Kepintaran rohani ( Spiritual Intelligence)
Apabila seorang sahabat nabi bertanya siapakah orang yang paling pintar? Lalu nabi menjawab orang yang paling ialah orang yang sentiasa mengingati kematian dan menyediakan bekalan untuk kehidupan selepas matinya.
Bagi orang Islam ,semua telah tahu bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara dan akhirat kehidupan yang lebih baik dan kekal.
Allah sediakan hanya 2 perkampungan iaitu samada syurga atau neraka. Beruntunglah mereka yang mempunyai kepintaran rohani dapat megenal dan mematuhi perintah Allah di dunia ini. Bagi orang yang mempunyai kebodohan rohani , bagi mereka adalah penyesalan yang amat sangat ketika mereka berada di neraka.
Berkatalah mereka penghuni neraka,
“ Hai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka, kami akan menjalankan amal soleh yang tidak seperti perbuatan kami dulu’ Surah Fatir :37
Allah menjawap pertanyaan mereka,
“ Bukankah Aku telah memberimu umur untuk ingat jika memang engkau itu orang yang ingat , dan telah mendatangimu juru pemberi ingat? Maka rasakanlah siksa , dan orang yang berdosa itu tidak ada yang memberi pertolongan” Surah Fatir:37
Begitulah semasa di dunia ini ramai yang ingkar pada Allah. Penduduk dunia menjangkaui 7 Billion. Mereka yang beragama Islam hanyalah sekitar 1 billion lebih. Ini tidak termasuk orang Islam yang tidak patuh mengerjakan perintah Allah. Bermakna Iblis telah berjaya memperdayakan anak cucu Adam lebih 6 billion pada ketika ini.
Setelah disumbat ke dalam neraka, barulah mereka mengakui mengetahui kebesaran Allah.
“ Hai Tuhanku, saya telah mengetahui dan mendengar (keadaan siksa yang saya dustakan dulu) maka kembalikan saya ( Ke alam dunia lagi) untuk beramal soleh dan saya sekarang sudah yakin ( akan adanya hari pembalasan) Surah As-Sajadah :12
Allah Maha pengasih dan penyayang. Dikurniakan manusia akal fikiran untuk melihat tanda kebesaranNya.Dengan berpandukan Nur Al-Quraan manusia mampu untuk mengenali Penciptanya
“ Dan pada bumi ada tanda-tanda ( Yang membuktikan Keesaan dan Kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu) Surah as-Zariyat : 20-21
Hanya dengan hidayah Allah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang memiliki kepintaran rohani.
Read More......
Seminar QSQ
6 years ago