Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Friday, December 14, 2007

Minda bawah sedar boleh dimanupulasi untuk kebaikkan


Ketahui rahsia bagaimana memanipulasikan minda bawah sedar anda untuk menjana dan memaksimumkan potensi sebenar anda!
Minda sedar akan meneliti kepercayaan-kepercayaan yang diperolehi dari 5 pancainderaan dan kemudian membentuk tanggapan tersendiri. Bagi membentuk tanggapan segala maklumat yang ada di dalam minda bawah sedar akan diproses bagi mengujudkan kepercayaan-kepercayaan baru lalu membentuk konsep diri seseorang . Konsep diri seterusnya akan mngujudkan trait seseorang dan sterusnya terbentuklah apa yang dikatakan sebagai personaliti. Persona bermaksud topeng.. Tanggapan ini adalah merupakan kayu ukur untuk minda mengarahkan sistem biologi dalam badan bergerak secara automatis seterusnya kepada tindakan anggota luaran seperti mata, telinga,kaki dan tangan.

Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah tentang kesan PLACEBO.
Untuk memudahkan pemahaman dibentangkan beberapa kajian yang dibuat di barat.

Satu kajian telah dibuat di sebuah sekolah di barat iaitu sekumpulan pelajar yang besar di ambil kemudian dikelas kepada pelajar bermata biru dan bermata coklat.

Pelajar bermata biru telah didedahkan maklumat bahawa daripada kajian-kajian lepas menunjukkan telah membuktikan mencapai keputusan yang cemerlang di dalam semua bidang terutama bidang akademik. Segala maklumat yang diberi mengarah kepada pelajar bermata biru adalah hebat.

Manakala pelajar bermata coklat didedahkan dengan maklumat bahawa kajian-kajian lepas membuktikan pencapaian pelajar bermata coklat adalah sederhana dalam semua bidang. Begitu juga dengan bidang pelajaran.

Kesmua pelajar ini diberikan satu kursus yang mana selepasa 6 bulan mereka akan diuji.
Selepas peperiksaan satu keputusan yang menakjubkan telah diperolehi. Di mana kebanyakkan pelajar-pelajar bermata biru menperolehi keputusan yang cemerlang berbanding pelajar bermata coklat. Walaupun ada sesetengah pelajar bermata biru adalah pelajar yang lemah. Begitulah sebaliknya bagi pelajar bermata coklat. Walaupun ada yang pelajar cemerlang pada asalnya tetapi mendapat keputusan yang rendah.
(Sebenarnya tiada kajian yang dibuat tentang perbandingan pelajar mata biru dan coklat. Maklumat itu sengaja direka untuk melihat apakah sistem kepercayaan akan dapat mengubah sikap dan tindakan pelajar berkenaan)

Satu kajian juga telah dibuat di sebuah hospital. Sekumpulan besar pesakit-pesakit ulcer telah diuji. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A telah diberitahu mereka akan diberikan ubat yang terbaik di dunia. Peratus kesembuhan amat tinggi. Kesemua pesakit minum ubat berwarna merah itu dengan penuh kepercayaan bahawa ubat itu akan menyembuhkan mereka. Bagi kumpulan kedua pula ubat yang sama diberi tetapi dimaklumkan mungkin boleh sembuh. Pesakit –pesakit mencuba ubat tersebut.

Hasil keputusan yang menakjubkan di mana pesakit kumpulan A ,hampir 90% telah sembuh, manakala pesakit Kumpulan B hanya 5% sahaja yang sembuh.
( Sebenarnya kesemua pesakit tersebut diberikan air biasa yang dicampur dengan pati sirap dan dimasukkan perasa)
Akhir sekali sebuah kisah ada masa lalu di mana satu kumpulan asakar telah berperang.
Sebuah pasukan telah berundur untuk mengatur strategi kerana jenderalnya merasakan mereka akan kalah. Ramai tentera yang telah mati. Askar musuh ramai dan terlalu kuat.

” Wahai tentera-tenteraku. Kita berundur bukan menyerah kalah tetapi ingin membuat satu permohonan”, tegas jenderal. Semua askar kebingungan. Permohonan apa?

”Lihat pada tangan ku ada sekeping siling yang hebat. Kita akan membuat permohonan pada tuhan, Tandanya jika syiling menunjukkan bahagian kepala , bermakna kita akan menang dalam peperangan ini. Jika sebaliknya menunjukkan bahagian ekor, kita akan kalah”, sambung jenderal lagi.

Jenderal pun melemparkan syiling itu. Semua askar berdoa. Apabila jatuh sahaja syiling itu bahagian kepala di bahagian atas.Semua askar bersorak kegembiraan . Satu semangat yang baru dan hebat meledak di dalam jiwa mereka.

Mereka berjuang bermati-matian kerana mereka tahu tuhan pasti memberi kemenangan pada mereka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan musuh.

Orang kanan jenderal bertanya,” Bagaimana jenderal memastikan syiling itu akan menunjukkan bahagian kepala? Apa akan jadi kalau bahagian ekor yang diperolehi”
Jenderal memberi jawapan,” Panglimaku, sebenarnya duit itu kedua-duanya kepala kerana aku telah menampal dua syiling menjadi satu”
” Oh Begitu rupanya” ( kisah perang ini hanya rekaan sahaja)

Jadi sebenarnya apa sahaja yang dipercayai oleh minda bawah sedar semuanya benar jika minda sedar memilih membuat keputusan untuk mempercayai hal tersebut. Minda kita sebenarnya boleh dimanupulasi untuk kebaikan.



Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas