Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Thursday, December 13, 2007

Sebuah kisah keajaiban minda bawah sedar


Sebuah kisah benar yang ajaib daripada amalan penjanaan minda bawah sedar




Amin ( bukan nama sebenar) merasakan satu tamparan yang hebat dalam hidupnya.

” Encik sekarang lumpuh separuh badan”, kata doktor Amran.

”Apa lumpuh!, saya lumpuh doktor’ Tolong sembuhkan saya doktor”, pinta Amin dengan penuh harapan.

Hidupnya dirasakan begitu gelap.Hitam pekat. Seolah-olah dunia sudah sampai ke penghujungnya. ” Mengapa Tuhan jadikan aku begini” ,keluhan yang begitu hebat keluar dari kedua bibir Amin. Marahnya meluap-luap.Dia tidak sanggup lagi untuk meneruskan hidup yang tidak ada maknanya lagi.

” Astagfirullah Al Azimmmm”, tiba-tiba Amin memohon ampun pada Allah di atas keterlanjuran sikapnya. Imannya masih kukuh lagi.Hinggap sepalit cahaya di dadanya. Dia sedar segala yang terjadi telah ditentukan Allah. Dia redha dan menerima nasibnya dan menyerahkan Qada dan Qadar pada Allah untuk menyembuhkannya
Dia bertekad akan bersungguh-sungguh mencari jalan untuk sembuh . Dia benar-benar yakin setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Dia masih ingat ajaran Ustaz Din. Kemas di dadanya. seperti yang disampaikan melalui hadis Rasullulah. S.a.w

Setiap hari pada serpetiga malam , Amin bangun bertahhajud , melakukan Qiamulail. Dia memohon keampunan dengan beristigfar dan melakukan sembahyang taubat. Setiap kali itu juga membuak-buak airmatanya keluar, merasakan kehebatan dan kebesaran Allah dan juga merasakan dosa-dosa yang dilakukan selama ini. Dadanya berombak-ombak.
Dia amat takjub merasakan satu ketenangan yang tidak pernah dirasai selama ini.

Tidak lupa, dia juga sentiasa melakukan sembahyang hajat supaya penyakitnya sembuh
Sambil berzikir , dia merasakan ada satu cahaya putih yang amat terang benderang dari atas ubun-ubun kepalanya lalu menyerap masuk ke dalam badannya hingga ke kaki. Dari hatinya yang tulus suci , dia menghantarkan mesej kepada minda sedarnya dan berhubung dengan minda bawah sedar melalui teknik NLP. Dia dapat melihat bagaimana dirinya bersama-sama anak-anak dan isteri pergi menikmati makanan di Mac Donald. Dalam keadaan yang penuh riang , Amin mendokong anak bongsu dibahunya. Kemudian berlari –lari menuju ke taman permainan. Amin merasakan peristiwa itu benar-benar berlaku. Dia dapat mendengar tawanya dan anak isterinya bergelak keriangan. Emosinya benar-benar merasakan peristiwa itu. Seronok .Cukup mengasyikkan. Tidak pernah dia merasakan kegembiraan yang begitu hebat dan membahagiakan. Dia memanjatkan rasa kesyukuran pada Allah. Alhamdullilah..

Tiba-tiba terdengar laungan azan subuh. Dia tersedar dari tidurnya. Peristiawa ini berulang-ulang selama 6 bulan. Setiap pagi juga dia mengamalkan memakan madu dan Haba’atus Sauda.
Pada satu pagi subuh, dia tersedar dari tidur. Dirasakan kedua-dua-hujung jemari kakinya boleh digerakkan. Dia merasakan penuh kegembiraan Menyerbu di hatinya satu kehebatan yang amat luarbiasa..

”Allahu Akhbar”,Terlalu besarnya NikmatMu Ya Allah, laung Amin merasa takjub akan kebesaran Allah.

Doktor mengesahkan penyakit Amin ada harapan untuk sembuh.Berita ini dikongsi kegembiraannya bersama keluarga.. Amin kerap menjalani rawatan fisioterapi supaya membolehkan urat saraf kakinya pulih sepenuhnya.

Setahun telah berlalu. ”Ayah, Man nak burger yang besar”., pinta anak bongsunya di sebuah restauran Mac Donald..Inilah kehidupan!.


Ps; sumber cerita dari Doktor pakar Dr Murad.



2 comments:

  1. seuah cerita yg menarik dan penuh menginsafkan...jika kita percaya kita boleh melakukannya..insya'allah kita mmg boleh walaupun memerlukan keajaiban...

    ReplyDelete
  2. tidak yg mustahil dlm dunia ini. mustahi adalah sempadan yg akn dipecahkn oleh org yg mempunyai keyakinan yg hakiki

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas