Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Tuesday, December 30, 2008

Garisan masa (Timeline)- teknk merentasi masa

Hidup kita amat singkat .Kita cuma ada 3 detik.Iaitu sedetik nafas lalu,nafas kini dan sedetik nafas akan datang.Itulah masa yang kita lalui setiap masa. Kali ini saya ingin berkongsi cara bagaimana menggunakan time line bagi mencipta suasana kehidupan yang kita inginkan .Insyaallah.Teknik ini hanyalah sebagai pembantu dan pemangkin bagi penyelarasan aktiviti biologikal,fizikal dan psikologikal seperti yag anda mahukan apabila anda berada pada masa depan.Teknik ini amat hebat!


Setiap kali sebelum saya hendak berceramah, terlebih dahulu saya akan merentasi masa hadapan dahulu.Dengan menggunakan potensi minda dengan kenderaan(modality) pendengaran (Auditory),penglihatan(Visuality) dan kinestik , saya telah 'berada' terlebih awal dalam majlis tersebut.

Saya dapat dengar, lihat dan rasa dengan jelas bagaimana situasi yang saya inginkan berlangsung dalam sesi ceramah tersebut.Ceramah yang hebat,Sambutan yang hangat, pendengar yang berminat dan berlangsung dalam keadaan yang menyeronokkan. Semuanya telah saya alami.Kemudian saya ulang tayangkan peristiwa tersebut sehingga saya rasa ianya benar-benar meresap dalam jiwa saya.Dengan cara ini saya telah merakamkan peristiwa tersebut dalam minda bawah sedar saya dan boelh di recall secara automatis apabila sesi sebenar bermula.

Amat menakjubkan! Apabila sesi sebenar berlangsung, 'peristiwa' yang telah saya lalui
benar-benar terjadi,malah kadang-kadang melebihi dari apa yang saya jangkakan.


Teknik time line:-

1) Tentukan dengan jelas apa yang anda mahukan pada masa depan. (Kehendak anda mestilah kuat) .Gunakan kuasa niat.Sebaik-baiknya anda tuliskan keinginan anda

2) Baca ayat Qursi atau berdoa Ya Allah engkaulah yang maha mengetahui apa yang berlaku pada masa depan dan pada masa lalu.Jadikanlah apa yang berlaku pada masa depan seperti yang aku niatkan.Dan apa sahaja yang berlaku semuanya adalah baik di sisi-Mu kerana engkau amat mengetahui apa yang baik untukku.

3)Cari tempat yang tenang dan santaikan diri.Tutup mata anda dan bebaskan minda anda dan kosongkan skrin bayagan minda . Bayangkan anda berada pada satu garisan putih yang bercahaya. Garisan yang panjang itu terbahagi kepada 3 kronologi masa lalu,masa kini dan masa hadapan.Anda sekarang berdiri di tengah-tengah garisan tersebut.

Dengan tekad yang kuat, luncurkanlah diri anda pada garisan menuju masa depan yang telah anda niatkan. Kini anda berada di tempat yang anda inginkan.Sebagaimana anda inginkan peristiwa yang terjadi pada diri anda, sekarang anda dapat lihat dengan terang peristiwa tersebut. Masukkan diri anda dalam diri individu yang kelihatan itu. Gunakan keupayaan visual anda ,mendengar dengan jelas sama ada suara anda atau suara orang di sekeliling anda.

Begitu juga terangkan penglihatan anda dari setiap sudut dengan jelas dai aspek warna, besar kecil,jarak dan sebagainya. Yang paling penting sekali anda benar-benar dapat merasakan suasana dari aspek ruang, suhu dan perasaan anda yang benar-benara dapat merasakan peristiwa itu sepeti terujua ,seronok, neyakinkan dan apa sahaja yang menjadikan diri anda keseluruhan (ONENESS).

Apa yang anda alami ialah hologram diri anda yang akan meresap ke dalam diri anda dan di simpan dalam minda bawah sedar anda dan akan dikelurkan secara automatis apabila suasana sebenar berlaku. Ingat apa yang telah anda alami sebentar tadi itu adalah sebenarnya peristiwa yang dirakamkan sebagai benar oleh minda bawah sedar anda. Anda telah menghasilkan satu tenaga iaitu ke mana minda bergerak, tenaga akan mengikutinya.Ulang tayangkan peristiwa tersebut sehingga anda benar-benar puas hati .Tandanya apabila anda membuka mata anda benar-benar dapat rasakan anda melalui peristiwaa tersebut.

Time line anda tidak terbatas. Anda boleh tentukan masa mendatang 2 hari, minggu, bulan dan tahun. Bergantung kepada peristiwa masa akan datang yang anda ingin ciptakan (Ini juga merupakan doa apa yang anda ingin berlaku pada diri anda)
Sebagai contoh ingin menjual,temuduga,kerjaya,bersosial,hubungan dan banyak lagi.
Selamat mencuba.

Saya ingin pendapatan tambahan. Sila KLIK.





Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas