Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Tuesday, November 27, 2007

TEKNIK MENGGUNAKAN SUBCONSCIUS ANDA!



TEKNIK MENGGUNAKAN MINDA BAWAH SEDAR ( SUBCONSCIUS MIND)




SubCM adalah satu wadah yang telah sedia ada di dalam roh manusia. Justeru itu kemampuan Sub CM amat luar biasa. Ia pernah digelar gergasi yang tidur oleh pakar motivasi barat. Sebenarnya kemampuannya mencakupi seluas alam semesta yang di cipta oleh Allah. . Iaitu getaran (power) yang ada pada Sub CM itu lebih laju dari cahaya yang terlaju . lebih berkuasa dari kehebatan cahaya. .Sub Cm boleh menembusi segala sempadan di alam semesta ini. Dan boleh menuju ke alam ghaib, ke alam akhirat dan merasai kehebatan Allah .Sehingga ujudnya Ehsan. Itulah kekuatan yang hakiki. ”Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu nampak dan jika tidak boleh sesungguhnya Allah melihat kamu. Kekuatan minda menjadi tanggung jawab yang besar kerana dengan minda Allah kurniakan kebaikan ,maka dengan akal juga manusia akan disiksa.

Langkah mengaplikasikan SUB CM
Waktu penggunaan- Selepas mennaikan solat (Yang terbaik jika solat Qiamulail) kerana gelombang Alpha otak pada ketika itu berada pada tahap tertinggi.
Mulakan dengan membaca Basmallah dan Selawat kepada Nabi. Duduk di dalam keadaan tenang, tarik nafas nisbah 1 : 4 : 2 - (4 - 16- 8) iaitu 4 tarik nafas hingga ke perut , 16 tahan nafas dan kiraan 8 hembus nafas . Tarik nafas melalui hidung dan hembus nafas melalui mulut. Ulang sehingga 5 kali paling kurang.
Sekarang tenaga sel badan anda berada dalam keadaan yang amat bertenaga dan getaran (frekuensi minda) berada pada tahap 8-12 hz) iaitu di panggil juga sebagai tahap lali. Kejam kan mata . kosongkan minda. Jadikan skrin layar di dalam minda anda putih bersih.
Sekarang keluarkan diri anda dari tubuh mulai dari kaki hingga ke hujung kepala ( Melalui imaginasi) secara perlahan-lahan. Sekarang anda boleh ’lihat’ diri anda sedang duduk dan anda sekarang berada terapung-apung di udara. Untuk latihan anda boleh ’menjelajah ke mana sahaja anda hendak pergi. . Sekarang anda nampak pula bumbung rumah anda. Terus menjelajah sehingga rumah anda kelihatan kecil. Terus lagi anda mencecah awan dan melihat lautan yang luas terbentang. Apungkan lagi badan anda sehingga anda lihat bumi dari angkasa. Terus lagi menjelajah hingga ke angkasa raya melihat sistem suria dan planet-planet yang mengelilinginya. ( Dengarkan suara angin, lihatkan dengan sejelas-jelasnya gambaran tersebut dan rasakan suasana sekelilingnya dan menembusi emosi kehebatan anda) Ingat kawalan untuk mengecil atau membesarkan suara begitu juga sifat terangnya gambaran tersebut berserta warnanya – anda sendiri pengawalnya kerana remote control di tangan anda! Sekian sahaja latihan pertama yang amat menakjubkan _Cubalah rasakankehebatannya! Kaedah akan di sambung jika ada permintaan ......
Read More......

KEAJAIBAN MINDA BAWAH SEDAR ANDA!

SIGEMUK DENGAN HARIMAU






Pada suatu petang di Zoo Melaka, seorang pemuda gemuk yang
juga mempunyai penyakit lelah berdiri memerhatikan seekur harimau.
Harimau di dalam kandang itu pun memandangnya.
Oleh kerana terlampu geram dan juga kelaparan, harimau itu melompat dengan kuatnya sehingga melepasi kandang yang tinggi lalu pemuda tersebut.
Pemuda gemuk itu terkejut. Apa yang dia boleh lakukan. Seumur hidupnya dia tidak pernah berlari dan dia juga ada penyakit lelah.
Dia tidak sempat berfikir lagi kerana harimau semakin hampir . Lalu dia berlari sekuat hati untuk menyelamatkan dirinya. Akhirnya dia terselamat .

Apa yang membuat dia begitu hebat? Yang mengerakkanya ialah kuasa minda bawah sedar ( SUBCONCIUSMIND). Minda ini adalah sebahagian dari diri manusia yang begitu hebat. Orang yang hebat tahu untuk memanipulasi minda bawah sedar untuk mencapai kegemilangan dalam hidupnya. Dalam hal biasa minda bawah sedar bertugas sebagai mengawal aliran darah, degupan jantung, penghadaman dan emosi. Emosi adalah alat yang menyebabkan berlakunya pelbagai rasaan jiwa di dalam diri seseorang..
Minda bawah sedar ini bolehlah dibaratkan sebagai software di dalam perisian komputer .Apa yang diisi di dalam minda bawah sedar adalah semuanya dipercayai ’benar’-benar ada dan berlaku. . Contoh , pada masa lalu tiada kapalterbang. Tetapi ada manusia yang membayangkan manusia boleh terbang . Akhirnya , manusia bukan sahaja boleh terbang malahan telah sampai ke bulan dan angkasa lepas. Inilah peranan kehebatan minda bawah sedar yang ada di dalam diri manusia tetapi ramai yang tidak tahu untuk menggunakanya.
Read More......

Saturday, November 24, 2007

KISAH BENAR (KEHEBATAN kATA-KATA MOTIVASI)


En Ahmad memandang hari-hari yang mendatang sungguh suram. Hidupnya dirasakan tidak bermakna lagi. 10 tahun usaha penat gigihnya mengusahakan perniagaan kilang hancur lebur.. Dia diistiharkan bangkrup. Rumah bunglownya baru disita. Dia buntu.Tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Baginya dunia telah sampai penghujungnya.. Selama ini kehidupanya amat mewah. Tapi kini tiada apa yang tinggal lagi. Dia hampir berputus asa. Dalam keadaan yang penuh tertekan ,tiba-tiba teringat akan kawan lamanya yang bergiat aktif di dalam perniagaan MLM. Mereka berjumpa.En Ahmad menceritakan nasib malang yang menimpa kehidupannya. Harun amat bersimpati.

”Harun, aku nak minta pertolonganmu. Tolong beri pandanganmu”,pinta En Ahmad.
” Aku ni tak layak beri pandangan . Siapalah aku berbanding dengan kau
seorang pengusaha kilang”.
” Tolong aku , Harun”
Tiba-tiba terdetik di hati Harun untuk menolong kawannya. ” Baiklah. Aku harap kau tidak tersinggung dengan apa yang aku perkatakan”.
” Baiklah. Aku setuju. Teruskan”
” Begini. Aku nak tanya satu soalan. Kalau diberi pilihan antara mesin pencetak wang dengan wang RM 100.000, mana yang kau pilih?” soal Harun.
” Tentu aku pilih pencetak wang.”
” Baiklah. Cuba kau rasa dari hujung kepala hingga ke kaki, apa yang kurang?”
” Semuanya cukup”.balas En Ahmad.

” Boleh kau ingat peristiwa 48 jam yang lalu?”
” Ya, boleh”.

” Ahmad, sebenarnya kaulah pencetak wang itu. Allah cuma ambil wang kamu sahaja. Akal dan anggota badanmu masih kau boleh gunakan untuk bangkit semula” a
Ahmad tergaman mendengar pandangan yang membuka mindanya yang tersumbat. Dia sedar ilmu dan pengalamannya yang ada boleh digunakan. Harapanya kini mekar bercahaya.
” Terima kasih Harun” kau telah buka sinaran baru” Aku akan pegang kata-katamu”

5 tahun telah berlalu. En Ahmad kini telah berjaya membina empayar perniagaan yang lebih hebat daripada masa lalu. Kata-kata motivasi telah merubah perspektifnya. Read More......

Thursday, November 22, 2007

MENGAPA MATLAMAT TIDAK TERCAPAI?


MENGAPA MATLAMAT TIDAK PERNAH DICAPAI

Amir bertungkus lumus untuk memperbaiki kehidupannya. Saban hari dia merasakan kehidupan makin sempit dan banyak cita-cita dan harapan tidak dapat dipenuhi.
”Bagaimana hidup aku ni, makin hari makin susah. Aku tak boleh terus hidup begini. Hutang keliling pinggang dan duit sentiasa tidak mencukupi.Harap makan gaji sahaja .Susah. Susah. Tak akan aku nak hidup begini sampai hari tua”, rungut Amir .

Senario ini sering berlaku pada zaman sekarang. Harga barang makin, hari makin naik. Jadia apa usaha anda? Sanggup terus hidup begini. Mulakan langkah sekarang! Untuk membaiki dan menambah ekonomi.

Agaknya mengapa berlaku matlamat tidak tercapai?

!. Matlamat hanya angan-angan sahaja. Pakar motivasi menyatakan jika kita ada matlamat mesti dinyatakan secara bertulis. Ya .MESTI TULIS. Ada hitam putih. Jika tidak ,apa yang kita inginkan akan berlalu begitu sahaja. Tulis bermakna kita ada kontrak yang perlu dilaksanakan. Ianya juga akan menjadi peringatan dan pendorong yang amat kuat. Hasrat akan tinggal angan-angan dan kita akan cepat melupakanya dalam kesibukan waktu.. Kita perlu aktifkan minda kita dengan membaca hasrat dan matlamat kita setiap hari. Jadi yang penting kita perlu tulis pada tempat yang mudah untuk kita baca kerana dengan cara ini cas tenaga kita akan dikerahkan untuk capai hasrat d cita-cita.

2.Berfikiran negatif juga menyebabkan kita sukar untuk mencapai matlamat. Kita sering memberitahu diri kita melalui bicara kendiri bahwa apa yang kita idamkan payah untuk dicapai. Jadi dengan mudah kita melupakan hasrat yang berkobar-kobar. Bila kita menyatakan payah ,maklumat otak kita akan mencari seribu macam alasan supaya membenarkan apa yang kita nyatakan yang buruk. Begitulah sistem otak kita berkerja.. Jika kita yakin boleh lakukan otak kita akan bekerja keras untuk mencari jawapan yang positif untuk berjaya. . Malangnya ramai yang memilih untuk berfirjikiran negatif tanpa disedari. Kekuatan diri kita sebenarnya terletak pada HATI. ”HATI KECIL (BERJIWA KECIL ) Lahirkan insan bertaraf rendah .


Rencana akan bersambung................................. Read More......

Makhluk ciptaan terbaik

Anda adalah makhluk terhebat. Moyivasi diri akan menjana sumber diri yang hebat di dalam diri anda . Serlahkan kehebatan anda dengan teknik motivasi diri yang canggih Read More......

Wednesday, November 21, 2007

Tingkatkan motivasi diri dengan free ebook self help motivasi anda akan meningkat

Anda akan jadi hebat dengan membaca motivasi diri bagi capai potensi cemerlang. Motivasi diri menjadikan anda hebat. bacalah free ebook self help bagi memotivasikan diri anda Motivasi adalah cara kita membangunkan diri kita dengan penuh yakin diri Read More......

Wednesday, October 31, 2007

MADU SUAMI POWER




Berikut adalah khasiat Madu Suami Power:

• Meningkatkan hormon testosteron
• Meningkatkan ketegangan & keinginan hubungan suami isteri
• Meningkatkan ketahanan & memulihkan tenaga lelaki secara menyeluruh
• Membantu mengurangkan masalah mati pucuk
Kandungan :
Madu Asli, Habbatus Sauda', Tongkat Ali, Butea Superba, Ginseng & Pati Halia.

DAPATKAN PRODUK MADU POWER

DR AZIMUTH PAKAR DALAM BIDANG GAMAT . GAMAT MAXX SUNGGUH HENAT


ZAINUDIN
0139835318
D 109 KG PALOH SG KIAT
20050 KUALA TERENGGANU Read More......

GAMATMAXX PRODUK TERHEBAT DAN TERLARIS DR AZIMUTH


Gamat yang dikenali juga sebagai timun laut adalah sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang). Gamat tempatan jenis Golden Sea Cucumber spesis Stichopus horrens banyak digunakan dalam rawatan tradisional. Kuasa penyembuhan gamat telah digunakan oleh nenek moyang kita untuk penyembuhan luka luaran dan dalaman, mengurangkan sakit sendi dan otot, memulihkan sistem penghadaman, mengatasi buasir, meningkatkan tenaga batin, awet muda dan lain-lain kegunaan.

Kajian Dr. Azimuth menunjukkan produk-produk gamat yang dicampur dengan astaxanthin, chlorella, spirulina dan vitamin boleh menjadi makanan semulajadi untuk meningkatkan kesihatan. Campuran bahan-bahan ini yang diketahui umum mempunyai banyak khasiat selain daripada faedah-faedah yang telah disebutkan di atas, ia juga dapat meningkatkan sistem imun, memperbaiki sistem pernafasan, sistem kardiovaskular / jantung, mengatasi keadaan lemah dan lesu dan banyak lagi khasiat-khasiat yang dapat kita manfaatkan

DAPATKAN PRODUK ANDA

0139835318
D 109 KG PALOH SG KIAT
KUALA TERENGGANU Read More......

Monday, October 1, 2007

RAHSIA TERHEBAT RAHSIA TAMBAH PENDAPATAN DAN MENJADI KAYA

PLAN RAHSIA TERHEBAT TAMBAH PENDAPATAN DAN MENJADI KAYA
• SIMPAN 1/10 DARIPADA SETIAP PENDAPATAN
• KAWAL PERBELANJAAN JANGAN MELEBEHI SETIAP PENDAPATAN
• SENARAIKAN PERBELANJAAN PERLU DAN BUANG DARI SENARAI PERBELANJAAN KEHENDAK
• KAJI SENARAI PERBELANJANN,JIKA BOLEH DITANGGUHKAN JANGAN BELANJA DAHULU
• BUAT SENARAI BELANJAWAN SUPAYA WANG YANG DIPERLOEHI TIDAK MEMBAZIR
• BELANJAKAN WANG PADA YANG BERHAK SPT ZAKAT, SEDEKAH DAN INFAQ FISABILLILAH
• GANDAKAN WANG PADA BIDANG YANG TERLEBIH DAHULU MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PAKAR DAN GOLONGAN MEREKA YANG ARIF
• BAYAR 1/10 UNTUK DIRI ANDA –DAN LUPAKAN SIMPANAN ITU.
• TAMBAHKAN KEMAHIRAN YANG DIMINATI UNTUK AKTIVITI SEBAGAI PENAMBAHAN PENDAPATAN
• TINGKATKAN TABUNGAN DARI MASA KE SEMASA
• CARI PELABURAN HALAL YANG MENYEBABKAN WANG MENGALIR TERUS KE AKAUN KITA
• PASTIKAN HUTANG YANG DIBUAT AKAN MEMBAWA PULANGAN PENDAPATAN YANG LUMAYAN MISALNYA PENDIDIKAN ,RUMAH DAN PELABURAN HALAL.
• REKODKAN PERBELANJAAN ANDA SETIAP MASA
• BUAT TARGET PENDAPATAN YANG ANDA KEHENDAKI
• SENTIASA BERGAUL DENGAN ORANG YANG TELAH TERBUKTI KEJAYAANNYA.
• BANTU ORANG LAIN MEMBINA KEKAYAAN
• SENTIASA BERTAQWA KEPADA ALLAH KERANA KEKAYAAN ADALAH MILIK NYA
• SENTIASA CABAR DIRI UNTUK PEKARA YANG BESAR.
• SENTIASA MEREBUT PELUANG YANG MEMANG DIKENAL PASTI BERUNTUNG DAN JANGAN TANGGUH
• TINGKATKAN KEMAHIRAN KEMANUSIAAN
• LEBIH BANNYAK ANDA MEMBERI ,LEBIH BANYAK YANG AKAN ANDA PEROLEHI
• PENUHI KEPERLUAN ORANG LAIN
• SENTIASA BERDOA,BERTAWAKAL DN BERISTIQAMAH DALAM SEGALA HAL
• KEHIDUPAN KITA PERLU DITUMPUKAN KEPADA KEPERLUAN ORANG LAIN.
• SENTIASA FIKIRKAN BAGAIMANA NAK CARI DUIT DAN LAKSANAKAN IDEA KITA.
. MASALAH ORANG ADALAH PELUANG KITA, TOLONG MEREKA SELESAIKAN MASALAH,
. TAMBAHKAN ILMU SUPAYA LUAS PANDANGAN UNTUK MENJANA MINDA BAGI TAMBAH PENDAPATAN
. TIRU CARA ORANG YANG DAH BERJAYA DARI TINGKAHLAKU, PERGAULAN, PERSONALITI DAN CARA MEREKA BERFIKIR Read More......

Saturday, September 29, 2007

POWER OF THOUGHT

KUASA PEMIKIRAN

Cuba imbas kembali setiap kejadian berlaku adalah selepas berlakunya pemkiran terlebih dahulu samada positf atau negative. Tanggapan yang dibuat akan membawa kepada segala tindakan yang akan membentuk peristiwa sesuatu kejadian.Kepercayaan dan keyakinan menjadikan kita melakukan perkara tersebut . Ini adalah berkenaan kuasa pemikiran dalam mempengaruhi kehidupan kita seharian dari sejak kita lahir hingga sekarang. Apa yang telah berlaku bermula dari pemikiran yang tercetus di dalam minda kita berdasarkan keinginan dan keperluan kita. .Ringkasnya tindakan kita adalah hasil dari keputusan pemikiran yang bermain dalam diri kita sendiri. Apa yang kita anggap boleh dan tidak boleh bergantung kepada persepsi terhadap diri kita sendiri. Ianya juga berkait rapat dengan pembentukan konsep kendiri yang membentuk diri kita sebenarnya. Kita diberi kebebasan untuk memilih bagi membawa haluan diri kita. Miskin atau kaya sebenarnya adalah ciptaan dari minda kita sendiri yang membentuk tabiat kita iaitu tabiat orang kaya atau tabiat orang miskin yang seterusnya membentuk realirti kehidupan kita yang sebenarnya. Miskin dan kaya adalah pilihan yang sebenarnya kita yang cipta nasib kita sendiri.terrtakluk kepada ketentuan Allah.Awasilan pemikiran anda!
Anda boleh memanipulasi pemikiran anda dengan membayangkan secara berulang situasi mana yang anda kehendaki kehidupan yang anda inginkan. Sebagai contohh anda ingin jadi seorang penceranah yang hebat!. Bayangkan situasi berkenaan secara mendengar secara dalaman dan melihat secara dalam minda bayangan anda dan rasakan suasana dengan emosi anda secara berulang-ulang. Buat sehingga sebati dengan diri anda dan anda benar-benar mempercaya Itulah diri anda sebenarnya. Read More......

Friday, September 28, 2007

MAKMURKAN REZEKI ANDA

MAKMURKAN REZEKI ANDA

1. TAQWA KEPADA ALLAH
2. MULA SIMPAN
3. BELANJA BERPATUTAN
4. TEWASKAN HUTANG
5. LABUR WANG ANDA
6. KAJI PERBELANJAAN ANDA
7. BINA BELANJAWAN
8. CARI PENDAPATAN KEDUA
9. TENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA
10. BAYAR UNTUK DIRI ANDA
11. CARI PENGETAHUAN BARU
12. BINA SEBERAPA RAMAI SAHABAT
13. BERGAUL DENGAN ORANG BERJAYA.
14. TUNAIKAN ZAKAT
15. BANYAKKAN SEDEKAH
16. INFAQ DI JALAN ALLAH


TAQWA

Rezeki adalah kurniaan dari Allah . Dia yang amat pemurah memberikan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki tanpa hisab. Taqwa adalah kunci terbaik untuk kita memperolehi rezeki yang diberkati dan membawa manfaat untuk kehidupan kita dunia dan akhirat. Rezeki yang makmur adalah faedah yang akan diperolehi bagi kebaikan dunia dan akhirat. Bukan dinamakan rezeki jika puncanya adalah haram kerana ia akan membawa kecelakaan kita dunia dan akhirat.
Di mana hasil dari sumber yang haram akan menjerumuskan diri kita ke dalam api neraka.

PERBELANJAAN BERHEMAH
. Kehendak adalah lebih besar dari keperluan . Kehendak tiada had dan batasan. Keperluan adalah memadai apa yang hendak kita gunakan secara berkesan dan tidak membazir. Apabila hendak berbelanja pastikan apakah ianya kehendak atau keperluan. Pastikan juga belanja kita tidak melebihi dari pendapatan jika tidak wujudlah hutang.
Amalan yang amat berguna ialah rancang perbelanja pada barangan yang diperlukan. Cara ini sebenarnya kita belanja dengan menggunakan akal bukan dengan nafsu.
Merngetahu belanja tetap bulanan juga dapat membantu kita meneluarkanwang dengan berhemah dan bijaksan. Cara ini nmpak leceh tetapi banyak faedah yang akan diperolhi. Antaranya kita dapat mengawal perbyang tidakelanjaan. Masa dapat dijimatkan dengan kita terus menuju kepada barangan keperluan kita
Ketahuilah berapa belanja yang anda perlukan. Biasanya bagi pengguna tdak senaraikan barangan mereka hanya ikut hati ambil sahaja barang dirasa berkenan di hati . Tanpa disedari jumlahnya meningkat dan dibayar sahaja barangan yang mugkin tidak mustahak. Read More......

FADHILAT RAMADHAN

Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”
(Hadis riwayat Muslim)
Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”
(Shahih Ibnu Khuzaimah)

Maksudnya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

KESEMPURNAAN PUASA MEMBAWA MANUSIA KEMBALI KEPADA FITRAH SEBENAR SUCI ,BERSIH DAN KUDUS UNTUK BERTEMU DENGAN ALLAH DENGAN TANGGANYA TAQWA DAN SURGA BALASANNYA.


SUMBANGAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK KESOM Read More......

Monday, September 24, 2007

RAHSIA TAMBAH PENDAPATAN

1. TAQWA KEPADA ALLAH
2. CARI PENDAPATAN KEDUA
3. LANGSAIKAN HUTANG
4. BELANJA BERHEMAH
5. RANCANG PERBELANJAAN
6. LABURKAN WANG ANDA
7. MULA SIMPAN
8. TETAPKAN MATLAMAT PENDAPATAN
9. BELAJAR ILMU BARU
10 BERGAUL DENGAN ORANG BERJAYA
11SENARAIKAN PERBELANJAAN ANDA
12. TAHU BEZAKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas