Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Thursday, February 19, 2009

Tambatan (Anchoring) adalah teknik mengekalkan emosi pada persembahan puncak top performing



Tiger wood sentiasa dapat mengekalkan prestasinya pada persembahan puncak iaitu sentiasa berulangkali mendahului pesaingnya di bidang sukan golf.begitu juga penceramah terhebat dunia anthony Robbins sentiasa dapat mempersembahkan tahap persembahan puncak apabila beraksi di pentas. Mengapakah mereka sentiasa ke hadapan dan kerap kali memberikan persembahan puncak yang mengkagumkan?


Salah satu teknik yang digunakan adalah dengan menggunakan teknik tambatan(anchoring).Teknik ini dapat mengekalkan mereka pada emosi positif yang puncak seterusnya memainkan peranan dalam kawalan tahap fisiologi dan biolgi yang dikehendaki mencapai tahap kecemerlangan.

Kaedah ini pada mulanya ditemui oleh Ivan Pavlov dalam kajiannya terhadap rangsangan yang diberikan pada seekor anjing. Setiap kali sebelum dia memberi makan anjing itu maka loceng dibunyikan. Hal ini dibuat berulang kali. Sehinggakan pada satu masa hanya loceng sahaja dibunyikan, anjing itu secara automatis telah mengeluarkan air liur walaupun tiada makanan. Bunyi loceng tersebut telah menjadi tambatan berkait yang menyebabkan emosi yang dapat mempegaruhi sistem biologi anjing tersebut.

Tambatan boleh dilakukan secara visual, audio ,kinestik, olfactory(bauan) dan gustatory (rasa).

Tambatan membolehkan anda berada pada state yang anda inginkan. Sebagai contoh anda pernah berasa begitu hebat sekali di mana apa sahaja yang anda lakukan amat 'menjadi'

Ataupun saat anda mencapai sesuatu kemenangan dan anda berasa begitu hebat sekali.

Cara tambatan ialah:-

1) Merasakan emosi yang kuat ketika anda mengalaminya pada saat puncak. Cuba ingat kembali dengan menggunakan deria dalaman anda. Iaitu pendengaran, penglihatan dan kinestik (emosi) dalaman anda. Ingatkan kembali ekpresi wajah anda, cara anda bernafas, cara anda berdiri, gaya dan bentuk postur, gerakan tangan anda dan emossi anda ketika itu. Cuba berulangkali dan berikan skala 1 hingga 10 keberkesanannya.
Setiap kali anda mencuba berikan skala ke arah penyamaan tahap tersebut

2) Pastikan semuanya berkait dengan diri anda iaitu anda sendiri berada dalam tubuh yang anda bayangkan dan bukannya anda sedang menonton tubuh anda secara berasingan.

3) Apabila anda rasa perasaan tersebut dengan kukuh pada skala 10 maka gunakan tambatan yang anda selesa gunakan misalnya anda menumbuk pada tangan kiri anda sambil berkata Ya atau yeeess atau hebatnya atau apa sahaja perkataan atau anda petik jari sambil berkata sesuatu.

4)Lakukan berulang kali iaitu panggil semula ingatan tersebut sambil melakukan tambatan. Buat berulangkali sehingga anda rasakan sebati.

5) Tamatkan perasaan tersebut dengan memikirkan perkara lain. Kemudian cuba ulangi proses dengan dapat merasakan perasaan tadi. Lakukan tambatan apabila perasaan itu kukuh kembali.

6) Uji tambatan anda. Letak diri anda dalam keadaan biasa atau neutral dan apabila anda rasa memerlukan maka 'firing the anchor' dan anda dapat rasakan emosi yang anda kehendaki, begitu juga dengan cara anda bernafas, berdiri, mimik muka , gaya gerakan tangan dan kaki jga postur anda secara automtik akan berada pada tahap cemerlang yang anda ing8inkan

Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas