Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Wednesday, December 19, 2007

Bagaimana mengatasi kebimbangan anda?

Foooooh.. bimbang sungguh aku....apa akan jadi kalau.....emm..


Bagaimana nak atasi kebimbangan?

Kebimbangan yang tidak terkawal akan menyebabkan seseorang mendapat gangguan mental.

Bimbang adalah perspektif minda yang menjangkakan sesuatu keadaan akan menjadi semakin buruk pada seseorang. Apabila kebimbangan berada pada tahap yang tinggi ,boleh mencetuskan gangguan mental dan seterusnya membawa kepada penyakit fizikal seperti lemah jantung, sakit kepala, barah terutama ulcer iaitu barah usus.

Kajian pakar psikologi mendapati lebih daripada 95% daripada kebimbangan itu tidak berasas dan tidak berlaku pada seseorang. Gambaran minda dan suara dalaman dan tentang peristiwa yang menakutkan telah memberikan kesan yang buruk dan mejejaskan emosi . Lama-kelamaan pesakit akan mendapat gangguan mental dan penyakit tubuh badan yang serius.

Apabila bimbang , seseorang akan berada pada mode sedih, berduka cita dan kerisauan. Sistem kimiawi dalam badan akan menjadi tidak stabil.Adrenalin dikeluarkan dalam keadaan yang banyak walaupun sebenarnya tidak diperlu Minda bawah sedar telah mengaktifkan sistem ini secara automatis walaupun gambaran minda itu tidak benar tetapi ancaman itu dianggap benar. Bayangkan jika kebimbangan itu berlanjutan sehingga 3 bulan.Istilah psikologi dalam situasi ini ialah FIGHT or FLIGHT. Sebenarnya sistem ini adalah tersedia untuk tindak balas di dalam fisiologi badan untuk mempertahankan diri.

Sistem alert ini bertindakbalas pada gambaran minda dan suara dalaman . Jika keadaan yang negatif akan menyebabkan sistem jantung mengepam lebih laju, sistem penghadaman akan berkurangan atau terhenti dan biokimia badan akan bertindakbalas sebagai persediaan fight atau flight..Inilah sebab mengapa mereka yang sering bimbang dan tidak terkawal akan menghidap gastrik dan barah usus. Punca awal ialah masalah sembelit dan buasir. Sistem fisiologi badan yang tidak seimbang akan menyebabkan daya tahan badan menjadi lemah kerana tenaga banyak telah dikeluarkan pada maklumat palsu iaitu gambaran dan suara dalaman yang negatif.

Langkah mengatasi kebimbangan

1.Kaji situasi kebimbangan dan jangkakan apakah kesan buruk yang akan berlaku dan berjanji pada diri akan bersedia untuk TERIMA apa sahaja.

2.Tuliskan senarai tentang APA yang dibimbangkan.

3. Senaraikan BAGAIMANA kita dapat memperbaiki atau menyelesaikan apa yang dibimbangkan.

4. Ambil keputusan daripada alternatif yang dibuat.

5. Lakukan tindakan segera satu persatu. ( Kita tidak boleh menelan epal sebiji melainkan kita gigit sedikit demi sedikit). Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas