Bagaimana menjana dan melaraskan kepintaran emosi andaKepintaran emosi : ketahui tabiat emosi anda!
Biasa tidak anda dengar suara dalaman anda (emosi) sering memperkecilkan diri anda?
Ia cemuhan negatif selalu berlaku di dalam bicara kendiri . Malah ianya lebih banyak daripada bicara kendiri positif. Kesan cemuhan ini akan menjadikan seseorang merasa rendah diri. Bicara kendiri negatif adalah rintihan suara dalaman diri anda yang kecewa kerana tidak dapat memenuhi apa yang anda sasar dan inginkan
Apa yang berlaku, cemuhan ini akan menjadi pegangan kepercayaan kepada empunya diri sehingga akan membantutkan perkembangan diri positif. Inilah sebab mengapa hanya 5% sahaja manusia yang boleh berjaya.
Sebenarnya cemuhan diri sendiri adalah amat baik kerana dengan cara ini anda membuat penilaian terhadap diri sendiri.
Apa yang perlu kita lakukan ialah mempersoalkan semula apabila ada cetusan negatif di dalam diri kita.
CONTOH PERBUALAN DALAMAN DIRI ANDA
EMOSI : Kamu ni memang teruk
Anda : Baiklah apa sebenarnya yang anda mahu?
EMOSI : Aku nak kau perbaik balik diri kau;
ANDA : Aku percaya kau boleh cadangkan yang terbaik apa yang patut aku lakukan. Berhenti mengkritik. Tenaga yang hebat perlu digunakan untuk beri cadangan idea yang bernas .
EMOSI : Baiklah cadangan-cadangan yang terbaik ialah.........
Begitulah seterusnya bagaimana cara untuk kita mencapai kepintaran emosi. Apa yang lebih baik ialah catatkan semua saranan minda tersebut. Anda akan mendapati saranan tersebut
sungguh bernas dan anda sendiri tak terfikir. Ingat , apabila emosi anda cuba untuk memperendahkan anda maka perlu ajukan pertanyaan-pertanyaan. Inilah cara anda meneroka kehebatan yang telah ada di dalam diri anda!
Read More......