Apa sahaja yang anda idamkan sebenarnya digerakkan oleh satu kuasa kurniaan Allah yang mengizinkan kita memilih perbuatan kita samada baik atau jahat. Kuasa ghaib ini boleh menggerakkan seluruh elemen rohani dan jasad anda bagi memperolehi seseuatu hajat.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
MMmManakala perbuatan yang jahat itu adalah juga ikhtiar manusia yang dizinkan Allah kepada terjadinya perbuatan tersebut. Jelasnya manusia mempunyai kausai ikhtiar yang dizinkan Allah
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
Kuasa ini berkait rapat dengan getaran tenaga emosi samada getaran tenaga negatif atau pun positif. Kuasa ini amat menakjubkan sehingga ianya dapat digunakan untuk menundukkan alam ini dengan izin Allah. Kuasa ini batasannya hanya Allah jua yang mengetahui kerana kemampuan ini Allah anugerahkan bagi bekalan kepada manusia yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini. AR Rum :41
Sejarah telah membuktikan, apabila kuasa ini digunakan oleh manusiaumi ,mereka dapat menakluki lautan, bumi malah angkasa lepas sekalipun. Setiap orang mempunyai kuasa ini tetapi
hanya mereka perlukan ilmu untuk menerokai kehebatan INVICIBLE FORCE ini.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." Al Baqarah:30
Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan. Shaad :26
Allah bersifat amat pemurah dengan mengurniakan satu tenaga yang amat ajaib tetapi malangnya ramai yang seringkali membuat batasan pemikiran sehingga mereka gagal untuk mencipta kejayaan di dunia dan akhirat. Sepatutnya kita sebagai orang Islam hendaklah menggunakan super power ini untuk membina kejayaan di dunia dan di akhirt seperti mana yang telah digunakan oleh cendikiawan Islam seperti AR Razi, Ibnu Sina,AlkWarizmi dan sebagainya,.
Tamadun Islam berkembang dengan jayanya yang mana jika tanpa sumbangan ilmuan Islam ini dunia masih lagi dalam zaman gelap. Orang-orang barat mengambil ilmu tanmadun Islam lalu di upgradekan sehingga banyak kejayaan telah mereka capai.
Invicible FORCE ini letaknya jauh di sudut hati kita. Lagi bersih hati kita maka lagi kuat KUasa Invicible force ini.
Kesimpulannya, dengan kuasa ini anda boleh jadi apa sahaja dan memiliki apa sahaja yang anda kehendaki dengan izin Allah bagi meraih kejayaan dunia dan akhirat. Di sinilah jelas menunjukkan sifat adil Allah dengan memberikan kuasa memilih di tangan manusia
Read More......
Seminar QSQ
6 years ago