Tenaga di dalam tubuh badan kita boleh berkurangan jika selalu melakukan perbuatan yang tidak baik atau perbuatan yang berdosa . Daya tahan badan kita dari aspek fizikal, mental dan rohani akan terjejas dan mudah untuk jatuh sakit jika amalan-amalan yang keji sentiasa dilakukan. Oleh itu kita perlu memiliki tenaga menyatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak baik.
1) Katakan tidak atau jauhkan diri pada pertuturan dan persekitaran suara-suara yang sentiasa bersifat komplen atau rungutan-rungutan yang tidak puas hati terhadap cuaca, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Rungutan hanyalah menghasilkan getaran emosi negatif yang mana getaran ini boleh menjejaskan emosi dan tenaga atau mood seseorang. Jika sesuatu yang tidak kena , apa yang patut dibuat ialah kenalpasti masalah tersebut dan cari jalan penyelesaian atau berhubung dengan mereka yang boleh bantu selesaikan masalah tersebut.
2) Katakan tidak pada gosip dan umpatan kerana perkara ini boleh membawa bencana dan keburukan bagi diri anda dan hubungan yang rengang keran boleh membawa kepada perasaan benci dan boleh menyebabkan berlakunya pernusuhan dan pergaduhan.
3) Katakan tidak kepada percakapan yang lara dan yang sia-sia. Barang siapa yang beriman pada hari akhirat hendaklah dia keluarkan perkataan yang baik-baik jika tidak berdiam diri. Perkataan yang sia-sia tidak boleh membawa manfaat malah menyedut tenaga kita dengan lebih banyak, Orang yang suka cakap yang sia-sia akan sentiasa di dalam keadaan yang letih dan jiwanya tidak akan rasa tenteram
4)Katakan tidak pada fikiran yang negatif.Fikiran negatif akan melemahkan mental dan daya juang kita dan seterusnya akan meletihkan jiwa raga kita.
5) Katakan tidak kepada kerisauan dan kebimbangan, Perasaan ini adalah sangkaan tanpa pengetahuan yang betul. Ramai oang yang menderita rasa tertekan akibat dari rasa bimbang yang tidak menentu. Akibatnya tenaga akan terlalu banyak digunakan dan menyebabkan orang itu rasa tidak bermaya keran sukar untuk tidur dan fikirannya akan menjadi letih dan dia akan mudah mengalami kelupaan. Orang yang sentiasa rasa bimbang akan juga mudah menjadi seorang yang pemarah
6) Katakan tidak kepada suara-suara dalaman yang memperlekeh dan merendah-rendahkan kita. Anda boleh mengawal suara ini dengan mengemukakan pertanyaan pada emosi tersebut.
7) Katakan tidak kepada diri anda yang ingin berbohong atau berdusta.
8) Katakan tidak pada diri anda yang ingin mengeji, mencaci atau memperlekehkan orang lain . Tenaga anda akan digunakan terlalu banyak untuk mencetuskan situasi yang tidak baik itu . Ianya akan menjejaskan mental dan memberikan kesan buruk kepada fizikal dan rohani anda.Orang yang mengeluarkan kata-kata yang tidak baik akan menderita penyakit tekan jjiwa yang melampau dan dia akan sentiasa rasa resah dan gelisah.
Oleh itu gunakanlah kuasa TIDAK bagi melestarikan dan menjadikan kehidupan anda sentiasa bertenaga, sihat ceria dan harmoni di mana sahaja anda berada.
Read More......
Seminar QSQ
6 years ago