Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Monday, September 28, 2009

Tip dan rahsia kecantikan (Tambah kecantikan anda dengan meningkatkan imej diri)

Diciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Anda sebenarnya cantik. Tambahkan kecantikan anda dengan meningkatkan imej diri. saya akan berkongsi teknik-teknik bagi menambahkan kecantikan yang sedia ada pada diri anda. Caranya adalah mudah dan memberikan kesan yang amat luarbiasa.


1) Kecantikan kulit dan rupa paras.

Kecantikan kulit dan paras muka akan terserlah jika ianya dipancarkan dari kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman adalah rasa ketenangan yang dimiliki oleh seseorang.Kegelisahan menyebabkan kesan yang muram pada wajah anda. Wajah yang mencerut dan seperti mencuka menjadikan diri anda tidak elok. Wajah dan tenang dan santai amat senang dipandang orang untuk ditatapi.Orang yang selalu gelisah dan berdulacita akan menyebabkan masalah pada kulit iaitu mudah berkedut dan mudah mendapat penyakit kulit seperti panau,kurap dan alahan pada kulit.

Hanya dengan memperbanyakkan mengingati Allah hati akan jadi tenang tenteram.Inilah wajah ahli syurga yang bersinar-sinar akan terpancar di wajah anda .Ketaatan pada Allah dengan melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganya akan memancarkan sinar pada wajah anda dengan begitu bersinar. Ianya dapat menambahkan rupa paras kecantikan anda.

a) Sentiasa kekal gembira kerana rasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.Keredhaan anda menjadikan anda begitu gembira kerana kesediaan menerima apa yang telah ditetapkan pada anda. Untuk anda gembira maka anda juga hendaklah sentiasa mengembirakan orang lain. Wajah orang gembira sungguh menwan dan dikagumi. LIhatlah bagaimana penghibur perlu menunjukkan wajah gembira untuk membuat anda gembira.

b)Berfikiran positif akan menguatkan pendirian anda dan membolehkan anda mengawal perasaan anda dari gelisah dan dukacita. Orang yang optimis memiliki wajah yang gemilang dan cantik. Darah semangatnya mengalir lalu memancarkan pada wajah mereka.Stabilkan emosi anda .Jauhi dari sikap busuk hati, dengki, sombong. Miliki sifat mahmudah untuk mencantikkan dalaman diri anda. Orang yang hati baik memang dipandang cantik pada wajahya.

Bagi kebersihan luaran pula ialah sentiasa menjaga kebersihan diri tubuh badan ,mulut,gigi, rambut. Kecantikan juga terletak pada bauan . Jika badan dan pakaian bersih , tambah pula dengan haruman dan wangian maka akan melengkapkan kecantikan anda. Berwangianlah terutama berada di rumah kerana kecantikan ahli syurga adalah kerana mereka sentiasa bersalut sentiasa dengan haruman syurga.

c) Kawal perasaan marah. Orang yang selalu marah akan menyebabkan kehodohan pada wajahnya. Ianya juga akan merosakkan sistem badan seperti jantung dan hati.

d) Selalu tersenyum dan bercakap dengan iringan senyuman akan menyerlahkan kecantikan anda. Kita akan sering tertarik pada seseorang yang bercakap dengan wajah yang tersenyum. Ini menunjukkan mereka suka dengan kita. Senyuman akan mncantikkan wajah seseorang 100 kali ganda.

e) Jaga kesihatan anda. Dengan pemakanan yang betul dan tabiat bersenam akan menyegarkan tubuh badan anda. Kesegaran akan sentiasa menyerlahkan kecantikan anda. Jika anda sering sakit iany6a akan memberikan kesan pada penampilan diri anda

F) Banyakkan makan buah-buah, sayuran dan air meneral juga air beralkali. Kia terdiri daripada 70% air. Badan kita selalu kehilangan air yang akan menjejaskan kesegaran sel dan kulit. Minum air 8 gelas atau lebih untuk mengekalkan kesegaran anda. Kurangkan minuman dan makanan yang masam kerana ianya akan menyebabkan anda cepat tua.Kekalkan keremajaan anda dengan bahan-bahan yang beralkali seperti sayuran hijau dan buah-buahan.Vitamin untuk kecantikan adalah seperti E , D ,C dan B

g)Kekalkan tubuh badan ikut kesesuaian ketinggiann anda Gunakan sistem BMI iaitu ukuran yang telah ditetapkan oleh sumber kesihatan iaitu berat unggul yang sesuai. Berat unggul akan menambahkan kecantikan fizikal anda

h)Memakai pakaian yang sesuai iaitu tidak terlalu ketat dan terlalu longgar.

i)Jaga adab diri. Bercakap dengan tutur kata yang lemah lembut dan tidak bercakap kuat dan kasar dan berperangai sopan akan menyerlahkan kecantikan personaliti anda. Orang yang berakhlak mulia memang cantik dipandang. Inilah yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah orang yag cantik kerana akhlaknya amat mulia. Diri anda akan dipandang cantik jika anda seoarang yang berakhlak mulia

j) Postur yang betul sewaktu berdiri hendaklah sentiasa tegak,anggun. dan berjalanlah dengan gaya yang sopan. Begitu juga cara anda menampilkan mimik muka, pergerakan tangan dan badan yang menarik.
Read More......

Saturday, September 26, 2009

Cara mudah untuk atasi dan mengawal rasa takut.

Takut menurut istilah kamus dewan ialah:-

1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri:

2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah;

3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah:

4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut:

Takut adalah berpunca dari respon semulajadi di dalam sistem biologi kita sebagai persediaan tubuh badan untuk mempertahankan diri secara untuk berlawan (fight) atau cabut lari (flight). Ianya adalah petanda (signal)amaran untuk kita bertindakbalas bagi melakukan tindakan yang sewajarnya.

Apa yang ingin dibincangkan dalam artikel kali ini adalah berkenaan rasa takut yang menjadi batu penghalang kepada perubahan dan kejayaan diri dan cara-cara berkesan untuk mengawal rasa takut.





Perasaan takut telah menyebabkan ramai orang terpaksa menangguhkan dan memendamkan keiginan dan impian mereka. Walau pun mempunyai keinginan cita-cita yang tinggi mereka lenih rela tidak brtindak kerana dibelenggu oleh persepsi lingkungan rasa takut tidak berjaya. Dari awal lagi mereka telah menetapkan pada diri bahawa mereka memang benar-benar tidak mampu melakukan. Mereka hanya berupaya untuk mengeluh nasib mereka yang tidak sebaik orang lain . Padahal mereka belum menguji keupayaan sebenar yang ada dalam diri mereka. Rasa takut telah menyekat potensi diri.

Teknik mudah atasi rasa takut.

1) Bersedia dan lakukkan apa yang kita takuti. Lama kelamaan dengan belajar dari kesilapan dan kegagalan juga dari mereka yang telah berjaya akan menjadikan anda seorang yang berani untuk melakukan perkara yang anda takuti. I jump, you jump. Prinsip ini ialah kalau orang lain boleh buat ,saya juga pasti boleh lakukan.

2) Peniruan. Apa sahaja yang anda ingin lakukan tetapi anda takut untuk lakukan maka anda perlu cari role model untuk anda tiru tindakan mereka. Dengan mengunakan kaedah duplikasi maka rasa takut anda akan berkurangan apabila anda ada panduan yang betul untuk melakukan perkara yang anda takuti.

3) Menyedari setiap sesuatu perkerjaan dan perkara berlaku secara proses atau berperingkat-peringkat. Jadi jangan terlalu memikirkan tentang kesempurnaan. Anda perlu bersedia untuk menerima kekurangan diri dan kegagalan sebagai jalan menuju kecekapan seperti orang lain kerana mereka yang anda anggap bagus sebenarnya bermula dari kekurangan. Dengan rasa penerimaan ini akan dapat menghilangkan rasa takut. Bila berlaku kekurangan katakan pada diri anda :saya maafkan anda , saya terima anda dan saya sayang anda.

4) Rendamkan diri anda dengan tenaga positif iaitu dari alam kanak-kanak, alam semulajadi dan alam binatang. Ingat . Semasa anda masih kanak-kanak lagi anda telah berjaya menakluk rasa takut dengan hanya menumpukan matlamat anda iaitu untuk berjalan seperti orang lain. Adakah anda rasa takut? Tidak sama sekali. Anda begitu berani cuba dan terus mencuba sehinggga berjaya. Lakukan tindakan anda seperti sifat kanak-kanak yang hanya mencintai keseronokan dan kepuasan sehingga menenggelamkan rasa takut dalam diri. Dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak ,anda akan lebih dapat memahami tenaga tersebut. Mereka bebas bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa rasa prejudis. Lihat pergerakkan alam bulan, bintang ,pokok air terjun dan sebagainya akan memberikan anda ilham untuk jadi lebih berani. Begitu juga dengan perhatikan tingkah laku haiwan

Sesungguhnya rasa cinta itu dapat menakluki rasa takut.

Tip ini hanyalah beberapa panduan yang dapat dikongsikan. Ada banyak lagi tip yang berkesan akan dikongsikan untuk dipraktikkan.

Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas