Setiap orang impikan kejayaan. Mengapa ada yang berjaya dan ramai yang tidak berjaya. Mengikut ahli biofizik minda manusia amat luarbiasa. Kemampuan satu sel neuron bersamaan dengan kemampuan satu set laptop. Jika kemampuan satu laptop boleh menyimpam pelbagai data dan operasi, cuba bayangkan otak manusia tgerdapat 10 hingga 15 billion sel neuron. Bermakna kita ada 15 billion laptop yang sedia beroperasi untuk menjalankan tugas kita sebagai manusia hebat.
Bagi seekor lebah terdapat 900 sel neuron yang membolehkan lebah melakukan pelbagai tugasan sehingga dapat menghasilkan madu. Dikatakan kalau kita guna 10 peratus sahaja sel neuron kita , maka kehebatan kita dama dengan kepintaran para genius seperti Albert Einstein dan Thomas Edison. Malangnya laptop kita semuanya berada di dalam keadaan 'shut down'
DAlam artikel ini saya akan berkongsi 5 dari 10 langkah eklusif untguk mencipta kejyaan. Hak cipta adalah terpelihara.
1) Niat (keinginan) untuk berubah . (Power of Intention). Niat atau keinginan untuk berubah , tenaganya adalah berpusat pada hati manusia. Hati yang dimaksudkan di sini ialah hati 'Qalbu yang batin di dalam diri kita.
Seperti mana hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud dia dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badannya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh anggota badannya. ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.
Keinginan hati yg bersungguh-sungguh adalah merupakan kekutan untuk meraih kejayaan, Bagi orang Islam setiap hari 10 kali seruan menuju kejyaan di laungkan semasa aZan setiap kali waktu sembahyang. Hanya hatgi-hatgi yang seia untuk berubah sahaja yang bersedia untuk menerima kejayaan dan dapat mengaktifkan 15 billion sel neuron otak. Bagi hati yang m,ati maka tidak dapat menghidupkan sel -sel tersbut kerana mereka ini tergolong di dalam mereka yang kurang berakal dan kurang berfikir.
Kekuatan niat adalah merupakan separuh perjalanan kejayaan telahpun tercipta. Yang separuh lagi adalah berusaha dengan sikap sanggup bersungguh-sungguh dengan perancangan yang betul. Niat adalah sumber motivasi, semangat dan kegigihan manusia. Lagi suci niat lagi semnagat seseorang itu. Terutama niat mencipta sesuatu adalah kerana Allah.
Kekuatan tenaga manusia adalah bermula pancarannya dari hati. Kesanggupan manusia melakukan apa sahaja adalah disebabkan tekad dan azam yang bersemi di dalam hati. Hati yang teguh adalah sumber tenaga yang amat hebat.
........akan bersambung pada artikel akan datang. jumpa lagi.
Read More......