Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Wednesday, December 3, 2008

Solat Tahajud- Aktiviti ibadah yang mengaktifkan pengamal berada pada paras alfa




Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkugan 7 hingga 14 kitaran persaat.Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif.Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.


Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi

Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap uang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(SUrah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpha.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.


وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .


MUdah bisnes online.Cari Rezeki halal.SILA KLIK







Read More......

Saturday, November 29, 2008

Teknik Menggunakan Minda Bawah Sedar 2



Capai impian anda dengan menggunakan kemampuan minda bawah sedar. Pada kali ini saya akan berkongsi teknik mudah untuk mengaktifkan minda bawah sedar bagi mencapai tujuan anda


1. Cari tempat yang paling aman dan selesa. Pastikan pakaian anda juga selesa

2. Relakkan badan anda dari kaki hingga ke kepala. Bermula dengan tenang, pejamkan mata anda. Gunakan teknik pernafasa 8 : 4 : 8 iaitu 8 detik tarik nafas hingga ke abdomen. Tahan nafas 4 detik dan hembus nafas dalam kiraan 8 detik. Kososngkan minda anda dan tumpu, dengar atau fokuskan pada setiap tarikan dan hembusan nafas anda Kira bermula dari 20 hingga 1. Setiap kiraan anda ,nyatakan pada diri anda bahawa anda semakin tenang dan semakin tenang. Arahkan otot-otot bermula dari kaki supaya dalam keadaan relak dan santai. kemudian perlahan-lahan halakan minda anda ke arah betis ,lutut, peha pinggang,perut ,dada,bahu, leher,rahang,muka dan bahagian kepala.

3.Setelah anda merasa begitu santai ( otak anda berada dalam frekuensi alpha)nyatakan kerjaya atau apa sahaja yang anda inginkan. Sebagai contoh anda ingin menjadi seorang jurujual yang berjaya. Nyatakan dengan penuh perasaan " Aku adalah jurujual yang hebat di dunia ini. Semua orang suka membeli produk dariku. Sambil menyebut perkataan tersebut ,gambarkan diri anda sebagaimana kata-kata afirmasi yang anda maksudkan. Anda dapat melihat 'DIRI' anda dikurniakkan Allah begitu hebat, bersemangat, bertenaga, ceria dan begitu dikagumi.

4. Sambungkan kenyataan anda dalam keadaan santai ,yang penting emosi yang membawa anda ke destinasi bahawa anda benar-benar 'nampak' dan 'dengar ' suara-suara dari dalam diri anda dan 'orang sekeliling' yang mengiktiraf kehebatan anda. Kemudian bilang 1 hingga 20 .Semasa bilang angka ke nombor 2 anda buat rasa dengan menekan dan amat mempercayai itulah diri anda. Kemudian seterusnya lakukan perkara yang sama apa bila bilang nombor 3 kepada 4 hingga pada angka 20.sambil mengiakan itulah diri yang anda inginkan.Sesi ini dilakukan dalam 10 hingga 20 minit.

5.Apabila sampai angka 20 buka mata anda dan semestinya pada saat ini anda benar-benar merasakan satu tenaga dan kekuatan yang amat menyegarkan kerana mengalami satu perasaan individu yang anda benar-benar suka untuk jadi seperti yang anda inginkan

6. Lakukan setiap hari antara 10 hingga 20 minit setiap hari. Kesannya , minda bawah sedar anda akan mulakan operasi menunjukkan cara-cara untuk anda melakukan tindakan-tindakan yang sewjarnya bagaimana anda harus bertindak untuk merealisasikan impian anda menjadi kenyataan . INSYAALLAH . Ingat ! Sesuatu peristiwa itu berlaku 2 kali. Satu di minda anda dan kali kedua pada kejadian sebenar.


Read More......

Friday, November 28, 2008

Motivasi E book percuma




Dapatkan ebook percuma


Sila klik pada buku sekarang




Read More......

Apakah getaran yang dihasilkan oleh diri anda?




Dengan menggunakan electroencephalogram (EEG) aktiviti gelombang atau getaran tenaga ektrik dapat direkodkan.

Setiap apa yang anda fikirkan akan menghasilkan pelbagai bentuk tenaga . Tenaga ini adalah menurut frekuensi seperti gelombang alpha, beta , teta ,delta dan gamma.
Ketahuilah kebaikan gelombang minda alpha .


In a nutshell, there are five major brain wave ranges: Beta (14-40Hz) is present in normal waking consciousness and stress; the Alpha brain wave (7.5-14Hz) in deep relaxation; Theta (4-7.5Hz) in meditation and light sleep; and the slowest, Delta (0.5-4Hz) in deep dreamless sleep and transcendental meditation. The less recognised Gamma is fastest (above 40Hz) and associated with sudden insight. The optimal level for visualization is the Alpha-Theta Border at 7-8Hz. It is the gateway to your subconscious mind.


Tenaga getaran ini memberikan kesan pada seseorang dari aspek psikologi,
kesihatan diri, personaliti, kerjaya, pencapaian peribadi dan pengaruh pada orang sekeliling.

Sepertimana ungkapan yang biasa kita dengar iaitu anda adalah apa yangb anda fikirkan.

Apa yang ingin saya utarakan dalam artilkel ini ialah tentang kepentingan untuk memanfaatkan gelombang minda alpha bagi mencapaikualiti kehidupan.

Apa itu gelombang otak alpha?. Gelombang ini adalah dalam keadaan kita bertenang atau relaks dan bebas dari tekanan iaitu frekuensi kitarannya dalam 8 hingga 12 hz.

Selalu juga pernah dikatakan betapa seronoknya kanak-kanak.Mereka tiada tekanan masalah. Zaman kanak-kanak dikatakan mempunyai tahap kreativiti yang tinggi tetapi semakin menurun apabila meningkat dewasa.Sebenarnya zaman kanak-kanak tahap aktiviti elektrik otak kebanyakkannya dalam gelombang alpha. Mereka suka bertanya untuk mencari dan mengetahui sesuatu yang mnereka begitu curious untuk mengetahunya.

Bagi kita orang Islam , tahap alpha mudah untuk dicapai jika kita berusaha untuk khusyuk dalam sembahyang. Sembahyang yang khusyuk adalah cara bagaimana kita mencapai tahap Self awarness atau kedaran diri pada tahap tertinngi. Dengan membca Al-Quraan dan berzikir juga dapat meningkatkan tahap alpha. Dengan ketenangan yang kita capai pelbagai manfaat yang dapat kita nikmati.

Kebaikan Gelombang alpha

1) Dapat merelakskan minda dan tubuh badan

Dalam sehari wajib kita melaksanakan sembahyang 5 waktu. Badan dan minda kita mengalami keletihan dan ketegangan badan dan minda. Apabila kita mula mengambil air smbanyang dan mendirikan sembahyang, kita akan dapat merasakan kesan semerta, di mana kita merasalkan kesegaran dan terasa tenaga minda dan badan pulih.Kesegaran ini akan lebih kita rasakan apabila kita solat berjemaah.

2) Penyembuhan kendiri iaitu peninkatan dalam pemangkinan sistem immunisasi

Dalam tahap alpha , aktiviti penyembuhan kendiri berfungsi dengan lebih baik lagi . Ketenangan minda dapat menstabilkan dan mengharmonikan sistem biolgi badan. Sebenarnya dalam tahap alpha ,peraaaan kit adalah mnyeronokkan dan merasakan kedamaian.Pernafasan yang teratur dapat membekalkan sel-sel lebih banyak oksigen yang akan membantu pemulihan sel-sel yang lemah seterusnya dapat membantu pesakit melakukan proses self healing dengan jayanya.

3) Meningkatkan tahap serotonin
Dalam tahap alpha enzim serotinin lenih banyak dapat dirembeskan. Serotonin membuatkan seseorang rasa seronok dan damai. Kekurangan serotonin menyebabkan banyak berlaku kemurungan.

4) Menimgkatkan tahap kreativiti
Dalam keadaan tenang, minda kita dapat berfikir dengan jelas dan terang.Kekuatan minda lebih hebat apabila seseorang berada di dalam keadaan tenang.

5)MEningkatkan kesedaran diri dan fikiran yang positif
Dalam keadaan tenang, tahap kesedaran dan fokus seseorang akan lebih baik. Kualiti fokus wujud kerana orang tersebut mempunyai daya kesedaran yang tinggi.Ini akan berlaku terutamanya orang yang dapat mengkhusyukkan solatnya
6) Dapat menghasilkan idea-idea yang bernas

Sebenarnya banyak lagi manfaat dari gelombang alpha> Hanya sekadar ini sahaja yang dapat dikongsikan bersama. Jumpa lagi di lain artikel iaitu cara memperolehi gelombang minda alpha.






Read More......

Thursday, November 27, 2008

Khidmat kenali diri melaui tarikh lahir diberhentikan untuk seketika.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghantar maklumat untuk kenali diri melalui tarikh lahir. Khidmat ini .......



akan dihentikan sehingga akan diberitahu kelak.Segala maklumat yang saya kemukakan kepada mereka hanyalah panduan untuk kenali diri bagi meningkatkan potensi diri dengan mengetahu rahsia kelebihan dan kekurangan yang boleh ditingkatkan dengan izin Allah. Sekian terima kasih.
Read More......

Wednesday, November 26, 2008

Khidmat percuma -kaunseling




Salam . Blog cahaya akal ingin memberikan sumbangan kaunseling percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah:-



Sila nyatakan permasalahan yang perlu dikongsikan dalam ruangan comment. semoga Allah memberikan bimbingan dan panduan untuk kesejahteraan umat .InSYAALLAH dengan sedikit ilmu yang saya miliki dapat dimanfaatkan dalam blog cahaya akal.Terima kasih

JOM CARI DUIT BERSAMA SAYA. CARA BISNES ONLINE TERMUDAH DAN TERMURAH.SEMUA ORANG BOLEH BUAT.KLIK DI SINI
Read More......

Saturday, November 22, 2008

Kemana kamu akan dikembalikan

إِلَى اللّهِ مَرْجِعُكُمْ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ






Kepada Allah-lah kembalimu, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Read More......

Respon pembaca blog cahaya akal tentang kebaikkan mandi songsang

Respon dari pembaca blog cahaya akal tentang kebaikkan mandi songsang

Asalnya saya mencari satu post kesihatan bg mencari idea utk menulis dlm post saya pula. Tertarik dengan tajuk mandi songsang, saya adalah antara pengamalnya...
Saya telah mulakan teknik ini sejak dari sekolah dulu tetapi waktu itu, minda saya hanya memikirkan takutnya nak simbah air ke badan..lalu saya curah air sedikit demi sedikit bermula dari kaki dan naik sedikit demi sedikit hingga menyimbah seluruh tubuh.




Saya akui jika dibandingkan masalah kesihatan yang saya alami yang sama seperti org lain, saya mempunyai kemampuan yang jauh lebih baik. Tentang hal awet muda, bukti yang boleh dikatakan; diusia awal 30-an, wajah sy langsung tidak menunjukkan usia sebenar beza 10 tahun lbh muda.cuma tubuh yang agak kurus membuat orng menganggap saya spt lepasan SPM. Bagi saya, tak berapa penting untuk orang pelik atau pandang semacam tetapi yg lbh penting adalah sihat, ceria.Saya menggap itu anugerah.
Saya pernah berkongsi cerita amalan ini, selepas mengetahui fakta kebenarannya dari artikel bercetak dan saya pasti ada juga orang lain yang melakukan yang sama terutamanya bagi yang sensitif pada isu kesihatan, kecantikkan, motivasi...



Credit to Fasiha http://www.fasiview.blogspot.com/



Read More......

Friday, November 21, 2008

Cara Meningkat rasa Kepercayaan diri

Rasa kurang percaya pada diri menyebabkan banyak perkara yang ingin kita lakukan dibatalkan begitu sahaja kerana kita merasakan bahawa kita tidak mampu untuk melakukan hal tersebut. Banyak peluang yang lalu di depan kita, dibiarkan sahaja kerana rasa kekurangan diri. Selagi kita tidak mengatasi masalah ini selagi itulah minda bawah sedar kita akan menjadikan ianya satu batu penghalang bagi memperolehi kejayaan dalam kehidupan. Bagaimana cara yang terbaik supaya kita dapat keluar dari linkungan 'penjara' yang kita bina sendiri sejak kecil lagi?




Rasa percaya diri dibentuk sejak kecil lagi dalam kehidupan kita sama ada dari aspek baka ataupun alam persekitaran kita. Saya pernah melihat bagaimana beraninya anak-anak kecil dalam lingkungan 5 hingga 7 tahun berenang di Pulau Redang. Mereka begitu berani berenang kerana alam perdekitaran mereka adalah dikelilingi pulau.

Sejarah bagaimana kita di didik oleh ibu bapa, ahli keluarga rakan-rakan dan guru-guru dan persekitaran di rumah atau di alam persekolahan telah banyak mempengaruhi sikap percaya diri yang mana secara tidak langsung minda bawah sedar kita merakamkan peristiwa itu seterusnya kita membuat persepsi atau tanggapan pada diri kita sendiri.

Cara meningkatkan rasa percaya diri:-

Komponen-komponen yang terlibat ialah minda sedar,minda bawah sedar, emosi,hati dan imaginasi.

1) Minda sedar - dengan mengetahui ilmu pembangunan diri dan motivasi diri dan melakukan peniruan serta diselaraskan mengikut cita rasa sendiri, kita mampu membentuk rasa percaya diri.Dengan kuasa niat dan keazaman yang tinggi untuk merubah keperibadian yang berkeyakinan.Melalui kekuatan pancaindera kita, serapkan seberapa banyak ilmu pembangunan diri dengan meniru sikap, penampilan,kelakuan dan pemikiran orang yang berjaya.Dengan cara ini kita dapat membuat pengukuran diri supaya kita dapat kikis dan hilangkan rasa rendah diri yang terbentuk sejak dahulu lagi

2) Minda bawah sedar- Ingat. Minda bawah sedar menerima apa sahaja sama ada benar atau tidak tetap dianggapnya benar. Inilah kekuatan minda bawah sedar.Jika dibandingkan kemampuan, minda sedar hanya 10% dan minda bawah sedar keupayaannya 90%. Apa-apa sahaja yang dimasukkan ke dalam minda bawah sedar, semuanya diserap sebagai betul.

Dengan menggunakan teknologi NLP (Neuro Linguistic Programming), kita mamu menwujudkan satu kepercayaan diri yang luar biasa.Tiga komponen penting iaitu pendengaran, penglihatan dan hati(perasaan). Ketiga-tiga modaliti ini adalah sebagai alat yang berpasang-pasangan bagi mencipta 'realiti' baru yang akan membawa anda kepada anjakan paradigma baru.

setakat ini sahaja .Insya Allah saya akan jelaskan lebih terperinci lagi cara penggunaan NLP dengan berkesan.

CAri duit halal.SILA KLIK


Read More......

Wednesday, November 19, 2008

Meningkatkan energi dalaman anda

Petang kelmarin anak saya yang berumur 3 tahun terjatuh dari basikal yang dibawa oleh abangnya. Pada ketika itu perasaan saya jadi tidak stabil dan menyebabkan saya rasa seperti tertekan. Badan saya jadi semakin lemah apabila membayangkan betapa sakitnya anak kecil keayangan saya itu.

Tenaga saya semakin berkurangan secara tiba-tiba. Apabila saya memulihkan balik tahap kesedaran saya dan menerima kejadian tersebut, sedikit demi sedikit tenaga saya semakin pulih ,bermula dari kestabilan emosi yang tercetus di minda saya iaitu



Perubahan emosi daripada positif kepada negatif dapat mengubah sistem biologi badan kita dan boleh menyebabkan tenaga kita berkurangan dan melemahkan sistem pertahanan badan. Perubahan frekuensi ini boleh menyebabkan rasa dukacita, tertekan dan menyebabkan badan kita rasa tidak selesa sehingga menyebabkan kita tidak bersemangat dan bermaya.

APabila frekuesi getaran badan kita menjadi lemah maka tenaga dalam kita akan dikurangkan . Seterusnya memberikan kesan yang tidak baik pada sistem jantung, paru-paru dan penghadaman yang boleh membawa kepada penyakit kronik pada kita.

Ada dua organ yang mengesan getaran gelombang tersebut iaitu di bahagian luar ialah kulit dan bahagian dalaman ialah hati . Sepertimana firman Allah yang bermaksud,

"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang [1312], gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun." (Az-Zumar:23)


Semua frekuensi getaran adalah dijanakan bermula di dada yang terkandung hati, emosi dan perasaan. Tinggi rendah getaran gelombang tersebut akan memberikan kesan kesihatan kepada empunya tubuh badan. Sepertimana firman Allah,


"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Yunus:57)
PENYEMBUH BAgi penyakit-peyakit dikurniakan Allah ada di dalam 'dada' kita.

Bagaimana kita boleh menggunakan mekanisma 'dada' untuk menghindarkan penyakit?

1) Kita perlu mengharmonikan,menenangkan dan menstabilkan sistem jantung, aliran darah, perkumuhan, sistem penghadaman dan sistem pernafasan dengan cara menenangkan hati perasaan kita. Pada mode ini kita dapat mengelakkan dan menyembuhkan penyakit sedia ada. Sepertimana firman Allah .

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.(ArRAd:28)

Sebab itulah apabila seseorang itu ditimpa musibah maka ducapkan Inalillahi wainna illahirajiun ( Artinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. Kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.

) yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"(AL-BAqara :56)

Ucapan ini akan menenangkan hati yang gundah gulana. Lagi banyak kita mengingati Allah , maka lagi tinggi frekuensi getaran gelombang positif yang akan meningkatkan sistem pertahanan badan dan pada ketika ini penawar dirembeskan dengan banyak untuk pemulihan sistem badan kita yang rosak.

2)Kesan dari perhubungan kita dengan manusia lain kadangkala boleh menyebabkan perselisihan faham, sakit hati ,rasa marah,dengki dan dendam.Perasaan-perasaan ini boleh menyebabkan frekuensi getaran badan kita menjadi lemah dan boleh mengurangkan tenaga dalaman badan kita.Sistem biologi kita akan terganggu iaitu degupan jantung tidak stabil,sistem pernafasan yang tidak sekata, sistem pernafasan yang terganngu dan begitu juga dengan sistem penghadaman dan sistem pertahanan badan. Kesemua fenomena ini pasti membawa penyakit pada peghidapnya.Sepertimana firman Allah yang bermnaksud,
"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "(An-Nur:22)

Jadi langkah yang sewajarnya untuk memulihkan ketidakseimbangan ini ialah dengan cara memaafkan mereka dan berlapang dada. Manakala kalau kita yang bersalah, sepatutnya kita memohon maaf.Selagi kita tidak dapat berlapang dada dan memaafkan orang selagi itu kita akan menderita jiwa dan raga.

Allah telah berfirman,

"Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan."(Al-A’rraf : 43

Ahli-ahli syurga adalah makhluk yang paling bahagia. Justeru itulah Allah menghilangkan perasaan dendam. Jadi kita akan dapat nikmat seperti ahli syurga jika kita dapat memadamkan dendam dalam dada kita. Jika tidak dendam hanya akan memusnahkan diri kita sedikit demi sedikit.Kita yang merana manakala orang yang kita dendam hidup bahagia.

3) Hendaklah kita sentiasa berlapang dada terhadap apa sahaja yang kita alami. Dengan cara ini sistem badan kita akan sentiasa dalam kestabilan dan harmoni.Apa yang Allah berikan pada kita semuanya baik belaka.

"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. "(AT-TAghaabun:11)


Read More......

Monday, November 17, 2008

Berapa nilai blog anda? Klik untuk mengetahuinya(How much is your blog worth?)




Berapakan nilai blog anda? Sila klik pada gambar untuk mengetahunya



Read More......

Rahsia menggunakan minda secara maksima dan optimum



Tenaga minda adalah seperti aliran sungai yang mengalir terus tanpa henti-henti. Aliran ini jika dibiarkan akan menyebabkan satu pembaziran dari kurniaan Allah.


Bagaimana cara kita menjadikan aliran sungai itu sebagai satu tenaga yang boleh dimanfaatkan . Sudah tentunya kaedah empangan dilaksanakan. Apabila empangan dibuat maka satu sumber tenaga elektrik dapat dimanfaatkan dan dapat dikawal dengan jayanya.


Bagaimana pula cara kita 'empangkan' minda kita?



Caranya ialah kita mengetahui hala tuju kehendak dan kehidupan kita. Kita juga perlu tahu mengapa Allah ciptakan kita di dunia ini.


Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

(ADZ-Dzaariyaat :56)


Seterusnya bila kita dah tahu mengapa kita diciptakan , maka Allah juga memberikan kebebasan kepada kita memilih apa sahaja kehendak kita selagi tidak melanggar hukum syarak.


CAranya ialah:-

1) Ambil masa dan tuliskan di dalam buku catatan :-

a) Kerjaya pilihan

b) Harta benda,pendapatan dan kekayaan yang anda ingin miliki (nyatakan dalam bentuk angka)

c) Senaraikan apa sahaja yang anda inginkan dan impikan.


Pastikan anda membuatkan tarikh sasaran, sumber yang anda ada sekarang dan apa sumber yang anda perlukan, apa yang anda benar-benar minat lakukan, senarai orang-orang yang boleh anda hubungi dan contohi, langkah-langkah dan perancangan dan juga ilmu dan kemahiran yang perlu anda tingkatkan bagi mencapai apa yang diinginkan.


2) Berikan penerangan jelas di dalam perkataan dan tuliskan individu yang macam mana anda ingin jadi, buat visualisasi, dengar dan rasakan dengan perasaan seolah-olah anda telah pun menjadi seperti individu tersebut. MINDA KITA BOLEH MEMBUAT PROJEKSI untuk teknik hologram seterusnya menjadikan ianya satu kenyataan.


3) Buat skrip atau buku skrap bergambar kehidupan akan datang anda


4) Kumpulkan gambar-gambar yang dapat memberikan inspirasi kepada anda sebagai satu cara pemangkin minda ( mind booster) . Sebagai contoh gambar orang berjaya, kenderaan ,rumah, tempat pelancungan dan sebagainya.


5) Dengarkan muzik yang dapat cetuskan inspirasi dan ilham pada anda.


6) Baca buku-buku,majalah,VCD dan CD pembangunan diri dan bidang yang anda minati


7) Buat kad-kad peringatan capai matlamat anda .letakkan ditempat yang anda mudah baca berterusan.


8) Maklumkan pada orang lain hasrat anda supaya mereka boleh memberikan jalan atau bantuan capai hajat anda


9) Buat apa sahaja kenyataan-kenyataan positif yang sentiasa mengelilingi anda untuk pasti berjaya


10) Berdoa pada Allah memberikan kemampuan minda yang hebat pada anda.
11) BAca Alquraan, berzikir istiqfar dan selawat kepada nabi


Jumpa di Puncak Kejayaan








Read More......

Sunday, November 16, 2008

Makna kawan ikut ABJAD

Saya dapat post ini dari seorang kawan dan ingin berkongsi dengan anda pembaca setia

This is a test of the Emergency Friendship System forward it (and to me too I hope) A Friend...

(A)ccepts you as you are (B)elieves in "you" (C)alls you just to say "HI" (D)oesn't give up on you

(E)nvisions the whole of you (even the unfinished parts) (F)orgives your mistakes (G)ives

unconditionally (H)elps you (I)nvites you over (J)ust "be" with you (K)eeps you close at heart

(L)oves you for who you are (M)akes a difference in your life (N)ever Judges (O)ffer support (P)

icks you up (Q)uiets your fears (R)aises your spirits (S)ays nice things about you (T)ells you the

truth when you need tohear it (U)nderstands you (V)alues you (W)alks beside you (X)-plains

thing you don't understand (Y)ells when you won't listen and (Z)aps you back to reality Ok This

Is A Test To See How Many Friends You Have!!!Pass It On To Everyone You Consider A Friend

Or Would Like To Have As A Friend See How Many Times You Get It Back!(From

http://www.positive-club.com)Xtian GodefroyChalet Imniac 27Ch 1885 ChesièresSwitzerland Read More......

Tips ,taktik dan petua percuma tingkatkan traffik blog

Senarai link popular tingkatkan traffik blog secara percuma. Klik pada link berikut untuk dapatkan cara percuma tingkatkan traffik ke blog anda:-

1) Ehow

2) Problogger - 5 cara tingkatkan traffik ke blog anda percuma

3) Cara terbaik tingkatkan traffik ke blog anda secara percuma

4) Top idea tingkatkan traffik ke blog anda secara percuma

5)15 cara percuma tingkatkan traffik blog anda

6) 75 cara percuma tingkatkan traffik ke blog anda

7) 9 cara percuma tingkatkan traffik ke blog anda Read More......

Cellfood- bantu rawat kencing manis dan darah tinggi



Nama : Mohamed Shariff b Abdul Hamid
Umur : 50
Jantina : Lelaki
Masalah kesihatan : Kencing Manis & Tekanan Darah Tinggi

Saya telah mengidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi selama 10 tahun. Saya perlu berulang-ulang ke hospital dan klinik untuk membeli ubat. Saya perlu makan ubat untuk kawal paras gula darah dan tekanan darah saya. Dengan makan ubat itu, paras gula darah dan tekanan darah masih tidak stabil. Selepas 2 atau 3 hari, paras gula darah dan tekanan darah akan naik semula. Saya susah hati dengan penyakit ini kerana amat letih, mengantuk dan tidak bertenaga untuk bekerja.
Saya bernasib baik kerana seorang kawan mengesyorkan Cellfood kepada saya. Saya mula minum Cellfood 8 titis 3 kali sehari sebelum makan. Selepas ambil Cellfood, paras gula darah dan tekanan darah saya menjadi normal. Saya tidak perlu makan ubat untuk kedua-dua penyakit ini lagi. Saya masih tetap memeriksa paras gula darah dan tekanan darah saya setiap minggu. Ia menunjukkan paras yang normal.
Sebelum minum Cellfood, perut saya kembung seperti berangin. Ukuran pinggang saya ialah 40 inchi. Selepas 3 bulan minum Cellfood, banyak najis dan kotoran dikeluarkan dari badan saya. Sekarang pinggang saya berukuran 34 inchi sahaja.
Selain itu, saya juga sembur Cellfood pada kulit badan dan tumit kaki. Dulu, kulit badan saya berkapur / berhabuk. Sekarang kulit menjadi sihat dan tidak berkapur lagi. Tumit kaki saya yang pecah dan berlubang juga menjadi baik dan licin. Saya juga mempunyai sakit pinggang dan tidak boleh mengangkat barang yang berat. Selepas minum Cellfood untuk 3 bulan, saya sudah boleh mengangkat barang yang berat dan tidak sakit pinggang.
Saya amat berterima kasih kepada rakan saya kerana mengesyorkan Cellfood kepada saya dan saya juga dapat mengembalikan kesihatan saya
Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas