Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Monday, July 14, 2008

Pindahkan bebanan masalah anda di dalam sebuah buku

Apakah yang patut anda lakukan apabila anda mempunyai bebanan masalah dan tugasan yang perlu diselesaikan?

Banyak perkara atau masalah yang sering berlegar di dalam minda dan fikiran seseorang membuatkan seseorang itu akhirnya merasakan satu himpitan masalah yang akhirnya menjadikan tekanan pada seseorang.

Apatah lagi pada waktu malam yang sepatutnya setiap insan perlu mendapatkan tidur yang secukupnya tetapi masalah berlegar-legar secara sengaja atau ianya berputar sendiri di dalam kotak pemikiran sehinggakan mereka merasakan terganggu hendak tidur. Kadang-kadang masalah di tempat kerja terbawa-bawa hingga ke tempat pembaringan.

Sepatutnya apabila masuk waktu tidur, anda perlu dapat melelapkan mata dengan aman tetapi seringkali pada ketika itu bebanan masalah anda menghimpit perasaan sehinggakan ada sesetengahnya menghidap insomania (penyakit sukar tidur) dan ada pula yang terpaksa menelan pil tidur yang mana amalan ini hanya mengundang kemudaratan pada sistem biologi badan. Semua orang sedia maklum bahawa untuk memperolehi kesihatan yang baik maka tidur yang cukup amat diperlukan.

Jadi apakah yang perlu anda lakukan supaya anda dapat mengatasi masalah tersebut?

Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :

1) Memberus gigi.
2) Mengambil air sembahyang
3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.

Dengan cara ini segala bebanan masalah anda telah anda curahkan pada sebuah buku .Minda anda akan tenang dan anda tidak perlu risau lagi memikirkannya> Serahkan diri anda pada Allah dengan membaca doa tidur yang bermaksud " Dengan nama Allah aku hidup dan mati'

Atau anda boleh juga membayangkan satu butang PADAM (DELETE) dalam bayangan minda dan padamkan segala memori yang anda tidak suka.Inilah kemampuan minda bawah sedar anda boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.

Atau anda boleh memasukkan imej positf, suara dalaman positf dan rasakan perasaan positif sehingga anda rasakan ianya benar-benar berlaku pada diri anda kerana ini juga merupakan harapan dan doa anda supaya sesuatu yang baik akan berlaku. InsyaAllah minda bawah sedar anda akan menolak semua kebimbangan yang wujud dalam diri anda dan dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang tidak pernah anda terfikirkan. Oleh itu perbanyakkan menyebut Ya Alim 77 kali kerana Allah maha mengetahui dan akan mengilhamkan pada anda suatu penyelesaian yang menakjubkan.

Kesimpulannya apa sahaja permasalahan anda jangan biarkan ianya berlegar di dalam kepala maka tuliskanlah supaya minda anda dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya masalah anda! Read More......

Sunday, July 13, 2008

Mulakan kehidupan anda dengan penuh kesyukuran, ceria dan penuh semangat

Tahukah anda bahawa permulaan hari baru anda dipengaruhi oleh sikap anda sewaktu anda mula terkejut dari tidur.,

Tidur merupakan mati yang sementara di mana sewaktu kita tidur Allah memegang nyawa kita dan Dia kembalikannya nyawa kita lalu kita terjaga dari tidur

Apakah sikap anda sewaktu terjaga dari tidur? Adakah anda bangun dalam keadaan lesu, atau tiba-tiba terfikirkan masalah dan bebanan yang digalas tiada berkesudahan?

Apabila anda bangkit dengan perasaan yang tidak bersemangat maka situasi ini akan menggangu mood dan emosi sepanjang hari dan berlanjutan sepanjang hidup anda.

Bermula hari anda dengan rasa tertekan , sedih dan tidak bersemangat menyebabkan keadaan ini akan terbawa-bawa sepanjang hari anda pada hari tersebut dan anda benar-benar rasa tidak bersemangat, rasa malas dan rasa hidup yang penuh kebosanan yang mana sikap ini akan sering menjadikan anda adalah dalam golongan orang yang gagal.

Apa yang patut anda lakukan untuk kehidupan yang lebih ceria, bahagia dan penuh bermakna ialah apabila bangkit dari tidur anda perlu mengucapkan rasa bersyukur yang amat sangat kerana anda terlalu istimewa pada hari itu kerana anda masih lagi bernyawa dan sihat tubuh badan.

Doa bangun tidur mesti dilafazkan yang bermaksud Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku dari mati dan padanya jua aku dikembalikan.

Apa perasaan anda jika anda berada di tengah-tengah lautan tiba-tiba kapal yang anda tumpangi dihempas badai yang amat kuat dan kapal anda hampir-hampir akan tenggelam. Dalam keadaan huru hara dan malapetaka yang besar anda benar-benar bermohon pada Allah memohon diri anda diselamatkan. Akhirnya doa anda dimakbulkan dan anda terselamat dari badai dan akhirnya anda berada di daratan...masih lagi dapat meneruskan kehidupan.. ah ..alangkah indahnya suatu perasaan kesyukuran yang amat sangat. Begitulah anda benar-benar menghargai sebuah kehidupan!

Begitulah yang patut anda rasa setiap kali terkejut dari tidur kerana anda masih lagi berpeluang untuk meneruskan kehidupan bagi perjuangan anda untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan dan memohon keampunan pada Allah kerana apabila nyawa telah sampai ke halkum maka pintu taubat telah tertutup.

Senyumlah sewaktu anda bangun dari tidur dan genggamlah kedua-dua tangan anda berazam untuk melakukan yang terbaik untuk diri anda pada hari itu Bangunlah dengan penuh motivasi dan bersemangat.Mandikanlah minda anda dengan kata-kata positif. Emosi yang positif akan mengecas tubuh badan anda seterusnya mengalirkan bendalir penawar dalam tubuh anda.

Rasakan kehebatan dapat memiliki nyawa (kehidupan) itu. Setiap hari adalah hari yang baru penuh dengan sinar dari Allah yang memancar ke dalam jiwa anda.

Selepas menunaikan solat subuh hendaklah anda menikmati hidangan bagi roh anda iaitu zikir, istiqfar dan membaca ayat-ayat suci Al Quraan. Rasakanlah nikmat hidangan dari Allah yang akan membuatkan roh anda kenyang dan kuat dan hari tersebut menjadikan anda benar-benar bersemangat, ceria dan yang penting anda menjadi INSAN YANG TAHU BERSYUKUR KERANA ANDA AKAN KEMBALI ke TEMPAT ASAL DALAM MEMPEROLEHI KEREDHAAN ALLAH. jumpa lagi salam penuh kasih sayang dari hati kerdil ini. Read More......

Tuesday, July 8, 2008

Hati adalah radar yang ajaib

Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?
senua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia telah dikesan (detect) oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu b aik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati.

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh bdan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu disi dengan sifat mahmudah maka hebatlah seluruh anggota badannya menjadi seorang yang mulia. JIka hati dikotori dengan sifat mazmumah maka rosaklah peribadi akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat mengesan perbuatan manusia samada pekara yang baik dan buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah rasa berdebar-debar dan cemas seterusnya akan menyebabkan kita rasa gelisah(tension)

Isyarat ini menyuruh supaya seseorang kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan tenang semula. Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan? Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.
Zikir, membaca alQuraan dan menuntut ilmu agama islam, zakat, bersedekah dan baik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati , barulah seseorang berhak menperolehi kebahagiaan.

Apakah cara merawat hati yang berpenyakit dan hidupkan hati yang mati. CAranya ialah bertaubat, minta keampunan mengingati kematian dan sentiasa melakukan amalan kebajikan akan memulihkan dan menghidupkan semula hati

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Surah Ar-Ra'd :28

Apabila hati kita mendustaka ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit;

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Al-Baqarah:10

Bila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
Al-Haddid:16 Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas