Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, December 27, 2008

Keputusan songsang

Salam kepada sekalian pembaca. Selamat bertemu kembali. Sudah sekian lama saya tidak update blog ini kerana saya menghabiskan masa bercuti bersama keluarga menkmati keindahan alam ciptaan Allah.

Pada kali ini saya ingin berkongsi suatu peristiwa yang mengemparkan semasa saya dan keluarga besiar-siar di satu kawasan tanjung.

Tiba-tiba saya melihat seorang gadis berlari-lari ke arah seorang wanita pertengahan umur dalam lingkungan hujung 40an.



Wanita tersebut bercadang untuk membunuh diri dengan cara terjun dari jeti tanjung.Pada ketika itu air pasang besar. Nasib baik gadis berketurunan cina sempat memeluk wanita Tionghua itu. Wanita itu menangis teresak-esak sambil berkata sesuatu dalam bahasa Mandarin.

Saya cuba mendekati kerana mereka berada di pinggir jeti.Tidak lama kemudian, wanita tersebut meronta-ronta ingin terjun semula. Saya bergegas memegang tangannya. Tarikan tersebut terlalu kuat.seolah-olah ada 'bantuan' lain untuk menamatkan riwayat seorang manusia yang ingin membunuh diri.Kesungguhan hajat wanita tersebut amat kuat.Saya rasa tidak berdaya. Lalu saya membaca doa dan ayat penunduk lalu menghembuskan ke ubun-ubunnya. Rontaan semakin lemah. Saya melambai-melambai meminta bantuan dari mereka baru datang untuk mengangkat wanita tersebut jauh dari pinggir tanjung tersebut.


Saya menyuruh saudara maranya memeluk wanita itu sambil mengosok-gosok belakang badan dan membelai-belai rambutnya serta memujuk.Sekali lagi saya membacakan Al-Fatihah dan Ayatul Qursi lalu meniup ke ubunnya. Tangisan semakin reda dan saya menyuruh mereka membawa wanita tersebut ke hospital.

Saya merasakan jika tamat riwayat wanita tersebut maka peluang untuk memeluk Islam telah berakhir tetapi jika masih terus hidup mungkin peluang itu masih ada.

Punca wanita tersebut ingin membunuh diri kerana suaminya mempuyai hubungan sulit dengan wanita lain.Perasaan marah dan kecewa menyebabkan ,dia nekad untuk membunuh diri.

Mindanya telah berada dalam keadaan 'stuck' sehingga tidak dapat berfikir secara rasional. 'Jalan keluar' baginya adalah dengan kematian dapat menyelesaikan msalah tersebut.

Dengan meluahkan perasaan pada orang lain ketegangan dapat diredakan . Dalam keadaan ini barulah mindanya dapat berfikir secara waras.

2 comments:

  1. Perasaan tertekan memang sepatutnya diluahkan. Untungnya kita orang-orang Islam, dapat mengadu terus kepada Allah dengan kepercayaan bahawa Allah itu Maha Mendengar. Selain dari itu, boleh juga meluahkan perasaan kepada kawan tetapi kena berhati-hati memilih kawan tempat kita mengadu. Pilih kawan yang boleh dipercayai dan dapat menyimpan rahsia.

    ReplyDelete
  2. benar apa yang anda perkatakan tirana.terima kasih atas komen anda

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas