Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318
Showing posts with label MINDA HEBAT. Show all posts
Showing posts with label MINDA HEBAT. Show all posts

Saturday, January 31, 2009

Rahsia efektif -Pulih dan bangkitkan motivasi diri



Ada masanya kita merasakan semangat dan motivasi kita semakin menurun dan merasakan kurang bersemangat apabila terdapat banyak halangan dalam mengejar matlamat yang kita inginkan.Teknik yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah cara mudah dan segera bagaimana anda dapat memangkinkan semula semangat juang anda.Rahsianya ialah.......

Bersedia untuk melakukan senaman berjalan kaki secara pantas.Terlebih dahulu anda perlu lakukan regangan(stretching) . Setelah itu fokuskan minda anda dalam mode pertandingan. Bayangkan semasa anda berjalan pantas seolah-olah anda memiliki masa yang terhad untuk mencapai impian anda. Berjalanlan sepantas mungkin untuk sampai ke destinasi anda seolah-olah anda sedang mengejar impian anda.

Berikan desakan pada minda anda katakan aku mesti cepat untuk sampai pada sasaran dan siapkan tugasan atau mencapainya. Masaku adalah terhad. Ini akan menjadikan cara jalan anda semakin pantas dan pantas. Cara ini secara tidak langsung akan memprogramkan diri anda supaya bertindak dengan segera apa sahaja yang anda sedang lakukan.

Orang yang cemerlang, cara jalannya pantas. Sebagaimana digambarkan cara Nabi Muhammad berjalan dikatakan baginda berjalan seperti orang yang sedang menuruni bukit. Cara jalan baginda kemas, mantap dan pantas.Seolah-olah mengejar sesuatu.

Gambarkan sewaktu anda berjalan pantas seolah-olah waktu hidup anda begitu singkat.Banyak perkara yang perlu dilakukan .Terutamanya dalam mengejar amalan-amalan kebajikan untuk mengumpul bekalan yang akan dibawa setelah mati kelak.

Berjalanlah sepantas mungkin. Tindakan yang anda lakukan ini boleh mempengaruhi jiwa anda bagi penyelarasan pemikiran dan tindakan fizikal dalam melakukan sesuatu perkara dengan lebih cepat.

Setelah anda melakukan aktiviti ini, anda akan dapati ,tindakan anda akan lebih pantas daripada dahulu. lagipun aktiviti berjalan pantas adalah amat baik dari segi kesihatan jantung,peluh yang menyingkirkan toksid dalam badan sebanyak 15 kali ganda, menguatkan stamina anda, sistem penghadaman lebih baik,membekalkan oksigen yang lebih banyak pada otak, melambatkan proses penuaan,menguatkan daya tahan badan dengan rembesan serotonin, melancarkan pengaliran darah dan seterusnya menjadikan anda kekal sihat.Insyaallah.



Read More......

Friday, November 28, 2008

Apakah getaran yang dihasilkan oleh diri anda?




Dengan menggunakan electroencephalogram (EEG) aktiviti gelombang atau getaran tenaga ektrik dapat direkodkan.

Setiap apa yang anda fikirkan akan menghasilkan pelbagai bentuk tenaga . Tenaga ini adalah menurut frekuensi seperti gelombang alpha, beta , teta ,delta dan gamma.
Ketahuilah kebaikan gelombang minda alpha .


In a nutshell, there are five major brain wave ranges: Beta (14-40Hz) is present in normal waking consciousness and stress; the Alpha brain wave (7.5-14Hz) in deep relaxation; Theta (4-7.5Hz) in meditation and light sleep; and the slowest, Delta (0.5-4Hz) in deep dreamless sleep and transcendental meditation. The less recognised Gamma is fastest (above 40Hz) and associated with sudden insight. The optimal level for visualization is the Alpha-Theta Border at 7-8Hz. It is the gateway to your subconscious mind.


Tenaga getaran ini memberikan kesan pada seseorang dari aspek psikologi,
kesihatan diri, personaliti, kerjaya, pencapaian peribadi dan pengaruh pada orang sekeliling.

Sepertimana ungkapan yang biasa kita dengar iaitu anda adalah apa yangb anda fikirkan.

Apa yang ingin saya utarakan dalam artilkel ini ialah tentang kepentingan untuk memanfaatkan gelombang minda alpha bagi mencapaikualiti kehidupan.

Apa itu gelombang otak alpha?. Gelombang ini adalah dalam keadaan kita bertenang atau relaks dan bebas dari tekanan iaitu frekuensi kitarannya dalam 8 hingga 12 hz.

Selalu juga pernah dikatakan betapa seronoknya kanak-kanak.Mereka tiada tekanan masalah. Zaman kanak-kanak dikatakan mempunyai tahap kreativiti yang tinggi tetapi semakin menurun apabila meningkat dewasa.Sebenarnya zaman kanak-kanak tahap aktiviti elektrik otak kebanyakkannya dalam gelombang alpha. Mereka suka bertanya untuk mencari dan mengetahui sesuatu yang mnereka begitu curious untuk mengetahunya.

Bagi kita orang Islam , tahap alpha mudah untuk dicapai jika kita berusaha untuk khusyuk dalam sembahyang. Sembahyang yang khusyuk adalah cara bagaimana kita mencapai tahap Self awarness atau kedaran diri pada tahap tertinngi. Dengan membca Al-Quraan dan berzikir juga dapat meningkatkan tahap alpha. Dengan ketenangan yang kita capai pelbagai manfaat yang dapat kita nikmati.

Kebaikan Gelombang alpha

1) Dapat merelakskan minda dan tubuh badan

Dalam sehari wajib kita melaksanakan sembahyang 5 waktu. Badan dan minda kita mengalami keletihan dan ketegangan badan dan minda. Apabila kita mula mengambil air smbanyang dan mendirikan sembahyang, kita akan dapat merasakan kesan semerta, di mana kita merasalkan kesegaran dan terasa tenaga minda dan badan pulih.Kesegaran ini akan lebih kita rasakan apabila kita solat berjemaah.

2) Penyembuhan kendiri iaitu peninkatan dalam pemangkinan sistem immunisasi

Dalam tahap alpha , aktiviti penyembuhan kendiri berfungsi dengan lebih baik lagi . Ketenangan minda dapat menstabilkan dan mengharmonikan sistem biolgi badan. Sebenarnya dalam tahap alpha ,peraaaan kit adalah mnyeronokkan dan merasakan kedamaian.Pernafasan yang teratur dapat membekalkan sel-sel lebih banyak oksigen yang akan membantu pemulihan sel-sel yang lemah seterusnya dapat membantu pesakit melakukan proses self healing dengan jayanya.

3) Meningkatkan tahap serotonin
Dalam tahap alpha enzim serotinin lenih banyak dapat dirembeskan. Serotonin membuatkan seseorang rasa seronok dan damai. Kekurangan serotonin menyebabkan banyak berlaku kemurungan.

4) Menimgkatkan tahap kreativiti
Dalam keadaan tenang, minda kita dapat berfikir dengan jelas dan terang.Kekuatan minda lebih hebat apabila seseorang berada di dalam keadaan tenang.

5)MEningkatkan kesedaran diri dan fikiran yang positif
Dalam keadaan tenang, tahap kesedaran dan fokus seseorang akan lebih baik. Kualiti fokus wujud kerana orang tersebut mempunyai daya kesedaran yang tinggi.Ini akan berlaku terutamanya orang yang dapat mengkhusyukkan solatnya
6) Dapat menghasilkan idea-idea yang bernas

Sebenarnya banyak lagi manfaat dari gelombang alpha> Hanya sekadar ini sahaja yang dapat dikongsikan bersama. Jumpa lagi di lain artikel iaitu cara memperolehi gelombang minda alpha.






Read More......

Monday, November 17, 2008

Rahsia menggunakan minda secara maksima dan optimum



Tenaga minda adalah seperti aliran sungai yang mengalir terus tanpa henti-henti. Aliran ini jika dibiarkan akan menyebabkan satu pembaziran dari kurniaan Allah.


Bagaimana cara kita menjadikan aliran sungai itu sebagai satu tenaga yang boleh dimanfaatkan . Sudah tentunya kaedah empangan dilaksanakan. Apabila empangan dibuat maka satu sumber tenaga elektrik dapat dimanfaatkan dan dapat dikawal dengan jayanya.


Bagaimana pula cara kita 'empangkan' minda kita?



Caranya ialah kita mengetahui hala tuju kehendak dan kehidupan kita. Kita juga perlu tahu mengapa Allah ciptakan kita di dunia ini.


Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

(ADZ-Dzaariyaat :56)


Seterusnya bila kita dah tahu mengapa kita diciptakan , maka Allah juga memberikan kebebasan kepada kita memilih apa sahaja kehendak kita selagi tidak melanggar hukum syarak.


CAranya ialah:-

1) Ambil masa dan tuliskan di dalam buku catatan :-

a) Kerjaya pilihan

b) Harta benda,pendapatan dan kekayaan yang anda ingin miliki (nyatakan dalam bentuk angka)

c) Senaraikan apa sahaja yang anda inginkan dan impikan.


Pastikan anda membuatkan tarikh sasaran, sumber yang anda ada sekarang dan apa sumber yang anda perlukan, apa yang anda benar-benar minat lakukan, senarai orang-orang yang boleh anda hubungi dan contohi, langkah-langkah dan perancangan dan juga ilmu dan kemahiran yang perlu anda tingkatkan bagi mencapai apa yang diinginkan.


2) Berikan penerangan jelas di dalam perkataan dan tuliskan individu yang macam mana anda ingin jadi, buat visualisasi, dengar dan rasakan dengan perasaan seolah-olah anda telah pun menjadi seperti individu tersebut. MINDA KITA BOLEH MEMBUAT PROJEKSI untuk teknik hologram seterusnya menjadikan ianya satu kenyataan.


3) Buat skrip atau buku skrap bergambar kehidupan akan datang anda


4) Kumpulkan gambar-gambar yang dapat memberikan inspirasi kepada anda sebagai satu cara pemangkin minda ( mind booster) . Sebagai contoh gambar orang berjaya, kenderaan ,rumah, tempat pelancungan dan sebagainya.


5) Dengarkan muzik yang dapat cetuskan inspirasi dan ilham pada anda.


6) Baca buku-buku,majalah,VCD dan CD pembangunan diri dan bidang yang anda minati


7) Buat kad-kad peringatan capai matlamat anda .letakkan ditempat yang anda mudah baca berterusan.


8) Maklumkan pada orang lain hasrat anda supaya mereka boleh memberikan jalan atau bantuan capai hajat anda


9) Buat apa sahaja kenyataan-kenyataan positif yang sentiasa mengelilingi anda untuk pasti berjaya


10) Berdoa pada Allah memberikan kemampuan minda yang hebat pada anda.
11) BAca Alquraan, berzikir istiqfar dan selawat kepada nabi


Jumpa di Puncak Kejayaan








Read More......

Saturday, September 29, 2007

POWER OF THOUGHT

KUASA PEMIKIRAN

Cuba imbas kembali setiap kejadian berlaku adalah selepas berlakunya pemkiran terlebih dahulu samada positf atau negative. Tanggapan yang dibuat akan membawa kepada segala tindakan yang akan membentuk peristiwa sesuatu kejadian.Kepercayaan dan keyakinan menjadikan kita melakukan perkara tersebut . Ini adalah berkenaan kuasa pemikiran dalam mempengaruhi kehidupan kita seharian dari sejak kita lahir hingga sekarang. Apa yang telah berlaku bermula dari pemikiran yang tercetus di dalam minda kita berdasarkan keinginan dan keperluan kita. .Ringkasnya tindakan kita adalah hasil dari keputusan pemikiran yang bermain dalam diri kita sendiri. Apa yang kita anggap boleh dan tidak boleh bergantung kepada persepsi terhadap diri kita sendiri. Ianya juga berkait rapat dengan pembentukan konsep kendiri yang membentuk diri kita sebenarnya. Kita diberi kebebasan untuk memilih bagi membawa haluan diri kita. Miskin atau kaya sebenarnya adalah ciptaan dari minda kita sendiri yang membentuk tabiat kita iaitu tabiat orang kaya atau tabiat orang miskin yang seterusnya membentuk realirti kehidupan kita yang sebenarnya. Miskin dan kaya adalah pilihan yang sebenarnya kita yang cipta nasib kita sendiri.terrtakluk kepada ketentuan Allah.Awasilan pemikiran anda!
Anda boleh memanipulasi pemikiran anda dengan membayangkan secara berulang situasi mana yang anda kehendaki kehidupan yang anda inginkan. Sebagai contohh anda ingin jadi seorang penceranah yang hebat!. Bayangkan situasi berkenaan secara mendengar secara dalaman dan melihat secara dalam minda bayangan anda dan rasakan suasana dengan emosi anda secara berulang-ulang. Buat sehingga sebati dengan diri anda dan anda benar-benar mempercaya Itulah diri anda sebenarnya. Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas