Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318
Showing posts with label KESIHATAN MENTAL. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN MENTAL. Show all posts

Saturday, December 27, 2008

Keputusan songsang

Salam kepada sekalian pembaca. Selamat bertemu kembali. Sudah sekian lama saya tidak update blog ini kerana saya menghabiskan masa bercuti bersama keluarga menkmati keindahan alam ciptaan Allah.

Pada kali ini saya ingin berkongsi suatu peristiwa yang mengemparkan semasa saya dan keluarga besiar-siar di satu kawasan tanjung.

Tiba-tiba saya melihat seorang gadis berlari-lari ke arah seorang wanita pertengahan umur dalam lingkungan hujung 40an.



Wanita tersebut bercadang untuk membunuh diri dengan cara terjun dari jeti tanjung.Pada ketika itu air pasang besar. Nasib baik gadis berketurunan cina sempat memeluk wanita Tionghua itu. Wanita itu menangis teresak-esak sambil berkata sesuatu dalam bahasa Mandarin.

Saya cuba mendekati kerana mereka berada di pinggir jeti.Tidak lama kemudian, wanita tersebut meronta-ronta ingin terjun semula. Saya bergegas memegang tangannya. Tarikan tersebut terlalu kuat.seolah-olah ada 'bantuan' lain untuk menamatkan riwayat seorang manusia yang ingin membunuh diri.Kesungguhan hajat wanita tersebut amat kuat.Saya rasa tidak berdaya. Lalu saya membaca doa dan ayat penunduk lalu menghembuskan ke ubun-ubunnya. Rontaan semakin lemah. Saya melambai-melambai meminta bantuan dari mereka baru datang untuk mengangkat wanita tersebut jauh dari pinggir tanjung tersebut.


Saya menyuruh saudara maranya memeluk wanita itu sambil mengosok-gosok belakang badan dan membelai-belai rambutnya serta memujuk.Sekali lagi saya membacakan Al-Fatihah dan Ayatul Qursi lalu meniup ke ubunnya. Tangisan semakin reda dan saya menyuruh mereka membawa wanita tersebut ke hospital.

Saya merasakan jika tamat riwayat wanita tersebut maka peluang untuk memeluk Islam telah berakhir tetapi jika masih terus hidup mungkin peluang itu masih ada.

Punca wanita tersebut ingin membunuh diri kerana suaminya mempuyai hubungan sulit dengan wanita lain.Perasaan marah dan kecewa menyebabkan ,dia nekad untuk membunuh diri.

Mindanya telah berada dalam keadaan 'stuck' sehingga tidak dapat berfikir secara rasional. 'Jalan keluar' baginya adalah dengan kematian dapat menyelesaikan msalah tersebut.

Dengan meluahkan perasaan pada orang lain ketegangan dapat diredakan . Dalam keadaan ini barulah mindanya dapat berfikir secara waras.

Read More......

Wednesday, November 19, 2008

Meningkatkan energi dalaman anda

Petang kelmarin anak saya yang berumur 3 tahun terjatuh dari basikal yang dibawa oleh abangnya. Pada ketika itu perasaan saya jadi tidak stabil dan menyebabkan saya rasa seperti tertekan. Badan saya jadi semakin lemah apabila membayangkan betapa sakitnya anak kecil keayangan saya itu.

Tenaga saya semakin berkurangan secara tiba-tiba. Apabila saya memulihkan balik tahap kesedaran saya dan menerima kejadian tersebut, sedikit demi sedikit tenaga saya semakin pulih ,bermula dari kestabilan emosi yang tercetus di minda saya iaitu



Perubahan emosi daripada positif kepada negatif dapat mengubah sistem biologi badan kita dan boleh menyebabkan tenaga kita berkurangan dan melemahkan sistem pertahanan badan. Perubahan frekuensi ini boleh menyebabkan rasa dukacita, tertekan dan menyebabkan badan kita rasa tidak selesa sehingga menyebabkan kita tidak bersemangat dan bermaya.

APabila frekuesi getaran badan kita menjadi lemah maka tenaga dalam kita akan dikurangkan . Seterusnya memberikan kesan yang tidak baik pada sistem jantung, paru-paru dan penghadaman yang boleh membawa kepada penyakit kronik pada kita.

Ada dua organ yang mengesan getaran gelombang tersebut iaitu di bahagian luar ialah kulit dan bahagian dalaman ialah hati . Sepertimana firman Allah yang bermaksud,

"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang [1312], gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun." (Az-Zumar:23)


Semua frekuensi getaran adalah dijanakan bermula di dada yang terkandung hati, emosi dan perasaan. Tinggi rendah getaran gelombang tersebut akan memberikan kesan kesihatan kepada empunya tubuh badan. Sepertimana firman Allah,


"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Yunus:57)
PENYEMBUH BAgi penyakit-peyakit dikurniakan Allah ada di dalam 'dada' kita.

Bagaimana kita boleh menggunakan mekanisma 'dada' untuk menghindarkan penyakit?

1) Kita perlu mengharmonikan,menenangkan dan menstabilkan sistem jantung, aliran darah, perkumuhan, sistem penghadaman dan sistem pernafasan dengan cara menenangkan hati perasaan kita. Pada mode ini kita dapat mengelakkan dan menyembuhkan penyakit sedia ada. Sepertimana firman Allah .

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.(ArRAd:28)

Sebab itulah apabila seseorang itu ditimpa musibah maka ducapkan Inalillahi wainna illahirajiun ( Artinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. Kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.

) yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"(AL-BAqara :56)

Ucapan ini akan menenangkan hati yang gundah gulana. Lagi banyak kita mengingati Allah , maka lagi tinggi frekuensi getaran gelombang positif yang akan meningkatkan sistem pertahanan badan dan pada ketika ini penawar dirembeskan dengan banyak untuk pemulihan sistem badan kita yang rosak.

2)Kesan dari perhubungan kita dengan manusia lain kadangkala boleh menyebabkan perselisihan faham, sakit hati ,rasa marah,dengki dan dendam.Perasaan-perasaan ini boleh menyebabkan frekuensi getaran badan kita menjadi lemah dan boleh mengurangkan tenaga dalaman badan kita.Sistem biologi kita akan terganggu iaitu degupan jantung tidak stabil,sistem pernafasan yang tidak sekata, sistem pernafasan yang terganngu dan begitu juga dengan sistem penghadaman dan sistem pertahanan badan. Kesemua fenomena ini pasti membawa penyakit pada peghidapnya.Sepertimana firman Allah yang bermnaksud,
"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "(An-Nur:22)

Jadi langkah yang sewajarnya untuk memulihkan ketidakseimbangan ini ialah dengan cara memaafkan mereka dan berlapang dada. Manakala kalau kita yang bersalah, sepatutnya kita memohon maaf.Selagi kita tidak dapat berlapang dada dan memaafkan orang selagi itu kita akan menderita jiwa dan raga.

Allah telah berfirman,

"Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan."(Al-A’rraf : 43

Ahli-ahli syurga adalah makhluk yang paling bahagia. Justeru itulah Allah menghilangkan perasaan dendam. Jadi kita akan dapat nikmat seperti ahli syurga jika kita dapat memadamkan dendam dalam dada kita. Jika tidak dendam hanya akan memusnahkan diri kita sedikit demi sedikit.Kita yang merana manakala orang yang kita dendam hidup bahagia.

3) Hendaklah kita sentiasa berlapang dada terhadap apa sahaja yang kita alami. Dengan cara ini sistem badan kita akan sentiasa dalam kestabilan dan harmoni.Apa yang Allah berikan pada kita semuanya baik belaka.

"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. "(AT-TAghaabun:11)


Read More......

Wednesday, December 19, 2007

Bagaimana mengatasi kebimbangan anda?

Foooooh.. bimbang sungguh aku....apa akan jadi kalau.....emm..


Bagaimana nak atasi kebimbangan?

Kebimbangan yang tidak terkawal akan menyebabkan seseorang mendapat gangguan mental.

Bimbang adalah perspektif minda yang menjangkakan sesuatu keadaan akan menjadi semakin buruk pada seseorang. Apabila kebimbangan berada pada tahap yang tinggi ,boleh mencetuskan gangguan mental dan seterusnya membawa kepada penyakit fizikal seperti lemah jantung, sakit kepala, barah terutama ulcer iaitu barah usus.

Kajian pakar psikologi mendapati lebih daripada 95% daripada kebimbangan itu tidak berasas dan tidak berlaku pada seseorang. Gambaran minda dan suara dalaman dan tentang peristiwa yang menakutkan telah memberikan kesan yang buruk dan mejejaskan emosi . Lama-kelamaan pesakit akan mendapat gangguan mental dan penyakit tubuh badan yang serius.

Apabila bimbang , seseorang akan berada pada mode sedih, berduka cita dan kerisauan. Sistem kimiawi dalam badan akan menjadi tidak stabil.Adrenalin dikeluarkan dalam keadaan yang banyak walaupun sebenarnya tidak diperlu Minda bawah sedar telah mengaktifkan sistem ini secara automatis walaupun gambaran minda itu tidak benar tetapi ancaman itu dianggap benar. Bayangkan jika kebimbangan itu berlanjutan sehingga 3 bulan.Istilah psikologi dalam situasi ini ialah FIGHT or FLIGHT. Sebenarnya sistem ini adalah tersedia untuk tindak balas di dalam fisiologi badan untuk mempertahankan diri.

Sistem alert ini bertindakbalas pada gambaran minda dan suara dalaman . Jika keadaan yang negatif akan menyebabkan sistem jantung mengepam lebih laju, sistem penghadaman akan berkurangan atau terhenti dan biokimia badan akan bertindakbalas sebagai persediaan fight atau flight..Inilah sebab mengapa mereka yang sering bimbang dan tidak terkawal akan menghidap gastrik dan barah usus. Punca awal ialah masalah sembelit dan buasir. Sistem fisiologi badan yang tidak seimbang akan menyebabkan daya tahan badan menjadi lemah kerana tenaga banyak telah dikeluarkan pada maklumat palsu iaitu gambaran dan suara dalaman yang negatif.

Langkah mengatasi kebimbangan

1.Kaji situasi kebimbangan dan jangkakan apakah kesan buruk yang akan berlaku dan berjanji pada diri akan bersedia untuk TERIMA apa sahaja.

2.Tuliskan senarai tentang APA yang dibimbangkan.

3. Senaraikan BAGAIMANA kita dapat memperbaiki atau menyelesaikan apa yang dibimbangkan.

4. Ambil keputusan daripada alternatif yang dibuat.

5. Lakukan tindakan segera satu persatu. ( Kita tidak boleh menelan epal sebiji melainkan kita gigit sedikit demi sedikit). Read More......

Saturday, December 15, 2007

Kepintaran emosi melaras minda bawah sedar




Kepintaran emosi bagi pelarasan minda bawah sedar.

Anti virus yang hebat untuk minda bawah sedar yang buntu
Menuju kepada kepintaran emosi.

Harian Metro Sabtu 15 Dis 2007. Gantung diri cinta ditolak. Peristiwa yang berlaku di Bentong amat mengejutkan saya, di mana seorang anak muda berusia 20 tahun telah membunuh diri semata-mata cinta ditolak oleh sepupunya.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa sempit sekali keputusan yang diambil oleh minda. ERRORSERRORS>. Inilah dikatakan Virus MINDA yang menyerbu masuk secara auto. Iaitu AUTO NEGATIF THOUGHTS (ANTS) TELAH menguasai minda bawah sedar sehingga seseorang itu merasakan tiada jalan keluar Operasi minda menjadi tergantung( hang).(stuck)

Anda juga telah merasai fenomena ini apabila mendapat berita yang buruk seperti dibuang kerja ,tidak lulus periksa, disingkirkan ,orang tersayang meninggalkan kita kecewa kerana cinta yang ditolak dan pelbagai lagi permasalahan hidup yang kadang kala datang bertubi-tubi sehingga anda tidak dapat menahan lagi. ANTS akan aktif secara automatis pada minda bawah sedar hinggakan fikiran-fikiran negatif dan imej-imej negatif akan datang secara bertalu-talu sehingga melemahkan sistem pemikiran sepertimana virus (pepijat) yang menyerang sistem komputer. Emosi menjadi celaru dan memberikan impak yang besar kepada sistem fisiologi samaada kepada mental dan fizikal.

Gejala-gejala seperti kemurungan , sedih, jiwa tertekan lama-kelamaan memberikan kesan yang besar kepada jiwa seseorang. Hilang selera makan banyak tidur, sakit sendi badan dan sengal,tidak ceria stress dan rasa hendak marah begitu memuncak. Perasaan down menguasai seluruh jiwa dan minda.

Ramai yang mengambil jalan keluar dengan mengambil alcohol , dadah , dan jalan terakhir dengan membunuh diri apabila bebanan mental dirasakan tidak tertanggung lagi

Apakah ANTI VIRUS yang cukup ampuh bagi menahan virus ANTS ?

Virus ANTS menyerang minda bawah sedar seseorang sehinggakan emosi menjadi terganggu.
Cadangan
1. Dengan mengemukakann persoalan-persoalan kepada suara dalaman yang baru dwujudkan oleh virus.Persoalan tersebut akan mengendurkan keaktifan ANTS. Tujuan adalah untuk rasionalisasi (kewarasan) Inilah sebab peranan kaunsellor amat diperlukan pada ketika ini, jika diri tidak mampu untuk berada pada celik akal.

2. Mandi dan ambil air sembahyang. Selepas sembahyang lakukan sunat taubat.

3. Berzikir dan membaca Al-Quraan . Alunkan zikir dan bacaan secara perlahan-perlahan supaya dapat meresap di dalam jiwa.
Al-Quraan adalah anti virus yang amat kuat untuk melawan virus ANTS.Sebenarnya virus ini bercampur dengan bisikan syaitan

Katakanlah AL-Quraan itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang beriman”
(Surah Fussilat: 44)

Al-Quraan juga adalah penyembuh yang hebat

”Dan Kami turunkan daripada Al-Quraan suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman:
Surah al_Isra’:82

Firman Allah :bermaksud "(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah,Ingatlah dengan mengingati Allah ,hati akan menjadi tenteram"

Ayat-ayat lain yang boleh dibaca ialah Al-Insyirah ( Alam nasrah ..) surah al _Kahfi, Mariyam dan At-Taubah. Inilah beberapa perisian anti virus yang Allah bekalkan untuk kita.

4. Curahkan perasaan kepada teman rapat yang kita percayai .

5. Teknik NLP.


Read More......

Sunday, December 9, 2007

STRESS ATAU TIDAK ADALAH PILIHAN ANDA!


Anda mempunyai kuasa pilihan samada untuk stress atau berada di dalam ketenangan.

”Din , aku lihat kau macam sakit aje. Muka monyok dan nampak macam susah hati . Kenapa? Kau ada masalah”, sapaku pada seorang rakan.
Dengan suara yang tidak bersemangat, Din membalas pertanyaanku.
”Ia memang aku suasah hati dan sakit”

” Apa sebenarnya masalah kau?, tanyaku lagi.
”Sebenarnya memang aku sakit. Makan tidak selera. Tiap-tiap malam payah nak tidur dan fikiran selalu rungsing dan tertekan Doktor kata aku ada penyakit kencing manis”, jawab Din dengan wajah yang menjebek.
Din mencurahkan lagi masalahnya. ” Perniagaanku sekarang semakin merosot dan hubunganku dengan keluarga terutama isteri semakin renggang”

Din seorang peniaga. Mempunyai bebarapa orang pekerja. Ada kereta ,rumah dan kedai perusahaannya. Apa yang dirisaukannya hanyalah hasil perniagaan yang merosot dan penyakit yang dihidapi. Semakin hari semakin teruk keadaannya. Dia menyangka ada orang yang cuba sabotaj perniagaanya. Hubungan dengan pekerja-pekerjanya juga tidak baik. Dia datang ke kedainya dengan wajah yang masam dan tertekan.

Aku menunjukkan Din gelas yang berisi separuh air. ” Din apa yang kau nampak?”
” Air separuh kosong sahaja dalam gelas” ,jawab Din ringkas.

” Din apa yang kau nampak tu memang betul. Minda kau sekarang hanya menumpukan pada kekurangan yang ada. Tenaga fikiran yang negatif akan menarik semua perkara negatif atau buruk samada idea, alasa atau gambaran dan suara-suara yang negatif menjelma di dalam otak kau” , aku mejelaskan pada Din.

”Selagi kekurangan yang kau lihat, selagi itulah fikiranmu akan jadi kusut dan tidak stabil. Bagaimana fikiranmu hendak berfungsi dengan baik untuk cari idea-idea yang positif bagi mengembalikan dan memulihkan penyakit dan perniagaanmu serta hubungan kau dengan orang lain?Kau mesti fikirkan yang baik-baik dan kau akan menarik kebaikan-kebaikan. Ianya satu doa, Din”

Aku menerangkan lagi. ” Din apa yang berlaku pada kau adalah suatu ujian Allah. Dia nak menguji keimanan kau padaNYa. Keredhaan dan kesabaranmu akan meningkatkan imanmu dan kau beroleh pahala yang besar di sisi Allah. Ini yang kita nak cari sewaktu hidup di dunia ini.

Aku membaca firman Allah yang bermaksud, ” ..Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”
(Surah Ibrahim : 7)

” Bersyukurlah Din dengan nikmat yang Allah beri. Kau masih ada air separuh penuh. Orang lain lebih teruk . Ketika simiskin meratap dan mengeluh tidak memiliki kasut lalu melihat seorang lelaki yang kudung kakinya baru menyedari betapa beruntungnya apa yang dia miliki”

Mendung yang terpalit di wajah Din telah menampakkan sinarnya. Ada harapan baru terbit di kedua bibirnya.

Sebulan kemudian aku menemui Din dengan wajah yang penuh ceria . Dia mengkhabarkan berita gembira. Penyakit kencing manisnya telah berkurangan. Hubungan dengan isterinya semakin mesra begitu juga dengan pekerjanya. Perniagaan din semakin bertambah maju. Itulah nikmat syukur dan redha . Ada hikmah di sebalik musibah.

”Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5)


Read More......

Saturday, December 8, 2007

RAHSIA MENJADIKAN MINDA CERDAS DAN FIZIKAL CERGAS


DR MASARU EMOTO
RAHSIA DARI AL-QURAAN MENJADIKAN MINDA CERDAS DAN FIZIKAL CERGAS

2/3 atau 70% daripada anda adalah AIR. Air adalah benda (molekul) yang hidup.
Apa sahaja mesej yang terdedah kepada anda akan mengubahkan rupa bentuk molekul air dalam tubuh badan anda.

” Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
(Surah al_Anbiya : 30)

Mengapa perasaan anda berubah-ubah kadang-kadang dalam masa yang cepat.? Adakalanya anda berasa tenang, seronok, ceria ,lapang dada , gembira dan rasa puas.
Adakala juga anda rasa tertekan, bosan, marah,sedih ,gelisah dan tidak tenteram.

Mengapa hal ini boleh berlaku? Ianya adalah disebabkan molekul air dalam badan anda telah berubah-ubah.

Kajian oleh Dr Masaru Emoto terhadap kesan mesej yang di dedahkan kepada air telah mengubahkan molekul air.

Lihat beberapa perubahan molekul air sebelum dan selepas mesej disampaikan.




UCAPAN I LOVE U







UCAPAN MAKE ME SICK













HITLER







LAGU HEAVY MENTAL








LOVE AND GRATTITUDE



Ingat! Badan anda 70% adalah air. Mesej yang anda sampaikan samada bicara kendiri atau bahasa lisan yang bersuara atau perkataan-perkataan yang diucapkan oleh orang lain akan memberikan kesan pada perasaan anda.Samada bentuk molekul yang cantik atau hodoh!

Zikir kepada Allah, selawat dan bacaan Al_Quraan akan memantapkan molekul air yang terbentuk begitu indah sekali dan anda akan merasakan ketenagan yang hakiki dan amat baik untuk kesihatan fizikal dan mental anda.

Firman Allah bermaksud ” (Iaitu) orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram

Firman Allah bermaksud ” Dan sebutlah nama Tuhanmu di waktu pagi dan senja. Dan di waktu malam, hendaklah bersujud kepadanya dan bertasbih untukNya sepanjang-panjang malam”
Surah al_Insan: 25-26)

Inilah rahsianya membina kekuatan mental dan fizikal dan untuk merasakan sakinah juga kebahagiaan sampaikan mesej kepada diri kita seperti yang dinyatakan.

Hendaklah selalu menyebut perkataan yang baik-baik pada diri sendiri dan orang lain kerana tindakan anda bukan sahaja memberikan kebaikan pada diri sendiri malah orang di sekeliling anda!
Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas