"Malu adalah sebahagian dari iman" malu yang dimaksudkan pada kata-kata ini adalah malu kepada Allah untuk melakukan perbuatan yang melangar perintah Allah. Isu yang hendak diperkatakan pada artikel kali ini ialah malu yang terbit dari perasaan rendah diri dan kurang berkemampuan dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Sebagai contoh malu untuk berhadapan dengan orang ramai, malu untuk bercakap dan pelbagai perasaan malu yang menyebabkan banyak peluang disia-siakan akibat perasaan malu. Penyakit malu ini dapat di atasi dengan pelbagai cara.
Anda mesti TRANSFORMASI DIRI ANDA
1.Tingkatkan rasa penghargaan kendiri. Iaitu dengan cara menerima diri tanpa syarat. Kita dapat menerima diri kita terutamanya keadaan fizikal yang sedia ada dengan reda dan kita patut bersyukur atas kejadian fizikal kita yang nengandungi hikmah yang nikmatnya tidak terhitung banyaknya. Dengan cara ini kita akan mula menyayangi, menerima dan menghormati diri kita.
2.Harga diri juga dapat ditingkatkan melalui cara penampilan diri kita iaitu cara kita berpakaian. Imej pakaian anda menjadikan anda begitu teruja dan akan mengikiskan rasa malu kerana penampilan berpakaian yang akibatkan kita rasa rendah diri. Belajarlah cara berpakaian mengikut situasi tertentu supaya anda kelihatan menarik dan anggun. Dengan cara ini anda tidak akan malu dengan penampilan diri yang baru.
3.Jika anda malu untuk berkomunikasi maka anda hanya perlu belajar cara yang betul untuk meninkatkan kelancaran pertuturan dan mesej penyampaian anda secara verbal dan non verbal iaitu lisan dan bukan lisan. Bukan lisan adalah seperti nada suara, mimik muka, gerakan tangan, kaki , bahu dan badan anda serta jarak yang sesuai. Penyampaian mesej yang berkesan akan meningkatkan penampilan diri anda . Mereka akan kagumi anda dan seterusnya keyakinan baru ini meningkatkan rasa percaya diri yang dapat menghilangkan rasa malu.
4. Hentikan mengkritik diri anda secara negatif. Kritikan perlu dibuat sebagai panduan untuk membina kredibiliti anda. Sebagai contoh anda mengkritik diri anda sukar untuk mudah mesra , maka anda pewrlu bertanya pada suara hati anda bagaimanakah caranya saya dapat meningkatkannya. Apa sahaja bicara diri yang menidakkan kebolehan anda maka anda perlu bertanya dan terus bertanya supaya anda dapat meningkatkannya.
5. Jaga setiap kata-kata bicara negatif sama ada dari diri anda atau pun bicara luaran yang menidakkan kebolehan anda. Setiap kali berlaku penafian kebolehan anda maka apa yang perlu dilakukan adalah berikan cabaran pada diri anda ialah ucapkan terima kasih dan mulai perbaiki dan tingkatkan diri anda pada mana-mana kelemahan yang ada. Cari cara-cara bagaimana anda dapat meningkatkan diri anda dan seterusnya laksanakan program tersebut.
6 Iktirafkan segala pencapaian anda walau sekecil manapun. Ulangi ucapan kata-kata pujian dan syukur pada Allah atas pencapaian kejayaan anda. Sebutkan selalu sehingga melekat di sanubari anda.
7. Bicara diri positif dapat meningkatkan rasa percaya diri bagi mengikis rasa malu
Katakan pada diri anda secara berulang-ulang apabila ada sesuatu pwerkara yang ingin anda lakukan bahawa anda pasti dan mesti melakukan.
8. Bergaul selalu dengan orang-orang berjaya bukan untuk dibuat perbandingan yang boleh menjadikan anda semakin malu tetapi belajar dan perhatikan personaliti orang berjaya sebagai panduan kepada anda membina rasa hebat diri.
9. Raptai mental perlu dilakukan supaya anda sentisa dapat 'melihat' diri anda yang hebat da dikagumi oleh orang sekeliling. Buat latihan berulang kali pada setiap perkara yang anda ingin lakukan . 'Lihat' dulu peristiwaa tersebut sebagaimana yang anda inginkan supaya anda dapat melakukan yang terbaik apabila situasi itu anda lakukan nanti.
10. Berikan cabaran pada diri anda untuk melakukan perkara yang anda takut kerana inilan cara terbaik untuk anda atasi rasa malu. Pengalaman-pengalaman hebat yang anda lalui akan dapat membina rasa percaya diri bagi atasi rasa malu.
11. Ingat! Setiap orang adalah hebat dan unik. Sentiasa rasakan anda orang yang penting dan sesiapa sahaja orang yang anda temui adalah penting. Jadi dengan cara ini anda tidak akan rasa malu kerana harga diri anda telah anda tingkatkan dari masa ke semasa.
12. Akhir sekali berdoalah pada Allah untuk hindari rasa malu dalam diri anda.
Read More......