Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Wednesday, November 28, 2007

KUASA HEBAT DALAM DIRI ANDA!




Minda bawah sedar ( SUB CM) menerima segala maklumat samada realiti atau fantasi semuanya sebagai BENAR belaka. Modalitinya adalah 3 cara iaitu melalui pendengaran, penglihatan dan hati (akal). Inner Voice , Inner Image and Inner Mind adalah 3 serangkai yang menjana SUB CM. Melalui Inner Voice , anda boleh menjana Affirmasi (Power of Affirmation). Melalui Inner Image pula anda akan menjana Imaginasi ( Power of Visualization ) dan Melalui Inner Mind anda boleh menjana Kehendak ( Power of Will)
Kesemua tenaga yang hebat ini telah disebut di dalam AlQuraan berulang kali pada 1428 tahun yang lampau.

”Sesungguhnya pendengaran dan penglihatannya serta hati semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya ” ( Surah al-Isra:36)

dan banyak lagi ayat-ayat dalam al-Quraan yang setiap kali mesti dimulakan dengan Pendengaran, Penglihatan dan Hati. Pendengaran diletakkan pada tempat pertama kerana kuasa dan pengaruhnya begitu hebat. Dengan mendengar anda sebenarnya boleh ’melihat’ Sebagai contoh bila anda mendengar drama dalam radio. Kod Suara di radio ditukarkan dalam bentuk imej pada minda anda. Penggunaan Ultra sound dapat melihat bayi dalam kandungan. Kuasa pendengaran juga amat hebat sehingga digunakan oleh Syaitan untuk mempengaruhi manusia supaya ingkar pada Allah .

Dari kejahatan( Bisikan ) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” ( An-Nas : 4-5) .
Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas