Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Tuesday, November 27, 2007

TEKNIK MENGGUNAKAN SUBCONSCIUS ANDA!



TEKNIK MENGGUNAKAN MINDA BAWAH SEDAR ( SUBCONSCIUS MIND)




SubCM adalah satu wadah yang telah sedia ada di dalam roh manusia. Justeru itu kemampuan Sub CM amat luar biasa. Ia pernah digelar gergasi yang tidur oleh pakar motivasi barat. Sebenarnya kemampuannya mencakupi seluas alam semesta yang di cipta oleh Allah. . Iaitu getaran (power) yang ada pada Sub CM itu lebih laju dari cahaya yang terlaju . lebih berkuasa dari kehebatan cahaya. .Sub Cm boleh menembusi segala sempadan di alam semesta ini. Dan boleh menuju ke alam ghaib, ke alam akhirat dan merasai kehebatan Allah .Sehingga ujudnya Ehsan. Itulah kekuatan yang hakiki. ”Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu nampak dan jika tidak boleh sesungguhnya Allah melihat kamu. Kekuatan minda menjadi tanggung jawab yang besar kerana dengan minda Allah kurniakan kebaikan ,maka dengan akal juga manusia akan disiksa.

Langkah mengaplikasikan SUB CM
Waktu penggunaan- Selepas mennaikan solat (Yang terbaik jika solat Qiamulail) kerana gelombang Alpha otak pada ketika itu berada pada tahap tertinggi.
Mulakan dengan membaca Basmallah dan Selawat kepada Nabi. Duduk di dalam keadaan tenang, tarik nafas nisbah 1 : 4 : 2 - (4 - 16- 8) iaitu 4 tarik nafas hingga ke perut , 16 tahan nafas dan kiraan 8 hembus nafas . Tarik nafas melalui hidung dan hembus nafas melalui mulut. Ulang sehingga 5 kali paling kurang.
Sekarang tenaga sel badan anda berada dalam keadaan yang amat bertenaga dan getaran (frekuensi minda) berada pada tahap 8-12 hz) iaitu di panggil juga sebagai tahap lali. Kejam kan mata . kosongkan minda. Jadikan skrin layar di dalam minda anda putih bersih.
Sekarang keluarkan diri anda dari tubuh mulai dari kaki hingga ke hujung kepala ( Melalui imaginasi) secara perlahan-lahan. Sekarang anda boleh ’lihat’ diri anda sedang duduk dan anda sekarang berada terapung-apung di udara. Untuk latihan anda boleh ’menjelajah ke mana sahaja anda hendak pergi. . Sekarang anda nampak pula bumbung rumah anda. Terus menjelajah sehingga rumah anda kelihatan kecil. Terus lagi anda mencecah awan dan melihat lautan yang luas terbentang. Apungkan lagi badan anda sehingga anda lihat bumi dari angkasa. Terus lagi menjelajah hingga ke angkasa raya melihat sistem suria dan planet-planet yang mengelilinginya. ( Dengarkan suara angin, lihatkan dengan sejelas-jelasnya gambaran tersebut dan rasakan suasana sekelilingnya dan menembusi emosi kehebatan anda) Ingat kawalan untuk mengecil atau membesarkan suara begitu juga sifat terangnya gambaran tersebut berserta warnanya – anda sendiri pengawalnya kerana remote control di tangan anda! Sekian sahaja latihan pertama yang amat menakjubkan _Cubalah rasakankehebatannya! Kaedah akan di sambung jika ada permintaan ......
Read More......

KEAJAIBAN MINDA BAWAH SEDAR ANDA!

SIGEMUK DENGAN HARIMAU






Pada suatu petang di Zoo Melaka, seorang pemuda gemuk yang
juga mempunyai penyakit lelah berdiri memerhatikan seekur harimau.
Harimau di dalam kandang itu pun memandangnya.
Oleh kerana terlampu geram dan juga kelaparan, harimau itu melompat dengan kuatnya sehingga melepasi kandang yang tinggi lalu pemuda tersebut.
Pemuda gemuk itu terkejut. Apa yang dia boleh lakukan. Seumur hidupnya dia tidak pernah berlari dan dia juga ada penyakit lelah.
Dia tidak sempat berfikir lagi kerana harimau semakin hampir . Lalu dia berlari sekuat hati untuk menyelamatkan dirinya. Akhirnya dia terselamat .

Apa yang membuat dia begitu hebat? Yang mengerakkanya ialah kuasa minda bawah sedar ( SUBCONCIUSMIND). Minda ini adalah sebahagian dari diri manusia yang begitu hebat. Orang yang hebat tahu untuk memanipulasi minda bawah sedar untuk mencapai kegemilangan dalam hidupnya. Dalam hal biasa minda bawah sedar bertugas sebagai mengawal aliran darah, degupan jantung, penghadaman dan emosi. Emosi adalah alat yang menyebabkan berlakunya pelbagai rasaan jiwa di dalam diri seseorang..
Minda bawah sedar ini bolehlah dibaratkan sebagai software di dalam perisian komputer .Apa yang diisi di dalam minda bawah sedar adalah semuanya dipercayai ’benar’-benar ada dan berlaku. . Contoh , pada masa lalu tiada kapalterbang. Tetapi ada manusia yang membayangkan manusia boleh terbang . Akhirnya , manusia bukan sahaja boleh terbang malahan telah sampai ke bulan dan angkasa lepas. Inilah peranan kehebatan minda bawah sedar yang ada di dalam diri manusia tetapi ramai yang tidak tahu untuk menggunakanya.
Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas