dan hilang dari pandangan minda. Yang ada pada imej minda anda hanyalah imej positif yang menyenangkan emosi anda. Semasa rempuhan dibuat hendaklah sebut .....>>> ALLAH>>>>Semakin laju rempuhan semakin bagus. Lakukan berulang kali sehingga anda berasa lega. Dan boleh diulang hari berikutnya.

Atau masukkan imej negatif ke dalam pembidas gergasi (LASTIK). Tarik kuat-kuat tali lastik (dalam bayangan minda) dan sehabis panjang. Dengan penuh bertenaga hebat lepaskan sehabis jauh bayangan tersebut dan lihat bayangan minda tersebut hancur bederai menjadi debu dan hilang dari pandangan. Semasa lepaskan sebut ”ALLAH”

Lakukan berulang kali sehingga anda rasa satu kelegaan yang amat menakjubka.Jangan biarkan perkara yang remeh temeh menghancurkan hidup kita. Gunakan tenaga getaran emosi yang positf untuk mencipta keindahan dan kejayaan hidup. Bukan untuk menghancurkan hidup anda. Setiap orang berhak untuk menikmati kemanisan hidup.

Ingat! tenaga yang digunakan untuk menghasilkan getaran emosi positif adalah sama dengan tenaga getaran negatif. Jadi apa perlunya tenaga yang ada kita gunakan untuk hasilkan getaran emosi negatif? BIMBANG ATAU TIDAK ADALAH PILIHAN ANDA SENDIRI!
Read More......

Apa itu hukum tarikan ( Law Of Attraction)?


Ketahui apa dia hukum tarikan (Law of Attraction) . Satu kaedah yang luarbiasa telah berjaya membantu berjuta -juta orang mencipta kejayaan mereka. dAPATKAN APA YANG ANDA INGINKAN DALAM KEHIDUPAN ANDA. INSYAALLAH.
Hukum Tarikan ( Law of Attraction)

Pernahkah anda berada di tempat orang yang sedang bergembira dan anda juga dapat merasakan perasaan kegembiraan? Begitu juga apabila anda berada di dalam kumpulan yang sedang bersedih, tiba –tiba jiwa anda diruntun kesayuan dan merasakan suasana emosi tersebut. Atau pernahkah anda turut juga menguap apabila rakan anda di sebelah mula menguap? Apakah fenomena ini?

Hukum ini adalah satu sistem yang berfungsi secara suatu tenaga akan menarik sesuatu DI SEKELILING apabila tenaga getaran berlaku di dalam minda seseorang.

Tenaga getaran yang dihasilkan melalu emosi akan memberikan kesan tarikan pada keadaan persekitaran.. Cara ia bergerak adalah seperti apabila anda membalingkan batu pada air. Gelombang dari kecil akan bergerak secara berbilang –bilang bulatan yang besar. Lagi besar batu dan kuat anda baling akan menghasilkan lebih besar riak gelombang itu.

Tenaga emosi terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. Tenaga getaran positif ahila gembira, ceria , semangat, yakin, kasih , teruja, selesa,Bangla dan sebagainya.

Tenaga getaran negatif ialah sedíh, kecewa, benci ,putus asa, marah, dendam,sunyi dan sebagainya.

Tenaga akan mengikuti ke mana sahaja minda bergerak. Siapa diri anda sekarang dan apa yang anda rasakan sekarang , kesemuanya adalah hasil dari getaran emosi yang anda sendiri bertanggungjawab menghasilkannya samaada anda sedar atau tidak atau samada anda hendak atau pun tidak sebenarnaya Ia adalah hasil dari aktiviti minda anda. Anda adalah apa yang anda fikirkan

Mengapa kita perlu tahu hukum tarikan ini? Ia adalah supaya anda tahu kaedah untuk mencipta kehidupan yang bagaimana yang anda ingin dan citakan terjadi pada anda dan keluarga tercinta. Anda adalah arkitek kehidupan anda sendiri!

Ketahui cara menggunakan hukum tarikan ( Law of Attraction) pada artikel akan datang untuk mengubah kehidupan yang lebih cemerlang!
Read More......

Thursday, December 27, 2007

WHO AM I?

Who am I ?
You may know me
I’m your constant companion.
I’m your greatest helper; I’m your heaviest burden
I will push you onward or drag you down to failure

I am at your command
Half the task you do might as well be turned over to me
I am able to do them quickly and I am able to do them the same every time if that’s you want

I am easily managed, all you’ve got to do is be firm with me

Show me exactly how you want it done, after a few lessons, I’ll do it automatically

I am the servant of all great men and women, of course servant of the failure as well

I’ve made all the great men who have ever been great

And , I’ve made all the failures too.

But I work with all the precision of a marvelous computer, with the intelligence of a human being

You may run me for profit or you may run me to ruin, it make no difference to me

Take me. Be firm with me and I’ll put the world at your feet.

Be easy with me and I will destroy you

WHO AM I?

I AM YOUR HABIT! Read More......

Wednesday, December 26, 2007

Cara atasi kebimbangan



Penyakit bimbang akibat masalah yang dialami terkumpul seperti jam pasir. Leher jam pasir yang sempit hanya mampu mengeluarkan sebutir pasir setiap kali jatuh ke bahagian yang lain satu demi satu. Kita tidak boleh memaksa pepasir jatuh melebihi hadnya, Jika tidak akan berlaku kemusnahan.


Jadi dalam menyelesaikan sesuatu perkara, satu demi satu permasalahan dileraikan mengikuti tempohnya.Lama-kelamaan masalah dan kebimbangan akan terlerai
Read More......

Monday, December 24, 2007

Bagaimana mengatasi rasa takut?


Cara terhebat bagaimana untuk menghilangkan rasa takut

Ketahui apakah penghadang minda ( Mental Blocked)
Bagaimana memecahkan penghadang minda ?

Pernahkah anda ingin melakukan sesuatu perkara ? Bila difikir-fikirkan anda kemudian membatalkan hasrat anda. Mengapa terjadi demikian.?

Perkara seperti ini sering berlaku di dalam kehidupan kita. Banyak idea ,cita-cita,hasrat dan gagasan tercetus bermain di minda kita berlalu begitu sahaja akibat dari penghadang minda.. Banyak kali penghadang minda menjadikan kita seorang yang PENAKUT!


Penghadang minda adalah sistem keselamatan yang tersedia ada di dalam minda kita . Ia bertujuan sebagai penghalang dari ancaman yang membawa kepada kebinasaan pada diri kita apabila kita terdedah kepada perkara yang boleh membahayakan diri. Dari sudut emosi dan fizikal.

Oleh sebab itu perkara-perkara yang baharu yang ingin kita lakukan , beberapa amaran telah dikeluarkan.

Sebagai contoh jika kita tak pernah berceramah tiba-tiba diminta untuk melakukannya.

Apakah amaran sistem anda? Antara alasan –alasannya ialah yang keluar dari diri anda ialah

-Tak biasa. Takut.
-Nanti orang ketawakan aku
-Nanti aku akan malu
-Nanti orang akan kritik aku
-Tentu aku terketar-ketar kerana gemuruh
-Mampukah aku lakukan.
-Kalau orang banyak tanya nanti, macamana aku nak jawab dan banya lagi saranan-saranan yang akan keluar dari sistem minda anda.

Saranan-saranan negatif tersebut sebenarnya adalah proses bagaimana penghadang minda berlaku. . Ianya adalah lapisan yang mengelilingi diri anda lama-kelamaan menjadi semakin tebal dan semakin kukuh seperti penjara.
Anda sendiri telah membina satu penghadang yang begitu amat kukuh sehinggakan anda tidak mampu dan berani untuk keluar darinya. Walaupun perkara baru belum anda lakukan , bayangan minda yang terbina di dalam diri anda sudah cukup membuatkan anda gerun untuk melakukannya.

Sebenarnya penghadang minda ada had penggunaannya . Jika kita tahu sesuatu perkara yang baru itu boleh membina kejayaan kita maka kita perlu persoalkan semula penghadang minda yang terbina secara automatis.

Cadangan mengatasinya

1)Pakar motivasi menyarankan jika anda takut pada sesuatu cara menghilangkanya ialah bersedia LAKUKAN PERKARA YANG ANDA TAKUT.

2)Senaraikan mengapa anda takut melakukan perkara tersebut dan kemudian buat bayangan minda (mental image) disertakan dengar suara-suara dalaman dan juga terbit rasaan emosi seolah-olah peristiwa tersebut telah benar-benar berlaku pada diri anda. Peristiwa tersebut dapat anda atasi dengan jayanya. Bayangan minda yang berulang-ulang akan membantu anda secara automatis akan terkeluar apabila anda melakukannya secara realiti nanti. Teknik ini telah banyak dipakai oleh motivator, ahli sukan dan mereka yang jadi penghibur terkenal.

3) Gunakan Power of affirmation. Saya sekarang ini adalah ahli sukan yang terbaik. Saya sekarang ini adalah juara yang sentiasa mendapat nombor satu dan sebagainya yang mengesahkan itulah diri anda walaupun ia belum berlaku.Anda perlu benar-benar mempercayainya seperti yang anda ucapkan.

4)Cari sumber,ilmu dan maklumat dan lakukan proses peniruan daripada orang yang berjaya dan lakukan latihan-latihan sebagai persediaan

5) Akhir sekali memohon doa supaya Allah memberikan petunjuk jadi berani.
Read More......

Sunday, December 23, 2007

Menjana dan melaraskan kepintaran emosi anda



Bagaimana menjana dan melaraskan kepintaran emosi anda
Kepintaran emosi : ketahui tabiat emosi anda!



Biasa tidak anda dengar suara dalaman anda (emosi) sering memperkecilkan diri anda?
Ia cemuhan negatif selalu berlaku di dalam bicara kendiri . Malah ianya lebih banyak daripada bicara kendiri positif. Kesan cemuhan ini akan menjadikan seseorang merasa rendah diri. Bicara kendiri negatif adalah rintihan suara dalaman diri anda yang kecewa kerana tidak dapat memenuhi apa yang anda sasar dan inginkan

Apa yang berlaku, cemuhan ini akan menjadi pegangan kepercayaan kepada empunya diri sehingga akan membantutkan perkembangan diri positif. Inilah sebab mengapa hanya 5% sahaja manusia yang boleh berjaya.

Sebenarnya cemuhan diri sendiri adalah amat baik kerana dengan cara ini anda membuat penilaian terhadap diri sendiri.

Apa yang perlu kita lakukan ialah mempersoalkan semula apabila ada cetusan negatif di dalam diri kita.

CONTOH PERBUALAN DALAMAN DIRI ANDA

EMOSI : Kamu ni memang teruk
Anda : Baiklah apa sebenarnya yang anda mahu?
EMOSI : Aku nak kau perbaik balik diri kau;
ANDA : Aku percaya kau boleh cadangkan yang terbaik apa yang patut aku lakukan. Berhenti mengkritik. Tenaga yang hebat perlu digunakan untuk beri cadangan idea yang bernas .
EMOSI : Baiklah cadangan-cadangan yang terbaik ialah.........

Begitulah seterusnya bagaimana cara untuk kita mencapai kepintaran emosi. Apa yang lebih baik ialah catatkan semua saranan minda tersebut. Anda akan mendapati saranan tersebut
sungguh bernas dan anda sendiri tak terfikir. Ingat , apabila emosi anda cuba untuk memperendahkan anda maka perlu ajukan pertanyaan-pertanyaan. Inilah cara anda meneroka kehebatan yang telah ada di dalam diri anda! Read More......

Mudahan-mudahan jemaah haji akan mendapat haji yang mabrur


Read More......

Saturday, December 22, 2007

Bagaimana cara memastikan resolusi anda dicapai?


Tindakan dan langkah berkesan untuk memastikan resolusi anda dicapai,insyaAllah

Diam tak diam kita sekarang ni telah berada hampir penghujung tahun 2007 yang akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi muncul dan bakal muncul tahun baru 2008.

Seringkali kita berrlumba-lumba untuk menulis beberapa resolusi dan azam baru untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Saban tahun juga kita dapati resolusi yang kita buat tidak mencapai sasarannya. Mengapa?

Apakah kita mengharapkan mendapat hasil yang berlainan jika kita masih melakukan sistem yang sama dalam aktiviti kehidupan ? Apa yang kita semai, itulah hasil yang kita tuai.

Seorang pengkaji kajian hayat dari Perancis telah membuat kajian ke atas sekumpulan ulat bulu. Kesemua ulat bulu diletakkan secara lingkaran di dalam sebiji pasu dan diletakkan makanan di tengah-tengah bulatan. Tabiat ulat bulu tersebut ialah akan mengikuti pergerakkan ulat bulu di hadapannya untuk mendapatkan makanan. Apa yang berlaku? Ia . Pergerakkan ulat-ulat bulu itu sentiasa di dalam bentuk lingkaran. Akhirnya kesemua ulat bulu tersebut mati kerana kelaparan. Alagkah baiknya jika salah seekor ulat bulu tersebut mengubah sistem menuju ke arah makanan tersebut?

Langkah paling berkesan

1)Ambil buku kosong. Dalam keadaan yang tenang senaraikan amalan utama harian anda pada :-
a) 1 minggu yang lepas b) sebulan yang lepas c) 3 bulan yang lepas d) 6 bulan yang lepas e) 1 tahun yang lepas. Hasilnya anda akan dapat mengesan sistem anda berfikir, tabiat-tabiat anda, aktiviti-aktiviti anda , peristiwa dan permaslahan yang menjadikan siapa diri anda sekarang.

2) Sekarang senaraikan pula tabiat-tabiat negatif .Dan membuat aku janji bertulis bahawa anda ingin membuang segala tabiat tersebut. Anda perlu juga menuliskan kesan-kesan pada diri anda akibat tabiat tersebut.
3)Selepas itu senaraikan tabiat-tabiat positif yang anda inginkan dan tuliskan juga kebaikan-kebaikan yang anda perolehi hasil daripada tabiat tersebut dan jangan lupa senarikan sumber, halangan dan bayangan imaginasi bagaimana anda selesaikan masalah-masalah tersebut.
4)Baiklah langkah seterusnya senaraikan semua resolusi yang perlu anda jayakan. Resolusi adalah benih-benih yang akan anda semai. Maka seperti mana tanaman, ia perlu sentiasa disiram, dibaja, dihindarkan dari serangga penyakit dan pelbagai lagi bagi memastikan kita dapat petik buahnya pada masa akan datang.

SELAMAT MENCUBA!
Read More......

Thursday, December 20, 2007

keajaiban kurma dan susu untuk barah usus

Barah usus atau ulcer adalah penyakit yang merbahaya. Pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat di dalam perut seperti rasa macam nak mati terlalu amat pedih.

Mereka yang sejarah kehidupan yang selalu rungsing, stress dan selalu tidak dapat mengawal perasaan bimbang adalah mudah terdedah pada penyakit ini.

Cara rawatan yang amat berkesan Insya Allah ialah:-

Ambil kurma terbaik misalnya ajwa sebanyak 9 biji. Buangkan bijinya dan direndam di dalam air panas. setelah suam , masukan bahan tersebut dalam blender dicampur dengan susu cair jenama ANLENE (jangan guna susu lain) kandungan kotaknya 1liter.Gunakan separuh sahaja iaitu 500ml. Minum segelas dan lebihnya boleh disimpan di dalam peti ais.

Amalkan sehingga sembuh.Boleh juga untuk merawat gastrik.

ps. sumber Ustaz Rashid Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas