Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, August 30, 2008

TEKNIK 1 MENGGUNAKAN KEMAHIRAN MINDA BAWAH SEDAR






Atas permintaan seorang pembaca blog cahaya akal yang ingin mempelajari bagaimana menggunakan teknik menjana minda bawah sedar maka di sini saya perturunkan cara bagaimana untuk mengaktifkan minda bawah sedar.
Bermulanya teknik ini adalah dengan perhubungan antara minda sedar ( CM) membuat arahan kepada minda bawah sedar (SCM). CM adalah ibarat kapten kapal manakala SCM adalah anak-anak kapal yang akan sentiasa bersedia patuh pada arahan ketuanya.





Apa sahaja setting program yang dimasukkan diterima tanpa dipersoalkan oleh minda bawah sedar.


Tiga saluran atau mode yang berhubung ialah pendengaran, penglihatan dan hati(emosi) yang ketiga-tiganya adalah berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat janakuasa adalah HATI.


Apa sahaja visualisasi, audio dan perasaan yang anda masukkan di dalam sanubari anda semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika anda menonton tayangan gambar . Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda bawah sedar anda menganggap ianya benar. Jika cerita sedih anda ,tanpa disedari mengalirkan airmata dan begitu sebaliknya


Baiklah . sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7 kali.




Duduk bersila dalam keadaan selesa dan jika boleh tempat yang nyaman.


Cantumkan ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua tangan yang diletakkan di atas peha (tapak tangan hadap atas)



Sebelum itu setkan minda anda bahawa apabila anda ingin kembali sedar bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil memetik jari anda sebagai suis untuk anda sedar dalam keadaan normal.




Sekarang pejamkan kedua belah mata anda. Cuba kosongkan fikiran . Bayangkan anda merehatkan otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke hujung kepala. Bermakna anda tidak menguasai lagi otot-otot anda dan ianya berada dalam keadaaan santai dan rehat.latar pandangan anda PUTIH.


tarik nafas panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa amat relax.
Seterusnya lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4 iaitu 4 detik tarik nafas. 2 detik tahan nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut. Anda juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 / 8 . Bayangkan semasa anda menarik nafas anda menyedut getaran/ gelombang tenaga dari tenaga alam seperti tanah, tumbuhan, angin, cahaya dan air masuk ke dalam tubuh anda sehingga berada 2 inci di bawah pusat anda. Bayangkan dari pusat tersebut tenaga secara berpusat mengalir ke segenap tubuh badan anda. secara pancaran mentari,.


Apabila anda menghembuskan nafas, bayangkan segala kekotoran, penyakit, kegelisahan dan tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman yang menyakitkan perasaan anda keluar dari mulut anda. Lakukan berulang kali sehingga anda berada dalam keadaan sawai.

Selepas itu bilang dalam hati 100 hiingga 1,. Katakan pada diri semakin menurun nombor semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam nombor menurun . jadikan penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata anda seolah-olah mata anda hanya satu iaitu di tengah alis mata.




Hasilnya anda akan 'melihat' bulatan warna ungu yang besar dan bergerak ke hadapan semakin mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong (channel) . Ianya berputar-putar lawan jam.


Anda sekarang berada dalam laluan yang menghubungkan minda sedar dengan dunia minda bawah sedar.

Setelah anda berada di alam ini maka anda boleh setting peribadi mana yang anda inginkan

Sebagai latihan awal anda visualkan anda berada di satu tempat yang kering kontang. Apabila anda melalui kawasan itu tiba-tiba kawasan tersebut ditumbuhi rumput menghijau, pokok-pokok yang kering mulai berdaun dan mengeluarkan buah serta sungai yang kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai berkembang. Di mana sahaja anda lalui di situ kawasan akan subur.


LIhat visual permandangan tersebut dengan terang dan berwarna warni. Hidulah bau wangi rumput dan bunga-bungaan yang berkembang. Dengarkanlah arus sungai yang mengalir dan desiran angin sepoi-sepoi bahasa.


Rasailah perasaan yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan kenikmatan ,kehebatan mennyelinapi sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan merasai suatu perasaan , belaian alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan anda berasa suatu perasaan bersyukur yang jauh bermakna kepada kehebatan dan kebesaran Allah.


Ingat!angan terlalu asyik sehingga anda tidak mahu 'pulang' . Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil petik jari dan sedarlah pada mood normal.BUKA MATA ANDA. Anda akan merasai kesannya. SEGAR<> DAN TERAMAT SANTAI JIWA.


SELAMAT MENCUBA. SESIAPA YANG TELAH MENCUBA HARAP DAPAT CERITAKAN DI RUANGAN COMMENT SUPAYA PENGALAMAN ANDA DAPAT DIKONGSIKAN DENGAN PEMBACA YANG LAIN. TERIMA KASIH.





27 comments:

  1. Saya kena copy artikel ini dan baca berkali-kali sebelum melakukannya...InsyaAllah akan cuba juga satu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. selamat mencuba tirana. nanti jgn lupa kongsi pengalaman anda

    ReplyDelete
  3. oh! artikel ini memang yang sy cari-cari saat ini, yg sedikit tegang dlm otak hiruk dengan kerja dan beberapa perancangan yang tidak menjadi kebelakangan ini,semestinya tension meskipun mampu tersenyum tawa..

    Ah! tak sabar nak lakukannya di rumah, petang ini..masa yg amat sesuai.
    Tapi betul juga spt kata Tirana, kena fahami dulu baru blh buat..

    ReplyDelete
  4. saya akan cuba lakukan teknik nie,untuk meningkatkan keyakinan diri...

    ReplyDelete
  5. Kalau xboleh 'pulang' anda akan jadi mcm yg dlam cerita matrix tu...jasad ada kat dunia nyata tp minda ada di alam lain. Anda akan berada dalam keadaan sawai sampai sesuatu samada bunyi, sentuhan mengganggu konsentrasi anda. Kalau nak practise, saranan saya, beritahu seseorang yang anda nak bersendirian pada waltu tertentu sj. Dan gerakkan dengan memanggil dan sentuh jika tiada feedback.

    ReplyDelete
  6. SAYA AMAT MINATI..MINDA SEPARA SEDAR DAN DALAM PERCUBAAN MELAKUKAN..AJAIB.

    ReplyDelete
  7. Ini bukan sebarangan ilmu yg di ajar..harus yakin pada diri...jika tersalah langkah tiada siapa yg dpt menolong anda kecuali org yg berpengalaman dlm Hypnopsis...

    ReplyDelete
  8. masalah selepas dari itu saya sentiasa terlihat titik diantara dua mata saya berwarna ungu dan susah utk mnghilangkanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tandanya six sense dan spiritual anda ditahap tinggi

      Delete
  9. maaf teks sebelumnya hilang, saya pernah dapat teknik ini hmpir serupa dgn tuan,tapi secara ilham, sedikit berbeza tapi ada yg sama, saya dapt byk ilmu ttg alam dan boleh melihat peribadi seseorg,

    ReplyDelete
  10. selain itiu saya boleh melihat cahaya atau biasan cahaya atau gelombang yg lembut keluar dari tangan dan tapak tgn

    ReplyDelete
  11. Masa hembus nafas nk kena niat atau lafaz kuat 2..terima kasih

    ReplyDelete
  12. Ilmu ini bgus tiada kesan negatif sy dh hampir 20 tahun bermain dgn minda banyak pnglmn dh berjya dgn mind Dgn bermcm teknik sy pnh guna untuk lulus periksa alhmdulilh.untk temuduga kerjA..mndpt gdis idaman hati.menang perbicaraan di mahkmah walaupn mmg sy bersalah..pnh di tahan di lokap kerana lumba haram..bila dlm lokap sy guna teknik supaya sy dpt klua lokap dgn cepat tnpa di sangka dlm masa 1,2 ari alhmdulilh tiba2 di bebaskn stelah tu dpt surat untk prbcaraan..pdhal geng yg lmba haram skali x klua pn...apa pn alhmdulilh smpai la skrg sy masih mngunakan minda dri kerja jd kuli sampai sy dh jd tokey punyai perniagaan sndri kmudian sy guna lg untk tarik rezeki atau duit dri arah berpnjuru alhmdulilh hsilnya plnggan makin rmai...apa pn...minda tiada yg mustahil anda adalah apa yg anda pikirkn.

    ReplyDelete
  13. Ilmu ini bgus tiada kesan negatif sy dh hampir 20 tahun bermain dgn minda banyak pnglmn dh berjya dgn mind Dgn bermcm teknik sy pnh guna untuk lulus periksa alhmdulilh.untk temuduga kerjA..mndpt gdis idaman hati.menang perbicaraan di mahkmah walaupn mmg sy bersalah..pnh di tahan di lokap kerana lumba haram..bila dlm lokap sy guna teknik supaya sy dpt klua lokap dgn cepat tnpa di sangka dlm masa 1,2 ari alhmdulilh tiba2 di bebaskn stelah tu dpt surat untk prbcaraan..pdhal geng yg lmba haram skali x klua pn...apa pn alhmdulilh smpai la skrg sy masih mngunakan minda dri kerja jd kuli sampai sy dh jd tokey punyai perniagaan sndri kmudian sy guna lg untk tarik rezeki atau duit dri arah berpnjuru alhmdulilh hsilnya plnggan makin rmai...apa pn...minda tiada yg mustahil anda adalah apa yg anda pikirkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat hazrul shahril.. in shaa Allah sy akn mencubanya

      Delete
    2. Salam Tuan Hazrul..ada number wassap x?

      Delete
    3. Salam Tuan Hazrul..ada number wassap x?

      Delete
  14. Boleh guna teknik untuk menang supereme sport toto..

    ReplyDelete
  15. Saya dah cuba amalkan..tapi masih belum dapat lagi warna ungu tu. Nak tanya semasa membilang nombor 100 secara menurun tu...masa masih tertutup lagi ke?

    ReplyDelete
  16. Saya dah cuba amalkan..tapi masih belum dapat lagi warna ungu tu. Nak tanya semasa membilang nombor 100 secara menurun tu...mata masih tutup lagi ke?

    ReplyDelete
  17. Saya dah cuba amalkan..tapi masih belum dapat lagi warna ungu tu. Nak tanya semasa membilang nombor 100 secara menurun tu...mata masih tutup lagi ke?

    ReplyDelete
  18. Nak tanya,tengah alis mata tu macam mana

    ReplyDelete
  19. Terbaik..saya amalkn bertafakur dimlm hari..mengosongkn minda sambil hati berzikir mengingati ALLAH..diketika tu mata hati akn terlihat bermacam² cahaya yg berwarna warni dan ahkirnya pandangan akan focus pada satu cahaya shj..alhamdulillah hati sentiasa tenang walau dlm keadaan yg kacau bilau..tabah dlm segala perkara..bnyk mendapat petunjuk sebelum sesuatu perkara yg besar berlaku

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas