Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, June 21, 2008

SIAPAKAH ORANG YANG BERUNTUNG?

Orang yang beruntung di sisi ALLAH s.w.t

Siapakah orang yang beruntung? Adakah dengan memiliki kekayaan pangkat dan kemasyuran? Inginkan nasib yang beruntung sehingga sanggup manusia dengki mendengki dan bermusuhan sesama sendiri hingga menumpahkan darah? Apakah yang manusia kejar?

Masa terus berlalu dalam keadaan manusia masih leka dan lalai. Maut semakin menjemput tiba.

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.
sampai kamu masuk ke dalam kubur
Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,
dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin
kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

At-Takaatsur : 1-8

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

Al-An’aam :32

ORANG YANG BERUNTUNG DI SISI ALLAH

1.Beriman dan beramal soleh
2.Berkasih saying
3.Beribadah terutama sepertiga malam
4.Bertaubat
5.Dengar dan patuh pada perintah Allah
6.Bertaqwa
7.Khusuk dalam sembahyang
8.Jauhi perkataan dan perbuatan yang sia-sia
9.Membelanjakan sebahagian dari harta mereka samada kelurkan zakat dan sedekah
10.Pelihara amanah yang diberi
11.Bercakap benar
12.Berjihad diri dan harta di jalan Allah
13Berzikir
14.Berlumba-lumba buat kebajikan
15.Bersabar
16.Menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran

Mereka adalah pewaris syurga ALLAH

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga mereka kekal di dalamnya. .HUUD: 23 Read More......

Friday, June 20, 2008

Bagaimana saya nak positifkan diri saya?

Bagaimana saya nak positifkan diri dalam semua perkara?

Sikap positif digambarkan sebagai salah satu cara untuk kita berjaya di dalam hidup.
Apa itu sifat positif diri? Sifat ini bermula dengan sifat pra sangka yang baik pada diri sendiri , orang lain dan dengan Allah.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Al-Hujurat :12

Dan janganlah sama sekali kamu berburuk sangka dengan Allah kerana kamu akan termasuk dalam golongan yang rugi.


Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi. Fushilat; 23

Sikap positf bermula di minda seseorang iaitu diterbitkan dari hati yang berkeinginan untuk memperbaiki diri bag mendapat keredhaan Allah

Adapun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan amal yang soleh, semoga dia termasuk orang-orang yang beruntung.

Al-Qashah: 67

Untuk positifkan diri, seseorang perlu bermuhasabah atau menghitungkan diri dari aspek kelemahan yang berlaku sebenarnya adalah kerana perbuatan-perbuatan dosa yang dilakukan samada disedari atau tidak disedari.

Apabila seseorang itu bertaubat, kejahatan mereka akan digantikan dengan kebajikan atau amalan positif.

kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Al-Fuqaan : 70

Sepertimana yang dinyatakan oleh pewaris syurga ,Saidina Omar Alkhatab,

“Hisabkan lah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.” Read More......

Friday, June 13, 2008

Lagha : (Sebuah cerpen kisah BENAR)

LAGHA


Jiwaku terpana apabila berhadapan depan kaabah. Bangunan empat segi yang dilitupi kain kasrah warna hitam disulami ayat-ayat Al-Quraan benang emas itu begitu mengagumkan perasaan yang kerdil ini. Terasa kehangatan air yang mengalir di pipiku tanpaku sedari bila ianya keluar. Keagungan dan kehebatan Allah dapat ku lihat dari mata hatiku. Seolah tiada hijab lagi.

“ Ustazah,” panggil doktor yang sedang memeriksaku. Aku tersedar dari kenanganku sewaktu menunaikan fardhu haji.

“Ya doktor Arif”
“ Dari pemeriksaan saya, kesihatan anda semakin bertambah baik. Kadar degupan jantung anda agak stabil. Sungguh menakjubkan!” kata doktor Arif penuh kehairanan.
“Doa saya dimakbulkan doktor”
“Alhamdullilah”
Aku memanjatkan doa bersungguh-sungguh di depan kaabah. Memohon pada Allah agar penyakit jantungku akibat dari penyempitan salur darah yang memungkinkan aku dibedah bagi memulihkan keadaan tersebut..
“ Ustazah. Dari pemeriksaan saya anda tidak perlu dibedah”
“Tak perlu, doktor! Alhamdullilah”

“Silakan minum ustazah,” pelawa Fatimah , kawan rapatku.
“ Terima kasih”
“ Dengar cerita ustazah sekarang ni semakin bertambah sihat dan tak perlu buat pembedahan pemintasan jantung”
“ Ya, Alhamdullilah. Saya rasa bersyukur amat sangat. Timah ….bagaimana dengan rawatan kemoterapi yang kau jalani,” tanyaku untuk mengetahui perkembangan kesihatannya.
“ Bagus. Doktor kata peringkat barah aku masih peringkat awal lagi. Masih boleh dirawati lagi”
“ Apa kata kau pergi menunaikan haji tahun depan. Mudah-mudahan Allah akan sembuhkan penyakit kau”
“ Manalah aku ada cukup duit nak pergi ke sana. Tak macam kau. Duit banyak. Bolehlah kau pergi”
“ Timah, sebenarnya aku mampu pergi kerana aku menyimpan duit sedikit demi sedikit dan sentiasa berdoa semoga Allah memberikan aku kemampuan. Aku tengok kamu ni orang senang juga. Lagipun dengan menunaikan haji kita telah melengkapkan rukun Islam yang kelima,"sambilku lihat wajah Timah yang berkerut mendengar sarananku
“Sebenarnya aku nak besarkan perniagaan yang diusahakan bersama dengan suami,”
Cikgu Fatimah orang yang berada. Barang kemasnya ku anggarkan RM20000. pada batang tubuhnya.Tidak termasuk rumah bungalow dan 2 kereta mewah . Adakah ini alasanya sahaja, bisik hatiku. Ataukah Timah sekadar memberi alasan dan hanya mempercayai rawatan hospital dapat membantu tanpa perlu berdoa seperti yang aku lakukan.

Teringat aku pada maksud sepotong ayat Al-Quraan Surah Al Hadiid ayat 20 yang bermaksud,

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
Lima tahun kemudian aku mendengar berita rakanku ,Fatimah sakit kuat. Aku mengajak suamiku untuk menziarahi rakanku. Setelah 8 jam perjalanan ,kami sampai .didestinasi. Suasana agak menyuramkan. Hujan turun renyai-renyai. Angin bertiup terasa kedinginan. Ramai saudara-mara yang telah berkumpul.
Aku hampir tidak mengenali bahawa tubuh kurus melidi yang terbaring itu adalah Fatimah. Wajahnya kelihatan amat cengkung dan kehitaman.. Sebenarnya Fatimah berkulit putih. Penyakit barah yang bermaharajalela telah meratah tubuhnya mejadikan tubuhnya begitu daif.
Fikir diriku, kalaulah Timah menunaikan haji dan bermohon doa pada Allah mungkin penyakitnya boleh sembuh. Tapi apakan daya, Timah terlalu sibuk mengejar dunianya. Mengumpul harta yang sudah pasti dia akan tinggalkan. Ah..sahabatku. Ini pilihanmu.
Nafas Timah berombak-ombak. Debaranku semakin kuat. Apakah ini pertarungan akhirnya?.Anak-anaknya membisikkan kalimah Laillahaillallah.. Tanpaku sedari airmataku mengalir mengenangkan nasib rakanku.
“ Mama dah tiada,” rintih anak gadis berumur lingkungan 18 tahun.Suasana mendung menambahkan rasa sedih seisi rumah.
Hanya kain putih yang membaluti tubuh yang kaku sahaja yang dapat dibawa oleh temanku. Dengar-dengar cerita harta peninggalan teman baikku bernilai RM5 juta dan suaminya telah pun berkahwin baru.Beruntungnya isteri baru, bisik hatiku. Read More......

Penghargaan kendiri : Orang yang paling mulia

Sambungan artikel penghargaan kendiri.....

Cara kita bersyukur ialah yang pertama menerima kejadian kita dengan rasa amat berterima kasih. Allah sendiri memberitahu bahawa kejadian kita adalah dilebihkan dari makhluk lain


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. At-Tin : 4

Penerimaan diri kita sebagaimana rupa paras dan keadaan fizikal kita akan menambahkan rasa yakin diri . Kita mesti bersyukur dalam apa sahaja keadaan kita. Hal ini dapat meningkatkan rasa perasaan yang hebat dan meninggikan penghargaan kendiri seseorang.. Ramai di kalangan kita yang tidak puas hati dengan diri mereka.

Mulalah mereka membandingkan diri dengan orang lain yang lebih cantik, kacak dan sebagainya. Perasaan ini akan menimbulkan rasa rendah diri dan menggangu ketenteraman dan hubungan dengan orang lain. Inilah sebab mengapa mereka sering kurang keyakinan diri dan sering kali menyisihkan diri.

Sedangkan bagi Allah , orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertaqwa

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. “

Al-Hujurat :13
Read More......

Thursday, June 12, 2008

Bagaimana meningkatkan penghargaan kendiri (self esteem)

Penghargaan kendiri adalah tanggapan dan kepercayaan yang wujud dalam diri sendiri yang terbentuk sejak kecil lagi . Pengalaman, pengetahuan . didikan dan persekitaran yang kita alami dan tempuhi membantu kita membina sama ada kendiri negative atau positif. Semuanya dijanakan dalam kotak pemikiran mereka.

Terdapat dua jenis penghargaan kendiri iaitu penghargaan kendiri tinggi dan penghargaan kendiri rendah.

Mereka yang memiliki penghargaan kendiri yang rendah selalunya sukar untuk berjaya di dalam hidup, sering tertekan, rasa dukacita, berpeyakit dan sering menyalahi diri sendiri. Mereka juga sering menyalahkan diri sendiri, orang lain malah Tuhan juga dipersalahkan. Keadaan ini menyebabkan mereka sering dirundung malang dan ada yang tidak menyukai kehidupan mereka kerana mereka merasakan hidup orang lain lebih beruntung.

Berlaianan pula dengan orang yang memiliki penghargaan diri yang tinggi. Mereka dapat hidup dalam keadaan yang gembira dan sering berjaya di dalam hidup dan amat menyenangi orang lain dan kehidupan yang lebih menyihatkan dari segi mental, rohani dan fizikal.

Petua Penghargaan kendiri

Syukur – Sebagai insan yang dicipta Allah, semestinya kita mensyukuri segala macam nikmat yang tidak terhitung banyaknya yang diberi kepada kita. Sifat ini adalah amalan terpuji di mana Allah menjanjikan akan menambahkan nikmat-Nya .
Bagi mereka yang tidak bersyukur, di dunia lagi Allah telah menurunkan azab-Nya.. Di antaranya , Allah cabutkan ketenangan pada diri mereka dan hidup mereka sentiasa di dalam keluh kesah dan sentiasa di dalam rasa dukacita.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah (nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
Ibrahim: 7

Akan bersambung………………………….. Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas