Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Friday, June 13, 2008

Lagha : (Sebuah cerpen kisah BENAR)

LAGHA


Jiwaku terpana apabila berhadapan depan kaabah. Bangunan empat segi yang dilitupi kain kasrah warna hitam disulami ayat-ayat Al-Quraan benang emas itu begitu mengagumkan perasaan yang kerdil ini. Terasa kehangatan air yang mengalir di pipiku tanpaku sedari bila ianya keluar. Keagungan dan kehebatan Allah dapat ku lihat dari mata hatiku. Seolah tiada hijab lagi.

“ Ustazah,” panggil doktor yang sedang memeriksaku. Aku tersedar dari kenanganku sewaktu menunaikan fardhu haji.

“Ya doktor Arif”
“ Dari pemeriksaan saya, kesihatan anda semakin bertambah baik. Kadar degupan jantung anda agak stabil. Sungguh menakjubkan!” kata doktor Arif penuh kehairanan.
“Doa saya dimakbulkan doktor”
“Alhamdullilah”
Aku memanjatkan doa bersungguh-sungguh di depan kaabah. Memohon pada Allah agar penyakit jantungku akibat dari penyempitan salur darah yang memungkinkan aku dibedah bagi memulihkan keadaan tersebut..
“ Ustazah. Dari pemeriksaan saya anda tidak perlu dibedah”
“Tak perlu, doktor! Alhamdullilah”

“Silakan minum ustazah,” pelawa Fatimah , kawan rapatku.
“ Terima kasih”
“ Dengar cerita ustazah sekarang ni semakin bertambah sihat dan tak perlu buat pembedahan pemintasan jantung”
“ Ya, Alhamdullilah. Saya rasa bersyukur amat sangat. Timah ….bagaimana dengan rawatan kemoterapi yang kau jalani,” tanyaku untuk mengetahui perkembangan kesihatannya.
“ Bagus. Doktor kata peringkat barah aku masih peringkat awal lagi. Masih boleh dirawati lagi”
“ Apa kata kau pergi menunaikan haji tahun depan. Mudah-mudahan Allah akan sembuhkan penyakit kau”
“ Manalah aku ada cukup duit nak pergi ke sana. Tak macam kau. Duit banyak. Bolehlah kau pergi”
“ Timah, sebenarnya aku mampu pergi kerana aku menyimpan duit sedikit demi sedikit dan sentiasa berdoa semoga Allah memberikan aku kemampuan. Aku tengok kamu ni orang senang juga. Lagipun dengan menunaikan haji kita telah melengkapkan rukun Islam yang kelima,"sambilku lihat wajah Timah yang berkerut mendengar sarananku
“Sebenarnya aku nak besarkan perniagaan yang diusahakan bersama dengan suami,”
Cikgu Fatimah orang yang berada. Barang kemasnya ku anggarkan RM20000. pada batang tubuhnya.Tidak termasuk rumah bungalow dan 2 kereta mewah . Adakah ini alasanya sahaja, bisik hatiku. Ataukah Timah sekadar memberi alasan dan hanya mempercayai rawatan hospital dapat membantu tanpa perlu berdoa seperti yang aku lakukan.

Teringat aku pada maksud sepotong ayat Al-Quraan Surah Al Hadiid ayat 20 yang bermaksud,

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
Lima tahun kemudian aku mendengar berita rakanku ,Fatimah sakit kuat. Aku mengajak suamiku untuk menziarahi rakanku. Setelah 8 jam perjalanan ,kami sampai .didestinasi. Suasana agak menyuramkan. Hujan turun renyai-renyai. Angin bertiup terasa kedinginan. Ramai saudara-mara yang telah berkumpul.
Aku hampir tidak mengenali bahawa tubuh kurus melidi yang terbaring itu adalah Fatimah. Wajahnya kelihatan amat cengkung dan kehitaman.. Sebenarnya Fatimah berkulit putih. Penyakit barah yang bermaharajalela telah meratah tubuhnya mejadikan tubuhnya begitu daif.
Fikir diriku, kalaulah Timah menunaikan haji dan bermohon doa pada Allah mungkin penyakitnya boleh sembuh. Tapi apakan daya, Timah terlalu sibuk mengejar dunianya. Mengumpul harta yang sudah pasti dia akan tinggalkan. Ah..sahabatku. Ini pilihanmu.
Nafas Timah berombak-ombak. Debaranku semakin kuat. Apakah ini pertarungan akhirnya?.Anak-anaknya membisikkan kalimah Laillahaillallah.. Tanpaku sedari airmataku mengalir mengenangkan nasib rakanku.
“ Mama dah tiada,” rintih anak gadis berumur lingkungan 18 tahun.Suasana mendung menambahkan rasa sedih seisi rumah.
Hanya kain putih yang membaluti tubuh yang kaku sahaja yang dapat dibawa oleh temanku. Dengar-dengar cerita harta peninggalan teman baikku bernilai RM5 juta dan suaminya telah pun berkahwin baru.Beruntungnya isteri baru, bisik hatiku.

4 comments:

  1. Cerpen yang banyak memberi pengajaran, InsyaAllah. Ikut nafsu..lesu, ikut rasa..binasa, ikut hati...mati..ikut Iman..insyaAllah selamat..

    ReplyDelete
  2. terima kasih tirana. itulah hakikat kehidupan yang sebenarnya yang dilupai oleh insan.moga Allah sentiasa beri petunjuk hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas peringatan, alhamdulillah

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas