Perihal makna-makna kebatinan yang menyebabkan kesempurnaan shalat ( Khusyuk dalam shalat). Khusyuk shalat akan meningkatkan kemampuan maksima minda bawah sedar.
” Sesungguhnya telah berbahagialah orang-orang yang beriman, yang telah berlaku khusyuk di dalam shalatnya”
(Al-Mukminun: 1-2)
Orang yang berjaya adalah orang yang dapat khusyuk dalam sembahyang. Jiwa raganya tertumpu hanya semata-mata pada Allah. Mereka ini memiliki daya fokus dan penumpuan yang hebat dalam menghantarkan mesej dari hati paida minda sedar dan terus pada minda bawah sedar dan seterusnya pada seluruh anggota badan, organ-organ dan kepada sel-sel mereka semuanya tunduk menyerah kepada kebesaran Allah. Inilah orang yang dinyatakan Allah sebagai oranrg berbahagia ( berjaya).
” Janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai”
(Al-A’raf :205)
Orang yang lalai adalah orang yang tidak dapat fokus apakah tujuan kehidupannya yang sebenar sehingga mereka sentiasa hidup di dalam keadaan yang sia-sia . Akhirnya mereka meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang penuh kerugian .
Menurut Said Hawwa dalam bukunya Induk Persucian Diri menyatakan terdapat 6 peringkat kebatinan untuk menuju solat yang khusyuk.
1) Hadirnya hati- bemakna mengosongkan hati daripada yang lain melainkan perhatiannya hanya ke Hadhirat Illahi sahaja.
2) Tafahhum – iaitu dapat mengerti lafaz-lafaz bacaan di dalam sembahyang akan membawa hatinya memahami dan dapat merasakan kehebatan dan kebesaran Allah.
3) Ta’zhim – Mengagungkan Allah yang disembah. Hati benar-benar merasakan berhadapan dengan kehebatan Allah.
4) Haibhah – rasa segan keagungan Allah berhadapan dengan pencipta perasaan takut tetapi rasa semakin dekat padaNya.
5) Raja’ - rasaan amat penuh mengharapkan keridhaan Allah dan menerima amal yang dilakukan.
6) Haya’- Rasa malu dengan sifat kehambaan dan malu di atas dosa-dosa yang dilakukan
Mudahan dengan menghayati sifat kebatinan itu menjadikan shalat kita bertambah khusyuk dan Allah jadikan kita termasuk dalam golongan muflihun (berjaya) Amin ya Rabbal ’Alamin.
Seminar QSQ
6 years ago
No comments:
Post a Comment