Tahukah anda bahawa permulaan hari baru anda dipengaruhi oleh sikap anda sewaktu anda mula terkejut dari tidur.,
Tidur merupakan mati yang sementara di mana sewaktu kita tidur Allah memegang nyawa kita dan Dia kembalikannya nyawa kita lalu kita terjaga dari tidur
Apakah sikap anda sewaktu terjaga dari tidur? Adakah anda bangun dalam keadaan lesu, atau tiba-tiba terfikirkan masalah dan bebanan yang digalas tiada berkesudahan?
Apabila anda bangkit dengan perasaan yang tidak bersemangat maka situasi ini akan menggangu mood dan emosi sepanjang hari dan berlanjutan sepanjang hidup anda.
Bermula hari anda dengan rasa tertekan , sedih dan tidak bersemangat menyebabkan keadaan ini akan terbawa-bawa sepanjang hari anda pada hari tersebut dan anda benar-benar rasa tidak bersemangat, rasa malas dan rasa hidup yang penuh kebosanan yang mana sikap ini akan sering menjadikan anda adalah dalam golongan orang yang gagal.
Apa yang patut anda lakukan untuk kehidupan yang lebih ceria, bahagia dan penuh bermakna ialah apabila bangkit dari tidur anda perlu mengucapkan rasa bersyukur yang amat sangat kerana anda terlalu istimewa pada hari itu kerana anda masih lagi bernyawa dan sihat tubuh badan.
Doa bangun tidur mesti dilafazkan yang bermaksud Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku dari mati dan padanya jua aku dikembalikan.
Apa perasaan anda jika anda berada di tengah-tengah lautan tiba-tiba kapal yang anda tumpangi dihempas badai yang amat kuat dan kapal anda hampir-hampir akan tenggelam. Dalam keadaan huru hara dan malapetaka yang besar anda benar-benar bermohon pada Allah memohon diri anda diselamatkan. Akhirnya doa anda dimakbulkan dan anda terselamat dari badai dan akhirnya anda berada di daratan...masih lagi dapat meneruskan kehidupan.. ah ..alangkah indahnya suatu perasaan kesyukuran yang amat sangat. Begitulah anda benar-benar menghargai sebuah kehidupan!
Begitulah yang patut anda rasa setiap kali terkejut dari tidur kerana anda masih lagi berpeluang untuk meneruskan kehidupan bagi perjuangan anda untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan dan memohon keampunan pada Allah kerana apabila nyawa telah sampai ke halkum maka pintu taubat telah tertutup.
Senyumlah sewaktu anda bangun dari tidur dan genggamlah kedua-dua tangan anda berazam untuk melakukan yang terbaik untuk diri anda pada hari itu Bangunlah dengan penuh motivasi dan bersemangat.Mandikanlah minda anda dengan kata-kata positif. Emosi yang positif akan mengecas tubuh badan anda seterusnya mengalirkan bendalir penawar dalam tubuh anda.
Rasakan kehebatan dapat memiliki nyawa (kehidupan) itu. Setiap hari adalah hari yang baru penuh dengan sinar dari Allah yang memancar ke dalam jiwa anda.
Selepas menunaikan solat subuh hendaklah anda menikmati hidangan bagi roh anda iaitu zikir, istiqfar dan membaca ayat-ayat suci Al Quraan. Rasakanlah nikmat hidangan dari Allah yang akan membuatkan roh anda kenyang dan kuat dan hari tersebut menjadikan anda benar-benar bersemangat, ceria dan yang penting anda menjadi INSAN YANG TAHU BERSYUKUR KERANA ANDA AKAN KEMBALI ke TEMPAT ASAL DALAM MEMPEROLEHI KEREDHAAN ALLAH. jumpa lagi salam penuh kasih sayang dari hati kerdil ini.
Seminar QSQ
6 years ago
Betapa manusia lupa atau tidak sedar betapa besarnya rahmat Allah S.W.T...tulisan tuan banyak memberi keinsafan kepada saya, terima kasih.
ReplyDeleteSalam Amiey...
ReplyDeleteJust to share my experience...merancang time table untuk hari esok sebelum saya tidur dapat membantu saya menjadi lebih bersemangat.
Terima kasih yang tidak terhingga kerana tulisan tuan amat bermakna dan memberikan saya semangat untuk hidup. Setelah ujian demi ujian yang dirasai kebelakangan tahun ini, saya merasa depress sangat-sangat dan menjadi buntu kadang2. Apa2 pun saya menyedari bahwa penghidupan kena diteruskan juga dan redha dengan segalanya. Bersyukur dapat bernyawa dimuka bumi ini lagi.
ReplyDeleteterima kasih kepada yang sudi membaca etomyam, tirana dan yang lain. terima kasih krn sudi berkongsi idea. 6 senarai ajaib perlu kita lakukn apakah pekerjaan yg mesti kita lakukn. buat sebelum tidur.
ReplyDelete