Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, August 23, 2008

AIR ALKALI PUNCA HIDUP SIHAT ANUGERAH ALLAH

Read More......

AIR ALKALI : KEHEBATAN YANG MENAKJUBKAN (BIO ALKALINE NANO TECHNOLOGY)




"Di sini satu proses penuaan yang ringkas. Setiap sel hidup di dalam tubuh kita menghasilkan bahan buangan. Nutrien daripada makanan yang kita makan dihantar ke setiap sel dan mereka dibakar dengan oksigen untuk memberikan tenaga untuk kita hidup. Nutrien-nutrien yang terbakar ini menjadi bahan-bahan buangan. Makanan sama ada baik atau tidak untuk anda adalah

ditentukan oleh kuantiti dan kualiti bahan-bahan buangan yang terhasil; toksik, asid, alkali, dsb. Sebahagian besar sel-sel kita melalui metabolisma dan sel-sel tua yang mati akan menjadi bahan buangan." "Bahan-bahan buangan ini mesti dikeluarkan daripada tubuh kita. Sebenarnya, tubuh kita berusaha keras untuk mengeluarkan bahan buangan ini melalui kencing dan peluh. Semua bahan buangan adalah berasid; itu sebabnya kencing adalah berasid dan lapisan luar kulit juga berasid. Masalahnya adalah, disebabkan beberapa faktor, tubuh kita tidak dapat mengeluarkan 100% bahan-bahan buangan yang dihasilkannya.

""Sebab utama ialah gaya hidup kita. Kita tidur lewat dan bangun awal pula. Kita tidak mengambil masa yang cukup untuk berehat, kebanyakan diantara kita melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Dengan itu kita menggunakan lebih masa menghasilkan bahan buangan berbanding mengeluarkan mereka.""Oleh kerana bahan buangan yang kita cuba keluarkan itu adalah berasid, air yang paling sesuai adalah air alkali

Rekomendasi peribadi saya ialah nikmati apa juga jenis makanan yang kita suka, tetapi jangan makan berlebihan atau cuba mengasingkan sebarang jenis makanan. Makan dengan kadar sedarhana dengan mengikuti konsep "makanan seimbang" para ahli pemakanan professional, dan biarlah air alkali membuat kerjanya membersihkan bahan buangan. Jangan gunakan makanan untuk membersihkan bahan buangan, sehingga kita mengujudkan satu risiko kekurangan zat makanan atau ketidakseimbangan

"Apa yang saya cuba beritahu dunia ialah minumlah air alkali untuk mengeluarkan bahan buangan berasid , penyebab universal pelbagai penyakit kalangan orang deawasa…..Perkara penting yang perlu diingat ialah kita menjadi tua kerana kita mengumpulkan bahan buangan berasid. Oleh itu, jika kita boleh mengeluarkan bahan-bahan buangan ini, kita boleh menyongsangkan proses penuaan. Malah kita boleh menghentikan simptom penyakit-penyakit kalangan orang dewasa dengan proses ini jika belum ada lagi kerosakan yang tidak dapat dipulihkan telah berlaku. " Sang Whang, pengarang buku Songsangan Penuaan (Reverse Aging).



DAPATKAN AIR ALKALI ANDA BIO ALKALINE NANO WATER FILTER (AIR ALKALI) 6 PENAPIS HARGA PASARAN RM 1500 TETAPI TEMPAHAN DI BLOG CAHAYA AKAL ANDA AKAN DAPAT HARGA KILANG RM 600 SAHAJA.


Read More......

RAHSIA PERIBADI ANDA: KENALI MELALUI BULAN KELAHIRAN

LAHIR bulan FEbruari

  • Berfikiran abstrak
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • Bijak dan panjang akal
  • Berpewatakan mudah berubah
  • Mudah menawan hati orang lain
  • Agak pendiam
  • Pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati untuk mencapai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan yang lasak
  • Emosinya nudah terluka dan sensitif
  • Mudah mempamerkan marahnya
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
  • Sangat berani dan mudah memberontak
  • Bercita-cita tinggi , berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda bersifat seni
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
  • Cenderung pada perkara yang tahyul
  • Pemurah dan boleh jadi boros
  • Kena belajar untuk mempamerkan emosi
Read More......

Friday, August 22, 2008

RAHSIA PERIBADI ANDA : MENGIKUT BULAN KELAHIRAN


Rahsia mengenali peribadi anda boleh diketahui dari bulan kelahiran anda.



LAHIR BULAN JANUARI




  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik


  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik


  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan


  • Suka pada kecantikan, kekemasan, teratur dan bersistematik


  • Pandai mengambil hati orang


  • Pendiam kecuali dirangsang


  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang tinggi


  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri


  • Mudah dan taat mengikut peraturan


  • Badanya sihat dan mudah diserang selsema


  • Bersikap romantik tetapi sukar untuk memperlihatkan


  • Amat bertanggung jawab


  • Cukup menyayangi kanak-kanak


  • Suka duduk di rumah


  • Setia pada segala-galanya


  • Perlu belajar kemahiran sosial


  • Sifat cemburu yang sangat tinggi


( Dipetik dari kajian: Yang Berbahagia Dat0' Dr Fadzilah Kamshah)

Read More......

Sunday, August 17, 2008

Projeksi Minda di alam fikiran :Menentukan siapa diri anda di alam nyata





Anda pernah melihat bagaimana projektor yang dipancarkan pada skrin menghasilkan aksi-aksi tayangan sesuatu peristiwa atau cerita. Peranan ini adalah juga sama seperti yang dilakukan oleh sikap dan tingkah laku anda. Ianya adalah 'tayangan' dari gambaran (filem) yang telah anda buat di dalam minda anda sendiri.

Projeksi minda adalah lahir dari cerapan tiga dimensi minda anda iaitu kendiri material, kendiri spiritual dan kendiri sosial. Kendiri material ialah sifat fizikal tubuh badan. Kendiri spiritual ialah trait personaliti, sikap,nilai dan kepercayaan , Kendiri sosial ialah 'diri saya yang dikenali oleh orang di sekeliling ibubapa, ahli keluarga , rakan , guru-guru dan siapa sahaja di persekitaran.

'Ketiga-tiga diri anda akan menjadi satu bagi diprojeksi diri anda di alam nyata melalui perspektif atau tanggapan yang telah dipilih oleh akal dan minda bawah sedar anda untuk dipersembahkan di alam nyata.

Pengetahuan ini adalah amat berguna bagi menukarkan mode diri seperti yang anda idamkan. Contohnya dari mode diri pemalu kepada individu yang lebih berkeyakinan atau dari individu yang pasif kepada individu yang aktif dan disukai ramai.

Biasanya mode yang sering bermain di fikiran anda akan mendominasi projeksi diri anda di alam nyata. Seseorang yang sentiasa memikirkan betapa malangnya nasib mereka akan memprojeksikan diri mereka sebagai oramg yang kesugulan , tidak bermaya dan tidak berminat kepada orang lain. Akibatnya mereka ini akan sentiasa 'menarik' nasib malang dalam kehidupan mereka.

Anda sebenarnya boleh dengan mudah untuk menukar mode tersebut sebagaimana mudahnya anda menukar siaran televisyen kegemaran anda. Hanya memilih button yang sesuai dan klikkan sahaja. Anda yang pilih kehidupan bagaimana yang anda ingin projeksikan.

Langkah yang pertama ialah anda perlu terima diri anda dan mulai menyayangi diri dan kehidupan anda. Semestinya anda perlu sedar betapa YOU ARE AMAZING!

Allah sendiri telah mengiktirafkan betapa hebatnya diri anda dicipta dengan dibekalkan kelengkapan yang hebat bagi anda menuju kejayaan dunia dan akhirat.

sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .
At Tin : 4

Anda adalah asalnya juara yang hebat. Anda bersama dengan lebih kurang 400 juta sperma yang berlumba-lumba menuju ke telur yang akhirnya anda seorang berjaya menembusi telur tersebut dalam kandungan ibu anda dan akhirnya berlaku persenyawaan.


Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Al Mukminun : 14

Keistimewaan kamu yang amat hebat ialah Allah anugerahkan kamu akal. Dengan akal kamu boleh memilih mana kehidupan yang terbaik kamu perlukan. Mengapa kamu masih lagi merasakan diri kamu adalah manusia yang tidak beruntung atau bernasib malang?


Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabarani :
Terjemahan : Kejadian pertama yang dijadikan oleh Allah ialah akal, lalu ia diperintahkannya datang, akal pun datang. Kemudian ia diperintahkan supaya pergi, akal pun pergi. Kemudian Allah berfirman kepada akal : Demi kebesaran-Ku dan kemuliaan-Ku, tidak ada makhluk lain yang lebih mulia disisi-Ku daripada kejadianmu. Dengan mu Aku memberi dan mengambil. Denganmu Aku memberi pahala dan menyiksa.



Dalam hadis lain nabi bersabda tentang keistimewaan akal, sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh al-Tabarani:
Terjemahan : Aisyah telah menceritakan, “Dimana aku telah bertanya rasulullah, “Wahai Rasulullah ; dengan apa manusia itu berbeza darjat kelebihannya dalam kehidupan di dunia?” Jawab baginda, “Dengan akal.” Aku bertanya lagi, “Bagaimana pula dalam kehidupan akhirat? Bukankah manusia itu dibalas menurut kadar amalan mereka?” Jawab Rasulullah, “Wahai Aisyah; Bukanlah mereka beramal menurut kadar akal yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Maka mengikut kadar akal itulah amalan mereka dan mengikut kadar amalan itu pulalah mereka dibalas.”

WAhai teman , mengapa kita seringkali sentiasa mengeluh tentang nasib diri kita padahal diri kita teramat istimewa dan teramat beruntung. Cuma kita seringkali tidak menyedari betapa amat beruntungnya kita menjadi manusia lebih-lebih lagi kita ada nikmat iman.

Justeru itu hendaklah kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur kepada Allah


Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
Surah Ibrahi :7


Nikmat Allah terlalu banyak .KIta sering lupa dan jadilah kita orang yang sentiasa merasakan dirinya bernasib malang.


Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
Surah Ibrahim : 34




Read More......

Thursday, August 14, 2008

DAPATKAN PENAPIS AIR AURA TERKINI NANO DENGAN HARGA TERENDAH DI PASARAN!







PERCAYA ATAUPUN TIDAK,
DENGAN HANYA BERMODALKAN RM 200..
ANDA KINI MAMPU MEMILIKI 1 UNIT SISTEM PENAPIS AIR BERTENAGA NANO AURA.
PLAN “MEMBER GET MEMBER FnR”
MEREALISASIKAN PELUANG PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT UNTUK MEMILIKI SISTEM PENAPIS AIR DI SETIAP RUMAH.
UBAH GAYA KEHIDUPAN ANDA DENGAN MEMINUM AIR YANG BERSIH, KAYA DENGAN OKSIGEN, BERSIFAT ALKALI, KEKAL DENGAN SEGALA MINERAL DAN MOLEKUL AIR YANG BERSIFAT NANO SUPAYA MUDAH DISERAP.
BAGAIMANA PLAN INI MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA?
DENGAN MODAL RM 200 ANDA CUMA PERLU:
MENAJA 2 ORANG RAKAN ANDA DENGAN MODAL RM 200
DAPAT PENAPIS AIR !!!

FAEDAH YANG ANDA PEROLEHI:
1.MENDAPAT 1 UNIT SISTEM PENAPIS AIR BERTENAGA NANO AURA.
2.MENGUBAH CARA KEHIDUPAN ANDA & RAKAN ANDA.
3.MULA MENINGKATKAN TAHAP KEWANGAN ANDA & RAKAN ANDA.
MUSTAHIL JIKA ANDA TIADA RAKAN YANG INGIN MENDAPATKAN PENAPIS AIR
BERTENAGA NANO AURA INI.. Kerana, Kini semua orang mampu memilikinya..
PERCAYALAH BAHAWA RAMAI YANG SEDANG MENANTIKAN PELUANG MEMILIKI
SISTEM PENAPIS AIR INI SENDIRI DIRUMAH


DENGAN MODAL RM 200 ANDA CUMA PERLU:
MENAJA 2 ORANG RAKAN ANDA DENGAN MODAL RM 200
DAPAT PENAPIS AIR !!!




Read More......

Friday, August 8, 2008

Ajaibnya Kuasa Sentuhan!

Apa yang anda lakukan jika tiba-tiba berlaku kecederaan pada anggota badan ? Ia. sudah tentu anda akan memegang bahagian tersebut. Tahukah anda tindakan yang anda lakukan itu secara automatik.

Kelakuan memegang tempat yang sakit itu sebenarnya dapat membantu sistem badan anda untuk melegakan rasa kesakitan . Sentuhan yang anda lakukan tidak kira misalnya anda pening kepala , sebenarnya telah membantu meringankan rasa kesakitan tersebut.

Kajian yang dibuat di pusat kajian Miami telah membuktikan kuasa sentuhan tangan kita adalah sesuatu yang amat menakjubkan. Kajian tersebut telah membuktikan sentuhan dapat:-

1) Meningkatkan sistem imun (pertahanan badan di mana kawasan tempat sentuhan terdapat penghijrahan sel darah putih yang bertindak sebagai daya tahan badan berkumpul dengan banyaknya.

2) Meredakan stress (tekanan).

3) Megurangkan paras glukos pada pesakit diabetis.

4) Mempercepatkan pemulihan luka dan tulang yang patah

5) Mengurangkan rasa kebimbangan.

6) Mengurangkan tahap kemurungan

7) Mengurangkan rasa kebimbangan dan kemarahan

8) Melegakan rasa dukacita

9) Melegakan dan membantu sembuhkan penyakit.

10) Membantu penurunan tekanan darah .

11) menambahkan rasa selera makan



Apabila kita memeluk bayi,isteri dan anak, satu perasaan lega kerana serotonin diaktifkan apabila berlaku sentuhan. Serotonin adalah cecair hormon yang dapat meningkatkan rasa gembira. Dengan sentuhan juga dopamin dapat ditingkatkan. Kekurangan Dopamin menyebabkan manusia akan nyanyuk dan terkena penyakit parkinson. Dengan memeluk anak-anak, maka sistem kecerdasan mereka dapt ditingkatkan.Ini adalah berdasarkan satu kajian telah dilakukan bahawa anak-anak yang sering mendapat pelukan dari ibu bapanya mempunyai kecerdasan,penghargaan kendiri tinggi dan keyakinan yang lebih tinggi dari yang tidak berbuat demikian.

Sentuhan tangan dan mendekatkan tangan di kawasan yang sakit sama ada pada diri sendiri dapat membantu melegakan malah boleh juga menyembuhkan penyakit sepertimana yang diamalkan oleh pengamal perubatan REIKI. Pada tangan tersebut mengalir tenaga magnetik dan elektrik yang dapat memperbaiki sistem pertahanan badan. Pengamal REIKI menggunakan tenaga aura dan getaran seperti tanah, air, api , cahaya matahari dan tumbuh-tumbuhan dari alam semula jadi dengan izin Allah lalu mengalirkan tenaga ini sebagai rawatan kepada penyakit fizikal badan.

Bagi para suami sekalian pula rajin-rajinlah peluk dan mencium isteri supaya kamu dan isteri selalu sihat dan ceria kerana sentuhan anda adalah ajaib! Read More......

Wednesday, August 6, 2008

UJi Kepintaran Emosi anda!

Kepintaran emosi: Gunakan kuasa imaginasi untuk merasakan hebatnya siksa neraka

Uji kekuatan emosi anda: Gunakan penglihatan dalaman (gambaran minda), pendengaran dalaman dan hati ( emosi) supaya anda benar-benar dapat merasai dan mengalami peristiwa penyiksaan neraka yang digambarkan dalam al Quraan dan Hadis. Sila baca dan gunakan kekuatan Neuro linguistic Programming (NLP) anda.

JIka anda dapat menghayati peristiwa ini anda memiliki kepintaran emosi dan spiritual yang tinggi. .


Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka ) Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim,

Surah Al-Ar’aaf :41

(Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka. (Dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah sentuhan api neraka!"

Surah AlQamar :48

Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka. . Al Haj :19

Muka mereka dibakar api neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat.

Al-Mukminuun :104

Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, Al –Mulk :7Dan barangsiapa yang ditunjuki Allah, dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang Dia sesatkan maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi bagi mereka nyalanya. Al Israa’:97

Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang zalim. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api , dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih.. Al Baqarah :174

Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. Al: Kahfi :29

Insya ALLah bila anda benar-benar dapat ‘melihat’, ‘mendengar’ dan ‘merasakan’ maka system kepintaran emosi anda sedang berfungsi dengan baik. JIka tidak perbanyakkanlah istiqfar dan bertaubat di atas dosa-dosa yang telah mengelapkan ‘pandangan mata hati kita. Read More......

Monday, August 4, 2008

INVICIBLE FORCE - KUASA IKHTIAR ANUGERAH ALLAH

Apa sahaja yang anda idamkan sebenarnya digerakkan oleh satu kuasa kurniaan Allah yang mengizinkan kita memilih perbuatan kita samada baik atau jahat. Kuasa ghaib ini boleh menggerakkan seluruh elemen rohani dan jasad anda bagi memperolehi seseuatu hajat.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.


MMmManakala perbuatan yang jahat itu adalah juga ikhtiar manusia yang dizinkan Allah kepada terjadinya perbuatan tersebut. Jelasnya manusia mempunyai kausai ikhtiar yang dizinkan Allah

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
Kuasa ini berkait rapat dengan getaran tenaga emosi samada getaran tenaga negatif atau pun positif. Kuasa ini amat menakjubkan sehingga ianya dapat digunakan untuk menundukkan alam ini dengan izin Allah. Kuasa ini batasannya hanya Allah jua yang mengetahui kerana kemampuan ini Allah anugerahkan bagi bekalan kepada manusia yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini. AR Rum :41

Sejarah telah membuktikan, apabila kuasa ini digunakan oleh manusiaumi ,mereka dapat menakluki lautan, bumi malah angkasa lepas sekalipun. Setiap orang mempunyai kuasa ini tetapi
hanya mereka perlukan ilmu untuk menerokai kehebatan INVICIBLE FORCE ini.


"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." Al Baqarah:30

Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan. Shaad :26

Allah bersifat amat pemurah dengan mengurniakan satu tenaga yang amat ajaib tetapi malangnya ramai yang seringkali membuat batasan pemikiran sehingga mereka gagal untuk mencipta kejayaan di dunia dan akhirat. Sepatutnya kita sebagai orang Islam hendaklah menggunakan super power ini untuk membina kejayaan di dunia dan di akhirt seperti mana yang telah digunakan oleh cendikiawan Islam seperti AR Razi, Ibnu Sina,AlkWarizmi dan sebagainya,.

Tamadun Islam berkembang dengan jayanya yang mana jika tanpa sumbangan ilmuan Islam ini dunia masih lagi dalam zaman gelap. Orang-orang barat mengambil ilmu tanmadun Islam lalu di upgradekan sehingga banyak kejayaan telah mereka capai.

Invicible FORCE ini letaknya jauh di sudut hati kita. Lagi bersih hati kita maka lagi kuat KUasa Invicible force ini.

Kesimpulannya, dengan kuasa ini anda boleh jadi apa sahaja dan memiliki apa sahaja yang anda kehendaki dengan izin Allah bagi meraih kejayaan dunia dan akhirat. Di sinilah jelas menunjukkan sifat adil Allah dengan memberikan kuasa memilih di tangan manusia Read More......

Saturday, August 2, 2008

Jangan Buntu: Tingkatkan Pembangunan diri anda!

Andaikan anda mengambil 2 botol yang sama saiz , bentuk dan kualiti. Iskan botol yang pertama dengan budu dan yang satu lagi minyak wangi. Apakah nilainya sama jika diletakkan di pasaran?

Sudah tentunya tidak. Harga minyak wangi boleh mencecah Rm 2000 manakala sebotol budu budu mungkin berharga RM 2.00.Apa yang menyebabkan harganya berbeza? Tidak lain dan tidak bukan ialah nilaian yang ada di dalam botol tersebut walaupun botol itu adalah sama.

Begitu juga ada individu yang dibayar 1 jam RM2 manakala yang lain ada yang dibayar
RM 2000 1jam. Mengapa kedua-duanya berbeza? Ia sememangnya nilaian yang dimiliki seseorang yang dibayar pada pasaran kerja.

Jadi bagi meningkatkan pembangunan diri anda maka tingkatkan nilaian anda di pasaran kerja untuk dibayar selayaknya.

Bagaimana untuk meningkatkan nilai diri?

Lihat:-

1) Pengalaman diri - Analisa semula diri anda beomula dengan 5 tahun sebelumnya. Jika anda masih meneruskan cara berfikir ,bersikap dan bertabiat sama seperti 5 tahun lalu maka sudah tentu hasilnya sama pada 5 tahun akan datang. Jangan mengharapkan kejayaan jika sistem yang sama masih anda teruskan. Dalam keadaan tenang cuba senaraikan apakaha kelemahan-kelemahan dan kekuatan yang anda miliki bermula dengan peristiwa 5 tahun sebelumnya dan berundur lagi 5 tahun. Senaraikan ikut kategori cara berfikir , tabiat, sikap dan amalan yang anda lakukan. Kemudian senaraikan kategori yang patut anda miliki bersesuaian dengan matlamat dan cita-cita anda. Pastikan anda telah menyenaraikan matlamat jangka panjang dan jangka pendek.

2) Pengalaman orang lain- Lihat sekeliling anda. Apa sahaja yang orang lain mampu lakukan , anda juga mampu melakukannya. Anda cuma perlu meniru. Minda anda yang menetapkan sama ada anda mungkin boleh melakukan atau tidak boleh melakukan. Semuanya anda mampu perolehi jika Anda menetapkan MUNGKIN boleh terjadi.Insya Allah.Anda cuma perlu mempunyai sikap PMA (Positive Mental Attitude) . merancang, bertindak dalam 'gelanggang' dan sentiasa melakukan pembaikan dan tambah nilai dalam kerja anda seterusnya Istiqamah ,berdoa sehingga berjaya.

3) Buku- melalui buku anda dapat pelajari pelbagai cara meningkatkan keboleh an dan pelbagai kemahiran bagi meningkatkan nilai diri anda pada bidang yang anda ingin ceburi.

4) Hadiri kelas-kelas yang menyediakan kemahiran yang anda minat dan cita-citakan


Semuanya ini anda boleh lakukan dengan cara melakukan PEMERHATIAN, PENDENGARAN dan HATI (PEMIKIRAN).

Buat Pemerhatian di sekeling anda untuk mengintai peluang dan belajar apa sahaja meningkatkan nilai diri anda. Begitu juga dengarkanlah apa sahaja maklumat dari orang lain di persekitaran mahupun di luar pesekitaran anda. Dengan meluaskan pandangan dan pendengaran dari pelbagai maklumat .anda mampu untuk menggunakan pemikiran anda melalui hati bagi meningkatkan NILAI DIRI ANDA!>SELAMAT BERJAYA Read More......

Monday, July 14, 2008

Pindahkan bebanan masalah anda di dalam sebuah buku

Apakah yang patut anda lakukan apabila anda mempunyai bebanan masalah dan tugasan yang perlu diselesaikan?

Banyak perkara atau masalah yang sering berlegar di dalam minda dan fikiran seseorang membuatkan seseorang itu akhirnya merasakan satu himpitan masalah yang akhirnya menjadikan tekanan pada seseorang.

Apatah lagi pada waktu malam yang sepatutnya setiap insan perlu mendapatkan tidur yang secukupnya tetapi masalah berlegar-legar secara sengaja atau ianya berputar sendiri di dalam kotak pemikiran sehinggakan mereka merasakan terganggu hendak tidur. Kadang-kadang masalah di tempat kerja terbawa-bawa hingga ke tempat pembaringan.

Sepatutnya apabila masuk waktu tidur, anda perlu dapat melelapkan mata dengan aman tetapi seringkali pada ketika itu bebanan masalah anda menghimpit perasaan sehinggakan ada sesetengahnya menghidap insomania (penyakit sukar tidur) dan ada pula yang terpaksa menelan pil tidur yang mana amalan ini hanya mengundang kemudaratan pada sistem biologi badan. Semua orang sedia maklum bahawa untuk memperolehi kesihatan yang baik maka tidur yang cukup amat diperlukan.

Jadi apakah yang perlu anda lakukan supaya anda dapat mengatasi masalah tersebut?

Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :

1) Memberus gigi.
2) Mengambil air sembahyang
3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.

Dengan cara ini segala bebanan masalah anda telah anda curahkan pada sebuah buku .Minda anda akan tenang dan anda tidak perlu risau lagi memikirkannya> Serahkan diri anda pada Allah dengan membaca doa tidur yang bermaksud " Dengan nama Allah aku hidup dan mati'

Atau anda boleh juga membayangkan satu butang PADAM (DELETE) dalam bayangan minda dan padamkan segala memori yang anda tidak suka.Inilah kemampuan minda bawah sedar anda boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.

Atau anda boleh memasukkan imej positf, suara dalaman positf dan rasakan perasaan positif sehingga anda rasakan ianya benar-benar berlaku pada diri anda kerana ini juga merupakan harapan dan doa anda supaya sesuatu yang baik akan berlaku. InsyaAllah minda bawah sedar anda akan menolak semua kebimbangan yang wujud dalam diri anda dan dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang tidak pernah anda terfikirkan. Oleh itu perbanyakkan menyebut Ya Alim 77 kali kerana Allah maha mengetahui dan akan mengilhamkan pada anda suatu penyelesaian yang menakjubkan.

Kesimpulannya apa sahaja permasalahan anda jangan biarkan ianya berlegar di dalam kepala maka tuliskanlah supaya minda anda dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya masalah anda! Read More......

Sunday, July 13, 2008

Mulakan kehidupan anda dengan penuh kesyukuran, ceria dan penuh semangat

Tahukah anda bahawa permulaan hari baru anda dipengaruhi oleh sikap anda sewaktu anda mula terkejut dari tidur.,

Tidur merupakan mati yang sementara di mana sewaktu kita tidur Allah memegang nyawa kita dan Dia kembalikannya nyawa kita lalu kita terjaga dari tidur

Apakah sikap anda sewaktu terjaga dari tidur? Adakah anda bangun dalam keadaan lesu, atau tiba-tiba terfikirkan masalah dan bebanan yang digalas tiada berkesudahan?

Apabila anda bangkit dengan perasaan yang tidak bersemangat maka situasi ini akan menggangu mood dan emosi sepanjang hari dan berlanjutan sepanjang hidup anda.

Bermula hari anda dengan rasa tertekan , sedih dan tidak bersemangat menyebabkan keadaan ini akan terbawa-bawa sepanjang hari anda pada hari tersebut dan anda benar-benar rasa tidak bersemangat, rasa malas dan rasa hidup yang penuh kebosanan yang mana sikap ini akan sering menjadikan anda adalah dalam golongan orang yang gagal.

Apa yang patut anda lakukan untuk kehidupan yang lebih ceria, bahagia dan penuh bermakna ialah apabila bangkit dari tidur anda perlu mengucapkan rasa bersyukur yang amat sangat kerana anda terlalu istimewa pada hari itu kerana anda masih lagi bernyawa dan sihat tubuh badan.

Doa bangun tidur mesti dilafazkan yang bermaksud Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku dari mati dan padanya jua aku dikembalikan.

Apa perasaan anda jika anda berada di tengah-tengah lautan tiba-tiba kapal yang anda tumpangi dihempas badai yang amat kuat dan kapal anda hampir-hampir akan tenggelam. Dalam keadaan huru hara dan malapetaka yang besar anda benar-benar bermohon pada Allah memohon diri anda diselamatkan. Akhirnya doa anda dimakbulkan dan anda terselamat dari badai dan akhirnya anda berada di daratan...masih lagi dapat meneruskan kehidupan.. ah ..alangkah indahnya suatu perasaan kesyukuran yang amat sangat. Begitulah anda benar-benar menghargai sebuah kehidupan!

Begitulah yang patut anda rasa setiap kali terkejut dari tidur kerana anda masih lagi berpeluang untuk meneruskan kehidupan bagi perjuangan anda untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan dan memohon keampunan pada Allah kerana apabila nyawa telah sampai ke halkum maka pintu taubat telah tertutup.

Senyumlah sewaktu anda bangun dari tidur dan genggamlah kedua-dua tangan anda berazam untuk melakukan yang terbaik untuk diri anda pada hari itu Bangunlah dengan penuh motivasi dan bersemangat.Mandikanlah minda anda dengan kata-kata positif. Emosi yang positif akan mengecas tubuh badan anda seterusnya mengalirkan bendalir penawar dalam tubuh anda.

Rasakan kehebatan dapat memiliki nyawa (kehidupan) itu. Setiap hari adalah hari yang baru penuh dengan sinar dari Allah yang memancar ke dalam jiwa anda.

Selepas menunaikan solat subuh hendaklah anda menikmati hidangan bagi roh anda iaitu zikir, istiqfar dan membaca ayat-ayat suci Al Quraan. Rasakanlah nikmat hidangan dari Allah yang akan membuatkan roh anda kenyang dan kuat dan hari tersebut menjadikan anda benar-benar bersemangat, ceria dan yang penting anda menjadi INSAN YANG TAHU BERSYUKUR KERANA ANDA AKAN KEMBALI ke TEMPAT ASAL DALAM MEMPEROLEHI KEREDHAAN ALLAH. jumpa lagi salam penuh kasih sayang dari hati kerdil ini. Read More......

Tuesday, July 8, 2008

Hati adalah radar yang ajaib

Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?
senua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia telah dikesan (detect) oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu b aik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati.

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh bdan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu disi dengan sifat mahmudah maka hebatlah seluruh anggota badannya menjadi seorang yang mulia. JIka hati dikotori dengan sifat mazmumah maka rosaklah peribadi akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat mengesan perbuatan manusia samada pekara yang baik dan buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah rasa berdebar-debar dan cemas seterusnya akan menyebabkan kita rasa gelisah(tension)

Isyarat ini menyuruh supaya seseorang kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan tenang semula. Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan? Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.
Zikir, membaca alQuraan dan menuntut ilmu agama islam, zakat, bersedekah dan baik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati , barulah seseorang berhak menperolehi kebahagiaan.

Apakah cara merawat hati yang berpenyakit dan hidupkan hati yang mati. CAranya ialah bertaubat, minta keampunan mengingati kematian dan sentiasa melakukan amalan kebajikan akan memulihkan dan menghidupkan semula hati

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Surah Ar-Ra'd :28

Apabila hati kita mendustaka ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit;

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Al-Baqarah:10

Bila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
Al-Haddid:16 Read More......

Saturday, June 21, 2008

SIAPAKAH ORANG YANG BERUNTUNG?

Orang yang beruntung di sisi ALLAH s.w.t

Siapakah orang yang beruntung? Adakah dengan memiliki kekayaan pangkat dan kemasyuran? Inginkan nasib yang beruntung sehingga sanggup manusia dengki mendengki dan bermusuhan sesama sendiri hingga menumpahkan darah? Apakah yang manusia kejar?

Masa terus berlalu dalam keadaan manusia masih leka dan lalai. Maut semakin menjemput tiba.

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.
sampai kamu masuk ke dalam kubur
Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,
dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin
kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

At-Takaatsur : 1-8

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

Al-An’aam :32

ORANG YANG BERUNTUNG DI SISI ALLAH

1.Beriman dan beramal soleh
2.Berkasih saying
3.Beribadah terutama sepertiga malam
4.Bertaubat
5.Dengar dan patuh pada perintah Allah
6.Bertaqwa
7.Khusuk dalam sembahyang
8.Jauhi perkataan dan perbuatan yang sia-sia
9.Membelanjakan sebahagian dari harta mereka samada kelurkan zakat dan sedekah
10.Pelihara amanah yang diberi
11.Bercakap benar
12.Berjihad diri dan harta di jalan Allah
13Berzikir
14.Berlumba-lumba buat kebajikan
15.Bersabar
16.Menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran

Mereka adalah pewaris syurga ALLAH

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga mereka kekal di dalamnya. .HUUD: 23 Read More......

Friday, June 20, 2008

Bagaimana saya nak positifkan diri saya?

Bagaimana saya nak positifkan diri dalam semua perkara?

Sikap positif digambarkan sebagai salah satu cara untuk kita berjaya di dalam hidup.
Apa itu sifat positif diri? Sifat ini bermula dengan sifat pra sangka yang baik pada diri sendiri , orang lain dan dengan Allah.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Al-Hujurat :12

Dan janganlah sama sekali kamu berburuk sangka dengan Allah kerana kamu akan termasuk dalam golongan yang rugi.


Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi. Fushilat; 23

Sikap positf bermula di minda seseorang iaitu diterbitkan dari hati yang berkeinginan untuk memperbaiki diri bag mendapat keredhaan Allah

Adapun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan amal yang soleh, semoga dia termasuk orang-orang yang beruntung.

Al-Qashah: 67

Untuk positifkan diri, seseorang perlu bermuhasabah atau menghitungkan diri dari aspek kelemahan yang berlaku sebenarnya adalah kerana perbuatan-perbuatan dosa yang dilakukan samada disedari atau tidak disedari.

Apabila seseorang itu bertaubat, kejahatan mereka akan digantikan dengan kebajikan atau amalan positif.

kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Al-Fuqaan : 70

Sepertimana yang dinyatakan oleh pewaris syurga ,Saidina Omar Alkhatab,

“Hisabkan lah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.” Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas