Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Friday, June 20, 2008

Bagaimana saya nak positifkan diri saya?

Bagaimana saya nak positifkan diri dalam semua perkara?

Sikap positif digambarkan sebagai salah satu cara untuk kita berjaya di dalam hidup.
Apa itu sifat positif diri? Sifat ini bermula dengan sifat pra sangka yang baik pada diri sendiri , orang lain dan dengan Allah.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Al-Hujurat :12

Dan janganlah sama sekali kamu berburuk sangka dengan Allah kerana kamu akan termasuk dalam golongan yang rugi.


Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi. Fushilat; 23

Sikap positf bermula di minda seseorang iaitu diterbitkan dari hati yang berkeinginan untuk memperbaiki diri bag mendapat keredhaan Allah

Adapun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan amal yang soleh, semoga dia termasuk orang-orang yang beruntung.

Al-Qashah: 67

Untuk positifkan diri, seseorang perlu bermuhasabah atau menghitungkan diri dari aspek kelemahan yang berlaku sebenarnya adalah kerana perbuatan-perbuatan dosa yang dilakukan samada disedari atau tidak disedari.

Apabila seseorang itu bertaubat, kejahatan mereka akan digantikan dengan kebajikan atau amalan positif.

kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Al-Fuqaan : 70

Sepertimana yang dinyatakan oleh pewaris syurga ,Saidina Omar Alkhatab,

“Hisabkan lah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.” Read More......

Friday, June 13, 2008

Lagha : (Sebuah cerpen kisah BENAR)

LAGHA


Jiwaku terpana apabila berhadapan depan kaabah. Bangunan empat segi yang dilitupi kain kasrah warna hitam disulami ayat-ayat Al-Quraan benang emas itu begitu mengagumkan perasaan yang kerdil ini. Terasa kehangatan air yang mengalir di pipiku tanpaku sedari bila ianya keluar. Keagungan dan kehebatan Allah dapat ku lihat dari mata hatiku. Seolah tiada hijab lagi.

“ Ustazah,” panggil doktor yang sedang memeriksaku. Aku tersedar dari kenanganku sewaktu menunaikan fardhu haji.

“Ya doktor Arif”
“ Dari pemeriksaan saya, kesihatan anda semakin bertambah baik. Kadar degupan jantung anda agak stabil. Sungguh menakjubkan!” kata doktor Arif penuh kehairanan.
“Doa saya dimakbulkan doktor”
“Alhamdullilah”
Aku memanjatkan doa bersungguh-sungguh di depan kaabah. Memohon pada Allah agar penyakit jantungku akibat dari penyempitan salur darah yang memungkinkan aku dibedah bagi memulihkan keadaan tersebut..
“ Ustazah. Dari pemeriksaan saya anda tidak perlu dibedah”
“Tak perlu, doktor! Alhamdullilah”

“Silakan minum ustazah,” pelawa Fatimah , kawan rapatku.
“ Terima kasih”
“ Dengar cerita ustazah sekarang ni semakin bertambah sihat dan tak perlu buat pembedahan pemintasan jantung”
“ Ya, Alhamdullilah. Saya rasa bersyukur amat sangat. Timah ….bagaimana dengan rawatan kemoterapi yang kau jalani,” tanyaku untuk mengetahui perkembangan kesihatannya.
“ Bagus. Doktor kata peringkat barah aku masih peringkat awal lagi. Masih boleh dirawati lagi”
“ Apa kata kau pergi menunaikan haji tahun depan. Mudah-mudahan Allah akan sembuhkan penyakit kau”
“ Manalah aku ada cukup duit nak pergi ke sana. Tak macam kau. Duit banyak. Bolehlah kau pergi”
“ Timah, sebenarnya aku mampu pergi kerana aku menyimpan duit sedikit demi sedikit dan sentiasa berdoa semoga Allah memberikan aku kemampuan. Aku tengok kamu ni orang senang juga. Lagipun dengan menunaikan haji kita telah melengkapkan rukun Islam yang kelima,"sambilku lihat wajah Timah yang berkerut mendengar sarananku
“Sebenarnya aku nak besarkan perniagaan yang diusahakan bersama dengan suami,”
Cikgu Fatimah orang yang berada. Barang kemasnya ku anggarkan RM20000. pada batang tubuhnya.Tidak termasuk rumah bungalow dan 2 kereta mewah . Adakah ini alasanya sahaja, bisik hatiku. Ataukah Timah sekadar memberi alasan dan hanya mempercayai rawatan hospital dapat membantu tanpa perlu berdoa seperti yang aku lakukan.

Teringat aku pada maksud sepotong ayat Al-Quraan Surah Al Hadiid ayat 20 yang bermaksud,

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
Lima tahun kemudian aku mendengar berita rakanku ,Fatimah sakit kuat. Aku mengajak suamiku untuk menziarahi rakanku. Setelah 8 jam perjalanan ,kami sampai .didestinasi. Suasana agak menyuramkan. Hujan turun renyai-renyai. Angin bertiup terasa kedinginan. Ramai saudara-mara yang telah berkumpul.
Aku hampir tidak mengenali bahawa tubuh kurus melidi yang terbaring itu adalah Fatimah. Wajahnya kelihatan amat cengkung dan kehitaman.. Sebenarnya Fatimah berkulit putih. Penyakit barah yang bermaharajalela telah meratah tubuhnya mejadikan tubuhnya begitu daif.
Fikir diriku, kalaulah Timah menunaikan haji dan bermohon doa pada Allah mungkin penyakitnya boleh sembuh. Tapi apakan daya, Timah terlalu sibuk mengejar dunianya. Mengumpul harta yang sudah pasti dia akan tinggalkan. Ah..sahabatku. Ini pilihanmu.
Nafas Timah berombak-ombak. Debaranku semakin kuat. Apakah ini pertarungan akhirnya?.Anak-anaknya membisikkan kalimah Laillahaillallah.. Tanpaku sedari airmataku mengalir mengenangkan nasib rakanku.
“ Mama dah tiada,” rintih anak gadis berumur lingkungan 18 tahun.Suasana mendung menambahkan rasa sedih seisi rumah.
Hanya kain putih yang membaluti tubuh yang kaku sahaja yang dapat dibawa oleh temanku. Dengar-dengar cerita harta peninggalan teman baikku bernilai RM5 juta dan suaminya telah pun berkahwin baru.Beruntungnya isteri baru, bisik hatiku. Read More......

Penghargaan kendiri : Orang yang paling mulia

Sambungan artikel penghargaan kendiri.....

Cara kita bersyukur ialah yang pertama menerima kejadian kita dengan rasa amat berterima kasih. Allah sendiri memberitahu bahawa kejadian kita adalah dilebihkan dari makhluk lain


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. At-Tin : 4

Penerimaan diri kita sebagaimana rupa paras dan keadaan fizikal kita akan menambahkan rasa yakin diri . Kita mesti bersyukur dalam apa sahaja keadaan kita. Hal ini dapat meningkatkan rasa perasaan yang hebat dan meninggikan penghargaan kendiri seseorang.. Ramai di kalangan kita yang tidak puas hati dengan diri mereka.

Mulalah mereka membandingkan diri dengan orang lain yang lebih cantik, kacak dan sebagainya. Perasaan ini akan menimbulkan rasa rendah diri dan menggangu ketenteraman dan hubungan dengan orang lain. Inilah sebab mengapa mereka sering kurang keyakinan diri dan sering kali menyisihkan diri.

Sedangkan bagi Allah , orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertaqwa

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. “

Al-Hujurat :13
Read More......

Thursday, June 12, 2008

Bagaimana meningkatkan penghargaan kendiri (self esteem)

Penghargaan kendiri adalah tanggapan dan kepercayaan yang wujud dalam diri sendiri yang terbentuk sejak kecil lagi . Pengalaman, pengetahuan . didikan dan persekitaran yang kita alami dan tempuhi membantu kita membina sama ada kendiri negative atau positif. Semuanya dijanakan dalam kotak pemikiran mereka.

Terdapat dua jenis penghargaan kendiri iaitu penghargaan kendiri tinggi dan penghargaan kendiri rendah.

Mereka yang memiliki penghargaan kendiri yang rendah selalunya sukar untuk berjaya di dalam hidup, sering tertekan, rasa dukacita, berpeyakit dan sering menyalahi diri sendiri. Mereka juga sering menyalahkan diri sendiri, orang lain malah Tuhan juga dipersalahkan. Keadaan ini menyebabkan mereka sering dirundung malang dan ada yang tidak menyukai kehidupan mereka kerana mereka merasakan hidup orang lain lebih beruntung.

Berlaianan pula dengan orang yang memiliki penghargaan diri yang tinggi. Mereka dapat hidup dalam keadaan yang gembira dan sering berjaya di dalam hidup dan amat menyenangi orang lain dan kehidupan yang lebih menyihatkan dari segi mental, rohani dan fizikal.

Petua Penghargaan kendiri

Syukur – Sebagai insan yang dicipta Allah, semestinya kita mensyukuri segala macam nikmat yang tidak terhitung banyaknya yang diberi kepada kita. Sifat ini adalah amalan terpuji di mana Allah menjanjikan akan menambahkan nikmat-Nya .
Bagi mereka yang tidak bersyukur, di dunia lagi Allah telah menurunkan azab-Nya.. Di antaranya , Allah cabutkan ketenangan pada diri mereka dan hidup mereka sentiasa di dalam keluh kesah dan sentiasa di dalam rasa dukacita.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah (nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
Ibrahim: 7

Akan bersambung………………………….. Read More......

Tuesday, April 29, 2008

Kembali pada kejadian asalmu

Pernahkah anda merasakan tekanan perasaan dan rasa fikiran yang kacau menjadikan anda begitu buntu?

Dalam keadaan ini , anda cuba mendekati alam seperti kawasan bersungai, lautan pantai, kawasan hutan lipur ,bukit-bukau dan sebagainya menjadikan anda begitu tenteram sekali dan merasakan satu nikmat ketenangan. Anda sebenarnya telah bersatu dengan alam yang membuatkan kekuatan minda dan rohani dalam merasakan nikmat ciptaan Ilahi.

Perasaan tertekan ini amat dirasakan pada penduduk bandar yang di kelilingi hutan batu iaitu bangunan-bangunan . Di mana kawasan-kawasan ini berkurangan pokok-pokok seperti di bandaraya Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Asal kita daripada tanah, maka kekuatan tenaga kita akan pulih apabila kita bersatu dengan alam.

Jiwa kita akan meronta jika berjauhan dengan persekitaran yang ada kaitan dengan kejadian kita. Alam memberikan kita sumber tenaga yang amat hebat. Ini adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Jadi jika anda rasa tertekan maka berdekatanlah dengan sumber tenaga dari alam semulajadi. Read More......

Wednesday, April 9, 2008

Kaedah mudah untuk mengawal emosi anda

Suasana emosi adalah bergantung kepada "mood" yang dicipta oleh minda separa sedar secara automatis akibat respon dari peristiwa yang dialami oleh 5 pancaindera anda.

Misalnya anda kecewa tidak memperolehi sesuatu atau sesuatu yang buruk atau anda tidak suka terjadi pada diri anda. Emosi yang negatif ini sebenarnya adalah berbentuk tenaga getaran yang menghasilkan gelombang seterusnya akan dipancarkan pada sistem kimiawi badan anda(BIOCHEMICAL). "Biokimia sedih" akan memenuhi sel-sel darah anda seterusnya akan ditafsirkan atau diinterpretasikan oleh minda separa sedar. Ingat kuasa minda separa sedar adalah 90% kali ganda berbanding 10% dari minda sedar yang kita sering kita guna.Hasilnya anda berasa tidak selesa dan anda akan berkata mood anda tidak baik.

Emosi anda sebenarnya berkomunikasi dengan gambaran minda yang terpancar pada skrin otak dan akan dimainkan secara berulang-ulang secara automatis dan anda tidak dapat mengawalnya.Gambaran ini akan berputar dengan sendirinya kadang-kadang sehingga berbulan-bulan lamanya. Kesanya berlakulah kemurungan yang melampau.

Bagaimana cara untuk mengatasinya? TERIMA DENGAN REDHA HATI

BERIMAN DENGAN QADA DAN QADHA ALLAH kerana apa sahaja yang berlaku buruk dan baik adalah datang dari ALLAH. SEMUANYA ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.
Seterusnya TANAMKAN SIFAT SABAR.

Dari segi teknik mengawal emosi pula ialah dengan melakukan meditasi untuk menghancurkan gambaran negatif seterusnya memasukkan gambaran positif yang berupakan harapan kita pada masa akan datang tetapi nikmatnya kita telah 'merasakan ' sekarang.

Kaedah ini bermula dengan azam dan tekad anda untuk melakukannya.

Cara tempat yang tenang . Mulakan dengan pernafasan teratur. Kedua-dua ibu jari memicit jari penunjuk sambil luruskan 3 jari lain di kedua belah tangan.Sedut nafas dalam kiraan 6 dan tahan 3 serta hembus nafas kiraan 6. Sambil itu katakan pada diri anda Aku tenang dan semakin tenang. aku selesa dan semakin selesa atau apa sahaja supaya minda anda dapat berehat. Lakukan berulang kali sehingga anda berasa amat tenang dan tenteram.

Dalam situasi ini anda berada di dalam gelombang alpha (SANTAI) dan anda berupaya untuk mengawal minda separa sedar anda secara paling maksimum.

Arahkan minda anda untuk mengambarkan sesuatu yang anda tidak suka. Jelaskan gambaran tersebut. Dengarkan suara dalaman anda dan rasakan perasaan emosi tersebut.

Katakan dengan izin Allah aku redha apa sahaja ketentuan Allah. Apa yang berlaku pada diriku adalah dari kasih sayang Allah yang tidak terhingga dan aku terima sepenuh hati dan aku redha lepaskan gambaran ini pergi jauh dengan izin Allah. Anda akan lihat gambaran tersebut pergi jauh meninggalkan anda sehingga gambaran itu berupa titik kecil dan hilang kembali pada PENCIPTANYA.

Sekarang inilah masanya anda wujudkan gambaran harapan baru yang anda inginkan terjadi pada diri anda. Bermula dengan satu gambaran titik kecil dan semakin membesar menghampiri anda dari Sang Pencipta. Anda dapat lihat kegembiraan anda. Anda dapat dengar kegembiraan anda dan anda dapat rasakan emosi positif tersebut sehinggakan anda benar-benar rasa ingin memanjatkan kesyukuran pada PENCIPTA. Satu gelombang tenaga positif akan memenuhi setiap sela darah anda . Anda akan merasakan satu kehebatan dan keajaiban yang amat sangat.

InsyaAllah anda telah pun melakukan satu HUKUM TARIKAN. DAN ANDA BERHAK UNTUK MENDAPAT APA YANG ANDA IMPIKAN JIKA ITU ADALAH YANG TERBAIK untuk anda menurut ketentuan ALLAH. ULANGKAN SEBERAPA KERAP SEHINGGA ANDA BENAR-BENAR MEMILIKINYA NANTI. Read More......

Tetapkan HALUAN KITA pada simpulan tali yang teguh iaitu kalimah LAILAHAILALLAH

SAlam penuh kasih yang yang memenuhi sekalian cakra alam dari pelusuk bumi ke serata langit ciptaan Yang Maha Esa. Masa berlalu begitu pantas dan terus meraguti usia kita untuk dibawa menyembah ke bumi dan seterusnya menjadi kenduri santapan ulat-ulat yang sedia menanti dengan lahapnya. Mahasuci Allah yang hidup kekal abadi. Setiap yang bernyawa tetap akan merasai kematian!

Apakah persediaan kita ? Sepanjang hari-hari baru yang dikurniakan kepada kita dalam memenuhi tugas sebagai hamba Allah. Pada setiap malam dan siang yang sentiasa silih berganti bergolek-golek pada paksi bumi. Hidup umpama roda. Terkadang kita berada di atas dan ada ketika pula berada di bawah. Namun hidup mesti diteruskan dengan bersegera melakukan kebajikan iaitu di dalam lingkaran beriman dan beramal soleh.

Peringatan adalah tanda rasa kasih sayang yang amat mendalam. Sesama Islam sebagai ikatan persaudaraan yang termateri di dalam DNA Nabi Adam. Menuju pada satu matlamat untuk memperolehi keredhaan Allah Sang Pencipta.

Nun Jauh di alam sana suara kasih sayang telah berkumandang yang dialunkan oleh 8 syurga. Dan suara-suara kebencian telah meluap-luap memanggil si-penghuni durjana 7 neraka. Apakah perasaan kita?. Ke manakah haluan tujuan kita? Jalan siratolmustaqim terbentang luas .Telah dibawa untuk kita oleh Nabi Junjungan Muhammad s.a.w bersama perjuangan para sahabatnya. Apakah setiap hari kita semakin dekat atau semakin jauh? Read More......

Sunday, March 16, 2008

Anjakan minda ( THINK OUT OF THE BOX) -TRANSFORMASI KEHIDUPAN

Salam penuh kemesraan pada pembaca dan pengunjung setia blog cahaya akal. Berbillion2 terima kasih atas kunjungan anda. Topik yang ingin dibawa pada kali ini adalah teknik berfikir di luar kotak (pemikiran) . Untuk berbuat demikian , anda perlu melihat di 'luar' kotak tersebut.

Bagaimana caranya? Sistem amygdala minda kita yang menyimpan EEM ( emotional experiental memory) bertujuan merakamkan apa sahaja yang kita alami dan juga mengetahui perasaan dari orang lain melalui satu sistem stereotype iaitu sebagai contoh :-

Makan ais krim rasa lazat, jadi ada motivasi diri untuk mengulangi pengalaman tersebut.
Manakala terkena api adalah panas dan anda akan cuba mengelakkanya di lain kali. Begitu juga dengan kehidupan seharian anda. Pahit dan manis telah anda tempuhi.

Lingkungan pemikiran ini adalah berfikir di dalam "kotak" Untuk keluar dari lingkungan pemikiran tersebut, kaedah simulasi minda boleh dilakukan kerana minda kita mampu melakukan simulasi yang membolehkan sistem pemikiran kita berada pada tahap merasai pengalaman emosi buatan yang akan dirakamkan sebagai benar oleh minda bawah sedar.

Pengalaman ini telah digunakan oleh WALT DISNEY. iaitu semasa beliau bekerja di sebuah restoren yang terdapat tikus-tikus berkeliaran lalu beliau melakukan simulasi minda dengan menghidupkan khayalan iaitu betapa gembiranya tikus-tikus tersebut bermain dan berbual mesra dan hidup dengan penuh keseronokan . Salah satu watak tersebut ialah MICKEY MOUSE! Keseronokan rakaman emosi buatan ini telah mencetuskan idea yang luar biasa ! Maka lahirlah DISNEY LAND.

Apa kaitan dengan anda? Tanpa anda sedar , anda telah mencetuskan simulasi minda yang anda
ada-adakan atau perbesarkan. Misalnya keluhan diri, rasa tertekan, rasa tidak beruntung, rasa nasib lebih malang dari orang lain. Hasilnya anda menikmati "KESENGSARAAN TERSEBUT" yang semuanya dirakamkan oleh minda bawah sedar anda dan anda terus bergelumang dengan nasib malang tersebut tanpa menggunakan SUPER POWER MEMORY dalam diri anda kerana itulah sebenarnya kehidupan yang anda dengan tidak sengaja anda cipta sendiri dan minda bawah sedar anda telah ' berjaya' bekerja keras merealisasikan PENDERITAAN TERSEBUT.

Pertamanya anda perlu memanjatkan rasa kesyukuran kepada ALLAH, di atas apa yang anda miliki. Ingat lagi? Jangan lihat bahagian air yang kosong di dalam gelas yang separuh penuh tetapi lihat air yang separuh penuh di dalam gelas.

Mari lakukan simulasi minda. Tetapkan apa matlamat dan keinginan anda. Tuliskan matlamat tersebut dan putarkan filem kehidupan bagaimana yang anda inginkan. Lihat diri anda, dengarkan suara-suara tersebut, nikmati keseronokan penuh emosi di dalam watak yang anda idamkan. Anda telah merakamkan pengalaman emosi minda yang indah di dalam memori minda bawah sedar. Lakukan berulang kali.

JIka anda benar-benar percaya itulah kehidupan anda Insyaallah , minda bawah sedar anda akan memberikan input-input supaya anda benar-benar layak menikmati kehidupan tersebut! Sesungguhnya anda berhak mempunyai pilihan untuk hidup lebih bahagia. Jumpa lagi di lain artikel. Selamat berjaya. Salam penuh kasih sayang Read More......

Sunday, February 24, 2008

SIAPA CALON PILIHAN ANDA?

Salam mesra pada pembaca blog cahaya akal. Musim Pilihanraya telah menjelang tiba. Penamaan calon telah pun dilaksanakan. Dalam masa beberapa hari lagi, kita semua berpeluang untuk mengundi calon -calon yang kita pertaruhkan untuk memimpin kita ke arah dunia mahupun akhirat. Di dun ia dan di akhirat, kita akan terus bersama pemimpin yang kita akan pilih. Mereka akan membawa kita sama ada taat pada Allah atau sebaliknya.

Sebenarnya kita telah pun diberikan panduan untuk memilih calon yang sesuai. Ianya terbentang luas di dalam Al-Quraan dan Al-Hadis yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.aw. Dengan panduan tersebut hati nurani kita yang bersih akan tahu siapa calon yang perlu kita pilih.

Inilah kehebatan ilmu ,cahaya dari petunjuk Al-Quraan. Berbahagialah orang-orang yang memilih calon yang tepat kerana kehidupan pemimpin dan pengikut akan sentiasa beroleh kebarkahan dan kebajikan dunia dan akhirat. SELAMAT MENGUNDI Read More......

Sunday, February 10, 2008

KAEDAH HIPNOSIS DIRI UNTUK MENYEMBUH PENYAKIT

Teknik Hipnosis diri untuk melawan dan menyingkirkan penyakit.
Pelik Tapi Benar!

Pada tahun 1982 seorang ahli psikologi Carl Simonton bersama isterinya, Stephanie telah mengunakan kaedah imaginasi visual sebagai langkah untuk menyembuhkan penyakit kanser. . Seorang pesakitnya telah menunjukkan kejayaan kaedah ini iaitu berlaku penyembuhan sebanyak 5 %.. Sejak dari itu banyak kajian dan teknik tersebut telah dikembangkan walaupun teknik ini telah berabad digunakan iaitu sejak tahun 1918.

Kaedah hirpnosis diri telah banyak digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.

Caranya ialah dengan melakukan latihan yang kerap. Duduk atau baring di tempat yang selesa dan tenang. Tarik nafas dengan selesa dengan kiraan 3 dan tahan nafas dalam kiraan 3 . Kemudian hembuskan nafas dengan kiraan 6. Kira 4 detik ,barulah tarik nafas semula. Lakukan berulang kali sehingga anda rasa amat tenang.

Langkah seterusnya ialah buat bayangan minda penyakit-penyakit dari serangan kuman ,bakteria dan virus bergerak seperti siput-siput babi. Kemudian bayangkan antibodi anda seperti darah putih adalah seperti gajah.

Bayangkan dengan jelas bagaiamana sekumpulan gajah yang banyak begitu gagah dan kuat memijak-mijak hancur siput-siput babi tersebut. Lakukan dengan emosi, dengarkan dan lihat dengan jelas bayangan minda anda dan anda akan dapat rasakan satu perasaan yang menakjubkan. Rasa satu tenaga kekuatan yang hebat. Satu kelegaan dan penyakit anda akan sembuh!.Kepercayaan anda yang jitu adalah rahsia kejayaan dan keberkesanannya. Read More......

Tuesday, February 5, 2008

Ketahui Pusat Kehebatan diri anda satu rahsia yang dibongkarkan

Ketahui di mana pusat kehebatan anda. Satu rahsia yang dibongkarkan. Mesti baca!

Sumber utama JANAKUASA KEHEBATAN ANDA!!!!

Salam kasih sayang pada semua pembaca setia blog cahaya akal. Lama kita tidak bersua. Rindu juga ingin bertemu dengan pembaca sekalian. Kebelakangan ini saya sibuk sedikit mengendalikan kursus-kursus motivasi.
Artikel kali ini adalah panduan unbtuk menjana kehebatan diri kita.

Setiap dari kita sentiasa mencari-cari di mana terletak kekuatan diri. Sebagai bandingan sesuatu peralatan elektrik atau mesin ada yang meghidupkannya. Iaitu suis atau starter . Dengan memetik suis ,lampu akan bernyala dan enjin akan dihidupkan. Di mana terletaknya suis bagi kuasa kehebatan manusia. Ia adalah di HATI SANUBARI setiap orang. Sumber kuasa utama adalah di hati.

Keyakinan, kepercayaan dan keimanan seseorang adalah terletak di hati.Maka hatilah suis yang akan menjana kehebatan manusia. Petik sahaja suis di hati anda, tentang apa sahaja keinginan anda . Maka segala tenaga dari setiap getaran sel yang berputar lawan jam iaitu 100 000 km per saat dari diri kita akan pantas menuju kepada kehendak yang membara di hati seseorang.

Setelah suis dah dipetik ia akan menghasilkan tenaga yang maha hebat. Suis ini bermula dengan niat yang dibentuk dalam diri seseorang. Niat adalah seperti tangan yang memetik suis tersebut. Bagaimana untuk memastikan tenaga ini berkekalan supaya apa yang diniatkan (MATLAMAT) dapat dicapai? Ianya adalah melalui ikrar yang diulang-ulang pada setiap hari.

Kaedah ini telah diamalkan sewaktu kita menunaikan sembahyang 5 waktu. Iaitu semasa doa iftitah kita sering menyebut (Innasolati, wanusuki, wamahyaya, wamamati lillahirabbil’alaminn) Sesungguhnya solatku, ibadahku. Hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan seluruh semesta alam.

Janji ikrar ini sentiasa kita perbaharui setiap solat 5 waktu sehari semalam. Begitu indah sekali ajaran Islam yang mengajar kita untuk mencapai setiap kejayaan perlu ada JANJI DIRI untuk memastikan kekuatan rohani bagi mencapai sesuatu matlamat. Jadi apa sahaja keinginan anda selagi tidak melanggar syarak, maka pastikan anda sentiasa melafazkan ikrar untuk mencetuskan tenaga maha hebat yang dibekalkan dalam diri anda. Janji diri akan melahirkan kekuatan dan kemantapan hati yang menjadikan anda lebih TABAH (persistence) dalam menempuh apa jua rintangan.

Misalnya anda ingin menjadi seorang penceramah yang hebat maka sentiasa ulangkan perkataan ” Saya janji akan pastikan diri saya akan menjadi penceramah nombor satu di Malaysia” katakan dengan tegas dan sepenuh jiwa raga dan sentiasa diulang-ulangkan paling kurang 5 kali sehari. InsyaAllah , saya amat yakin anda akan berjaya. Read More......

Thursday, January 17, 2008

Kehebatan luarbiasa kata penegasan (The power of affirmation)

Kuasa Penegasan (The power of affirmation) menjana kekuatan diri (Self Strength) dari aspek kepintara minda, emosi dan spiritual bagi meningkatkan potensi diri sebenar anda.



Kuasa penegasan yang diulangkan pada diri sendiri dapat meningkatkan potensi diri pada tahap maksima mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah pada tiap-tiap diri.

Penegasan diri ialah berdasarkan matlamat baru yang ingin dicapai oleh seseorang bagi peningkatan dan kemajuan diri sebagi sepsis manusia yang telah diiktiraf oleh Allah sebagai ciptaan Nya yang hebat Diciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian

Sarjana barat menyatakan apabila seseorang mengulang-ulangkan perkataan positif apa yang individu inginkan dan percaya pada kata-kata tersebut lama-kelamaan ia akan menjadi kenyataan. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian yang telah dilakukan oleh
pakar-pakar psikologi . Sebagai contoh “ Every day and every way I become better and better”

Bagi kita umat Islam, telah kita lakukan kuasa penegasan di dalam mengerjakan solat.Di dalam solat doa yang diucapkan pada setiap kali sembahyang 5 waktu sehari merupakan penegasan yang amat berkuasa meningkatkan pembangunan diri dari aspek minda,emosi dan spiritual.

Kejayaan proses peningkatan tersebut bergantung pada sejauh mana keupayaan kita untuk khusyuk di dalam sembahyang.. Tingkatan kecerdasan emosi tertinggi menyebabkan air mata mengalir membasahi pipi kerana jiwa bergetar dan dapat merasakan kehebatan dan kebesaran Allah dan takut pada-NYa.

Terkandung kehebatan di dalam solat ialah surah yang diulang-ulang iaitu al Fatihah.

Surah Al-Fatihah ialah Surah yang terkumpul semua kehebatan nama-nama Allah.
Di dalam surah tersebut kita mengaku sebenar-benarnya sebagai hamba Allah dengan kita menyembahnya dan memohon pertolongan hanya pada Allah. Kita memohon juga ditunjukkan jalan yang lurus dan pohon menjauhi dari menjadi orang yang sesat lagi zalim.

“ Tiadakah kau lihat, bagaimana Allah membuat perumpamaan? Suatu perkataan yang baik seperti pohon yang baik. Akarnya kuat (terhujam) dan cabangnya ke langit (menjulang). Ia menghasilkan buahnya setiap waktu dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, supaya mereka ingat selalu.

Dan perumpamaam perkataan yang buruk adalah seperti pohon yang buruk, yang dicabut dari dalam bumi, dan tiada kekuatannya. Allah menguatkan orang-orang yang beriman, dengan perkataan yang teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat. Tapi Allah menyesatkan orang-orang yang durjana. Dan Allah melakukan apa sahaja yang Ia kehendaki” Surah Ibrahim : 24-27


Read More......

Wednesday, January 16, 2008

Kehebatan kuasa perkataan

Kehebatan kuasa perkataan pada penjanaan minda untuk kepintaran emosi dan kepintaran spiritual. Serta meningkatkan kesihatan mental dan fizikal


Hadis Rasullulah telah menyatakan bahawa barang siapa yang beriman pada hari akhirat hendaklah dia mengeluarkan perkataan yang baik-baik jika tidak lebih baik diam.

Diam juga adalah bentuk perkataan yang tidak bersuara yang juga merupakan satu kekuatan pada minda.

Nabi Muhammad telah mengajar kita bagaimana perkataan yang baik-baik dapat menghubungkan rasa kasih sayang dan memotivasikan seseorang bagi menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Banyak kajian-kajian oleh sarjana psikologi personaliti telah membuktikan betapa berkuasanya kata-kata yang positif untuk membina keperibadian unggul. Kesan kata-kata yang negatif lebih banyak menimbulkan masalah kesihatan.

Setiap kata-kata buruk atau negatif yang diucapkan oleh individu, kesannya bukan sahaja pada orang yang mendengar malah pada yang menuturkan.

Perkataan yang diucapkan akan mempengaruhi minda seterusnya akan mengaktifkan sistem biologi di dalam tubuh badan . Biokimia badan akan memberikan kesan pada emosi seseorang.

Kata-kata yang baik akan mengaktifkan (feel good system) biokimia badan yang akan merangsang rasa selesa, seronok, gembira dan ceria. Perubahan darah pada airmuka seseorang yang mendengar penghargaan dan pujian akan menampakkan serinya berbanding dengan kata-kata nista

Kata-kata yang buruk boleh menyebabkan biokimia dalam badan merangsangkan rasa sedih, kecewa,tidak selesa yang boleh membawa kepada stress dan kemurungan akhirnya akan menyebabkan penyakit yang kronik seperti barah usus , sakit jantung dan kegagalan buah pinggang serta masalah sistem perkumuhan.

Amalan berzikir, membaca alQuraan dan mengajar serta berpesan pada perkara yang hak dan baik akan meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Amalan tersebut mewujudkan getaran emosi yang positif serta merangsang biokimia yang khusus untuk mencetuskan rasa tenang dan selesa dalam diri kita. Read More......

Saturday, January 12, 2008

Kepintaran rohani (Spiritual Intelligence)

Kepintaran rohani ( Spiritual Intelligence)

Apabila seorang sahabat nabi bertanya siapakah orang yang paling pintar? Lalu nabi menjawab orang yang paling ialah orang yang sentiasa mengingati kematian dan menyediakan bekalan untuk kehidupan selepas matinya.

Bagi orang Islam ,semua telah tahu bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara dan akhirat kehidupan yang lebih baik dan kekal.

Allah sediakan hanya 2 perkampungan iaitu samada syurga atau neraka. Beruntunglah mereka yang mempunyai kepintaran rohani dapat megenal dan mematuhi perintah Allah di dunia ini. Bagi orang yang mempunyai kebodohan rohani , bagi mereka adalah penyesalan yang amat sangat ketika mereka berada di neraka.

Berkatalah mereka penghuni neraka,

“ Hai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka, kami akan menjalankan amal soleh yang tidak seperti perbuatan kami dulu’ Surah Fatir :37

Allah menjawap pertanyaan mereka,


“ Bukankah Aku telah memberimu umur untuk ingat jika memang engkau itu orang yang ingat , dan telah mendatangimu juru pemberi ingat? Maka rasakanlah siksa , dan orang yang berdosa itu tidak ada yang memberi pertolongan” Surah Fatir:37

Begitulah semasa di dunia ini ramai yang ingkar pada Allah. Penduduk dunia menjangkaui 7 Billion. Mereka yang beragama Islam hanyalah sekitar 1 billion lebih. Ini tidak termasuk orang Islam yang tidak patuh mengerjakan perintah Allah. Bermakna Iblis telah berjaya memperdayakan anak cucu Adam lebih 6 billion pada ketika ini.

Setelah disumbat ke dalam neraka, barulah mereka mengakui mengetahui kebesaran Allah.

“ Hai Tuhanku, saya telah mengetahui dan mendengar (keadaan siksa yang saya dustakan dulu) maka kembalikan saya ( Ke alam dunia lagi) untuk beramal soleh dan saya sekarang sudah yakin ( akan adanya hari pembalasan) Surah As-Sajadah :12

Allah Maha pengasih dan penyayang. Dikurniakan manusia akal fikiran untuk melihat tanda kebesaranNya.Dengan berpandukan Nur Al-Quraan manusia mampu untuk mengenali Penciptanya


“ Dan pada bumi ada tanda-tanda ( Yang membuktikan Keesaan dan Kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu) Surah as-Zariyat : 20-21

Hanya dengan hidayah Allah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang memiliki kepintaran rohani. Read More......

Cara ubati penyakit tangguh



Kaedah terkini menagatasi masalah bertangguh.

Bertangguh adalah satu jenis penyakit jiwa daripada tabiat buruk yang telah tertanam dalam diri kita. Semakin hari sikap ini semakin menebal menyelubungi jiwa seseorang.

Bertangguh juga merupakan serangan penyakit rohani yang melanda seseorang. Ramai di kalangan kita menganggap ianya merupakan fenomena biasa. Sedangkan ia adalah merupakan keadaan yang banyak membawa kerugian dan nasib malang pada seseorang. Bertangguh yang paling buruk ialah bertangguh daripada melakukan amalan baik, bertangguh dari bertaubat dan bertangguh untuk kembali kepada Allah.

Sedangkan Allah telah memperingatkan kepada kita dalam Alquraan supaya kita bersegera memohon ampun dariNya.

Sabda rasullulah yang bermaksud: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, iaitu mudamu sebelum datangnya ketuaanmu, sihatmu sebelum kamu sakit, kayamu sebelum miskinmu, waktu senangmu sebelum datang waktu sibuk, hidupmu sebelum datang mati.

Firman Allah ” Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang suka bertaubat dan mencintai pula orang-orang yang suka bersuci (lahir dan batin) Al-baqarah :222

Jangan tunda sehingga malaikat maut datang menjemput kita. Waktu kematian bila-bila masa sahaja akan mendekati diri kita .

’Apabila dosa seseorang hamba Allah itu sudah banyak dan tidak mempunyai amalan-amalan yang dapat dijadikan penebusnya (yakni yang dapat melenyapkanya), maka Allah Ta’ala memasukkan berbagai kesedihan ( dalam kalbunya), maka itulah yang merupakan penutup atau tebusan pada semua dosanya” Hadis Rasullulah.

Kaedah sembuhkan penyakit tangguh

1) Memohon keampunan dari Allah dengan segera bertaubat.. Setiap hari mesti beristigfar
2) Perbanyakkan zikir dan membaca Al_Quraan
3) Menjauhkan diri dari majlis dan percakapan yang sia-sia yang diucapkan atau didengari.
4)Perbanyakkan amalan soleh seperti bersedekah
5) Isikan diri dengan sifat terpuji dan jauhi sifat keji
6) Jauhkan diri daripada maksiat
7) Sentiasa berada di dalam majlis ilmu yang bermanfaat terutama yang mengingati Allah
8) Sebarkan rasa kasih sayang anda
9) Perbanyakan ingat kematian dan sedia bekalannya
10) Sentiasa bermuhasabah- hisab diri.
11) Senaraikan tugasan yang ingin dilakukan
12) Pastikan kejelasan matlamat
13) Ketahui sebab-sebab atau alasan kukuh untuk kita melakukan tugasan tersebut
14)Pecahkan masalah besar kepada kecil
15) Contohi atau tiru mereka yang telah berjaya melakukan tugasan berkenaan
16) Bermesyuwarah dengan orang lain dan minta pandangan mereka
17) niat yang betul kerana Allah
18) Rancangkan sebaik-baiknya untuk penyusunan tugas
19) MULAKAN DARI MANA-MANA BAHAGIAN YANG ANDA SUKA
20) Tidak perlu tunggu maklumat tugas untuk jadi sempurna baru nak mulakan.
21) Cari ilmu dan maklumat untuk selesaikan tugasan
22) Anda perlu BERTEGAS PADA DIRI ANDA
23) ANDA PERLU MARAH DIRI SENDIRI
24) KUMPULKAN SEMANGAT DAN BULATKAN TEKAD
25) Sentiasa katakan pada diri kebaikan yang anda akan dapat jika segera LAKUKAN SEKARANG
26) BERMOHON PADA ALLAH UNTUK HIDAYAH(petunjuk) DAN TAUFIK(Kekuatan)
26) INGAT!!! ANDA YANG MENGAWAL DIRI ANDA

27) MULAKAN SEKARANG TINDAKAN ANDA > JANGAN ASYIK FIKIR_FIKIR SAHAJA> LET ’S DO IT NOW!!!!!!!!!!!!!!!!
Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas