Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, December 15, 2007

Kepintaran emosi melaras minda bawah sedar




Kepintaran emosi bagi pelarasan minda bawah sedar.

Anti virus yang hebat untuk minda bawah sedar yang buntu
Menuju kepada kepintaran emosi.

Harian Metro Sabtu 15 Dis 2007. Gantung diri cinta ditolak. Peristiwa yang berlaku di Bentong amat mengejutkan saya, di mana seorang anak muda berusia 20 tahun telah membunuh diri semata-mata cinta ditolak oleh sepupunya.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa sempit sekali keputusan yang diambil oleh minda. ERRORSERRORS>. Inilah dikatakan Virus MINDA yang menyerbu masuk secara auto. Iaitu AUTO NEGATIF THOUGHTS (ANTS) TELAH menguasai minda bawah sedar sehingga seseorang itu merasakan tiada jalan keluar Operasi minda menjadi tergantung( hang).(stuck)

Anda juga telah merasai fenomena ini apabila mendapat berita yang buruk seperti dibuang kerja ,tidak lulus periksa, disingkirkan ,orang tersayang meninggalkan kita kecewa kerana cinta yang ditolak dan pelbagai lagi permasalahan hidup yang kadang kala datang bertubi-tubi sehingga anda tidak dapat menahan lagi. ANTS akan aktif secara automatis pada minda bawah sedar hinggakan fikiran-fikiran negatif dan imej-imej negatif akan datang secara bertalu-talu sehingga melemahkan sistem pemikiran sepertimana virus (pepijat) yang menyerang sistem komputer. Emosi menjadi celaru dan memberikan impak yang besar kepada sistem fisiologi samaada kepada mental dan fizikal.

Gejala-gejala seperti kemurungan , sedih, jiwa tertekan lama-kelamaan memberikan kesan yang besar kepada jiwa seseorang. Hilang selera makan banyak tidur, sakit sendi badan dan sengal,tidak ceria stress dan rasa hendak marah begitu memuncak. Perasaan down menguasai seluruh jiwa dan minda.

Ramai yang mengambil jalan keluar dengan mengambil alcohol , dadah , dan jalan terakhir dengan membunuh diri apabila bebanan mental dirasakan tidak tertanggung lagi

Apakah ANTI VIRUS yang cukup ampuh bagi menahan virus ANTS ?

Virus ANTS menyerang minda bawah sedar seseorang sehinggakan emosi menjadi terganggu.
Cadangan
1. Dengan mengemukakann persoalan-persoalan kepada suara dalaman yang baru dwujudkan oleh virus.Persoalan tersebut akan mengendurkan keaktifan ANTS. Tujuan adalah untuk rasionalisasi (kewarasan) Inilah sebab peranan kaunsellor amat diperlukan pada ketika ini, jika diri tidak mampu untuk berada pada celik akal.

2. Mandi dan ambil air sembahyang. Selepas sembahyang lakukan sunat taubat.

3. Berzikir dan membaca Al-Quraan . Alunkan zikir dan bacaan secara perlahan-perlahan supaya dapat meresap di dalam jiwa.
Al-Quraan adalah anti virus yang amat kuat untuk melawan virus ANTS.Sebenarnya virus ini bercampur dengan bisikan syaitan

Katakanlah AL-Quraan itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang beriman”
(Surah Fussilat: 44)

Al-Quraan juga adalah penyembuh yang hebat

”Dan Kami turunkan daripada Al-Quraan suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman:
Surah al_Isra’:82

Firman Allah :bermaksud "(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah,Ingatlah dengan mengingati Allah ,hati akan menjadi tenteram"

Ayat-ayat lain yang boleh dibaca ialah Al-Insyirah ( Alam nasrah ..) surah al _Kahfi, Mariyam dan At-Taubah. Inilah beberapa perisian anti virus yang Allah bekalkan untuk kita.

4. Curahkan perasaan kepada teman rapat yang kita percayai .

5. Teknik NLP.


Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas