Projeksi minda adalah lahir dari cerapan tiga dimensi minda anda iaitu kendiri material, kendiri spiritual dan kendiri sosial. Kendiri material ialah sifat fizikal tubuh badan. Kendiri spiritual ialah trait personaliti, sikap,nilai dan kepercayaan , Kendiri sosial ialah 'diri saya yang dikenali oleh orang di sekeliling ibubapa, ahli keluarga , rakan , guru-guru dan siapa sahaja di persekitaran.
'Ketiga-tiga diri anda akan menjadi satu bagi diprojeksi diri anda di alam nyata melalui perspektif atau tanggapan yang telah dipilih oleh akal dan minda bawah sedar anda untuk dipersembahkan di alam nyata.
Pengetahuan ini adalah amat berguna bagi menukarkan mode diri seperti yang anda idamkan. Contohnya dari mode diri pemalu kepada individu yang lebih berkeyakinan atau dari individu yang pasif kepada individu yang aktif dan disukai ramai.
Biasanya mode yang sering bermain di fikiran anda akan mendominasi projeksi diri anda di alam nyata. Seseorang yang sentiasa memikirkan betapa malangnya nasib mereka akan memprojeksikan diri mereka sebagai oramg yang kesugulan , tidak bermaya dan tidak berminat kepada orang lain. Akibatnya mereka ini akan sentiasa 'menarik' nasib malang dalam kehidupan mereka.
Anda sebenarnya boleh dengan mudah untuk menukar mode tersebut sebagaimana mudahnya anda menukar siaran televisyen kegemaran anda. Hanya memilih button yang sesuai dan klikkan sahaja. Anda yang pilih kehidupan bagaimana yang anda ingin projeksikan.
Langkah yang pertama ialah anda perlu terima diri anda dan mulai menyayangi diri dan kehidupan anda. Semestinya anda perlu sedar betapa YOU ARE AMAZING!
Allah sendiri telah mengiktirafkan betapa hebatnya diri anda dicipta dengan dibekalkan kelengkapan yang hebat bagi anda menuju kejayaan dunia dan akhirat.
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .
At Tin : 4
Anda adalah asalnya juara yang hebat. Anda bersama dengan lebih kurang 400 juta sperma yang berlumba-lumba menuju ke telur yang akhirnya anda seorang berjaya menembusi telur tersebut dalam kandungan ibu anda dan akhirnya berlaku persenyawaan.
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
Al Mukminun : 14
Keistimewaan kamu yang amat hebat ialah Allah anugerahkan kamu akal. Dengan akal kamu boleh memilih mana kehidupan yang terbaik kamu perlukan. Mengapa kamu masih lagi merasakan diri kamu adalah manusia yang tidak beruntung atau bernasib malang?
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabarani :
Terjemahan : Kejadian pertama yang dijadikan oleh Allah ialah akal, lalu ia diperintahkannya datang, akal pun datang. Kemudian ia diperintahkan supaya pergi, akal pun pergi. Kemudian Allah berfirman kepada akal : Demi kebesaran-Ku dan kemuliaan-Ku, tidak ada makhluk lain yang lebih mulia disisi-Ku daripada kejadianmu. Dengan mu Aku memberi dan mengambil. Denganmu Aku memberi pahala dan menyiksa.
Dalam hadis lain nabi bersabda tentang keistimewaan akal, sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh al-Tabarani:
Terjemahan : Aisyah telah menceritakan, “Dimana aku telah bertanya rasulullah, “Wahai Rasulullah ; dengan apa manusia itu berbeza darjat kelebihannya dalam kehidupan di dunia?” Jawab baginda, “Dengan akal.” Aku bertanya lagi, “Bagaimana pula dalam kehidupan akhirat? Bukankah manusia itu dibalas menurut kadar amalan mereka?” Jawab Rasulullah, “Wahai Aisyah; Bukanlah mereka beramal menurut kadar akal yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Maka mengikut kadar akal itulah amalan mereka dan mengikut kadar amalan itu pulalah mereka dibalas.”
Justeru itu hendaklah kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur kepada Allah
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
Surah Ibrahi :7
Nikmat Allah terlalu banyak .KIta sering lupa dan jadilah kita orang yang sentiasa merasakan dirinya bernasib malang.
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
Surah Ibrahim : 34