Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Thursday, June 12, 2008

Bagaimana meningkatkan penghargaan kendiri (self esteem)

Penghargaan kendiri adalah tanggapan dan kepercayaan yang wujud dalam diri sendiri yang terbentuk sejak kecil lagi . Pengalaman, pengetahuan . didikan dan persekitaran yang kita alami dan tempuhi membantu kita membina sama ada kendiri negative atau positif. Semuanya dijanakan dalam kotak pemikiran mereka.

Terdapat dua jenis penghargaan kendiri iaitu penghargaan kendiri tinggi dan penghargaan kendiri rendah.

Mereka yang memiliki penghargaan kendiri yang rendah selalunya sukar untuk berjaya di dalam hidup, sering tertekan, rasa dukacita, berpeyakit dan sering menyalahi diri sendiri. Mereka juga sering menyalahkan diri sendiri, orang lain malah Tuhan juga dipersalahkan. Keadaan ini menyebabkan mereka sering dirundung malang dan ada yang tidak menyukai kehidupan mereka kerana mereka merasakan hidup orang lain lebih beruntung.

Berlaianan pula dengan orang yang memiliki penghargaan diri yang tinggi. Mereka dapat hidup dalam keadaan yang gembira dan sering berjaya di dalam hidup dan amat menyenangi orang lain dan kehidupan yang lebih menyihatkan dari segi mental, rohani dan fizikal.

Petua Penghargaan kendiri

Syukur – Sebagai insan yang dicipta Allah, semestinya kita mensyukuri segala macam nikmat yang tidak terhitung banyaknya yang diberi kepada kita. Sifat ini adalah amalan terpuji di mana Allah menjanjikan akan menambahkan nikmat-Nya .
Bagi mereka yang tidak bersyukur, di dunia lagi Allah telah menurunkan azab-Nya.. Di antaranya , Allah cabutkan ketenangan pada diri mereka dan hidup mereka sentiasa di dalam keluh kesah dan sentiasa di dalam rasa dukacita.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah (nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
Ibrahim: 7

Akan bersambung…………………………..

5 comments:

  1. Self esteem di kalangan kanak-kanak perlu juga diperhatikan dengan serius oleh ibubapa. Kanak-kanak yang mempunyai self esteem yang tinggi InsyaAllah akan membesar dengan sikap yang positif. Sebagai ibubapa, cara kita berinteraksi dengan anak-anak sedikit sebanyak boleh mempengaruhi perkembangan self esteem dalam diri mereka. Jadi berinteraksi lah secara positif dengan anak-anak kita.

    Thanks Amiey, this is a good article indeed. Keep it up!!!

    ReplyDelete
  2. Betul kata anda Tirana, Kajian telah dilakukan bahawa ibu bapa yang memiliki self esteem yang tinggi akan mempengaruhi self esteem yang tinggi di kalangan anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlu menerapkan self esteem yang tinggi bagi melahirkan generasi anak-anak yang positif dan cemerlang dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya ada menulis tentang esteem ni dlm blog saya (Surirumah), kerana bagi saya ia amat penting bagi setiap insan terutama surirumah. Berdasarkan pengalaman sendiri bila bertukar kerjaya, tiba-tiba saya terasa lemah walaupun sebelum ini saya amat kuat menghadapi segala cabaran hidup sehingga berjaya menamatkan Phd. Alhamdulillah saya cepat sedar dan betulkan balik bermula dengan diri dan anak-anak. Saya ingin pastikan mereka mempunyai self-esteem yang positif.

    ReplyDelete
  4. Pn Aliza saya sebenarnya kagum dengan perjuangan anda hingga belajar ke perigkat PHD. MOga ilmu anda dapat dikongsikan dalam penulisan rencana dan buku supaya apa yg berfaedah dapat dikongsikan bersama

    ReplyDelete
  5. sya adalah seorang yang mempunyai self esteem yang rendah... saya selalu merasa ragu-ragu di dalm setiap tindakan saya...walhal saya adalah seorang bakal guru.. tetapi saya selalu dilanda keresahan dan akhirnya menjadi seorang yang murung

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas