Andaikan anda mengambil 2 botol yang sama saiz , bentuk dan kualiti. Iskan botol yang pertama dengan budu dan yang satu lagi minyak wangi. Apakah nilainya sama jika diletakkan di pasaran?
Sudah tentunya tidak. Harga minyak wangi boleh mencecah Rm 2000 manakala sebotol budu budu mungkin berharga RM 2.00.Apa yang menyebabkan harganya berbeza? Tidak lain dan tidak bukan ialah nilaian yang ada di dalam botol tersebut walaupun botol itu adalah sama.
Begitu juga ada individu yang dibayar 1 jam RM2 manakala yang lain ada yang dibayar
RM 2000 1jam. Mengapa kedua-duanya berbeza? Ia sememangnya nilaian yang dimiliki seseorang yang dibayar pada pasaran kerja.
Jadi bagi meningkatkan pembangunan diri anda maka tingkatkan nilaian anda di pasaran kerja untuk dibayar selayaknya.
Bagaimana untuk meningkatkan nilai diri?
Lihat:-
1) Pengalaman diri - Analisa semula diri anda beomula dengan 5 tahun sebelumnya. Jika anda masih meneruskan cara berfikir ,bersikap dan bertabiat sama seperti 5 tahun lalu maka sudah tentu hasilnya sama pada 5 tahun akan datang. Jangan mengharapkan kejayaan jika sistem yang sama masih anda teruskan. Dalam keadaan tenang cuba senaraikan apakaha kelemahan-kelemahan dan kekuatan yang anda miliki bermula dengan peristiwa 5 tahun sebelumnya dan berundur lagi 5 tahun. Senaraikan ikut kategori cara berfikir , tabiat, sikap dan amalan yang anda lakukan. Kemudian senaraikan kategori yang patut anda miliki bersesuaian dengan matlamat dan cita-cita anda. Pastikan anda telah menyenaraikan matlamat jangka panjang dan jangka pendek.
2) Pengalaman orang lain- Lihat sekeliling anda. Apa sahaja yang orang lain mampu lakukan , anda juga mampu melakukannya. Anda cuma perlu meniru. Minda anda yang menetapkan sama ada anda mungkin boleh melakukan atau tidak boleh melakukan. Semuanya anda mampu perolehi jika Anda menetapkan MUNGKIN boleh terjadi.Insya Allah.Anda cuma perlu mempunyai sikap PMA (Positive Mental Attitude) . merancang, bertindak dalam 'gelanggang' dan sentiasa melakukan pembaikan dan tambah nilai dalam kerja anda seterusnya Istiqamah ,berdoa sehingga berjaya.
3) Buku- melalui buku anda dapat pelajari pelbagai cara meningkatkan keboleh an dan pelbagai kemahiran bagi meningkatkan nilai diri anda pada bidang yang anda ingin ceburi.
4) Hadiri kelas-kelas yang menyediakan kemahiran yang anda minat dan cita-citakan
Semuanya ini anda boleh lakukan dengan cara melakukan PEMERHATIAN, PENDENGARAN dan HATI (PEMIKIRAN).
Buat Pemerhatian di sekeling anda untuk mengintai peluang dan belajar apa sahaja meningkatkan nilai diri anda. Begitu juga dengarkanlah apa sahaja maklumat dari orang lain di persekitaran mahupun di luar pesekitaran anda. Dengan meluaskan pandangan dan pendengaran dari pelbagai maklumat .anda mampu untuk menggunakan pemikiran anda melalui hati bagi meningkatkan NILAI DIRI ANDA!>SELAMAT BERJAYA
Read More......
Seminar QSQ
6 years ago