Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, September 29, 2007

POWER OF THOUGHT

KUASA PEMIKIRAN

Cuba imbas kembali setiap kejadian berlaku adalah selepas berlakunya pemkiran terlebih dahulu samada positf atau negative. Tanggapan yang dibuat akan membawa kepada segala tindakan yang akan membentuk peristiwa sesuatu kejadian.Kepercayaan dan keyakinan menjadikan kita melakukan perkara tersebut . Ini adalah berkenaan kuasa pemikiran dalam mempengaruhi kehidupan kita seharian dari sejak kita lahir hingga sekarang. Apa yang telah berlaku bermula dari pemikiran yang tercetus di dalam minda kita berdasarkan keinginan dan keperluan kita. .Ringkasnya tindakan kita adalah hasil dari keputusan pemikiran yang bermain dalam diri kita sendiri. Apa yang kita anggap boleh dan tidak boleh bergantung kepada persepsi terhadap diri kita sendiri. Ianya juga berkait rapat dengan pembentukan konsep kendiri yang membentuk diri kita sebenarnya. Kita diberi kebebasan untuk memilih bagi membawa haluan diri kita. Miskin atau kaya sebenarnya adalah ciptaan dari minda kita sendiri yang membentuk tabiat kita iaitu tabiat orang kaya atau tabiat orang miskin yang seterusnya membentuk realirti kehidupan kita yang sebenarnya. Miskin dan kaya adalah pilihan yang sebenarnya kita yang cipta nasib kita sendiri.terrtakluk kepada ketentuan Allah.Awasilan pemikiran anda!
Anda boleh memanipulasi pemikiran anda dengan membayangkan secara berulang situasi mana yang anda kehendaki kehidupan yang anda inginkan. Sebagai contohh anda ingin jadi seorang penceranah yang hebat!. Bayangkan situasi berkenaan secara mendengar secara dalaman dan melihat secara dalam minda bayangan anda dan rasakan suasana dengan emosi anda secara berulang-ulang. Buat sehingga sebati dengan diri anda dan anda benar-benar mempercaya Itulah diri anda sebenarnya. Read More......

Friday, September 28, 2007

MAKMURKAN REZEKI ANDA

MAKMURKAN REZEKI ANDA

1. TAQWA KEPADA ALLAH
2. MULA SIMPAN
3. BELANJA BERPATUTAN
4. TEWASKAN HUTANG
5. LABUR WANG ANDA
6. KAJI PERBELANJAAN ANDA
7. BINA BELANJAWAN
8. CARI PENDAPATAN KEDUA
9. TENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA
10. BAYAR UNTUK DIRI ANDA
11. CARI PENGETAHUAN BARU
12. BINA SEBERAPA RAMAI SAHABAT
13. BERGAUL DENGAN ORANG BERJAYA.
14. TUNAIKAN ZAKAT
15. BANYAKKAN SEDEKAH
16. INFAQ DI JALAN ALLAH


TAQWA

Rezeki adalah kurniaan dari Allah . Dia yang amat pemurah memberikan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki tanpa hisab. Taqwa adalah kunci terbaik untuk kita memperolehi rezeki yang diberkati dan membawa manfaat untuk kehidupan kita dunia dan akhirat. Rezeki yang makmur adalah faedah yang akan diperolehi bagi kebaikan dunia dan akhirat. Bukan dinamakan rezeki jika puncanya adalah haram kerana ia akan membawa kecelakaan kita dunia dan akhirat.
Di mana hasil dari sumber yang haram akan menjerumuskan diri kita ke dalam api neraka.

PERBELANJAAN BERHEMAH
. Kehendak adalah lebih besar dari keperluan . Kehendak tiada had dan batasan. Keperluan adalah memadai apa yang hendak kita gunakan secara berkesan dan tidak membazir. Apabila hendak berbelanja pastikan apakah ianya kehendak atau keperluan. Pastikan juga belanja kita tidak melebihi dari pendapatan jika tidak wujudlah hutang.
Amalan yang amat berguna ialah rancang perbelanja pada barangan yang diperlukan. Cara ini sebenarnya kita belanja dengan menggunakan akal bukan dengan nafsu.
Merngetahu belanja tetap bulanan juga dapat membantu kita meneluarkanwang dengan berhemah dan bijaksan. Cara ini nmpak leceh tetapi banyak faedah yang akan diperolhi. Antaranya kita dapat mengawal perbyang tidakelanjaan. Masa dapat dijimatkan dengan kita terus menuju kepada barangan keperluan kita
Ketahuilah berapa belanja yang anda perlukan. Biasanya bagi pengguna tdak senaraikan barangan mereka hanya ikut hati ambil sahaja barang dirasa berkenan di hati . Tanpa disedari jumlahnya meningkat dan dibayar sahaja barangan yang mugkin tidak mustahak. Read More......

FADHILAT RAMADHAN

Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”
(Hadis riwayat Muslim)
Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”
(Shahih Ibnu Khuzaimah)

Maksudnya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

KESEMPURNAAN PUASA MEMBAWA MANUSIA KEMBALI KEPADA FITRAH SEBENAR SUCI ,BERSIH DAN KUDUS UNTUK BERTEMU DENGAN ALLAH DENGAN TANGGANYA TAQWA DAN SURGA BALASANNYA.


SUMBANGAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK KESOM Read More......

Monday, September 24, 2007

RAHSIA TAMBAH PENDAPATAN

1. TAQWA KEPADA ALLAH
2. CARI PENDAPATAN KEDUA
3. LANGSAIKAN HUTANG
4. BELANJA BERHEMAH
5. RANCANG PERBELANJAAN
6. LABURKAN WANG ANDA
7. MULA SIMPAN
8. TETAPKAN MATLAMAT PENDAPATAN
9. BELAJAR ILMU BARU
10 BERGAUL DENGAN ORANG BERJAYA
11SENARAIKAN PERBELANJAAN ANDA
12. TAHU BEZAKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas