Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, November 24, 2007

KISAH BENAR (KEHEBATAN kATA-KATA MOTIVASI)


En Ahmad memandang hari-hari yang mendatang sungguh suram. Hidupnya dirasakan tidak bermakna lagi. 10 tahun usaha penat gigihnya mengusahakan perniagaan kilang hancur lebur.. Dia diistiharkan bangkrup. Rumah bunglownya baru disita. Dia buntu.Tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Baginya dunia telah sampai penghujungnya.. Selama ini kehidupanya amat mewah. Tapi kini tiada apa yang tinggal lagi. Dia hampir berputus asa. Dalam keadaan yang penuh tertekan ,tiba-tiba teringat akan kawan lamanya yang bergiat aktif di dalam perniagaan MLM. Mereka berjumpa.En Ahmad menceritakan nasib malang yang menimpa kehidupannya. Harun amat bersimpati.

”Harun, aku nak minta pertolonganmu. Tolong beri pandanganmu”,pinta En Ahmad.
” Aku ni tak layak beri pandangan . Siapalah aku berbanding dengan kau
seorang pengusaha kilang”.
” Tolong aku , Harun”
Tiba-tiba terdetik di hati Harun untuk menolong kawannya. ” Baiklah. Aku harap kau tidak tersinggung dengan apa yang aku perkatakan”.
” Baiklah. Aku setuju. Teruskan”
” Begini. Aku nak tanya satu soalan. Kalau diberi pilihan antara mesin pencetak wang dengan wang RM 100.000, mana yang kau pilih?” soal Harun.
” Tentu aku pilih pencetak wang.”
” Baiklah. Cuba kau rasa dari hujung kepala hingga ke kaki, apa yang kurang?”
” Semuanya cukup”.balas En Ahmad.

” Boleh kau ingat peristiwa 48 jam yang lalu?”
” Ya, boleh”.

” Ahmad, sebenarnya kaulah pencetak wang itu. Allah cuma ambil wang kamu sahaja. Akal dan anggota badanmu masih kau boleh gunakan untuk bangkit semula” a
Ahmad tergaman mendengar pandangan yang membuka mindanya yang tersumbat. Dia sedar ilmu dan pengalamannya yang ada boleh digunakan. Harapanya kini mekar bercahaya.
” Terima kasih Harun” kau telah buka sinaran baru” Aku akan pegang kata-katamu”

5 tahun telah berlalu. En Ahmad kini telah berjaya membina empayar perniagaan yang lebih hebat daripada masa lalu. Kata-kata motivasi telah merubah perspektifnya. Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas