Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Tuesday, February 17, 2009

Duplikasi pola kecemerlangan -menjadikan anda komunikator yang hebat!



Anda begitu kagum melihat gelagat penceramah atau perucap yang anda minati. Dalam hati anda alangkah baiknya kalau aku jadi sepertinya. Anda juga berkata mengapakah aku tidak boleh jadi sehebatnya. Dia sungguh bernasib baik kerana mempunyai karisma dan kewibawaan mencapaikan ceramah dan ucapan yang begitu hebat sekali. Bolehkah aku jadi sepertinya.?Sedangkan aku begitu malu dan teragak-agak untuk memberikan ucapan sehebat itu. Jawapannya anda BOLEH malah anda boleh buat lebih baik daripada yang anda sangkakan.

Sebenarnya orang yang anda kagumi itu memiliki 1000 billion neuron yang mana anda juga mempunyai sumber neuron yang lebih kurang sama banyak. Cuma neuron penceramah yang anda kagumi itu mempunyai pola sambungan neuron yang diaktifkan berulangkali untuk menjadikan mereka seperti itu. Mereka tidak dilahirkan menjadi komunikator yang hebat tetapi mereka menggunakan sumber yang ada untuk membentuk perilaku tersebut.

Bagaimana cara anda hendak jadi seperti mereka? Peringkat permulaanya anda perlu tahu teknik-teknik berucap secara berkesan dan kemudian anda cuma perlu melakukan duplikasi.

Peniruan yang dilakukan pada fisiologi orang yang cemerlang menjadikan emosi anda seperti mereka.Tirulah gaya fisiologi cemerlang mereka.

Caranya ialah anda perlu mencari role model atau orang yang ingin anda contohi.Perhatikan gerak geri mereka, wajah mimik muka mereka. Cara mereka bergerak .Lihat postur mereka. Bagaimana gerakan tangan dan jarinya, bagaimana lengang-lenggok lehernya,Cara mereka berdiri, nada suaranya, pergerakan kedua kakinya, cara mereka bernafas. Perhatikan dengan teliti samada secara langsung atau melalui tontonan di televisyen atau video. Serapkan ingatan tersebut dalam minda anda sehinggakan rasa selesa dan sebati denga diri anda. Setelah anda ingat betul-betul pejamkan mata anda dan bayangkan model tersebut dan perlahan-lahan masukkan diri anda dalam badan model tersebut.

Sekarang anda yang mengawal tubuh tersebut dan dengan latihan mental jadikan model tersebut adalah diri anda. Latihkan berulang kali dalam minda anda seolah-olah anda sedang berucap atau berceramah dengan menggunakan model tersebut sebagai pengantara. Anda akan merasakan satu kelaianan emosi yang hebat dengan penampilan baru anda. Anda juga boleh mengambil beberapa model untuk diserapkan dalam personaliti anda.

Ambil peluang untuk mencuba secara realiti. Apabila anda kerap melakukan ,anda akan dapati peningkatan anda akan begitu ketara sekali kerana kepercayaan baru anda pada diri anda menjadikan anda begitu yakin dan dapat membuat persembahan yang hebat. Inilah pengaruh persepsi dan kepercayaan baru telah dapat mengubah personaliti baru anda.

Inilah kelebihan manusia dapat melakukan duplikasi pada personaliti yang diinginkan. Cubalah. anda akan rasa kagum dengan perubahan yang mendadak dalam diri anda.


Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas