Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Friday, August 8, 2008

Ajaibnya Kuasa Sentuhan!

Apa yang anda lakukan jika tiba-tiba berlaku kecederaan pada anggota badan ? Ia. sudah tentu anda akan memegang bahagian tersebut. Tahukah anda tindakan yang anda lakukan itu secara automatik.

Kelakuan memegang tempat yang sakit itu sebenarnya dapat membantu sistem badan anda untuk melegakan rasa kesakitan . Sentuhan yang anda lakukan tidak kira misalnya anda pening kepala , sebenarnya telah membantu meringankan rasa kesakitan tersebut.

Kajian yang dibuat di pusat kajian Miami telah membuktikan kuasa sentuhan tangan kita adalah sesuatu yang amat menakjubkan. Kajian tersebut telah membuktikan sentuhan dapat:-

1) Meningkatkan sistem imun (pertahanan badan di mana kawasan tempat sentuhan terdapat penghijrahan sel darah putih yang bertindak sebagai daya tahan badan berkumpul dengan banyaknya.

2) Meredakan stress (tekanan).

3) Megurangkan paras glukos pada pesakit diabetis.

4) Mempercepatkan pemulihan luka dan tulang yang patah

5) Mengurangkan rasa kebimbangan.

6) Mengurangkan tahap kemurungan

7) Mengurangkan rasa kebimbangan dan kemarahan

8) Melegakan rasa dukacita

9) Melegakan dan membantu sembuhkan penyakit.

10) Membantu penurunan tekanan darah .

11) menambahkan rasa selera makan



Apabila kita memeluk bayi,isteri dan anak, satu perasaan lega kerana serotonin diaktifkan apabila berlaku sentuhan. Serotonin adalah cecair hormon yang dapat meningkatkan rasa gembira. Dengan sentuhan juga dopamin dapat ditingkatkan. Kekurangan Dopamin menyebabkan manusia akan nyanyuk dan terkena penyakit parkinson. Dengan memeluk anak-anak, maka sistem kecerdasan mereka dapt ditingkatkan.Ini adalah berdasarkan satu kajian telah dilakukan bahawa anak-anak yang sering mendapat pelukan dari ibu bapanya mempunyai kecerdasan,penghargaan kendiri tinggi dan keyakinan yang lebih tinggi dari yang tidak berbuat demikian.

Sentuhan tangan dan mendekatkan tangan di kawasan yang sakit sama ada pada diri sendiri dapat membantu melegakan malah boleh juga menyembuhkan penyakit sepertimana yang diamalkan oleh pengamal perubatan REIKI. Pada tangan tersebut mengalir tenaga magnetik dan elektrik yang dapat memperbaiki sistem pertahanan badan. Pengamal REIKI menggunakan tenaga aura dan getaran seperti tanah, air, api , cahaya matahari dan tumbuh-tumbuhan dari alam semula jadi dengan izin Allah lalu mengalirkan tenaga ini sebagai rawatan kepada penyakit fizikal badan.

Bagi para suami sekalian pula rajin-rajinlah peluk dan mencium isteri supaya kamu dan isteri selalu sihat dan ceria kerana sentuhan anda adalah ajaib! Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas