Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, December 8, 2007


BAGAIMANA MENJANA MINDA BAWAH SEDAR ANDA MEMUPUK TABIAT YANG ANDA KEHENDAKI?

Tabiat positif ( Positif habit) adalah satu kaedah yang amat menakjubkan untuk mencapai kehidupan yang anda ingini, insyAllah. Apa yang terjadi pada diri kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh tabiat buruk kita tanpa kita sedari. Misalnya badan yang gemuk adalah kerana tabiat buruk makan dan malas bersenam. Kehidupan yang miskin dan tidak cukup kerana tabiat suka mencari alasan. Malah anda tidak rasa bahagia kerana ,anda lebih banyak mengamalkan tabiat yang buruk daripada yang baik.


Apa sahaja yang anda tidak suka telah berlaku kepada kehidupan anda sebenarnya dibentuk oleh tabiat-tabiat yang negatif.

Tabiat bermaksud apa sahaja amalan yang diingini dan dilakukan secara berterusan lama-kelamaan ia akan berlaku secara automatik.

Masihkah anda ingat sewaktu pertama kali belajar memandu kereta? Banyak yang anda perlu masukkan dalam minda anda. Mana nak pegang stereng, gear, clutch dan pedal minyak. Anda berasa kekok pada mulanya. Bukankah begitu? Bila anda telah biasakan diri memandu , pemanduan anda akan terjadi secara automatik. Anda tidak perlu lagi memikirkan bahagian –bahagian kereta tersebut. Sambil memikirkan perkara lain, anda mampu memandu dengan baik.

Peranan ini sebenarnya telah diambil alih oleh kebijaksanaan dan kehebatan minda bawah sedar anda!

Kapal terbang penumpang pada masa sekarang amatlah canggih dengan kelengkapan sistem pengkomputeran. Juruterbang hanya memasukkan kod-kod waktu, destinasi nak dituju dan sebagainya. Kapal terbang yang telah disetting akan terbang secara automatik dengan hanya dipantau oleh juruterbang.

Diri anda lebih canggih. Anda adalah juruterbangnya! Bawalah pesawat anda ke mana sahaja pada kehidupan yang anda kehendaki!

Tabiat sebenarnya adalah TINDAKAN BERPENGETAHUAN! Mengapa ada orang yang terus merokok? Kerana mereka tahu dengan merokok mereka dapat kenikmatan. Apabila amalan ini dilakukan beterusan ,ia akan menjadi tabiat yang memenuhi kehidupan harian.

Ingat tidak MEK yang berlakun di dalam SALAM PANTAI TIMUR?. Badannya juga gedempol tetapi sekarang hULAMAK! HEBAT! RAMPING!

MEK sedar tabiat makan yang buruk menjadikan dia GEMUK. Oleh itu pengetahuannya itu dijadikan tindakan iaitu makan dikaitkan dengan GEMUK. Oleh itu nafsu makannya dapat ditewaskan kerana makan jadikan dia gemuk. Dia telah berbulan –bulan tidak makan nasi digantikan makanan yang hanya cukup untyuk keperluan badannya. Setelah 21 hari amalan ini akan terbentuk tabiat positif.

APA TUGAS ANDA? Baiklah senaraikan tabiat yang anda inginkan dan anda mesti ada alasan dan pengetahuan yang palig kukuh mengapa anda inginkan perkara tersebut terjadi di dalam kehidupan ANDA! Lakukan selam 21 hari berturut-turut dan jangan lupa doa dan terus berdoa seterusnya bertawakal kepada Allah.








2 comments:

  1. ya...kena beritau minda bawah sedar kita perkara yg baik saja..kerana kalau kita fikirkan perkara yg buruk itulah yang kita kan dapat.terima kasih amiey....

    ReplyDelete
  2. terima kasih waliz atas sokongan anda..

    Saya sekarang ni sedang menyemai tabiat positf utk menulis
    Target menulis buku terutama buku motivasi
    Saya mula rasa ketagih dan seronok utk menulis. Bila postartikel rasa satu kelegaan.. mudahan2 akan lekat jd tabiat..

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas