Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, December 8, 2007

RAHSIA KEBAIKAN MANDI SONGSANG


RAHSIA MANDI SONNGSANG DAN KELEBIHANNYA

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amay hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan

Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani
Menguatkan gusi dan gigi
Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan

KEPADA YANG AKAN MENGAMALKAN MANDI SONGSANG ANDA DIALU-ALUKAN MEMBERI RESPON DIRI ANDA PADA BLOG INI.


SABDA RASULLULAH : MINTALAH KEYAKINAN DAN KESIHATAN YANG BAIK.

20 comments:

  1. Asalnya saya mencari satu post kesihatan bg mencari idea utk menulis dlm post saya pula. Tertarik dengan tajuk mandi songsang, saya adalah antara pengamalnya...
    Saya telah mulakan teknik ini sejak dari sekolah dulu tetapi waktu itu, minda saya hanya memikirkan takutnya nak simbah air ke badan..lalu saya curah air sedikit demi sedikit bermula dari kaki dan naik sedikit demi sedikit hingga menyimbah seluruh tubuh.
    Saya akui jika dibandingkan masalah kesihatan yang saya alami yang sama seperti org lain, saya mempunyai kemampuan yang jauh lebih baik. Tentang hal awet muda, bukti yang boleh dikatakan; diusia awal 30-an, wajah sy langsung tidak menunjukkan usia sebenar beza 10 tahun lbh muda.cuma tubuh yang agak kurus membuat orng menganggap saya spt lepasan SPM. Bagi saya, tak berapa penting untuk orang pelik atau pandang semacam tetapi yg lbh penting adalah sihat, ceria.Saya menggap itu anugerah.
    Saya pernah berkongsi cerita amalan ini, selepas mengetahui fakta kebenarannya dari artikel bercetak dan saya pasti ada juga orang lain yang melakukan yang sama terutamanya bagi yang sensitif pada isu kesihatan, kecantikkan, motivasi...

    ReplyDelete
  2. disebabkan aku senang kena selsema, aku selalu mandi dari kaki, ini petua gak...kalau mandi siram kepala terus, selau kena selsema...jadi aku selalu mandi bermula dari kaki...pasal awet muda tu boleh jadi gak, sebab ramai tak percaya dengan umur aku nih, dikatanya aku lebih muda dari umur sebenar, hehehe...

    ReplyDelete
  3. saya nak kongsi sikit pasal mandi songsang ni. Asalnya bila saya tengok je tajuk mandi songsang tu, sebenarnya saya pelik gak, sebab tak pernah dengar pulak. tapi bila saya baca, baru saya tahu maksudnya mandi dari kaki dahulu sampai ke kepala. sebenarnya benda ni saya dah amalkan lama dah. sebabnya ustaz saya ajar dulu, kalu nak mandi, jirus kaki kanan, kaki kiri, badan kanan, badan kiri, kepala kanan, dan kepala kiri, pastu barulah mandi macam biasa. macam tu gak kalu mandi wajib, selepas ikut aturan tu, mulakan dari atas kepala dan niat mandi wajib. sebenarnya ini adalah sunnah nabi. Jadi ianya mengandunig byk kebaikan. jadi amalkanlah ia insyaalah kita akan mandapat kebaikannya. amain. danish8868@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Salam, saya telah mengamal mandi secara ini bermula dari umur saya 3oan dulu, kini umur saya telah 52 tahun, alhamdulillah saya tidak pernah mengalami deman yang kuat, pada umur saya 51 tahun saya telah membuat medical chekup keputusan ujiaan 100% baik cuma terdapat sedikit lemah yg tidak diperlukan oleh badan sebanyak 0.01% kata doktor ia hanya tidak memberi kesan kepada sistem badan saya. Untuk pengetahuan semua yang terbaca komen ini, ia amat baik untuk anda melihat wajah saya anda boleh melihat pada block frendster mokhmar57. Anda boleh bandingkan wajah isteri dengan saya, saya 4 tahun lebih tua dari isteri saya.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana jika mandi dengan menggunakan air panas??? adakah mandi dengan kaedah menyonsang ini memberikan impak yang sama??? mohon sesiapa yang boleh beri penjelasan.

    ReplyDelete
  6. Bila saya tanya apa rasionalnya mandi songsang? maka dia menjawab apabila kita mula menjirus air bermula dari kaki, maka hawa kotor dan panas akan keluar dari 7 liang di bahagian kepala iaitu 2 di mata, 2 di telinga, 2 di hidung dan 1 di mulut dan impaknya ia akan memberikan kesan yang baik pada otak kita yang mengawal segala sistem pertahanan dalam badan

    ReplyDelete
  7. salam...aku dulu punyai antibodi lemah...asik demam jer...lepas dapat petua dari abah aku mandi kaki dulu, alhamdulillah demam makin susah...sakit kepala pun susah...
    cikben@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. terima kasih kepada responder2 yg memberikan kesan kebaikan mandi songsang. semoga dgn penjelasan anda dpt mengalakkan org kita mengamalkn cara mandi yg dpt emningkatkn kesihatan mereka. kebaikan anda akan dibalas Allah krn sedia berkongsi ilmu. Amat dialukan jika ada lagi responde yg dpt memberikan respon mereka .

    ReplyDelete
  9. salam, sy dh lma mgamalkan cara mandi songsang nie & x dinafikan mmg ada kesan baiknya berbanding cara mandi biasa. cara mndi songsang ni bgus diamalkan terutamanya kalo demam.. jirus air perlahan2 dari kaki ke kepala. Insyallah..demam cpt kebah.

    ReplyDelete
  10. Betul..amalan ini mmg saya amalkan sejak kecil lg. Mak selalu nasihat supaya didahulukan dr kaki baru ke ke atas. kalau demam pun begitu.. Alhamdulillah.. amalan ini menjadikan saya seorang yg cerdas..
    sekarang anak saya juga mengamalkan amalan ini sejak, tidak perlu diingatkan dia akan melakukannya sendiri

    ReplyDelete
  11. salam... sebelum ni suami sya marah bila saya mandikan anak kami, mula siram dari kepala.. sbbnye sblum ni sya x pernah dgr pon mandi lbh baik mula dari basahkan kaki...tapi bla da terbaca kt blog nih...maka betul la apa yg suami katakan.. saya agak lambat mengetahui ttg perkara ini.. lepas ni InsyAlah akan saya amalkan..

    ReplyDelete
  12. selepas saya amalkan mandi sebegini kekuatan sex saya bertambah, isteri selalu berterima kasih kepada saya

    ReplyDelete
  13. Saya mmg dh lme taw ttg kebaikan mandi songsang nie..Sy mula amalkannye ketika masuk silat cekak ustaz hanafi..dripada silat ini jugala sy mengetahui ttg kbaikannya..Dlm silat ini ada menyuruh ahlinya mengamalkan cara mandian ini..

    ReplyDelete
  14. saya memang amalkan mandi cara macam ni.Tertarik pasal awet muda mungkin juga ada betulnya.Saya sendiri banyak orang kata lebih muda dari usia sebenar.Eh.. prasan la pulak.Tapi itulah yang saya alami.Walaupun dah punya 2 anak dan 1 isteri.

    ReplyDelete
  15. Bila sebut pasal amalan kesihatan,saya memang mengamalkan amalan mandi bermula dari bawah ( kaki) hingga ke atas ( Kepala) dan satu lagi amalan,tapi bagi saya untuk memulakannya agak terlambat, memberus gigi di sebelah..abang ipar saya telah hampir 60 tahun, bulan mei 10 ni cukup 60 tahun,gigi nya masih utuh saperti biasa, hendak tahu amalan nya..dia kata sejak sekolah lagi amalan yang di amalkan nya memberus gigi salepas mandi..cuba amalkan nya, insyaallah..

    ReplyDelete
  16. btol... sakit kepala akan cepat hilang jika disertakan dengan selawat.. saya sllu menhadapi sakit kepala, dan sentiasa mengamalkan nya ketika sakit kepala..alhamdulillah,sakit kepala hilang dengan cpt..

    ReplyDelete
  17. Saya dah lupa mula bila. Seingat saya semasa di kolej semasa berumur 20 tahun. Pensyarah saya kongsikan amalan mandi ini. KIranya dah 26 tahun ia menjadi amalan saya. Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan baik. Demam tu kurang dan sekejap sahaja.

    ReplyDelete
  18. Baru 5tahun mandi songsang sebelum ni tak Tau maklum la org lama dlu takade internet

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas