Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, August 30, 2008

TEKNIK 1 MENGGUNAKAN KEMAHIRAN MINDA BAWAH SEDAR






Atas permintaan seorang pembaca blog cahaya akal yang ingin mempelajari bagaimana menggunakan teknik menjana minda bawah sedar maka di sini saya perturunkan cara bagaimana untuk mengaktifkan minda bawah sedar.
Bermulanya teknik ini adalah dengan perhubungan antara minda sedar ( CM) membuat arahan kepada minda bawah sedar (SCM). CM adalah ibarat kapten kapal manakala SCM adalah anak-anak kapal yang akan sentiasa bersedia patuh pada arahan ketuanya.





Apa sahaja setting program yang dimasukkan diterima tanpa dipersoalkan oleh minda bawah sedar.


Tiga saluran atau mode yang berhubung ialah pendengaran, penglihatan dan hati(emosi) yang ketiga-tiganya adalah berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat janakuasa adalah HATI.


Apa sahaja visualisasi, audio dan perasaan yang anda masukkan di dalam sanubari anda semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika anda menonton tayangan gambar . Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda bawah sedar anda menganggap ianya benar. Jika cerita sedih anda ,tanpa disedari mengalirkan airmata dan begitu sebaliknya


Baiklah . sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7 kali.




Duduk bersila dalam keadaan selesa dan jika boleh tempat yang nyaman.


Cantumkan ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua tangan yang diletakkan di atas peha (tapak tangan hadap atas)



Sebelum itu setkan minda anda bahawa apabila anda ingin kembali sedar bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil memetik jari anda sebagai suis untuk anda sedar dalam keadaan normal.




Sekarang pejamkan kedua belah mata anda. Cuba kosongkan fikiran . Bayangkan anda merehatkan otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke hujung kepala. Bermakna anda tidak menguasai lagi otot-otot anda dan ianya berada dalam keadaaan santai dan rehat.latar pandangan anda PUTIH.


tarik nafas panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa amat relax.
Seterusnya lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4 iaitu 4 detik tarik nafas. 2 detik tahan nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut. Anda juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 / 8 . Bayangkan semasa anda menarik nafas anda menyedut getaran/ gelombang tenaga dari tenaga alam seperti tanah, tumbuhan, angin, cahaya dan air masuk ke dalam tubuh anda sehingga berada 2 inci di bawah pusat anda. Bayangkan dari pusat tersebut tenaga secara berpusat mengalir ke segenap tubuh badan anda. secara pancaran mentari,.


Apabila anda menghembuskan nafas, bayangkan segala kekotoran, penyakit, kegelisahan dan tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman yang menyakitkan perasaan anda keluar dari mulut anda. Lakukan berulang kali sehingga anda berada dalam keadaan sawai.

Selepas itu bilang dalam hati 100 hiingga 1,. Katakan pada diri semakin menurun nombor semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam nombor menurun . jadikan penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata anda seolah-olah mata anda hanya satu iaitu di tengah alis mata.




Hasilnya anda akan 'melihat' bulatan warna ungu yang besar dan bergerak ke hadapan semakin mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong (channel) . Ianya berputar-putar lawan jam.


Anda sekarang berada dalam laluan yang menghubungkan minda sedar dengan dunia minda bawah sedar.

Setelah anda berada di alam ini maka anda boleh setting peribadi mana yang anda inginkan

Sebagai latihan awal anda visualkan anda berada di satu tempat yang kering kontang. Apabila anda melalui kawasan itu tiba-tiba kawasan tersebut ditumbuhi rumput menghijau, pokok-pokok yang kering mulai berdaun dan mengeluarkan buah serta sungai yang kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai berkembang. Di mana sahaja anda lalui di situ kawasan akan subur.


LIhat visual permandangan tersebut dengan terang dan berwarna warni. Hidulah bau wangi rumput dan bunga-bungaan yang berkembang. Dengarkanlah arus sungai yang mengalir dan desiran angin sepoi-sepoi bahasa.


Rasailah perasaan yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan kenikmatan ,kehebatan mennyelinapi sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan merasai suatu perasaan , belaian alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan anda berasa suatu perasaan bersyukur yang jauh bermakna kepada kehebatan dan kebesaran Allah.


Ingat!angan terlalu asyik sehingga anda tidak mahu 'pulang' . Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil petik jari dan sedarlah pada mood normal.BUKA MATA ANDA. Anda akan merasai kesannya. SEGAR<> DAN TERAMAT SANTAI JIWA.


SELAMAT MENCUBA. SESIAPA YANG TELAH MENCUBA HARAP DAPAT CERITAKAN DI RUANGAN COMMENT SUPAYA PENGALAMAN ANDA DAPAT DIKONGSIKAN DENGAN PEMBACA YANG LAIN. TERIMA KASIH.





Read More......

SISTEM 6 PENAPIS AIR BIO ALKALINE NANO TECHNOLOGY








1. PENAPIS PERTAMA: Seramik Berkualiti Tinggi
Fungsi: Jenis seramik bermutu tinggi berupaya menapis zarah-zarah halus, berkesan menapis hingga 99.99% bakteria berbahaya (termasuk e.coli, kolera, salmonella, klebsiella, dll), lumpur, asbestos, karat, mendapan, sisa kotoran dan lain-lain.

2. PENAPIS KEDUA: UF SEDIMENT FILTERPenapis Karbon Teraktif diiktiraf oleh NSF bersama Metal Ionizing Converter (KDF)
Fungsi: Menghapuskan logam berat yang berbahaya, bahan kimia seperti THMS (Trihalomethanes), bahan organik, racun serangga, bahan kimia dan lain-lain. Berupaya menapis logam berat serta sisa radioaktif yang berbahaya.

3. PENAPIS KETIGA: NSF Certified Resin Softener )
Fungsi: Menyingkirkan klorin, bahan kimia, bahan organik, warna dan bau yang tidak meyenangkan. Mempunyai ciri untuk menghapuskan dan mencegah bakteris daripada membiak. Larutan pelbagai mineral semulajadi terpilih diperlukan oleh badan seperti kalsium, megnesium, kalium, natrium, selenium, zink, iodin dan unsur-unsur minority yang penting dalam air boleh meningkatkan fizikal badan dan memperbaiki rasa air menjadi lebih sedap dan semulajadi.

4. PENAPIS KEEMPAT: NANO Kalsium BIO Energy Converter-F2000 (Korea).
Fungsi: Penukar (converter) Tenaga Nano terkini dari Korea, ia boleh mengeluarkan tenaga 3 kali ganda lebih daripada penukar (converter) biasa. Ia memecahkan kelompok-kelompok molekul air kepada kelompok-kelompok bertenaga yang lebih halus dan mudah diserap oleh badan kita. Mengandungi kandungan oksigen lebih tinggi. dapat meningkatkan kadar metabolisme dan proses penyingkiran toksin badan.

5. PENAPIS KELIMA: SILVER CARBON FILTER Karbon Teraktif berketumpatan Tinggi bersama Bola-Mineral Berakali diiktiraf oleh NSF.
Fungsi: Karbon aktif ini selanjutnya menyingkirkan rasa bau yang tidak menyenangkan supaya meningkatkan rasa air dan kadar larutan oksigen didalam air. Ia boleh mengekalkan pH air dalam keadaan neutral, meningkatkan ion-ion kalsium dalam air.

6.PENAPIS KEENAM UF SEDIMENT FILTER 0.01M Penapisan peringkat akhir untuk segala pepejal dan kotoran halus

AIR UNTUK KESIHATAN ANDA SEKELUARGA

ZAINUDIN BIN OMAR
0139835318
096263966
D 109 KAMPUNG PALOH SUNGAI KIAT
20050 KUALA TERENGGANU

PENGHANTARAN PERCUMA
HARGA RM1500
DAPATKAN HARGA KILANG RM600 Read More......

KEREMAJAAN KULIT ANDA : MINYAK KELAPA DARA









perkara di mana kulit anda akan benar-benar kelihatan Muda

1-Kawal dari pendedahan cahaya matahari yang berlebihan.
2-Elakkan dari amalan ‘Diet Yo-Yo’.
3-Penggunaan minyak kelapa dara.
Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.
Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut.
Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit.
Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati.
Minyak kelapa dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.
Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.

4-Rehatkan otot-otot muka anda.
5-Pengambilan Omega-3 yang banyak.
6-Elakkan merokok.

Dr Joseph Mercola
(pengarang Total Health Program)
dan Rachael Droege
Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas