Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318
Showing posts with label Pengucapan awam. Show all posts
Showing posts with label Pengucapan awam. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Rahsia di sebalik pengucapan awam

Ucapan anda sungguh hebat! Ramai yang kagum dengan persembahan anda yang penuh bertenaga dan amat ceria. Mesj yang disampaikan amat jelas sehingga ramai yang ingin menjai seperti anda.APa rahsia anda?




Ada tiga ketakutan utama manusia.

TAngga yang ketiga adalah ular, kedua ialah kematian dan yang pertama adalah.... PENGUCAPAN AWAM.

Adakah rahsia atau trick untuk menjadi seorang pengucap yang hebat?

1) Kenal pasti ketakutan anda.

Apa yang anda takuti sebnarnya tidak wujud secara benar. Kebimbangan anda adalah tidak berasas . Ianya berdasarkan ciptaan ilusi di dalam miind aanda. Watak-watak anda dan penonton telah anda cipta dalam gamabaran minda anda sendiri. Tindak balas inilah yang menyebabkan ras takut nanda. Hal ini berlaku seara spontan akibat dari data gambaran yang telah anda ciptakan sendiri.

Oleh itu ketakutan anda sebenarnya reaksi daripada minda anda sendiri iaitu gambaran yang telah anda wujudkan.

2) Persediaan

Kunci utama kejayaan pengucapan awam adalah persediaaan yang anda lakukan

a) Apa bahan yang menarik ingin dikongsikan?
b) Bagaimana ianya boleh memberi keuntubngan atau manfaat yang besar padd pendengar?
c) Pemilihan isi-isi menarik dan tersusun?
d) Bagaimana hendak jadikan persembahan anda menarik?

3) Letakkan diri anda pada 'confident state'

CS adalh bermula daripada gambaran minda anda. ANda sendiri menyakinkan diri anda dalam gamabaran2 minda bahawa anda memang orang yakin.
Setelah disempurnakan bahagian dalaman , persiapkan pula dari aspek fizikal.

Apa pakaian yang selesa dan sesuai dengan majlis anda?
Berkelakuan dengan cara berdiri yang yakin, wajah yang yakin, gerakan anggota badan yg yakin. suara yang yakin. bernafas dengan yakin Semuanya bermula seperti lakonan tetapi lama kelamaan ianya akan jadi sebati denagn diri anda.

4) Kata-kata yang anda gunakan ada word sensory. COntoh rasa ( kelembutan. bau ( keharuman yang mewangi) lihat ( pandangan yang menarik) dengar ( suara yang merdu). ditambah dengan kata-kata ada sentuhan emosi. . Kata@ ini akan mengaktifkan pancaindera pendengar dan menjadikan ucapan anda benar@ hidup.

5) Lakukan pengucapan awam secara natural seolah@ anda sedang sampikan kepada orang yangh anda AMAT SAYANGI . ATAU RAPAT DENGAN ANDA. Emosi ini akan membolehkan mesej disampaikan dengan mendalam dari hatgi ke hati.

6) SUlam kan dengan penceritaan untuk mengaitkan ucapan anda keran asenua orang suka mendengar cerita

7) Gunakan analogi, metafora da kata@ kiasan bagi memberikan sulaman yang indah pada ucapan anda. Read More......

Monday, November 23, 2009

Tips menjadi pengucap profesional

Berucap di khalayak ramai memerlukan kemahiran supaya penyampaian mesej dapat dilakukan dengan menarik dan berkesan. Anda berupaya melakukanya jika anda mengikuti tips yang diamalkan oleh perucap profesional.


1. Ketahui topik yang ingin anda sampaikan. Bidang yang perlu anda sampaikan adalahlebih baik jika ianya anda mahir , minat dan anda cuma lakukan rujukan yang sesuai supaya anda menjadi lebih informatif.Persediaan bahan adalah penting mengikut struktur yang mudah untuk dipersembahkan nanti. Dan buat latihan dan latihan untuk mantapkan penyampaian.Pastikan anda sebut buku, artikel atau nama rujukan anda sebagai autoriti bahan anda.

2. Anda perlu mengetahui dan mengenali khalayak anda dari aspek demografi seperti umur, kawasan tempat tinggal, status, taraf pendidikan atau pekerjaan. Ini hanyalah sebagai panduan untuk selaraskan isi , bahasa dan pemikiran yang sesuai dengan kategori mereka. Raikan khalayak anda dengan pujian.

3. Ketahui dan kenali tempat yang anda akan sampaikan ucapan. Anda boleh pergi dahulu atau datang awal untuk anda melihat keadaan sekeliling, peralatan seperti Pa system dan sebagainya untuk anda rasakan 'kemesraan ' tempat tersebut. JIka anda rasa terbiasa maka anda akan hilang rasa kekok bila berada di situ semasa berucap.

4. Kawalan diri . Rasa gemuruh anda hendaklah dimanfaatkan kerana perasaan ini dapat membantu anda mencapai persembahan yang mantap/Jadikan perasaan ini sebagai kawan dan bukannya lawan anda. Apa yang penting anda perlu melakukan kaedah pernafasan yang betul. Tumpuan terhadap isi yang ingin disampaikan akan membolehkan anda mengawal perasaan gemuruh tersebut. Bercakaplah dengan khalayak seperti anda bercakap dengan rakan baik anda iaitu adanya rasa kemesraan.

5. Bermulalah dengan senyuman semasa anda membuat persembahan. Jalinkan hubungan dengan khalayak. Tarik perhatian mereka dengan permulaan yang menarik misalnya cerita , pertanyaan dan maklumat terkini. Nyatakan objektif dengan jelas supaya khalayak tahu apa manfaat yang mereka akan dapat dalam ucapan anda.

6.Hubungan mata anda dengan khalayak hendaklah dilakukan dengan baik yang dapat menunjukkan anda sedang bercakap dengan mereka. Lakukan pandangan anda pada segenap sudut supaya khalayak tidak rasa ketinggalan.

7. Pakaian yang sesuai mengikut majlis anda. Jagalah kekemasan rupa paras anda seperti rambut, misai, janggut nampak kemasa dan bersih . Jangan sesekali berpakai pakaian yang menjolok mata.Berpakaian rapi dan tidak selekeh.

8. Untuk mempamerkan gerakan postur badan yang baik anda hendaklah terlebih dahulu membuat visualisasi sebelu ucapan. Gambarkan keadaan anda yang menarik dari segi penyampaian dan gerakan anggota badan juga dari aspek pertuturan dan emosi anda. lakukan berulang kali sehinggakan anda merasakan seolah-olah khallayak amat menyukai anda di pentas. Anda sebenarnya telah menghantarkan mesej ini pada minda bawah sedar anda . Dan segala bayangan minda anda akan ditonjolkan secara spontan apabila anda membuat ucapan sebenar. Elakkan seluk poket, mengaru-garu anggota badan, berdiri bongkok, memeluk tubuh , bercakap menundukkan kepala.. Berdirilah dengan rasa keyakinan.Emosi yang stabil dan yakin akan menonjolkan gerakan bahasa badan yang baik.Jika emosi tidak keruan bahasa badan anda akan mempamerkan sesuatu yang tidak sedap dipandang mata dan ada rasa ketidakselesaan pada pandangan khalayak.

9.Cari bahan-bahan lawak untuk anda selitkan dalam ucapan anda. Cerita-cerita yang menarik juga boleh diselitkan dalam ucapan anda bagi menghidupkan suasana.

10. Pelbagaikan nada suara anda dari segi tempo ,kelajuan mengikut seperti isi ucapan. ucapkan dengan jelas sebutan setiap perkataan mengikut bunyi vokal dan kosonananya. masukkan emosi di dalam nada suara anda. Gunakan bahasa sastera di mana yang perlu. Jadikan ucapan anda dramatik seperti pelakon terkenal.

11.Libatkan khalayak di dalam ucapan anda seperti minta pendapat, pertanyaan dan sebagai contoh yang baik sahaja.

12.Jauhi perkataan seperti aahh,,, apa ni ,, emmmh... dan diganti dengan senyapkan suara dan bahaa badan seolah anda sedang berfikir.

13. Jangan sesekali minta maaf semasa sedang berucap kerana akan merendahkan rasa hormat khalayak pada anda. Ucapan maaf adalah diakhir ucapan.

14. Faktor 'Wow" hebatnya penceramah ini adalah rasa kekaguman khalayak anda kerana anda telah dapat memikat pendengar anda . Mereka telah dapat inspirasi, terhibur, semakin bermotivasi rasa seronok serta ada sesuatu yang dapat mereka jadikan panduan untuk kebaikan mereka.
15. Tinggalkan sesuatu pada khalayak seperti rasa ingin tahu , pertanyaan dan menyebabkan mereka berfikir atas ucapan anda menjadikan anda seorang perucap yang hebat dan diingati.

Read More......

Tuesday, April 21, 2009

Teknik pengucapan awam


Apabila disuruh untuk berucap di depan orang ramai pelbagai reaksi yang akan diberikan oleh setiap orang. Bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa berdebar-debar, gementar dan takut? Sebenarnya setiap speaker samada yang baru, lama atau yang dikenali di seluruh dunia, semuanya mengalami peristiwa yang sama terutamanya rasa gemuruh untuk bercakap di khalayak awam.

Saya juga tidak terkecuali mengalami perasaan tersebut. Dengan mempelajari teknik-teknik yang betul maka lama-kelamaan rasa gemuruh dan gementar dapat di atasi dan dikawal apabila telah terbina keyakinan diri setelah berulangkali berceramah.

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca teknik-teknik pengucapan awam yang mudah dan berkesan.

1)Ada niat dan azam untuk berucap di hadapan orang ramai.Niat dan azam akan mencetuskan semangat yang akan memberikan satu getaran tenaga bagi menghadapi apa jua halangan semasa kita berucap dan melalui proses kematangan. Jika kita sentiasa mengelakkan diri maka sampai bilapun kita akan berasa takut .

2)Mula membuat pemerhatian pada perucap-perucap untuk kita jadikan sebagai penduan. Dengar nada pertuturan dan ucapan dari aspek nada tinggi rendah. Lihat pergerakan tubuh badan dan mimik muka mereka.

3)Perlu buat persediaan sebelum berucap. Sediakan rangka dan isi yang ingin kita sampaikan. Kenal pasti sasaran khalayak kita dan apa keperluaan mereka mendengar isi ucapan kita.Buat rujukan yang perlu.
4) Buat latihan denga menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di depan cermin. Perucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks.

5) Jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap.

6) Persediaan mental pula ialah sebelum anda berucap buat raptai mental. Berucap dahulu dalam pentas minda anda.'Lihat, dengar dan rasa kehebatan anda berucap dan penonton khalayak anda begitu mengkagumi anda dengan sambutan yang begitu hangat. Ulang tayang apa yang anda lhat,dengar dan rasaan emosi anda walaupun dari aspek realiti anda belum berucap. Teknik ini hanya untuk menanamkan dalam minda bawah sedar anda dan ianya akan terkeluar secara automatis semasa anda benar-benar berucap di khalayak ramai

7) Penerimaan diri. katakan : khalayak hanya ingin mendengar,melihat dan merasakan yang terbaik dari ku maka akan akan berikan yang terbaik. Fokus pada ucapan anda bukan pada kelemahan anda.Katakan : Apa sahaja yang berlaku aku terima dengan hati yang terbuka dan aku akan baiki dari masa ke semasa. Aku seronok dengan pengalaman baru yang aku lalui.Aku suka dengan diriku dan aku suka dengan khalayak yang mendengar ucapan ku. Aku hargai mereka.Aku sayangi mereka.

8)Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap mood emosi anda berada dalam mood positif. jika anda berasa dukacita, stress,kecewa, kurang bersemangat,bimbang tukarkan pada keriangan ,bersemangat, sayang, gembira, unggul dan sebagainya kerana sebarang mood anda sama ada positif dan negatif akan juga turut dirasai oleh khalayak anda.

9) Pandangan pertama (first impression)- Ianya penting dari aspek cara berpakaian yang sesuai dan pastikan anda mulakan dengan senyuman. Anda perlu menyukai semua khalayak anda. Kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat menyenangi khalayak anda perlu diutamakan.Mulakan dengan ice breaking dan bina hubungan dengan khalayak anda supaya dapt diwujudkan keserasian

10) Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup. Mukadimah 15% isi 70% dan penutup 15%

11) Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda. Terima ia seadanya dan beritahu pada diri : khalayak ku ingin mendengar ucapanku yang terbaik maka aku akan berikan yang terbaik setakat yang aku mampu pada masa ini. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan dengan perasaan debarku hilang bersama hembusan nafasku.Katakan ;Aku sedah benar-benar bersedia dengan ucapan ini.

12)Jika ada sebarang kesilapan misalnya tidak ingat maka teruskan sahaja ucapan anda dan jangan sesekali memohon maaf menampakkan kesalahan anda pada masa berucap.

13) Sulamkan ucapan anda dengan jenaka .

14) Pastikan anda tidak berucap seperti menaburkan peluru. Bercakap dengan jelas dan lantang ,jangan terlalu cepat dan pastikan setiap kata-kata anda berserta dengan ruh, jiwa,emosi dan fikiran anda. Ini akan memastikan ucapan anda penuh dramatik dengan nada-nada yang pelbagai yang menjadikan ucapan anda 'HIDUP'.Gunakan pergerakan tangan ,kaki dan mimik muka yang sesuai untuk mengambarkan emosi dan menjelaskan maksud ucapan anda.

15) Hubungan mata(eye contact)- Dalam perhimpunan khalayak yang ramai hubungan mata anda fokuskan titik penglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan pada bahagian tengah kemudian khalayak yang berada di penjuru sebelah kanan diikuti khalayak penjuru kanan di belakang, khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di bahagiang tengah. Cara ini membolehkan 'kuasa pandangan mata anda akan 'mengikat' khalayak anda untuk mendengar dan melihat anda dengan penuh minat
16) Pengalaman sebenar dan pemgalaman orang lain perlu dimasukkan dalam ucapan anda kerana kisah masyarakat menjadi daya penarik mengungkapkan maksud ucapan anda.

17) Datang 15 minit lebih awal untuk persiapan yang rapi supaya anda tidak kelihatan kelam kabut.

18)Alat bantuan juga boleh digunakan sebagai daya penarik dan menjelaskan maksud ucapan supaya tercapai objektifnya . Alat tersebut adalah seperti papan dan kertas mahjung,pen marker, sistem audio, laptop dan lcd dengan menggunakan power point atau sebagainya.

19 ) Perkara yang paling penting doa seperti doa rabbi srahli sadri wayassirli amri....hingga akhir

Selamat berucap!





HAK CIPTA TERPELIHARA (TEKNIK PENGUCAPAN AWAM)




Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas