Salam mesra pada pembaca blog cahaya akal. Musim Pilihanraya telah menjelang tiba. Penamaan calon telah pun dilaksanakan. Dalam masa beberapa hari lagi, kita semua berpeluang untuk mengundi calon -calon yang kita pertaruhkan untuk memimpin kita ke arah dunia mahupun akhirat. Di dun ia dan di akhirat, kita akan terus bersama pemimpin yang kita akan pilih. Mereka akan membawa kita sama ada taat pada Allah atau sebaliknya.
Sebenarnya kita telah pun diberikan panduan untuk memilih calon yang sesuai. Ianya terbentang luas di dalam Al-Quraan dan Al-Hadis yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.aw. Dengan panduan tersebut hati nurani kita yang bersih akan tahu siapa calon yang perlu kita pilih.
Inilah kehebatan ilmu ,cahaya dari petunjuk Al-Quraan. Berbahagialah orang-orang yang memilih calon yang tepat kerana kehidupan pemimpin dan pengikut akan sentiasa beroleh kebarkahan dan kebajikan dunia dan akhirat. SELAMAT MENGUNDI
Read More......
Seminar QSQ
6 years ago