KUASA PEMIKIRAN
Cuba imbas kembali setiap kejadian berlaku adalah selepas berlakunya pemkiran terlebih dahulu samada positf atau negative. Tanggapan yang dibuat akan membawa kepada segala tindakan yang akan membentuk peristiwa sesuatu kejadian.Kepercayaan dan keyakinan menjadikan kita melakukan perkara tersebut . Ini adalah berkenaan kuasa pemikiran dalam mempengaruhi kehidupan kita seharian dari sejak kita lahir hingga sekarang. Apa yang telah berlaku bermula dari pemikiran yang tercetus di dalam minda kita berdasarkan keinginan dan keperluan kita. .Ringkasnya tindakan kita adalah hasil dari keputusan pemikiran yang bermain dalam diri kita sendiri. Apa yang kita anggap boleh dan tidak boleh bergantung kepada persepsi terhadap diri kita sendiri. Ianya juga berkait rapat dengan pembentukan konsep kendiri yang membentuk diri kita sebenarnya. Kita diberi kebebasan untuk memilih bagi membawa haluan diri kita. Miskin atau kaya sebenarnya adalah ciptaan dari minda kita sendiri yang membentuk tabiat kita iaitu tabiat orang kaya atau tabiat orang miskin yang seterusnya membentuk realirti kehidupan kita yang sebenarnya. Miskin dan kaya adalah pilihan yang sebenarnya kita yang cipta nasib kita sendiri.terrtakluk kepada ketentuan Allah.Awasilan pemikiran anda!
Anda boleh memanipulasi pemikiran anda dengan membayangkan secara berulang situasi mana yang anda kehendaki kehidupan yang anda inginkan. Sebagai contohh anda ingin jadi seorang penceranah yang hebat!. Bayangkan situasi berkenaan secara mendengar secara dalaman dan melihat secara dalam minda bayangan anda dan rasakan suasana dengan emosi anda secara berulang-ulang. Buat sehingga sebati dengan diri anda dan anda benar-benar mempercaya Itulah diri anda sebenarnya.
Seminar QSQ
6 years ago
No comments:
Post a Comment