Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Sunday, August 22, 2010

Krisis Keyakinan



Pernahkah anda mendengar atau membaca cerita Pak Pandir?. Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita bagaiaman Pak Pandir ingin menyakinkan dirinya tentang apa yang dia temui.

Semasa Pak Pandir berjalan-jalan ,dia ternampak satu benda yang sebelum ini dia pernah melihatnya. Dia pun cuba mendekati benda tersebut dan disentuhnya dengan jari. "Lembik benda ini macam tahi je ".katanya dalam hati. Dia tidak puas hati atau yakin maka diciumnya benda tersebut. " Bau macam tahi",katanya lagi. Oleh kerana tidak puas hati dan begitu yakin maka dia cuba merasanya pula dengan lidah."oh, memang tahi, nasib baik aku tak terpijak tahi,katanya lagi.

Begitulah bagi kita yang kurang berkeyakinan dalam melakukan sebarang pekerjaan maka samalah kita dengan apa yang terjadi pada PAk Pandir. Semoga cerita ini dapat membuat kita berfikir Read More......

Menuju insan Taqwa



Salam pada pembaca blog potensi minda . Pada yang beragama Islam ,saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa semoga kita semua akan menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita yang InsyaAllah dapat memotivasikan kita supaya apa sahaja pekerjaan kita adalah semata-mata kerana Allah.
Kisahnya adalah berkenaan seorang tukang rumah yang telah lama berkhidmat dengan majikannya yang bercadang untuk berhenti bekerja. Majikannya berasa amat berat untuk melepaskan pekerjanya itu yang telah memberikan khidmat yang baik selama dia bekerja.
Oleh sebab desakan yang kuat untuk berhenti, akhirnya majikan itu akur tetapi meletakkan syarat.
Jika tukang rumah itu ingin berhenti kerja juga maka dia perlu membuat satu rumah lagi untuk disiapkan Si tukang rumah itu tiada pilihan lain lalu melaksanakan syarat tersebut dengan tidak sepenuh hati dan sambil lewa. Setiap hari kerja yang dilakukan kurang sempurna . Apabila telah siap rumah tersebut ,dia pun memberikan kunci rumah tersebut kepada majikannya dengan harapan dapat berhenti kerja secepat mungkin.
Majikannya menyerah semula kunci tersebut kepada tukang rumah dan menyatakan rumah tersebut adalah hadiah yang ingin diberikan kepada tukang rumah sebagai penghargaan khidmat yang telah diberikan.
Barulah tukang rumah menyedari betapa rumah yang siap tersebut tidak sempurna dan tidak elok. Nya jika kita tidak bersungguh melakukan Timbul penyesalan di hatinya jia dia tahu itulah hadiah yang akan diberikan maka dia akan membuat rumah tersebut sebaik mungkin.
Begitulah amal ibadah yang kita lakukan. Jika buruklah amal kita maka buruklah balasannya. Bagi Allah tidak akan kekurangan keagungan dan kekayaannya jika kirta tidak taat pada-Nya
Beramallah dengan sebaik mungkin kerana kelak balasan baik yang kita akan perolehi. Semua amal sebenarnya adalah untuk kebaikan kita bukan untuk Allah. Amal ibadah kita adalah sebenarnya tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah memberikan kepada kita nikmat yang melimpah ruah.
Apa sahaja amalan baik dan buruk walau besar debu pun akan dinilai oleh Allah.
Justeru buatlah persiapan sebaik mungkin untuk menjadikan kita menuju insan yang bertaqwa di bulan Ramdhan yang penuh keberkatan ini.Amin. Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas