Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, January 31, 2009

Rahsia efektif -Pulih dan bangkitkan motivasi diri



Ada masanya kita merasakan semangat dan motivasi kita semakin menurun dan merasakan kurang bersemangat apabila terdapat banyak halangan dalam mengejar matlamat yang kita inginkan.Teknik yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah cara mudah dan segera bagaimana anda dapat memangkinkan semula semangat juang anda.Rahsianya ialah.......

Bersedia untuk melakukan senaman berjalan kaki secara pantas.Terlebih dahulu anda perlu lakukan regangan(stretching) . Setelah itu fokuskan minda anda dalam mode pertandingan. Bayangkan semasa anda berjalan pantas seolah-olah anda memiliki masa yang terhad untuk mencapai impian anda. Berjalanlan sepantas mungkin untuk sampai ke destinasi anda seolah-olah anda sedang mengejar impian anda.

Berikan desakan pada minda anda katakan aku mesti cepat untuk sampai pada sasaran dan siapkan tugasan atau mencapainya. Masaku adalah terhad. Ini akan menjadikan cara jalan anda semakin pantas dan pantas. Cara ini secara tidak langsung akan memprogramkan diri anda supaya bertindak dengan segera apa sahaja yang anda sedang lakukan.

Orang yang cemerlang, cara jalannya pantas. Sebagaimana digambarkan cara Nabi Muhammad berjalan dikatakan baginda berjalan seperti orang yang sedang menuruni bukit. Cara jalan baginda kemas, mantap dan pantas.Seolah-olah mengejar sesuatu.

Gambarkan sewaktu anda berjalan pantas seolah-olah waktu hidup anda begitu singkat.Banyak perkara yang perlu dilakukan .Terutamanya dalam mengejar amalan-amalan kebajikan untuk mengumpul bekalan yang akan dibawa setelah mati kelak.

Berjalanlah sepantas mungkin. Tindakan yang anda lakukan ini boleh mempengaruhi jiwa anda bagi penyelarasan pemikiran dan tindakan fizikal dalam melakukan sesuatu perkara dengan lebih cepat.

Setelah anda melakukan aktiviti ini, anda akan dapati ,tindakan anda akan lebih pantas daripada dahulu. lagipun aktiviti berjalan pantas adalah amat baik dari segi kesihatan jantung,peluh yang menyingkirkan toksid dalam badan sebanyak 15 kali ganda, menguatkan stamina anda, sistem penghadaman lebih baik,membekalkan oksigen yang lebih banyak pada otak, melambatkan proses penuaan,menguatkan daya tahan badan dengan rembesan serotonin, melancarkan pengaliran darah dan seterusnya menjadikan anda kekal sihat.Insyaallah.



Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas