Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318
Showing posts with label SPIRITUAL INTELLIGENCE. Show all posts
Showing posts with label SPIRITUAL INTELLIGENCE. Show all posts

Wednesday, December 3, 2008

Solat Tahajud- Aktiviti ibadah yang mengaktifkan pengamal berada pada paras alfa




Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkugan 7 hingga 14 kitaran persaat.Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif.Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.


Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi

Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap uang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(SUrah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpha.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.


وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .


MUdah bisnes online.Cari Rezeki halal.SILA KLIK







Read More......

Saturday, January 12, 2008

Kepintaran rohani (Spiritual Intelligence)

Kepintaran rohani ( Spiritual Intelligence)

Apabila seorang sahabat nabi bertanya siapakah orang yang paling pintar? Lalu nabi menjawab orang yang paling ialah orang yang sentiasa mengingati kematian dan menyediakan bekalan untuk kehidupan selepas matinya.

Bagi orang Islam ,semua telah tahu bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara dan akhirat kehidupan yang lebih baik dan kekal.

Allah sediakan hanya 2 perkampungan iaitu samada syurga atau neraka. Beruntunglah mereka yang mempunyai kepintaran rohani dapat megenal dan mematuhi perintah Allah di dunia ini. Bagi orang yang mempunyai kebodohan rohani , bagi mereka adalah penyesalan yang amat sangat ketika mereka berada di neraka.

Berkatalah mereka penghuni neraka,

“ Hai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka, kami akan menjalankan amal soleh yang tidak seperti perbuatan kami dulu’ Surah Fatir :37

Allah menjawap pertanyaan mereka,


“ Bukankah Aku telah memberimu umur untuk ingat jika memang engkau itu orang yang ingat , dan telah mendatangimu juru pemberi ingat? Maka rasakanlah siksa , dan orang yang berdosa itu tidak ada yang memberi pertolongan” Surah Fatir:37

Begitulah semasa di dunia ini ramai yang ingkar pada Allah. Penduduk dunia menjangkaui 7 Billion. Mereka yang beragama Islam hanyalah sekitar 1 billion lebih. Ini tidak termasuk orang Islam yang tidak patuh mengerjakan perintah Allah. Bermakna Iblis telah berjaya memperdayakan anak cucu Adam lebih 6 billion pada ketika ini.

Setelah disumbat ke dalam neraka, barulah mereka mengakui mengetahui kebesaran Allah.

“ Hai Tuhanku, saya telah mengetahui dan mendengar (keadaan siksa yang saya dustakan dulu) maka kembalikan saya ( Ke alam dunia lagi) untuk beramal soleh dan saya sekarang sudah yakin ( akan adanya hari pembalasan) Surah As-Sajadah :12

Allah Maha pengasih dan penyayang. Dikurniakan manusia akal fikiran untuk melihat tanda kebesaranNya.Dengan berpandukan Nur Al-Quraan manusia mampu untuk mengenali Penciptanya


“ Dan pada bumi ada tanda-tanda ( Yang membuktikan Keesaan dan Kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu) Surah as-Zariyat : 20-21

Hanya dengan hidayah Allah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang memiliki kepintaran rohani. Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas