Tenaga minda adalah seperti aliran sungai yang mengalir terus tanpa henti-henti. Aliran ini jika dibiarkan akan menyebabkan satu pembaziran dari kurniaan Allah.
Bagaimana cara kita menjadikan aliran sungai itu sebagai satu tenaga yang boleh dimanfaatkan . Sudah tentunya kaedah empangan dilaksanakan. Apabila empangan dibuat maka satu sumber tenaga elektrik dapat dimanfaatkan dan dapat dikawal dengan jayanya.
Caranya ialah kita mengetahui hala tuju kehendak dan kehidupan kita. Kita juga perlu tahu mengapa Allah ciptakan kita di dunia ini.
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
(ADZ-Dzaariyaat :56)
Seterusnya bila kita dah tahu mengapa kita diciptakan , maka Allah juga memberikan kebebasan kepada kita memilih apa sahaja kehendak kita selagi tidak melanggar hukum syarak.
CAranya ialah:-
1) Ambil masa dan tuliskan di dalam buku catatan :-
a) Kerjaya pilihan
b) Harta benda,pendapatan dan kekayaan yang anda ingin miliki (nyatakan dalam bentuk angka)
c) Senaraikan apa sahaja yang anda inginkan dan impikan.
Pastikan anda membuatkan tarikh sasaran, sumber yang anda ada sekarang dan apa sumber yang anda perlukan, apa yang anda benar-benar minat lakukan, senarai orang-orang yang boleh anda hubungi dan contohi, langkah-langkah dan perancangan dan juga ilmu dan kemahiran yang perlu anda tingkatkan bagi mencapai apa yang diinginkan.
2) Berikan penerangan jelas di dalam perkataan dan tuliskan individu yang macam mana anda ingin jadi, buat visualisasi, dengar dan rasakan dengan perasaan seolah-olah anda telah pun menjadi seperti individu tersebut. MINDA KITA BOLEH MEMBUAT PROJEKSI untuk teknik hologram seterusnya menjadikan ianya satu kenyataan.
3) Buat skrip atau buku skrap bergambar kehidupan akan datang anda
4) Kumpulkan gambar-gambar yang dapat memberikan inspirasi kepada anda sebagai satu cara pemangkin minda ( mind booster) . Sebagai contoh gambar orang berjaya, kenderaan ,rumah, tempat pelancungan dan sebagainya.
5) Dengarkan muzik yang dapat cetuskan inspirasi dan ilham pada anda.
6) Baca buku-buku,majalah,VCD dan CD pembangunan diri dan bidang yang anda minati
7) Buat kad-kad peringatan capai matlamat anda .letakkan ditempat yang anda mudah baca berterusan.
8) Maklumkan pada orang lain hasrat anda supaya mereka boleh memberikan jalan atau bantuan capai hajat anda
9) Buat apa sahaja kenyataan-kenyataan positif yang sentiasa mengelilingi anda untuk pasti berjaya
10) Berdoa pada Allah memberikan kemampuan minda yang hebat pada anda.
11) BAca Alquraan, berzikir istiqfar dan selawat kepada nabi
Jumpa di Puncak Kejayaan